Anda di halaman 1dari 4

Penyeliaan Klinikal

Apa dia Penyeliaan Klinikal? Penyeliaan Klinikal: i. ii. iii. iv. v. vi. adalah suatu intervensi yang disengajakan ke dalam proses pengajaran. adalah berorientasikan matlamat. menyambungkan suatu hubungan kerja professional di antara guru dan penyelia. memerlukan suatu tahap saling percaya yang tinggi, seperti yang tergambar dalam pemahaman, sokongan dan komitmen kepada pertumbuhan. adalah sistematik, walaupun a memerlukan suatu metodologi yang fleksibal dan berterusan berubah. mengandaikan penyelia tahu tentang analisis pengajaran dan pembelajaran dan juga tentang interaksi manusia yang produktif.

Terdapat empat jenis kumpulan keluarga dalam penyeliaan klinikal Empat Jenis Kumpulan Keluarga Penyeliaan Klinikal (Four Families of Clinical Supervision) a) Model Klinikal Tulen Original Clinical Models (Bermula akhir 1960-an) Dicadang oleh Goldhammer, Mosher, Purpel dan Cogan. Ia hasil campuran pelbagai sumber pemikiran berdasarkan empirikal, fenomena logikal, behavioral dan perspektif-perspektif yang berkembang. Model ini menekankan kepada kepentingan hubungan rakan sejawat antara para penyelia dan para guru, kerjasama untuk meneroka maksud sebenar dan perkembangan gaya pengajaran individu yang unik. b) Model Humanistik/ Artistik Humanistic/ Artistic Models (Bermula pertengahan 1970-an) Model ini merupakan perspektif-perspektif daripada Blumberg dan Eisner yang berasakan kepada prinsip-prinsip eksistentialisme dan estektik. Model ini menjelaskan secara langkah demi langkah tentang prosedur-prosedur dan menekankan kepada hubungan interpersonal yang terbuka dan intuisi secara peribadi, kemahiran dan keperilakuan. Para penyelia digalakkan untuk membantu para guru bukan hanya memahami tetapi turut merasai kekayaan keunikan pengajaran. c) Model Teknikal / Didaktik Technical / Didactic Models (Bermula awal 1980-an) Diperkenalkan oleh pengkarya-pengkarya seperti Acheson dan Gall, Hunter, Joyce dan Showers mengambil manfaat dari kajian proses-produk dan keberkesanan pengajaran. Model ini menekankan teknik-teknik pemerhatian dan maklum balas yang
!" "

boleh mengukuhkan sesetengah tingkah laku yang berkesan dan pra penentuan modelmodel pengajaran yang guru-guru bercadang untuk dituruti. d) Model Perkembangan / Reflektif) Development / Reflective Models (Bermula pertengahan 1980-an) Ia merupakan model oleh Glickman, Costa dan Garmston, Schon, Zeicher dan Liston, Garman, Smyth dan Retallick, Bowers dan Flinders, dan Waite yang menitik berat kepada perbezaan-perbezaan individu, pengelolaannya, sosial, politik dan bubaya dalam konteks pengajaran. Model ini menyeru para penyelia supaya menggalakkan refleksi di kalangan guru, memupuk perkembangan profesional, meneroka konteksspesifik dalam amalan dan pemupukan keadilan serta kesamarataan. Menurut Goldhammer, Anderson dan Krajewski (1993) penyeliaan klinikal boleh merupakan suatu konsep atau suatu struktur. Mereka memberi ulasan tentang sembilan ciri yang menggambarkan penyeliaan klinikal sebagai suatu konsep iaitu; i) Ia merupakan satu teknologi untuk mempertingkatkan pengajaran. ii) Ia merupakan intervensi yang disengajakan dalam proses pengajaranpembelajaran. iii) Ia berorientasikan matlamat, menggabungkan keperluan-keperluan perkembangan individu tertentu yang bertugas di sekolah. iv) Ia mengandaikan satu hubungan profesional di antara para guru dan para penyelia. v) Ia memerlukan perkongsian kepercayaan yang tinggi dan diterjemahkan dalam bentuk persefahaman, sokongan dan komitmen untuk berkembang. vi) Ia berbentuk sistematik, walaupun memerlukan kefleksibiliti dan perubahan metodologi yang berterusan. vii) Ia menghasilkan ketegangan yang produktif untuk merapatkan jurang antara kebenaran dan ideal. viii)Ia mengandaikan para penyelia mengetahui secara mendalam tentang menganalisis pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara manusia yang produktif. ix) Ia memerlukan para penyelia mengikuti pra latihan khasnya dalam teknik-teknik dan membuat refleksi dalam perkhidmatan yang berterusan serta pendekatan yang berkesan. Langkah-langkah Penyeliaan Klinikal Glickman, Gordon dan Ross-Gordon (2004) menjelaskan struktur penyeliaan klinikal boleh dipermudahkan kepada lima langkah yang tersusun seperti berikut:Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Konferens Pra Pencerapan Pemerhatian di dalam bilik kelas. Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan pendekatan konferens. Konferens Pasca Pencerapan
#" "

Langkah 5 terdahulu.

Menganalisi

secara

kritikal

terhadap

keempat-empat

langkah

Langkah 1: Preconference (Pra persidangan dengan guru). Dalam langkah pertama ini, penyelia duduk bersama guru untuk menentukan; a) Hasil P & P b) Strategi khusus yang digunakan c) RPH (Rancangan Pengajaran Harian) diteliti (set induks, kaedah, pemeringkatan isi pelajaran, teknik penyoalan masa, ruang bilik kelas, sumber) d) Cadangan bagi menambahbaik perkara di atas Langkah 2: Pemerhatian di dalam bilik kelas. a) Fokus kepada tingkah laku guru dan respons murid dalam faktor konteksual yang membawa kesan kepada P & P. b) Menganggap secara objektif pelajaran yang sedang berlangsung supaya analisis dapat dibuat dengan tepat. c) Menyelia dan rekod semua maklumat berkait dengan tingkah laku P & P yang dipersetujui sebelum ini. d) Elakkan intervensi (campur tangan) kecuali dalam situasi tertentu. Langkah 3: Membuat analisis dan interpretasi pemerhatian serta menentukan pendekatan konferens. Perkara yang boleh ditimbulkan: a) Gaya b) Penggunaan masa, peralihan, masa yang diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan c) Perjalanan keseluruhan kelas d) Penggunaan bahan, kejelasan, penuh bermakna, cukup atau tidak e) Penggunaan audio visual /ICT f) Tempo: laju / perlahan g) Adakah memenuhi keperluan pelbagai tahap murid? Langkah 4: Konferens Pasca Pencerapan a) Penyelia dan Guru yang dicerap menganalisis data dan bincangkannya b) Guru yang dicerap diberi maklumat tentang tngkah laku guru dan respons murid c) Perbezaan antara hasil pembelajaran yang dirancang dengan apa yang diperolehi dibincang bersama Peranan Penyelia (semasa Pasca Pencerapan)

$" "

i. Galakkan Guru yang dicerap buat refleksi, mencungkil pemikirannya ii. Serahakan data yang dikumpul kepada Guru yang dicerap tanpa value judgement (penilain / kritikan) iii. Galakkan guru yang dicerap memberi cadangan sendiri untuk atasi masalah iv. Buat rumusan tentang perbincangan yang diadakan (what occurred & what happened) v. Tonjolkan aspek POSITIF P & P Guru yang dicerap Langkah 5: Menganalisi secara kritikal terhadap keempat-empat langkah terdahulu. Pada peringkat terakhir ini, ia merupakan masa untuk meninjau sama ada format dan prosedur-prosedur yang bermula dari preconference sehingga ke postconference adalah memuaskan atau semakan semula mungkin diperlukan sebelum mengulangi sesuatu peringkat mengikut urutannya. Penganalisisan secara kritikal mungkin akan dilaksanakan pada akhir post-conference atau dilakukan satu lagi konferens secara berasingan selepas beberapa hari. Ia perlu menjadi satu sesi formal tetapi boleh jadi hanya satu perbincangan ringkas yang mengandungi persoalan seperti: i. Apakah perkara-perkara yang penting patut dimasukan dalam apa yang telah dilakukan? ii. Apakah yang kurang penting? iii. Apakah cadangan-cadangan perubahan yang perlu? Pada peringkat ini, ia boleh jadi sesuatu yang berbentuk simbolik dan nilai tanggungjawab. Ia menunjukkan bahawa para penyelia turut terlibat dalam usahausaha dalam memperbaiki diri sama juga dengan orang yang diselia. Di samping itu, maklum balas daripada para guru memberi peluang untuk membuat keputusan tentang amalan-amalan yang boleh diteruskan, disemak semula dan perubahan yang perlu dilakukan apabila bekerjasama dengan para guru pada masa depan. Penyeliaan klinikal ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila mendapat kerjasama atau timbul kesefahaman di antara kedua-dua pihak yang boleh mencapai ke arah perubahan positif.

KESIMPULAN Pencerapan merupakan satu proses penting dalam kerja-kerja penyeliaan sekolah. Melalui pencerapan, pencapaian guru dapat diukur dan ianya merupakan salah satu faktor penting dalam penilaian pencapaian dan perkembangan guru terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan juga mampu meningkatkan kualiti guru dalam merencana, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran.

%" "

Anda mungkin juga menyukai