Anda di halaman 1dari 2

NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MALAYSIA

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah perkara yang boleh dijana untuk menjamin nilai murni ini terus diamalkan? Jika diteliti semula, perkara ini juga mampu menggalakkan masyarakat mengkaji dengan lebih mendalam mengenai peradaban dan sistem pendidikan masyarakat Malaysia. Mereka pasti akan tertanya-tanya bagaimana masyarakat negara tersebut mampu mempamerkan nilai murni tidak seperti negara lain. Justeru, kita dapat lihat saban hari semakin ramai pelancong asing datang untuk menuntut di universiti-universiti di Malaysia. Selain itu, masyarakat Malaysia dilihat sebagai masyarakat yang tinggi nilai budi bahasa. Ini sama sekali tidak boleh membuatkan kita berasa selesa dengan situasi sekarang kerana bukan semua masyarakat Malaysia yang tinggi budi bahasa.Sebagai contoh , masih banyak lagi masyarakat kita yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika berkomunikasi.nilai murni ini terhakis dek kerana ledakan teknologi dan kemajuan sehinggakan kebanyakan anggota masyarakat berlumba-lumba mengejar kemajuan teknologi sehingga mengabaikan pembangunan sahsiah dan rohani.Oleh itu, kita wajar memuji usaha akan pentingnya pendidikan sebagai tunjang pembentukan moral bangsa Malaysia.

Seterusnya, kita beralih pula pada pandang sisi dari dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat Malaysia juga harus meneliti nilai murni dari semua aspek masyarakat. Hal ini kerana, nilai ini semakin hari semakin terhakis ditelan arus kemodenan. Sebagai contoh, amalan ziarah-menziarahi dan bertegur sapa dilihat semakin kurang dipraktikkan oleh kebanyakan masayrakat masa kini. Masyarakat hari ini lebih gemar untuk bersosial secara maya di skrin komputer dan telefon bimbit, menghabiskan banyak masa di depan kaca televisyen dan kurang keluar bersosial sesama masyarakat terutamanya pada musim perayaan. Kesimpulannya, kita semua perlu sedar akan nilai murni sebagai lambang keperibadian masyarakat Malaysia. Apabila masyarakat dididik dan berjaya mengamalkan nilai murni ini, maka insan yang baik akan terbentuk. Insan solehah sangat penting sebagai satu wadah untuk memperelok masyarakat di samping sikap ahli masyarakat dan sistem pendidikan yang berkualiti. Peranan menyuburkan dan memelihara nilai murni dalam masyarakat ini perlu diambil oleh pemuda-pemuda pada masa kini. Pemuda hari ini perlu menggerakkan akal dan pemikiran mereka seiring dengan tindakan supaya Malaysia mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang berfikiran jauh, matang, terbuka dan kreatif pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai