Anda di halaman 1dari 2

Pembentukan Malaysia

Tunku Abdul Rahman telah mengemukan idea gagasan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961. Beliau menyatakan penggabungan ini adalah perlu untuk menghalang pengaruh komunis yang semakin berleluasa pada ketika itu. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah dibentyuk. Jawatankuasa ini bertujuan untuk menerangkan konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya kepada penduduk di Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa ini seterusnya telah bersidang sebanyak empat kali iaitu pada bulan Ogos 1961 di Sabah dan diikuti oleh mesyuarat yang kedua pada Disember tahun yang sama. Pada tahun 1962, mesyuarat telah dijalankan di Kuala Lumpur pada bulan Januari dan mesyuarat terakhir telah diadakan pada bulan Februari 1962 di Singapura. Satu suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk pada 17 Januari untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Pada 22 Julai 1963, Sarwak telah mendapat kemerdekaan daripada Raja Brooke pada ketika itu. Sabah pula telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Pada 16 September 1963, Malaysia telah dibentuk hasil daripada gabungan empat kerajaan pada ketika itu iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Hari ini telah dinamakan sebagai Hari Malaysia. Namun begitu Singapura telah menarik diri beberapa tahun selepas pembentukan Malaysia. Tahun ini, Malaysia akan menyambut Hari Malaysia yang ke 50.

Nama :

Kelas :

Lengkapkan ayat dengan perkataan yang telah disediakan.

1. Ali telah 2. Aminah sedang 3. Afif

(menyepak/disepak) bola itu. (termasak, memasak) gulai daging. (berjatuh, terjatuh) sewaktu berlari di tangga.

4. Dayana (ternampak, bernampak) ayah (dimasak, memasak) rendang ayam. 5. Amir televisyen. (menonton, tertonton) rancangan memasak di

Anda mungkin juga menyukai