Anda di halaman 1dari 4

Jurnal Praktikum Minggu Pertama Praktikum 1 SK Dato Ahmad Manaf, Nilai

a) Tarikh 1-5 April 2013 b) Masalah Pada minggu pertama di SK Dato Ahmad Manaf ini, masalah yang saya ingin fokuskan adalah masalah disiplin murid. Apa yang saya dapat lihat ialah masalah disiplin dan adab dalam kalangan murid. Di sekolah ini, saya dapati murid kurang beradab dengan guru terutama waktu P&P. Selain itu, murid juga memandang kepada fizikal guru untuk dihormati. c) Analisis Masalah Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap beberapa kelas termasuk kelas Prasekolah. Murid hanya akan mendengar dan menurt arahan guru bila dikenakan hukuman. Selain itu, saya turut mendengar satu luahan hati seorang guru yang baru berpindah masuk ke sekolah ini mengatakan murid-murid di sini tidak beradab. Memandangkan guru tersebut berbadan kecil, setiap arahan arahan yang diberi diambil sambil lewa sahaja. Disamping itu juga, murid hanya akan takut kepada guru tertntu sahaja dana bersuara lantang. Hal ini menjadikan, guru yang tidak garang akan terpinggir daripada dihormati murid. Oleh itu, satu cara perlu diambil tindakan supaya masalah ini dapat diatasi untuk menjadikan SK Dato Ahmad Manaf sebagai sebuah sekolah yang cemerlang daripada pelbagai sudut. d) Cadangan Dengan ini, saya ingin mencadangkan supaya satu peraturan ditetapkan iaitu murid yang bersiakap biadab terhadap guru akan diambil tindakan iaitu dengan mengisi borang salah laku untuk dua kali yang pertama. Jika perkara ini berlarutan, satu

perjumpaan khas bersama ibu bapa perlu diadakan supaya perkara ini dapat dibendung sebelum ia menjadi satu sikap yang tekal dalam diri murid. e) Tempoh tindakan Tempoh tindakan bagi masalah ini ialah dalam tempoh enam bulan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan segera supaya anak-anak di SK Dato Ahmad Manaf tidak menjadikan sikap tidak berdisiplin dan tidak beradab dengan guru ini sebagai satu budaya hidup yang berterusan. Mereka perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada adik-adik di bawah mereka terutama murid Prasekolah. Saya berharap dengan tindakan susulan untuk masalah ini, isu adab dan disiplin murid ini dapat diatasi dalam kalangan murid.

Tanda Tangan Guru Pelatih,

____________________________ ( AZIZAH BINTI AZIZAN)

Tanda Tangan Pensyarah Pembimbing,

_________________________________ ( )

Jurnal Praktikum Minggu Kedua Praktikum 1 SK Dato Ahmad Manaf, Nilai

a) Tarikh 8-12 April 2013 b) Masalah Minggu ini merupakan minggu kedua saya berada di SK Dato Ahmad Manaf. Minggu ini adalah minggu subjek Matematik. Sepanjang seminggu berlalu dengan minggu Matematik, saya dapati bahawa murid-murid di sekolah ini lemah Matematik terutamanya sifir. Murid-murid akan cepat diam jika guru meminta mereka bangun dan membaca sifir di hadapan dewan. c) Analisis Masalah Apa yang dapat saya lihat, di sekeliling dewan terbuka SK Dato Ahmad Manaf terdapat lembaran sifir yang ditampal untuk rujukan murid. Namun, apa yang dapat saya katakan murid di sekolah ini seakan fobia apabila mendengar perkataan sifir. Dari darjah satu sampai darjah enam, murid akan segera diam jika diminta bangun untuk membaca sifir. Perkara ini membuatkan saya terfikir apakah sifir ini merupakan satu beban kepada murid untuk belajar. Susah sangatkah untuk menghafal sifir? Hal ini berlegar di minda saya. Bagi saya belajar matematik adalah sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi belajar sifir. Ianya sperti satu games ataupun teka teki. d) Cadangan Dengan ini, saya ingin mencadangkan supaya sebelum seorang guru matematik memulakan kelas, setiap murid hendaklah diminta berdiri dan mebaca sifir. Hal ini perlu supaya murid akan berdisiplin untuk menghafal sifir. Hanya murid yang dapat membaca sifir sahaja yang dibenarkan duduk untuk satu masa pertama. Hal ini dapat menjadikan satu cabaran kepada murid untuk menghafal sifir. Membaca sifir

buaknlah sesuatu yang menyusahkan jika guru mmainkan peranan mencari inisiatif supaya murid mereka hafal sifir. e) Tempoh tindakan Tempoh tindakan bagi masalah ini ialah dalam tempoh tiga bulan. Hal ini perlu dilaksanakan dengan segera supaya anak-anak di SK Dato Ahmad Manaf tidak lagi menjadikan sifir itu satu fobia bagi mereka. . Murid seperti ketakutan apabila guru menyebut perkataan sifir adalah sebab mereka tidak menjadikan membaca sifir satu amalan. Biarlah mereka merasakan matematik itu sesuatu yang menyeronokkan dan berebut-rebut untuk membaca sifir di hadapan bukanlah dengan menyorok di belakang kawan.

Tanda Tangan Guru Pelatih,

____________________________ ( AZIZAH BINTI AZIZAN)

Tanda Tangan Pensyarah Pembimbing,

_________________________________ ( )

Anda mungkin juga menyukai