Anda di halaman 1dari 5

Sajak : Dadah Durjana Dadah Tika dulu kau bagai penawar Mengukir sejarah di bidang perubatan Penyelamat nyawa

tika kesakitan Namun kini Martabatmu begitu hina Hadirmu bak najis semata Kau hanyalah pemusnah Generasi dunia Dadah Kau umpama racun yang mengalir Dalam pembuluh darah Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang Perit.. Pedih.. Dadah Kau durjana Hadirmu membawa derita Khayalan sementara cuma Imaginasi dusta di bumi nyata Membawa kesedihan Mengundang derita sengsara Dan mengusung Kematian.. Nurkilan bersama..Md. Rz & Adik-Beradik..07

Dadah Musuh Negara Dadah, Kau datang mengaku kawan Konon membantu meringan beban Tetapi, wahai teman Kau sebenarnya musuh Musuh nombor 1 negara

kau buat mereka alpa kau buat anak bangsa rebah kau musuh negara ! Tatkala negara membangun kau meratah belia negara punah, musnah, lemah kerana kau... dadah durjana

Ectacy, Heroin , Ganja Pelbagai nama dan rupa namun aku bersumpah kau akan musnah

Teman, Marilah kita bangkit bersama Perangi Dadah Musuh Negara Nukilan, INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA Misi Generasi Ditulis: Zaen Kasturi Pendeklamasi: Tengku Khalida Tengku Bidin Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?, Dan lembah bernanah ini dituruni?, Sedang denai hayat di hadapan, Sayup Memandang, Sedang sinar iman di belakang, Setia Menyuluh Jalan, Denai diterokai, Dari kasih sayang ayah bonda, Sinar yang terpercik, Dari jiwa dan harapan bangsa,

Dan Tuhan tidak pernah berkata, Bahawa nafsu lebih mulia, Daripada akal manusia, Sekali diredahi lorong berjelaga, Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda, Sekali dituruni lembah bernanah, Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa, Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan, Iman ditusuk jarum dari mata syaitan, Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan, Seluruh hayat terapung, Di sungai zaman, Ini seteru zaman baru harus ditentang, Dengan semangat padu, Tak kira apa nama kamu, Mereka, dia dan aku, Kerana anak-anak kita, Diintip setiap waktu, Sekali leka, Seribu kali menyesal, Tidak mudah berlaku, Mari kita gempur lorong berjelaga, Agar ruyup luka di wajah berhemah, Mari kita lafaz ikrar, Menjadi sumpah berakar, Mari kita genggam, Tekad membangun generasi berdaulat, Ini misi generasi masa kini, Tidak ingin menjadi cermin yang retak, Di kamar nusa, Tidak ingin menjadi album kosong, Di lantai sejarah, Gempur!!..., Gempur lorong berjelaga, Gempur!!..., Gempur lembah bernanah....

Sajak Anti Dadah Indahnya Malaysia, Negaraku yang merdeka Negaraku yang aman, Negaraku yang makmur, Negaraku yang maju. Tapi, Negara ini akan lebih merdeka Jika tiada penagih dadah, Musuh yang lesu, Menyerang dalam senyap, Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan, Kemerdekaan yang telah lama dirasakan. Negara ini akan lebih aman Jika lenyap dadah dari pengedaran, Ketua perancang segala kemusnahan, Kepala bala kehancuran, Yang meruyupkan keamanan, Negara akan lebih makmur, Jika hilang penyeludupan, Punca keretakkan perpaduan, Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan, Punca berkuburnya kemakmuran, Negara ini akan lebih maju, Jika tiada estacy, kokain, shabu, Morfin, heroin, Lenyapnya penagih, Hilangnya pengedaran, Hapusnya penyeludupan, Oleh itu, Bangkitlah semua warga, Indahkan lagi kemerdekaan ini,

Penuhkan erti keamanan ini, Cukupkan kemanisan kemakmuran ini, Sempurnakan isi kemajuan ini, Demi negara yang bernama Malaysia.

Hasil Nukilan Murid Tahun 5 Masyarakat Madani Tanpa Dadah (2008) Tingkatkan kesedaran Kepada setiap bani insan Bahaya dadah angkara syaitan Merosakkan kehidupan Tarafmu begitu hina Kehadiranmu membawa petaka Hanyalah pemusnah bangsa Masyarakat kian binasa Dadah Kau adalah racun Yang membunuh jiwa insan Membawa derita sengsara Memamah jasad manusia Keseronokan hanya seketika Khayalan sebentar cuma Hidup di dunia tidakkan ceria Di akhirat sana kan mendapat seksa Dadah Kau adalah durjana Imaginasi dusta di alam nyata Membawa rasa kesedihan Berakhir di laman kematian Lirik: Mohd Fikri bin Che Hussain (02/05/2008) Kepada: SM Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor

Anda mungkin juga menyukai