Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIS 2 : Amalan Gaya Hidup Sihat Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang

membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera.. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat

CABARAN REMAJA PADA MASA KINI Remaja di negara ini sudah banyak kali menjadi bahan perbualan masyarakat terutama tentang masalahmasalah yang melanda golongan ini. Pada pandangan anda, apakah masalah-masalah atau cabaran-cabaran yang melanda kehidupan remaja zaman kini. Rangka: 1) Budaya moden yang mengelirukan 2) Cabaran memperoleh pekerjaan 3) Cabaran kos pengajian yang tinggi 4) Cabaran kehidupan materialistik 5) Cabaran perubahan teknologi yang pantas

Anda mungkin juga menyukai