MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.
FALSAFAH SEKOLAH
Semua pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju serta menjadi insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta boleh dididik untuk mencapai kejayaan. Para pendidik di sekolah ini mempunyai pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan bersemangat tinggi untuk berusaha dan menggembeling tenaga bagi memperkembangkan potensi dan minda pelajar untuk mencapai kejayaan.
PIAGAM PELANGGAN SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 81560 GELANG PATAH JOHOR BAHRU, JOHOR
KAMI WARAGA SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK 1. Memastikan Sistem Pendidikan di sekolah ini berjalan dengan baik serta dapat memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara. 2. Memastikan semua kanak-kanak di persekitaran yang sepatutnya bersekolah mendapat tempat untuk belajar di sekolah ini. 3. Memastikan Pengajaran dan Pembelajaran Murid bermula dari Hari Pertama Persekolahannya dan disalurkan kepadanya sehingga tamat persekolahannya di Tahun 6. 4. Menentukan agar murid-murid dapat menguasai kemahiran 4M setelah tamat sekolah rendah. 5. Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai tempat yang selamat dan selesa bagi semua murid. 6. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan murid-murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. 7. Menyediakan staf yang bukan sahaja mencukupi tetapi komited, berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif dan produktif serta dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa. 8. Menentukans egala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan. 9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi kecemerlangan perkhidmatan kami dan akademik murid-murid.
LAGU SEKOLAH
Marilah kita semua Timba ilmu di dada Sekolah Kompleks Sultan Abu Bakar Gedung ilmu dipuja Berus'ha penuh tekad Wawasan jadi panduan Patuh pada Yang Maha Esa Agama jadikan pedoman C/O Berilmu berbakti Itu matlamat kita Cekal dan berani Julang maruah negara Ayuhlah saudaraku Muliakan sekolah kita Curahkan seluruh jiwa raga Berjaya pastikan berjaya Berjaya pastikan berjaya Berjaya pastikan berjaya
DOA SEKOLAH
Bismillah Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufiqMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukalah hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi. Ya Allah Ya Rahman Ya rahim, Kami memohon dengan kudratMu dan iradatMu, berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian. Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram, tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpinpemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, agama dan bangsa. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah degara kami sebuah negara yang mendapat limpahan dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman. Walhamdulillah.