Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN B Soalan 1 Seni dalam pendidikan (SDP) adalah diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu sama

ada dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial supaya sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). SDP telah meletakkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner (1983) sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan yang penting dalam kurikulum supaya menggalakkan murid untuk mengenali dan menggunakan kelebihan atau potensi diri mereka dengan sempurna. SDP mengandungi tiga elemen utama yang penting iaitu seni visual, seni muzik dan juga seni pergerakan. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni muzik adalah lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari dan seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengintegrasikan atau mengaplikasikan aktiviti ketiga-tiga elemen ini dengan berkesan dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mana-mana satu mata pelajaran di sekolah supaya guru dapat menarik minat di samping merangsang pemikiran murid-murid terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Professor Dr. Mel Silberman dari Temple University, hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan. Maknanya,

penglibatkan murid akan mempengaruhi keberkesanan satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya, bagaimanakah seorang guru mengaplikasi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam satu pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah? Maka, dengan menggunakan pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk tajuk Wang kepada murid-murid tahun 2 sebagai satu contoh pengajaran dalam menerangkan cara bagaimana mengaplikasi aktiviti seni visual,
7

muzik dan pergerakan. Pertama sekali, bagi permulaan pengajaran iaitu set induksi, guru mungkin boleh memaparkan gambar ataupun video yang mengenai jual beli di pasar atau kedai kepada murid-murid. Melalui gambar atau video tersebut, guru boleh menjalankan aktiviti soal jawab terhadap murid-murid supaya dapat merangsang minda murid-murid dengan apa yang dilihat melalui visual. Seterusnya, bagi langkah 1 pula, guru boleh mengaplikasi seni visual seperti mewarna dalam pengajaran ini dengan menyediakan wang kertas contoh yang tidak berwarna dan pelbagai nilainya kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki mewarnakan wang kertas contoh tersebut dengan warna yang betul berdasarkan nilai wang kertas contoh tersebut. Misalnya, wang kertas contoh RM5 adalah berwarna hijau. Guru akan menyemak warna bagi setiap nilai wang kertas bersama dengan murid-murid. Selain itu, guru juga boleh menyediakan barang-barang mauwujud yang ditampah dengan harganya seperti air botol berharga RM5. Manakala, murid-murid perlu mengangkat wang kertas contoh yang diwarnakan dengan tangannya dan juga menyebut harga barang tersebut dengan sebutan berirama berdasarkan barang yang ditunjukkan oleh guru. Aktiviti ini telahpun mengaplikasi seni pergerakan iaitu lokomotor dan seni muzik iaitu irama. Di samping itu, bagi langkah 2, murid-murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan menggunakan nama alat muzik sebagai nama kumpulan masing-masing supaya menerapkan pengetahuan tentang alat muzik kepada murid-murid. Setiap kumpulan akan diberikan satu bank kertas 2D yang mempunyai banyak gambar wang kertas contoh yang pelbagai nilainya. Seterusnya, setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang mengandungi jumlah wang yang perlu diguntingkan oleh murid-murid daripada bank kertas masing-masing. Misalnya, jumlah wangnya ialah RM45, murid-murid perlu menggunting 4 keping wang kertas contoh RM10 dan 1 keping wang kertas contoh RM5. Selepas habis menggunting wang kertas contoh yang diperlukan, setiap kumpulan perlu melakukan satu pergerakan yang sama bergerak ke
8

hadapan kelas sama ada galop, ketingting, hop dan sebagainya untuk menampalkan wang kertas contoh yang digunting di atas papan hitam supaya disemak bersama guru dan rakan-rakannya. Aktiviti ini telah mengaplikasi seni pergerakan iaitu bukan lokomotor dan juga dapat melatih kemahiran motor halus murid-murid. Bagi langkah yang seterusnya, guru boleh menyediakan kad kosong yang bertali bagi setiap murid untuk melukis apa-apa binatang yang disukai oleh sendiri dan mengantungnya di atas leher sendiri masing-masing. Selepas itu, murid-murid akan dipecah kepada dua kumpulan untuk memain peranan iaitu satu kumpulan menjadi penjual dan satu kumpulan menjadi pembeli. Setiap murid daripada kumpulan pembeli akan diberi wang kertas contoh sebanyak RM50 untuk membeli barang yang telah disebutkan sebelum bermula aktiviti beli-belah oleh guru. Muzik akan dimainkan semasa aktiviti beli-belah berlangsung. Manakala, murid-murid perlu melakukan aksi dan berbunyi yang berkaitan dengan binatang yang dilukis oleh mereka dengan berhenti membeli barang semasa muzik dihentikan. Murid-murid akan terus membeli barang sekiranya muzik dimainkan semula. Selain itu, kedua-dua kumpulan juga akan bertukar peranan iaitu pembeli menjadi penjual dan sebaliknya selepas satu sesi aktiviti habis. Dalam aktiviti ini, guru akan dapat mengaplikasi ketiga-tiga elemen utama dalam SDP iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Akhirnya, bagi penutup pula, guru boleh menyediakan beberapa biji belon dan bagi murid-murid untuk memegangnya secara rawak. Seterusnya, muridmurid dikehendaki mengedarkan belon tersebut kepada rakan-rakan yang lain semasa muzik dibunyikan oleh guru. Apabila muzik berhenti, murid-murid yang memegang belon perlu mengkongsi perasaan atau membuat kesimpulan terhadap pengajaran ini. Maka, memang tidak dinafikan, melalui aktiviti seni, murid-murid boleh dapat meluahkan idea atau perasaan mereka iaitu emosi secara bebas dan kreatif. Menurut Mahasan Mahmmod (2003), kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebagai seorang guru tidak harus terlalu tersekat
9

terhadap cara pengajaran tradisional seperti chalk and talk yang akan membosankan murid-murid sahaja. Sebaliknya, guru harus sanggup mencuba cara pengajaran yang baru dan kreatif seperti mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam mana-mana satu mata pelajaran demi dapat menyeronokkan dan mengembangkan potensi murid-murid dengan sempurna.

10