Anda di halaman 1dari 6

ALBERT EINSTEIN

Dilahirkan di Ulm di selatan negera Jerman anak kepada Hermann Einstein dan Pauline, Einstein dibesarkan di Munich. Walaupun beragama Yahudi, keluarganya tidak mengamalkan agama. Einstein tidak berupaya bertutur sehingga berumur tiga tahun. Menurut teori terbaru tentang perkembangan mentalnya, beliau dianggap menghidapi sindrom Asperger, sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme. Pada tahun 1894, keluarga Einstein berpindah ke Milan selepas kegagalan perniagaan elektrokimia ayahandanya. Einstein dihantar oleh ibubapanya ke Switzerland untuk menghabiskan pendidikan menengah selepas kegagalannya dalam peperiksaan kemasukan "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenssische Technische Hochschule) di Zurich disebabkan kegagalannya bahagian sastera walaupun beliau sungguh kukuh dalam bahagian sains dan matematik. Pada 1896, Einstein menyerahkan kerakyatan Jermannya untuk mengelakkanpengerahan tentera dan menjadi seorang yang tidak bernegara. Selepas menghabiskan pendidikan menengahnya, Einstein memasuki Institut Politeknik Zurich selama empat tahun untuk mengambil pengajian perguruan bagi mengajar sains di sekolah menengah. Walaupun cerdik, beliau bukan merupakan seorang penuntut yang luar biasa. Pada tahun 1900, Einstein mencapai diploma perguruannya dan diterima sebagai rakyat Switzerland pada 1901.

Pada 1902, seorang anak perempuan luar nikah yang dilahirkannya selepas Einstein jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary. Beliau tidak pernah melihat anaknya yang diserahkan untuk dijadikan anak angkat. Dua tahun kemudian, mereka berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, iaitu Hans dan Eduard Albert. Hans menjadi seorang profesordalam kejuruteraan hidraulik di Universiti California, Berkeley, sedangkan Eduard menghidapi skizofrenia dan kemudian maut di rumah sakit otak. Pada tahun 1905, Einstein mencapai ijazah kedoktorannya selepas penyerahan tesisnya, "Cara baru untuk menentu dimensi molekul" ("Eine neue Bestimmung der Molekldimensionen"). Einstein bercerai dengan Mileva pada 1919 dan berkahwin dengan Elsa Lwenthal, saudari sepupunya yang berumur tiga tahun lebih daripada Einstein. Elsa telah menjaganya sewaktu beliau menghidapi penyakit patah jiwa serta penyakit perut yang amat teruk. Mereka tidak mempunyai sebarang anaripada perkahwinan ini.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]


Selepas memperolehi ijazahnya, Einstein tidak dapat menjadi guru kerana kekasarannya telah menjengkelkan kebanyakan daripada profesornya. Walau bagaimanapun, ayahanda seorang rakan sedarjahnya menolongnya mendapat pekerjaan sebagai penolong pemeriksa teknik (kelas ketiga) di sebuah Pejabat Paten Switzerland pada tahun 1902. Di sini, Einstein bertugas selama tujuh tahun. Kertas kerja Annus Mirabilis[sunting | sunting sumber]

Einstein pada tahun 1911.

Pada tahun 1905, Einstein menyerahkan empat kertas kerja yang kini dikenali sebagai "Kertas kerja Annus Mirabilis" kepada Annalen der Physik, sebuah jurnal Jerman. Siri ini yang dikarang tanpa karya ilimiah untuk rujukan telah diiktirafkan sebagai penyediaan asas fizik moden. Tiga rencana daripada siri ini telah diiktirafkan sebagai yang teragung dalam sejarah fizik, yakni kertaskertas kerja yang mengenai kesan fotoelektrik, pergerakan Brown dan teori relatif khas. Kertas kerja yang berkenaan dengan fotoelektrik menerangkan sikap cahaya (dan yang membolehkan rekaan televisyen) telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1921. Jawatan profesor[sunting | sunting sumber] Pada tahun 1906, Einstein telah dinaik pangkat menjadi pemeriksa teknik kelas kedua dan pada tahun 1908, beliau diperlesenkan di Berne, Switzerland, sebagai guru tanpa bergaji di universiti (privatdozent). Einstein menjadi profesor madya di Universiti Zurich pada tahun 1911, dan tidak lama kemudian, beliau menjadi profesor di Universiti Prague. Pada tahun yang berikutan, Einstein berpulang ke Zurich untuk menjadi profesor di "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenssische Technische Hochschule). Pada tahun 1914 sebelum permulaan Perang Dunia I, Einstein menetap di Berlin sebagai profesor di universiti tempatan dan menjadi seorang ahli Akademi Sains Prussia serta pengarah Institut Kaiser Wilhelm bagi Fizik. Sewaktu itu, beliau juga mengambil kerakyatan Jerman. Einstein merupakan seorang profesor yang luar biasa di Universiti Leiden dari 1920 hingga 1946 dan sentiasa memyampaikan syarahan tamu. Pada tempoh itu, beliau dianugerahkan dengan Hadiah Nobel serta membuat penemuan-penemuan lain yang utama. Malangnya, pasifisme dan keturunan Yahudi Einstein menjengkelkan pejuangpejuang kebangsaan Jerman. Selepas beliau mencapai kemasyhuran sedunia, kebencian bersemangat kebangsaan kian bertambah dan bagi kali yang pertama, Einstein menjadi sasaran kepada kempen terancang untuk menyebabkan teori-teorinya diragui. Teori relatif am[sunting | sunting sumber] Untuk rencana lanjutan, sila lihat: Teori relatif am. Pada November 1915, Einstein menyampaikan siri syarahan mengenai teori relatif am kepada Akademi Sains Prussia. Syarahannya yang terakhir memuncak dengan pengenalan persamaan yang menggantikan hukum graviti Newton. Teori ini menyempurnakan asas penyelidikan kosmologi dan membekalkan ahli-ahli sains dengan alatan untuk memahami ciri-ciri mengenai alam semesta yang telah ditemui selepas kematian Einstein. Kerelatifan am merupakan sebuah teori yang sungguh revolusioner dan sehingga kini, telah lulus dalam setiap ujian yang dibuat ke atasnya serta dipergunakan dalam analisis pelbagai perkara dalam bidang fizik. Pada 30 Mac 1921, iaitu pada tahun yang beliau dianugerahkan dengan Hadiah Nobel, Einstein pergi ke New York untuk menyampaikan syarahan "Teori Kerelatifan" yang baru. Walaupun beliau pada waktu itu amat mashyur dalam bidang kerelatifan, beliau telah diberi Hadiah Nobel untuk fotoelektrik.

Jawatankuasa Nobel telah mengatakan bahawa keputusan untuk memberi pujian kepada kerjanya yang kurang berkontronversi akan lebih diterima oleh komuniti ahli sains. Einstein dan kuantum fizik[sunting | sunting sumber] Hubungan Einstein dengan fizik kuantum amat luar biasa. Beliau merupakan ahli sains pertama yang sedar akan sifat revolusioner teori kuantum. Postulatnya bahawa cahaya boleh diperikan bukan sahaja sebagai gelombang tanpa tenaga kinetik, tetapi juga sebagai kuanta yang mempunyai tenaga kinetik, menandakan penyimpangan daripada fizik klasik yang penting. Pada 1909, Einstein menyampaikan kertas kerja pertama mengenai kuantifikasi cahaya kepada sehimpunan ahli fizik. Pada pertengahan 1920-an, teori kuantum yang asal telah digantikan dengan teori mekanik kuantum yang baru. Einstein menunjukkan keberatannya tentang tafsiran persamaan-persamaan yang baru kerana teori baru memilih pemerian yang berkebarangkalian tidak dapat menggambarkan tindakan fizikal. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa teori itu merupakan teori yang terbaik setakat masa itu, akan tetapi beliau masih mencari penerangan yang lebih "sempurna", yakni yang lebih dapat ditentukan. Einstein tidak boleh mengabaikan kepercayaannya bahawa fizik memberikan hukum-hukum yang menguasai benda-benda yang "benar", yakni kepercayaan yang menyebabkan kejayaan atom, foton dan graviti. Dalam sepucuk surat kepada Max Born pada tahun 1926, Einstein membuat teguran yang termashyur: "Walau bagaimanpun, saya yakin bahawa Tuhan tidak bermain dadu". Kepada teguran ini, Neil Bohr, seorang ahli fizik kuantum, menempelak: "Jangan ajar Tuhan apa yang Dia perlu bikin!" Oleh sebab peristiwa ini, Einstein telah digelarkan sebagai ahli fizik klasik yang terakhir. Statistik Bose-Einstein[sunting | sunting sumber] Pada tahun 1924, Einstein menerima sebuah kertas kerja pendek daripada seorang ahli fizik India bernama Satyendra Nath Bose. Bose memerikan cahaya sebagai gas foton dan meminta bantuan Einstein untuk menerbitkannya. Einstein menyedari bahawa statistik yang sama itu dapat dipergunakan untuk atom dan memerikan model Bose serta menerangkan implikasinya dalam terbitan Jerman (bahasa perantaraan fizik pada waktu itu). Statistik Bose-Einstein memerikan himpunan zarah yang kini dikenali sebagai boson. Pada dekad 1920-an, fenomena peluwapan BoseEinstein diramalkan berdasarkan kerja Bose mengenai mekanik statistik foton dan kemudiannya diformalkan dan dibuat lebih umum oleh Einstein. Perang Dunia II[sunting | sunting sumber] Selepas Adolf Hitler naik takhta pada 1933, kebencian kepada Einstein mencapai tahap-tahap yang baru. Beliau dituduh oleh regim Parti PekerjaPekerja Jerman Sosialis Nasional (National Socialist German Workers Party) kerana berniat mencipta fizik Yahudi berbeza dengan Deutsche Physik, yakni fizik Jerman ataupun Arya. Ahli-ahli fizik Nazi (termasuk pemenang Hadiah Nobel,Johannes Stark and Philipp Lenard) meneruskan percubaan mereka untuk menyebabkan teori Einstein diragui dan menyenarai hitamkan sesiapa yang

mengajar teorinya (seperti Werner Heisenberg). Einstein melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat dan menjadi pemastautin tetap. Beliau menerima jawatan di Institut Penyelidikan Lanjutan yang baru diasaskan di Bandaraya Princeton, New Jersey. Einstein menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1940, walaupun beliau masih mengekalkan kerakyatan Switzerlandnya. Pada 1938, atas dorongan Le Szilrd, seorang ahli fizik Yahudi HungaryAmerika, Einstein mengirimkan sepucuk surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt untuk mendesaknya supaya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera kerana ketakutan kerajaan Nazi mengembangkan senjata atom lebih dahulu. Roosevelt membuat penyiasatan kecil ke atas hal tersebut dan kemudian memulakan Projek Manhattan secara besar-besaran. Teori penyatuan bidang[sunting | sunting sumber] Untuk rencana lanjutan, sila rujuk kepada: Teori penyatuan bidang. Kerja Einstein di Institut Penyelidikan Lanjutan tertumpu kepada penyatuan hukum-hukum fizik yang dirujuknya sebagai "Teori Penyatuan Bidang". Beliau mencuba mereka sebuah model yang boleh memerikan segala kuasa asas sebagai penjelmaan kuasa tunggal yang berbeza. Percubaannya dihalang kerana kuasa-kuasa nuklear yang kuat serta kuasa-kuasa nuklear yang lemah tidak dapat lagi difahami secara berasingan sehingga sekitar 1970, iaitu 15 tahun selepas kematian Einstein. Walau bagaimanapun, Einstein mengemukakan semakan teori penyatuan bidangnya pada 30 Mac 1953. Matlamat Einstein bagi menyatukan hukum-hukum fizik di bawah sebuah model tunggal masih dilanjutkan oleh ahli-ahli fizik dan kini dirangkumi dalam teori dawai. Teori teritlak[sunting | sunting sumber] Einstein bermula percubaannya untuk menggabungkan Hukum Semesta Graviti dan kuasa elektromagnet dalam pembentukan teori gravitasi teritlaknya supaya dapat menunjukkan penyatuan dan pemudahan kuasa-kuasa asasi. Pada tahun 1950, beliau memerikan kerjanya dalam rencana "Amerika Saintifik". Einstein telah dipandukan oleh kepercayaannya dalam ukuran variasi statistik bagi seluruh hukum fizikal. Hukum Semesta Graviti Einstein merupakan pendekatan semesta matematik untuk teori dawai. Beliau cuba menyatukan pelbagai fenomena melalui proses logik untuk menjadikan sesuatu yang telah diketahui ataupun nyata. Matlamatnya adalah untuk menyatukan graviti dengan elektromagnetisme dengan cara yang boleh menyebabkan pemahaman baru yang tidak ketara mengenai mekanik kuantum. Oleh sebab itu, Einstein semakin terasing dalam penyelidikannya mengenai teori graviti teritlak dan akhirnya, gagal dalam percubaannya. Pencapaian lain[sunting | sunting sumber] Pada tahun 1948, Einstein mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang mengasaskan Universiti Brandeis. Beliau juga dipelawakan oleh kerajaan Israel pada tahun 1952 untuk menjadi presiden Israel yang kedua.

Anugerah-anugerah[sunting | sunting sumber] Einstein telah menerima banyak anugerah anumerta, termasuknya:

Tempat ke-10 dalam "Senarai Seratus Tokoh yang Berpengaruh Dalam Sejarah" oleh Michael H. Hart pada 1992; "Tokoh Abad" oleh Time pada 1999; Tahun 2005 telah dianugerahkan sebagai "Tahun Dunia bagi Fizik" dan diraikan di Simposium Einstein oleh UNESCO kerana berbetulan dengan Perayaan Seratus Tahun "Kertas kerja Anus Mirabilis",

Nama Einstein juga telah dipergunakan untuk:


unit yang digunakan di bidang fotokimia; unsur kimia ke-99, iaitu einsteinium; asteroid 2001 Einstein; Hadiah Perdamaian Albert Einstein; Kolej Perubatan Albert Einstein di Universiti Yeshiva yang dinamakan pada tahun kematiannya dalam tahun 1955; Pusat Perubatan Albert Einstein di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai