Anda di halaman 1dari 8

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 2 Perkembangan Motor 2.

.1 Definisi perkembangan motor Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan, tumbesaran, kematangan dan penuaan. Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek: (i) (ii) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)

2.2

Peringkat perkembangan kemahiran motor Perkembangan kemahiran motor berlaku mengikut prinsip perkembangan yang terbahagi kepada dua dan prinsip-prinsip ini berfokus kepada perkembangan yang berlaku pada 2 tahun pertama selepas kelahiran. Prinsip-prinsip tersebut ialah: (i) (ii) Prinsip I Prinsip cephalo-caudal Prinsip II Prinsip proksimo-distal

120

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Prinsip I : Prinsip Cephalo-Caudal. Prinsip ini berteraskan perkembangan dari kepala ke bawah contohnya dari keupayaan fleksi tengkok sehingga duduk tanpa sokongan.
3 PERINGKAT MAJOR PERKEMBANGAN KAWALAN POSTUR

Diri bebas ( 11 bulan)

Duduk bebas ( 7 bulan)

Kawalan kepala ( 2-3 bulan) Nota untuk Guru : Guru menerangkan maksud cephalo-caudal : Cephalo = kepala Caudal = penghujung saraf tunjang Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

121

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

3 PERINGKAT MAJOR PERKEM BANGAN KEUPAYAAN LOKOMOTOR

Tingkat pencapaian berlaku selari dengan perkembangan kawalan postur

Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

Nota untuk Guru: Guru menerangkan maksud cephalo-caudal: Cephalo = kepala Caudal = penghujung tunjang

122

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Prinsip II : Prinsip Proksimo Distal. Prinsip ini berteraskan perkembangan daripada aksis tubuh ke arah luar, contohnya daripada keupayaan menghulur tangan ke keupayaan mencapai sasaran.
PERINGKAT PERKEM BANGAN KEUPAYAAN MANUAL

Kemahiran manual (genggam dan capai) yang matang biasany a dicapai di akhir tahun pertama - kemahiran ini akan terus mengalami perekembangan. Tingkat pencapaian kemampuan manipulasi objek (menggunakan tangan) bermula pada 3-4 bulan.

Asas kepada perolehan kemahiran manual yang lebih kompleks

Sumber : Abernethy, B., Kippers, V., Mac kinnon, L.T., Neal, R.J. & Hanr ahan, S. (1997), The Bi ophysic al Foundati ons of Human Movement, Human Ki netics, C hampaign.

123

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Nota untuk guru : Guru menerangkan maksud proksimo-distal. Proksimo = hampir. Distal = jauh (Hampir dan jauh adalah merujuk kepada kedudukan aksis batang tubuh) 2.2.2 Tingkat/ Tahap pencapaian motor Tahap pencapaian motor berfokus kepada perkembangan yang berlaku selepas 2 tahun kelahiran iaitu apabila keupayaan untuk bergerak tanpa sokongan dicapai. Tahap pencapaian motor perkembangan yang utama : (i) dilihat dalam tiga aspek

Perkembangan kawalan postur Pencapaian motor dalam aspek kawalan postur adalah seperti berikut (mengikut urutan). Kawalan kepala Duduk tanpa sokongan Diri tanpa sokongan

(ii) Perkembangan keupayaan lokomotor Tahap pencapaian lokomotor dalam aspek keupayaan motor adalah seperti yang berikut (mengikut urutan) Mengguling Merangkak Diri tanpa sokongan (iii) Perkembangan keupayaan bukan lokomotor Pencapaian motor dalam aspek keupayaan bukan lokomotor adalah berciri seperti berikut (mengikut sekuen) Keupayaan menggenggam tangan tanpa objek Keupayaan mencapai sasaran Keupayaan menggenggam objek

124

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 3 Pembelajaran Kemahiran Motor 3.1 Definisi pembelajaran kemahiran motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor boleh digambarkan melalui lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor. Ciri-ciri lengkok pembelajaran kemahiran dan prestasi motor seperti berikut: (a) Lengkok lurus (linear) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang seimbang sepanjang proses pembelajaran
Pembelajaran

Praktis

Maksudnya, semakin banyak praktis yang dijalani, semakin tinggi kesan pembelajaran yang diperolehi. Contohnya, dalam kemahiran menjaring bola keranjang, semakin banyak latihan yang dilakukan, semakin tinggi kecekapan menjaring. (b) Lengkok cembung (negatively accelerated) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang tinggi di awal proses pembelajaran dan kadar peningkatan yang beransur kurang pada penghujung proses tersebut.
Pembelajaran

Praktis

Maksudnya, ketika awal praktis, pelatih mengalami peningkatan pembelajaran yang mendadak sehingga kemahiran asas dicapai dan selepas tahap ini pelatih mengalami kadar peningkatan yang berkurangan. Contohnya dalam permainan tenis, kemahiran memukul boleh diperolehi dengan kadar yang cepat. Selepas tahap
125

BUKU SUMBER SAINS SUKAN ini, penguasaan kemahiran memukul (stroke) dengan laju dan terkawal berlaku dengan kadar yang perlahan. (c) Lengkok cengkung (positively accelerated) Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang sedikit di awal pembelajaran dan peningkatan mendadak dialami pada penghujung proses tersebut. Contohnya berenang.

Pembelajaran

Praktis

Untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas berenang seperti teknik pernafasan mengambil masa yang lama. Apabila kemahiran-kemahiran ini telah dikuasai keupayaan menguasai gaya-gaya renang seperti kuak dada boleh berlaku dengan kadar yang cepat. (d) Lengkok S(Ogive). Lengkok pembelajaran ini menggambarkan peningkatan prestasi yang berlaku melibatkan kombinasi ciri-ciri lengkok linear, cembung dan cekung sepanjang proses pembelajaran. Contohnya memandu kereta (kemahiran siri).
Pembelajaran

Praktis

3.2

Pembolehubah-pembolehubah motor

pembelajaran

kemahiran

Pembelajaran kemahiran motor dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah iaitu : (a) (b) Perbezaan individu Pemindahan pembelajaran

3.2.1 Perbezaan individu Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972)
126

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Dalam aspek kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu: (i) (ii) (i) Keupayaan persepsi motor Kecekapan fizikal Keupayaan persepsi motor Ciri-ciri keupayaan persepsi motor adalah: Koordinasi pelbagai anggota Koordinasi ini melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Contoh menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki. Ketepatan kawalan Ketepatan kawalan merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan. Contohnya, seorang penerjun dapat mengawal postur semasa membuat terjunan. Orientasi respons Orientasi respons merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Contohnya keupayaan penjaga gol bola sepak untuk mengurangkan sudut penjaring menjaringkan gol dan keupayaan pemain badminton untuk memberikan respons yang paling berkesan daripada pelbagai pilihan respons yang ada. Masa reaksi Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan. Contohnya masa yang diambil oleh seorang pelari 100m untuk memulakan larian selepas mendengar tembakan permulaan.

127

Anda mungkin juga menyukai