Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM FASA 22010

PERNYATAAN PROFESIONAL
SEBELUM PRAKTIKUM
NAMA: MOHD WAKIYUDDIN BIN ROSNAN
NO. KAD PENGENALAN: 880303-10-5087
Program praktikum fasa 3 saya kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan
Bota Kanan. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus luar bandar dan in
merupakan praktikum pertama saya di kawasan luar bandar. Walaupun mengalami
sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini
sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran
dan pembelajaran akan berubah.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat yang sepatutnya berlangsung
sepanjang hari terpaksa ditunda kepada dua sesi pada hari yang berlainan. Ini
disebabkan kekangan masa dan jadual penceramah yang bertugas. Untuk taklimat
praktikum kali ini, penekanan penceramah yang lebih kepada pembentukan insane
guru. Tidak seperti taklimat-taklimat sebelum ini, penceramah lebih menekankan
tentang kepentingan untuk mendalami jiwa keguruan dan kepentingan guru masa
kini dan masa hadapan. Saya sendiri berasa terkesan dengan penyampaian
penceramah yang telah dijemput.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi
mental dan fizikal. Pengalaman praktikum fasa dua yang lalu, sedikit sebanyak
membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai
seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi
keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin
saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum fasa 3 ini,
saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Bota Kanan. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah
bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh
praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa tidak begitu jauh, saya
akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.

PRAKTIKUM FASA 22010

Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa
mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini
penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah
begitu banyak seperti praktikum sebelum ini. untuk buku persediaan mengajar pula,
dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi
kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran
yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif
pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai