Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM BOLA BALING

Berlari Kemahiran berlari merupakan aspek penting dalam permainan bola baling. Setiap pemain perlu mahir melakukan pelbagai jenis larian keran adalam permainan sebenar, pemain akan terlibat dengan larian pecut, larian sisi, larian ke belakang, dan larian mengejut. Pemain yang mampu melakukan larian pantas atau pecutan dengan baik mempunyai kelebihan dalam sesuatu perlawanan.

Latihan Berlari 1. Lari pecut menuju ke garisan penamat dan balik ke tempat asal secara bergilir-gilir dan dilakukan berulang kali mengikut rancangan dan arahan. 2. Larian zigzag berganti-ganti. Setiap pemain berlari diantara kon atau halangan yang disediakan. 3. Larian ulang alik. Pemain berlari dari kawasan A ke kawasan B dan balik semula ke A.

Melompat Kemahiran melompat adalah berguna dalam keadaan dimana pemain-pemain hendak menyambut bola tinggi, memintas, menyekat hantaran lawan dan membuat jaringan lompat.

Latihan : I. II. Melompat batang rotan atau barisan pagar Lawan Sentuh Palang Gol Siapa Cepat

Tali Beracun Melompat pada masa yang sesuai supaya tidak disentuh oleh hujung tali. Tali yang dihayun pada aras lutut. Butir-butir Mengajar Untuk Latihan Melompat: I. II. Rendahkan Badan apabila sedia hendak melompat Hujung kaki menolak kuat untuk melonjak dengan berkesan

III. IV.

Tangan dihulur keatas apabila hendak menyambut bola tinggi Semasa mendarat kakik dibengkokkan di bahagian lutut untuk meresap daya pendaratan

MENGELECEK Mengelecek merupakan satu pergerakkan dimana bola dilantun secara berterusan ke tanah dengan satu tangan atau bertukar tangan tanpa memegang bola. Kemahiran ini penting bagi pemain kerana:i)Membolehkan pemain bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan bolaii)Melakukan serangan secara berseorangan jika semua rakan dikawal oleh pihak lawan.

Teknik Menggelecek 1. Fleksi lutut lebih kurang 120 darjah dengan imbangan badan terkawal 2. Tangan sentuh bahagian atas bola dengan jari-jari terbuka 3. Lantunan ditolak dengan jari bukan dengan menggunakan tapak tangan 4. Pergelangan tangan digerakkan keatas dan ke bawah 5. Badan dibengkokkan ke hadapan 6. Berat badan sentiasa berada di kaki hadapan 7. Mata pandang kea rah hadapan atau ke arah mana hantaran hendak dibuat 8. Tinggi lantunan pada paras lutut atau pinggang 9. Tangan yang tiada bola sentiasa membuat hadangan bagi mengelakkan bola dirampas oleh pihak lawan.

Latih Tubi Mengelecek Melantun Bola 1. Tidak Bergerak-Dengan sebelah tangan-Dengan tukar tangan kiri dan kanan 2. Sambil berjalan dengan sebelah tangan-Dengan tukar tangan kiri dan kanan 3. Sambil berlari-Dengan sebelah tangan-Dengan tukar tangan kiri dan kanan 4. Sambil berlari dan mengelilingi halangan/ rintangan 5. Mengelecek ikut arah (berjalan atau berlari) 5.1 Lurus (pergi dan balik) 5.2 Tiga segi

6. Mengelecek Sambil Mengacah

MENJARING

Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat jaringan dengan melempar bola ke dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi syarat utama iaitu pemain mesti membuat jaringan di luar garisan 6 meter (kawasan D). Jika anda berada di dalam kawasan D semasa bola masih dalam tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting dalam membuat jaringan.

Jenis Jaringan

(a)

Jaringan Bahu

Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.

(b)

Jaringan Lompat

Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol (Rajah 6.10). Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.

(c)

Jaringan Dive

Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol. Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.

(d) Jaringan Rendah

Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.

Penjagaan Gol Posisi ini selalu disebut sebagai barisan pertahanan yang terakhir dan jelas menunjukkan bagaimana pentingnya peranan seorang penjaga gol. Seorang penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang baik. Selain menjaga pintu golnya, penjaga gol juga kadang-kadang bertindak sebagai penggerak utama dalam mengatur satu serangan terobos deras fast break

HANTARAN

Lima jenis hantaran ialah:

(a)

Hantaran Bahu

Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh. Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusing badan.

(b)

Hantaran Lantun

Sementara itu pula teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak pantas. Anda boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan.

(c)

Hantaran Aras Dada

Hantaran jenis ini pula mempunyai persamaan dengan permainan bola keranjang. Ia lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat di aras dada dan pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jari tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak follow through di akhir tolakan.

(d) Hantaran Lompat

Hantaran lompat pula merupakan satu gerakan keliru yang berasal daripada permainan bola keranjang. Biasanya apabila penyerang yang berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang berbuat demikian, dia

akan membuat hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

(e)

Hantaran Sisi

Teknik berikutnya pula dikenali sebagai hantaran sisi. Ia berguna untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Anda tidak perlu memusingkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dilakukan.

Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

MENGADANG Mengadang ialah kemahiran mengawal gerakan pemain daripada menyerang atau menjaringkan gol. Mengadang khususnya semasa menjaringkan gol, adalah kemahiran pertahanan bagi setiap pemain secara individu. Dalam permainan bola baling, mengadang mempunyai 2 matlamat atau tujuan. Disamping dapat menhalang atau mengelak lawan daripada melakukan serangan, ia juga bertujuan merampas bola daripada kawalannya. Dengan demikian, pemain dapat memiliki bola dan seterusnya membolehkan ia membina pergerakkan untuk menyerang. Pergerakkan sebegini sering diistilahkan sebagai serangan balas.

PRINSIP MENGADANG Antara prinsip dalam kemahiran mengadang adalah seperti berikut:1. Menghalang pihak lawan daripada menyerang dan menjaringkan gol 2. Memberi masa kepada rakan sepasukan mengadakan benteng pertahanan agar hadangan lebih kemas dan serangan lawan mudah dipatahkan. 3. Menghentikan gerakan pemain-pemain lawan yang dianggap merbahaya. 4. Mengawal gerakan pihak lawan dikawasan sendiri. 5. Meneliti kawasan yang mungkin digunakan oleh pihak lawan.

TEKNIK MENGADANG Terdapat beberapa teknik mengadang pihak lawan daripada meneruskan serangannya: 1. Mengadang dari jarak dekat 2. Mengadang dari jarak jauh 3. Menghentikan gerakan lawan4.Mengadang bola hantaran tinggi5.Melindungi rakan daripada serangan lawan.

MENGACAH

Mengacah ialah kemahiran melakukan gerakan yang boleh mengelirukan lawan, iaitu seakan-akan mahu melakukan sesuatu tetapi sebaliknya melakukan gerakan lain, seperti memusing, memintas, menukar arah dan menukar gerakan. Kemahiran ini jarang dilakukan oleh pemain baru atau pada peringkat awal. Kemahiran mengacah dilakukan samada dengan bola atau pada badan pemain itu sendiri.Teknik dalam melakukan kemahiran mengacah adalah seperti berikut:I. Kedudukan sebelah kaki didepan dengan jarak antara kedua-dua kaki seluas bahu, sambil lutut dibengkokkan II. Berat badan awal ialah pada kaki kiri belakang dan kemudian ditukarkan kekaki kanan didepan, serentak itu kedua-dua tangan mengikut III. Tukar arah gerakan tangan

KECERGASAN FIZIKAL

Komponen-komponen kecergasan fizikal, khusus untuk pemain-pemain bola baling yang telah dikenalpasti dan disenaraikan seperti dibawah:1. Daya tahan otot dan jantung (kardiovaskular) 2. Kekuatanotot 3. Kuasa 4. Kelajuan 5. Kelembutan 6. Ketangkasan 7. Kelunjuran 8. Imbangan 9. Koordinasi 10. Masa

Tindak balas kaedah-kaedah untuk membuat komponen-komponen di atas adalah seperti berikut:1.Latihan Litar 2.Latihan Jeda 3.Latihan Tekanan 4.Latihan Kekuatan 5.Latihan aerobik 6.Latihan-latihan yang sesuai