Anda di halaman 1dari 1

Beliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya.

Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut: # Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermainmain di dalam kelas. # Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa. # Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains. Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah: ! 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan. ! Belajar dari kesilapan. ! Usaha yang terbaik dan bertawakkal Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong. ! Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa. ! Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.

Read more: http://hai-kal.com/kisah-pelajar-cemerlang-spm-siti-fatimahmukhtar-dan-nik-nur-madihah/#ixzz1u40DegH6 Under Creative Commons License: Attribution

Anda mungkin juga menyukai