Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
FLORA MAIKOL
Melalui lawatan penanda aras ini juga, saya dapat mengenali dan menilai potensi saya sebagai bakal guru. Melalui perkongsian daripada guru-guru yang memberikan taklimat semasa lawatan ini, saya menyedari bahawa terlalu banyak aspek yang perlu saya kuasai dan perbaiki untuk menjadi seorang guru yang betul-betul komited dalam menjalankan tanggungjawab mendidik murid-murid. Pertama sekali, keinginan untuk menjadi guru harus lahir dari dalam peribadi diri sendiri. Maka dengan adanya keinginan tersebut kita akan menjadi seorang guru yang benar-benar mempunyai keperibadian dan personaliti guru. Puan Hajah Zainab selaku Penolong Kanan sekolah banyak berkongsi tentang pengalamannya sebagai seorang guru malahan pengalaman bersama dengan gurunya di sekolah rendah dahulu. Perkongsiaan yang diberikannya membuatkan saya merenung adakah saya mempunyai potensi untuk menjadi guru yang seperti dia. Puan Zainab tidak pernah mengira murid-muridnya, malahan lebih dari seorang guru untuk mendidik murid-murid dia juga melayan mereka lebih daripada itu. Melalui perkongsiaanya saya dapat melihat gambaran personaliti seorang guru bukan hanya tertumpu untuk memberikan ilmu tetapi tertumpu kepada banyak perkara termasuklah melayan murid-murid seperti ahli keluarga sendiri. Melalui perkongsian daripada Puan Salizawati berkenaan pengurusan sekolah. Saya amat tertarik dengan kesungguhan guru-guru terutamanya guru besar Sekolah Kebangsaan Convent untuk menjadikan sekolah ini kearah sekolah yang berprestasi tinggi. Walau pun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan untuk membangunkan sekolah ini, namun sekolah ini mampu mencapai tahap sekolah berprestasi tinggi. Kerjasama guru besar dan guru-guru yang lain dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan penglibatan murid serta meningkatkan prestasi akademik murid membuktikan bahawa mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik yang bekerja dalam lingkungan sebuah komuniti pasukan. Guru-guru di sekolah ini mempunyai sifat kepimpinan yang begitu baik dan pengurusan yang begitu sistematik. Sebagai seorang guru, saya sedar bahawa kita perlu menguasai banyak kemahiran-kemahiran lain seperti pengurusan dan kepimpinan yang baik. Di samping itu, jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa murid juga amat penting. Dengan kerjasama dan bantuan daripada ibu bapa murid-murid melalui PIBG sekolah, sekolah ini mampu mempunyai kemudahan-kemudahan infratruktur yang baik.
FLORA MAIKOL
Semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru disekolah ini juga menyuntik semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bukan hanya untuk mengajar didalam kelas tetapi untuk mendidik murid-murid dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran bahawa sesuatu kerja merupakan satu ibadat. Melalui perkongsian Puan Ooi saya sangat tersentuh dengan kesungguhannya untuk membuat perubahan dalam pendidikan terutamanya subjek Matematik. Walau pun dia merupakan lulusan dalam subjek Bahasa Inggeris tetapi apabila dia diberi tugas untuk mengajar dalam subjek matematik, dia tidak menolak tugas itu ke tepi malahan menggalas tugas itu dengan penuh komitmen yang tinggi. Puan Ooi juga mempunyai kesedaran untuk memberikan pemahaman konsep kepada murid-murid supaya mereka mempunyai pemahaman yang lebih mendalam dalam matematik. Dari sudut pandangan dan kesedaran yang saya dapat, program BIG pada kali ini amat memberi kesan dan makna kepada pelatih guru serta memberi motivasi kepada kami untuk menimba sebanyak ilmu dan pengalaman sebelum kami bergelar sebagai seorang guru supaya kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi murid dan sekolah pada masa akan datang. Walau bagaimanapun melalui lawatan penanda aras ini saya juga dapat mengenalpasti beberapa kelemahan. Sekolah ini tidak diberi banyak masa bersedia untuk menerima lawatan ini. Hal ini disebabkan, kami terpaksa memilih sekolah ini pada saat-saat akhir setelah sekolah pertama yang kami pilih iaitu Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah terpaksa menolak lawatan penanda aras atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi saya tetap bersyukur kerana pihak sekolah menerima kedatangan kami. Saya juga turut merasakan kekurangan daripada persediaan kami sendiri apabila Penolong Kanan menyatakan bahawa, apabila membuat lawatan ke sekolah mereka kami sekurang-kurangnya membuat aktiviti sebagai tanda kami membuat lawatan di sekolah tersebut. Aktiviti yang kami jalankan ini akan menjadi sebagai bukti atau dimasukkan dalam laporan Sekolah Kebangsaan Convent. Lebih-lebih lagi dengan status sekolah berprestasi tinggi, mereka memerlukan pelbagai aktiviti daripada pihak luar untuk menyokong pengiktirafan yang telah sekolah tersebut terima. Kami juga telah terlepas pandang perkara-perkara yang penting ini dan menyebabkan kami hanya sempat berinterkasi dengan guru-guru sahaja.
FLORA MAIKOL
Sebagai cadangan penambahbaikan, dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti segala maklumat dan perincian yang diperlukan untuk menjadikan program tersebut mencapai kejayaan yang maksimum harus diteliti dengan lebih terperinci. Selain itu, perancangan aktiviti yang lebih jelas harus dibincangkan bersama oleh kedua-dua pihak. Bagi saya sendiri, satu pihak sahaja yang membuat keputusan tidak akan membuahkan hasil yang memberansangkan. Melalui pengalaman kesilapan dalam BIG pada kali ini, saya menyedari bahawa kita perlu menjelaskan dengan jelas setiap aktiviti yang akan dijalankan. Selain mempertimbangkan aktiviti yang akan kita jalankan adalah lebih baik jika kita bertanya kepada pihak yang terlibat apakah yang mereka perlukan daripada kita sebagai pihak penganjur. Seperti yang dinyatakan oleh Puan Hajah Zainab, adalah lebih baik sekiranya kami mengadakan satu aktiviti bersama murid ataupun aktiviti seperti mural untuk menjadikan lawatan kami menjadi lebih bermakna dan boleh digunakan oleh pihak sekolah pada masa akan datang. Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru saya percaya bahawa terlalu banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari untuk menjadi seorang guru yang benarbenar memahami profesion keguruan dan memberikan sepenuh komitmen dalam mendidik murid-murid. Selain mempunyai kemahiran mengurus serta mentadbir sesuatu dengan baik, saya juga perlu mempunyai akauntabiliti pendidik yang baik. Saya mengharapkan saya akan mendapat lebih banyak peluang bersama-sama dengan guru-guru yang begitu komited dalam tugas sebagai seorang pendidik supaya saya sentiasa mempunyai inspirasi untuk menjadi pendidik yang bertanggungjawab dan amanah.