Anda di halaman 1dari 101

TAHAP KOMPOSISI LEMAK TUBUH BADAN PELAJAR PEREMPUAN TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH

ROSE IDAYU BINTI DERAHIM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

TAHAP KOMPOSISI LEMAK TUBUH BADAN PELAJAR PEREMPUAN TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH

ROSE IDAYU BINTI DERAHIM

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2007

PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa setiap butir penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya diperjelaskan sumbernya rujukannya.

.......................................................... ( ROSE IDAYU BINTI DERAHIM ) D20032016965

.......................................... TARIKH

ii

PENGESAHAN

Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

........................................................ ( ROSHDAN BIN AHMAD ) Penyelia Kursus Latihan Ilmiah (QSS 4103)

................................ TARIKH

iii

PENGESAHAN

Penulisan Ilmiah ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

............................................... ( PUAN NURHAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID ) Penyelaras Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah

................................... TARIKH

iv

DEDIKASI Menjunjung kasih ayah dan mak yang tidak terhingga Tidak ternilai segala pengorbanan dan baktimu untuk seorang anak sepertiku. Walau kering air dari tujuh lautan dijadikan tinta untuk menzahirkan selaut kasih, tidak akan sama nilainya dengan keperitan, pengorbanan dan kasih sayangmu Terima kasih ayah... Tuan Haji Derahim Bin Tuan Haji Salleh kerana tidak pernah mengira setiap keringatmu untukku anakmu. Terima kasih mak... Puan Hajjah Rapiah Binti Lebai Matt kerana tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan untukku.. Terima kasih buat kekanda-kekandaku yang amat dikasihi... Along, Angah, Alang Sekelurga dan Acik. Terima kasih juga diucapkan kepada insan yang begitu bermakna dalam hidupku.. Sesungguhnya segala dorongan, nasihat dan pelbagai pengorbananmu memberi sejuta makna dan pengertian.Tidak mungkinku lupakan selagi nadiku masih berdenyut.. En. Roshdan Bin Ahmad Pengorbanan, ketegasan, keprihatinan, dorongan, dan segala galakanmu menjadikan aku berani untuk bangkit menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

Sahabat-sahabatku...Warga Taman Segar 40 Di mana kalian tidak jemu-jemu membantuku dalam pelajaran...

Sesungguhnya kalian adalah semangat dan sumber inspirasi untukku meneroka alam ILMU yang sememangnya pasti tiada penghujungnya... Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya...

Doakan kejayaan Ayu!

PENGHARGAAN

Segala pujian hanya untuk Allah S.W.T dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Penulisan Ilmiah bagi melengkapkan syarat kursus. Proses mencari dan mengumpulkan bahan merupakan suatu proses yang bermakna buat saya dalam usaha menambahkan lagi ilmu mengenai bidang penyelidikan. Jutaan terima kasih saya rakamkan kepada pensyarah En. Roshdan Bin Ahmad yang telah banyak memberikan bimbingan kepada saya.

Ucapan penghargaan juga buat Penyelaras Kursus QSS 4013, Puan Nurhaziyanti Binti Mohamad Khalid serta pensyarah-pensyarah Program Pendidikan Sains Sukan di atas sumbangan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya. Semoga keikhlasan dan jasa yang dicurahkan itu diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3 di atas kerjasama serta sumbangan mereka dalam menjayakan kajian ini.

vi

Di kesempatan ini juga, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak ketinggalan juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung mahupun tidak langsung di atas segala kerjasama yang telah diberikan kepada saya bagi menjayakan kajian ini. Sokongan dan kerjasama anda amat saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik serta memberkati usaha kita semua. Terima kasih.....

vii

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kompsosisi lemak badan di kalangan murid perempuan Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman. Dalam kajian ini seramai 60 orang murid perempuan Tahap Dua telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik adalah satu kajian kuantitatif dan quasi-eksperimental dengan

menggunakan bentuk kajian kes sekali (one-shot case study). Alat ukur yang digunakan oleh penyelidik untuk mengukur komposisi lemak badan sampel ialah Ujian Skinfold dan ujian ukurlilit. Data mentah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA Sehala. Keputusan kajian menunjukkan min dan sisihan piawai. Hasil ujian min menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dalam ujian tahap komposisi lemak badan antara murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman. Tahap komposisi lemak badan muridmurid ini adalah berada dalam keadaan yang seimbang. Daripada data yang dianalisis ini juga jelas menunjukkan bahawa murid murid ini mempunyai berat badan yang ideal sesuai dengan tinggi dan berat mereka. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, maka beberapa cadangan telah dikemukakan untuk pertimbangan semasa merancang sesuatu program bagi muridmurid sekolah. Ini kerana berlakunya evolusi dalam kehidupan harian masyarakat sejagat terutamanya di kalangan kanak-kanak.

viii

Kajian masa depan perlu berpandangan lebih jauh lagi untuk menilai dan mengkategorikan komposisi lemak badan seseorang kerana peningkatan jumlah kanak-kanak obes semakin meningkat. Maka penekanan perlu diberi kepada aspek kesihatan, sosial-ekonomi, cara hidup dan antropometrik. Justeru itu, pengujian dan pengukuran penting dalam antropometrik dan biometrik untuk melahirkan seorang atlit yang berkualiti di masa hadapan.

ix

ABSTRACT

This research was conducted to forecast the level of body fat composition in Year Two female students of Sekolah Kebangsaan Jitra 1 and Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman. 60 female students were randomly selected as research samples.

The methods used by the researcher were quantitatively and quasi-experimental using a one-shot case study basis. The research uses the skinfold test and circumference test as referential points. The raw materials obtained were analyzed using the one way ANOVA test. The result shows the min and standard deviations. The result of min test show that there was no significant of Sekolah Kebangsaan Jitra 1 and Jitra 3 in terms of body composition. In fact, the percentage of fatty composition was very balanced.

From the data analysis, it is also clear that the students have ideal body weight and their height and weight were matching appropriately. The results of the research prompted a few suggestions regarding planning programmers for the students. Due to the changers of everyday lifestyle, this is prominent amongst society especially children.

Future research requires for sightedness to ensure evaluating and categorizing ones body fat compositions due to the increases of obese children. More emphases should be given to health, social economy and lifestyle. Anthropometrics Test and evaluation is important in anthropometrics and biometrics to produce quality in the future.

xi

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN.................i PENGESAHAN PENYELIA KURSUS.................ii PENGESAHAN PENYELARAS KURSUS......................................................................iii

DEDIKASI..........................................................................................................................iv PENGHARGAAN...........................................................................................................v-vi ABSTRAK...................................................................................................................vii-viii ABSTRACT.....................................................................................................................ix-x ISI KANDUNGAN........................................................................................................xi-xii SENARAI RAJAH............................................................................................................xiv SENARAI JADUAL....................................................................................................xv-xvi

BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10

PENGENALAN Pengenalan..1 - 5 Penyataan Masalah.......6 Objektif Kajian.........................................7 Persoalan Kajian.......................................7 Kepentingan Kajian..........................................78 Definisi Terminologi....................................89 Limitasi Kajian...................................9-10 Dilimitasi Kajian....................................10 Hipotesis Kajian...............................11-12 Rumusan........................................13

BAB 2 2.1

TINJAUAN LITERATUR Pengenalan.................................................................................................14

xii

2.2

Kerangka Konseptual.........................................................................15 16 2.2.1 Kerangka Konseptual Tahap Lemak Badan Murid Tahap Dua......................................................................................17

2.3 2.4

Kajian-Kajian Lepas............................................................................1832 Rumusan...............................................................................................32-33

BAB 3 3.1 3.2

METODOLOGI KAJIAN Pengenalan..................................................................................................33 Rekabentuk Kajian.....................................................................................34 3.2.1 3.2.2 3.3 Kaedah kajian.................................................................................34 Prosedur Kajian........................................................................34-36

Kerangka Kajian........................................................................................36 3.3.1 Kerangka Kajian Tahap Komposisi Lemak Badan Murid Tahap Dua...........................................................................37

3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10

Pembolehubah Kajian................................................................................38 Populasi Dan Persampelan...................................................................38-39 Populasi Kajian..........................................................................................39 Instrumen Kajian........................................................................................40 Pengumpulan Data.....................................................................................41 Analisis Data........................................................................................4142 Rumusan...............................................................................................42-43

BAB 4 4.1 4.2

DAPATAN KAJIAN Pengenalan...........................................................................................4445 Analisis Data..............................................................................................45 4.2.1 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian BodyFat...................................................................46 4.2.2 Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold......................................................................................47-50 4.2.6 Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian

xiii

Ukurlilit....................................................................................5154 4.2.10 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub)55 4.2.11 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Tricep dan Skinfold Subskapula (trisub)...56 4.3 Rumusan.......................................................................................................57

BAB 5 5.1 5.2 5.3 5.4

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN Pengenalan.................................................................................................58 Perbincangan........................................................................................59-62 Rumusan...............................................................................................63-64 Cadangan..............................................................................................65-66

RUJUKAN....67 68

LAMPIRAN A Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. B C Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah. Contoh Gambarajah Lokasi Dan Teknik Untuk Melakukan Ujian Skinfold Dan Ujian Ukurlilit. 1. Mengukur ketebalan lipatan kulit 2. Tricep

xiv

3. Subskapula 4. Suprailliac 5. Calf 6. Diameter Humerus 7. Diameter femur 8. Lilitan biseps 9. Lilitan calf D Borang Skor Komposisi

xv

SENARAI RAJAH

Rajah 2.2.1: Kerangka Konseptual Tahap Kompisisi Lemak Badan Murid Tahap Dua 3.3.1 : Kerangka Kajian Tahap Komposisi Lemak Badan Murid Tahap Dua

Muka Surat 17

37

xvi

SENARAI JADUAL

Jadual Jadual 4.2.1: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Bodyfat Jadual 4.2.2: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold subskapula Jadual 4.2.3: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold tricep Jadual 4.2.4: Komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold supraspinale Jadual 4.2.5: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold calf Jadual 4.2.6: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Calf Jadual 4.2.7: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Tricep Jadual 4.2.8: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Femur Jadual 4.2.9: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Humerus

Muka Surat 46

47

48

49

50

51

52

53

xvii

Jadual 4.2.10: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub) Jadual 4.2.11: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub)

55

56

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Cabaran masa kini dan gaya hidup yang kurang sihat menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) semakin menular di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Berat badan yang berlebihan (overweight) atau obesiti (kegemukan), adalah signifikan dipanggil sebagai obes (gemuk). Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah seperti obesiti (kegemukan) dan lebihan berat badan (overweight).

Kebanyakan remaja dan kanak-kanak masa kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Hampir keseluruhan individu yang obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan adalah di kalangan mereka yang mengambil makanan yang berlebihan atau overeating dan juga kurang melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Tidak hairanlah jika ada di kalangan pelajar sekolah rendah yang menghadapi masalah obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan (overweight).

Mengikut Heyward (2002), menyatakan bahawa obesiti merupakan satu masalah kegemukan di mana jumlah lemak badan (body fat) melebihi berat badan (body weight) dan lebih sinonim dipanggil sebagai berat badan yang berlebihan (overweight).

Lebihan peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah seperti kegemukan. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services (2000), peratusan yang ideal untuk seseorang individu adalah di antara 25 dan 29.9 kg/ .

Selain daripada faktor genetik, diet yang tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor utama yang menyumbangkan kepada obesiti. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa genetik merupakan salah satu punca ke arah obesiti. Gaya pemakanan yang tidak sihat menyebabkan perkara ini berlaku. Seperti yang dinyatakan oleh Fatimah, Idris, Romzi dan Faizah (1996), pengambilan makanan seperti makanan segera dan kurang melakukan senaman adalah satu faktor yang menyebabkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak.

Juga menurut kajian yang telah dijalankan oleh Fatimah, Idris, Romzi dan Faizah (1996), pendekatan yang diberikan oleh ibu bapa serta sikap kanak-kanak masa kini yang lebih gemar menumpukan perhatian terhadap permainan komputer dan menonton rancangan televisyen menyebabkan mereka kurang berminat dengan aktiviti fizikal. Permainan komputer lebih menyeronokkan dan lebih mencabar minda mereka berbanding dengan aktiviti fizikal yang lebih memerlukan tenaga yang banyak.

National Institutes of Health Consensus Development Panel (1985), menggariskan bahawa keadaan berat badan yang berlebihan pada kanak-kanak dan remaja boleh membawa akibat masalah kesihatan yang serius, sama seperti yang dihadapi oleh orang dewasa. Kajian-kajian lampau dan terkini yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes akan mengekalkan keadaan itu sehingga dewasa.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Clark (1997), kebanyakan punca peningkatan berat badan telah bersebati di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan makanan yang tinggi kandungan tenaganya dan rendah gentian (serat) makanan dan zat-zat galian, malah mereka kurang berminat dalam aktiviti fizikal akan membawa tabiat ini hingga ke dewasa. Amalan gaya hidup sihat yang melibatkan seluruh ahli keluarga adalah cara yang paling berkesan untuk membantu kanak-kanak atau remaja mengekalkan berat badan yang sihat. Gaya hidup yang merangkumi aktiviti fizikal yang kerap, diet yang seimbang dan tidak berapa padat tenaga adalah sesuai untuk seisi keluarga dan boleh dibuat secara berperingkat, iaitu dengan penekanan terhadap keseronokan dan penyertaan semua ahli keluarga.

Menurut Heyward (2002), untuk mengetahui tahap peratusan lemak dalam badan seseorang individu, ia perlu melalui ujian pengukuran dan penilaian. Pengukuran ialah proses untuk mengumpulkan maklumat manakala penilaian ialah satu proses membuat keputusan secara subjektif dan objektif untuk memastikan tahap pencapaian.

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human (2000), piawaian global yang digunakan untuk mengelaskan sama ada berat badan normal, berat badan berkurangan atau berlebihan dan obes ialah Indeks Jisim Badan, atau BMI. BMI dikira dengan membahagikan berat badan individu dalam kilogram dengan kuasa dua ketinggiannya (dalam m2). Ukuran BMI antara 18.5 hingga 25 lazimnya dianggap sebagai normal; 25 hingga 30 sebagai berat badan berlebihan dan dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan, dan lebih daripada 30 dianggap sangat gemuk (paras obesiti) dan mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit yang berkaitan dengan berat badan.

Dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi objektif dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data untuk tujuan penganalisisan. Kajian saintifik mengenai komposisi lemak badan merupakan salah satu cabang ilmu yang dikenali sebagai biometric. Kajian ini diasaskan oleh Sir Francis Galon dan Kar Pearson yang dipetik daripada buku Johnson dan Nelson (1986), kemudiannya dimajukan lagi dengan kaedah moden oleh Fisher dari England yang merangkumi pengukuran antropometri, somatotaip dan pengiraan peratusan lemak badan.

Istilah antropometrik dalam bahasa Yunani yang bermaksud, antro (manusia) dan metrik (pengukuran). Menurut Barrow dan Mc Gee (1979), antropometrik merupakan

satu kaedah pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri.

Menurut Clark (1976) yang dipetik daripada buku Johnson dan Nelson (1986), telah menyatakan bahawa pola bentuk badan adalah signifikan kepada pemahaman individu secara fizikal, mental dan emosi. Di dalam bidang sains sukan, komposisi badan ataupun struktur badan merupakan satu aspek yang penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat membantu mengenal pasti jenis-jenis latihan, normanorma rujukan dan prestasi seseorang.

Para penyelidik biometrik telah menggunakan kaedah-kaedah statistik, nisbah, peratusan, purata, taburan kekerapan dan kolerasi untuk menerangkan secara kuantitatif mengenai perbezaan organisma hasil daripada faktor persekitran dan baka. Daripada data-data yang telah dikumpulkan, maka maklumat mengenai variasi pertumbuhan manusia dapat diketahui.

Berdasarkan Heyward (2002), pengukuran komposisi lemak badan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah Skinfold iaitu satu kaedah untuk mengambil peratusan komposisi lemak badan seseorang individu.

1.2

Pernyataan Masalah

Masalah yang dikaji di sini ialah ingin melihat tahap komposisi lemak badan murid Tahap Dua yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun kerana sekarang ini semakin meningkat dan menjadi isu yang perlu dikaji dan diselesaikan dengan segera.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Fatimah, Idris, Romzi dan Faizah (1996), keadaan ini berlaku disebabkan perubahan gaya hidup serta amalan kehidupan seharian yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Transisi gaya hidup tradisional semakin hilang, kanak-kanak mula beralih ke arah hidup yang sedentari. Corak didikan dan asuhan ibu bapa semakin kurang dan bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Dietz (1998), beliau telah menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami berat badan yang berlebihan atau obes akan berasa rendah diri dan cuba mengelak daripada rakan-rakan sekelilingnya. Mereka akan mengalami masalah dalam pergaulan kerana mempunyai saiz badan yang besar.

Menurut kajian Dietz (1998) lagi, kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini akan merasa kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan sukar berkawan dengan orang lain. Ini memberi kesan yang kurang baik kepada mereka yang menggalami masalah obesiti ini.

1.3 Objektif Kajian

1. Membuat perbandingan tahap komposisi lemak badan murid Tahap Dua. 2. Mengetahui perbezaan komposisi lemak badan murid Tahap Dua.

1.4

Persoalan Kajian

1. Adakah terdapat perbezaan tahap komposisi lemak badan di kalangan murid Tahap Dua (Tahun 4, tahun 5 dan Tahun 6)?

1.5

Kepentingan Kajian

1. Menjadi panduan kepada guru untuk merancang aktiviti yang bersesuaian untuk murid yang mengalami berat badan yang berlebihan. 2. Menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di sekolah. 3. Menjadi bahan rujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merancang program pendidikan. 4. Menjadi bahan rujukan kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

5. Memberi maklumat dan panduan kepada masyarakat berkaitan dengan masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti. 6. Menjadi panduan dan rujukan kepada Kementerian Kesihatan, khususnya klinik Kerajaan yang dilantik untuk memantau dan menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada murid sekolah.

1.6

Definisi Terminologi

Peratusan lemak tubuh badan di dalam kajian ini merujuk kepada skor peratusan lemak tubuh badan yang diukur menerusi ujian Kaliper Lipatan Kulit. (Lohman, Pallock, Slaughter, Brandon & Boileau 1984).

1.6.1 Definisi Operasional Dalam menjalankan penyelidikan pelbagai terminologi yang digunakan dalam konteks pengukuran peratusan komposisi lemak. Pengertian terminologi adalah seperti berikut;

Skinfold Kaedah yang digunakan untuk mengukur peratusan komposisi lemak badan murid

sekolah. Bahagian yang di ambil ialah triceps, calf, supra spinal, subskapula, abdomen, suprailiac dan thigh. Alat yang digunakan ialah kaliper untuk mengukur bahagian yang mengandungi lemak.

BMI (Body Mass Indeks) Kaedah yang digunakan bagi mengukur tinggi dan berat untuk mengetahui Body Mass Indeks murid di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Kedah.

Tahap Dua Murid sekolah rendah Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Murid Sekolah Kebangsaan Jitra Murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

Norma Piawai semasa untuk mencirikan sesuatu kumpulan, iaitu kumpulan murid Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

Sampel Sebahagian individu pelajar yang diambil bagi mewakili sesuatu populasi yang ingin dikaji.

1.7

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas murid perempuan Tahap Dua (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah yang terdiri daripada 60

10

orang subjek yang dipilih secara rawak. Subjek kajian hanya terdiri daripada 20 orang murid perempuan Tahun 4, 20 orang murid perempuan Tahun 5, dan 20 orang murid perempuan Tahun 6.

Kajian ini berbentuk Quasi Eksperimetal iaitu dengan menjalankan satu bentuk pengukuran ke atas subjek kajian yang telah dibataskan kepada murid perempuan di Sekolah Kebangsaan tersebut.

Pengukuran ini juga terbatas dengan menggunakan alat pengukuran lipatan kulit iaitu Skinfold Caliper dengan mengambil beberapa bahagian pada badan subjek kajian yang telah dipilih iaitu di bahagian triceps, calf, supra spinal subskapula, suprailiac dan thigh.

1.8

Dilimitasi Kajian

Tomes & Nelson (1996), mendefinisikan dilimitasi sebagai pilihan dibuat kajian atau eksperimen secara terkawal. Pengukuran peratusan lemak badan hanya dilakukan terhadap 60 orang murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.. Pengukuran peratus lemak badan hanya menggunakan satu alat iaitu Kaliper Lipatan Kulit.

11

1.9
Ho1-

Hipotesis Kajian Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap komposisi lemak melalui ujian

Bodyfat yang dilakukan pada murid Tahap Dua.

Ho2-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di

bahagian subskapula dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho3-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di

bahagian tricep dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho4-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di

bahagian supraspinal dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho5-

Terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di bahagian calf

dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho6-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

ujian ukurlilit di bahagian calf dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho7-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

ujian ukurlilit di bahagian tricep dikalangan pada murid Tahap Dua.

12

Ho8-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

ujian ukurlilit di bahagian femur dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho9-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

ujian ukurlilit di bahagian humerus dikalangan pada murid Tahap Dua.

Ho10-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

ujian yang dilakukan antara ujian skinfold tricep dan skinfold subskapula pada murid Tahap Dua.

Ho11-

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui

ujian yang dilakukan antara ujian skinfold tricep + skinfold subskapula (trisub) pada murid Tahap Dua.

13

1.10

Rumusan

Pada bab ini secara keseluruhannya membincangkan bagaimana kajian ini dibuat ke atas murid Tahap Dua (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Subjek dipilih secara rawak seramai 60 orang untuk mengukur komposisi peratusan lemak badan dengan menggunakan alat Kaliper Lipatan Kulit (Skinfold). Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji adakah terdapat faktor-faktor yang signifikan atau tidak berhubung dengan tahap komposisi lemak badan atau obesiti dengan pemakanan yang diambil dalam kehidupan seharian.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas pengukuran komposisi tubuh berdasarkan sampel-sampel yang telah dipilih oleh penyelidik mengikut kajian yang telah dijalankan. Kajian literature yang akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi beberapa bahagian yang difikirkan perlu untuk dikaji berdasarkan kaedah pengukuran komposisi tubuh, hubungan di antara pengambilan makanan dengan

komposisi tubuh dan faktor-faktor yang mempengaruhi komposisi tubuh badan atau obesiti di kalangan murid Tahap Dua iaitu Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman.

15

2.2

Kerangka Konseptual

Kerangka konseptual ini dihasilkan untuk menjadi panduan kepada kajian ini. Peratusan lemak badan murid Tahap Dua dapat didefinisikan sebagai skor peratusan lemak badan yang diukur menerusi ujian kaliper lipatan kulit (Lohman, Pallock, Slaughter, Barndon & Boileau 1984).

Kajian ini melibatkan murid perempuan Tahap Dua iaitu tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Instrumen kajian ini menggunakan ujian kaliper lipatan kulit. Instrumen kajian ini terbahagi kepada dua iaitu skinfold dan ukurlilit. Dalam ujian skinfold, pengkaji mengambil ukuran berdasarkan kepada beberapa tempat iaitu tricep, calf, supraspinal dan subskapula. Manakala dalam ujian ukurlilit pula, kaedah yang digunakkan untuk mengukur saiz tumbesaran tulang murid berdasarkan beberapa tempat iaitu calf, tricep, femur dan humerus.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu obesiti atau lebihan lemak badan. Dalam kerangka kajian ini, terdapat 3 punca yang boleh diklasifikasikan menjadi penyebab seseorang itu obes. Punca pertama ialah pemakanan, di mana pengambilan pemakanan yang tidak sihat contohnya seperti pengambilan makanan ringan yang berlebihan secara tidak teratur yang diamalkan oleh keluarga di rumah dan diri sendiri. Selain itu, amalan pemakanan yang tidak dijaga juga boleh menjadi punca kepada masalah ini. Punca seterusnya ialah gaya hidup yang kurang sihat dengan tidak mengamalkan aktiviti senaman dan aktiviti-aktiviti luar. Punca terakhir ialah melalui media elektronik dan percetakan. Peranan media elektronik dan percetakan juga

16

memainkan yang penting. Maklumat-maklumat mengenai keburukan tentang bahayanya obesiti atau berat badan yang berlebihan perlu didedahkan dan disebarkan.

Perkaitan diantara masalah-masalah yang berkait rapat dengan peratusan komposisi lemak badan dapat dilihat melalui rajah 2.2.1.

17

Skinfold Kaedah yang digunakan untuk mengukur peratusan lemak badan murid berdasarkan beberapa tempat: 1. Tricep 2. Calf 3. Supraspinal 4. Subskapula

Ukurlilit Kaedah yang digunakan untuk mengukur tumbesaran saiz tulang murid berdasarkan beberapa tempat: 1. Tricep 2. Calf 3. Femur 4. Humeres

Pengukuran

TAHAP KOMPOSISI LEMAK BADAN

Definisi Peratusan lemak tubuh badan di dalam kajian ini merujuk kepada skor peratusan lemak tubuh badan yang diukur menerusi ujian kaliper lipatan kulit (Lohman, Pollock, Slaughter, Brandon & Boileau 1984)

Punca

Pemakanan Pengambilan pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur yang diamalkan oleh keluarga di rumah dan diri sendiri.

Gaya Hidup Gaya hidup yang kurang sihat dengan tidak mengamalkan aktiviti senaman dan aktivitiaktiviti luar.

Media Elektronik Dan Percetakan Tidak didedahkan dari awal mengenai keburukan tentang bahayanya obesiti atau berat badan yang berlebihan.

2.2.1: Kerangka Konseptual Tahap komposisi Lemak Badan Murid Tahap Dua

18

2.3

Kajian-kajian Lepas.

Pada pertengahan abad yang kelima iaitu sebelum masihi lagi manusia telah membuat pengukuran fizikal. Pada zaman itu manusia telah mula menyedari akan kepentingan pengukuran fizikal terhadap fizikal seseorang untuk menentukan komposisi tubuh badan individu tersebut. Namun Protagoras merupakan tokoh terawal yang telah menyedari kepentingan pengukuran komposisi tubuh badan seseorang itu boleh diukur. Protagoras juga telah menyatakan, Men is the measure of all thing.

Salah satu alat pengukuran yang digunakan iaitu biometri. Biometri merupakan adalah cabang biologi untuk merancang atau mentafsir keputusan dapatan ataupun kajian kuantitatif dan pemerhatian iaitu melalui kaedah statik. Kaedah ini telah dipelopori oleh Sir Francis Galon dan Kar Pearson (1989), kemudiannya telah dimajukan lagi dengan kaedah yang lebih moden lagi, saintifik dan sistematik oleh Fisher dari England (1990). Namun ia merangkumi bidang dalam pengukuran antropometri, somatotaip dan perkiraan kandungan lemak dalam badan. Penggunaan alat pengukuran ini untuk mendapatkan hasil kajian dan akan memberikan maklumat tentang pertumbuhan manusia dengan tepat.

Tran dan Weltman (1989) telah menggunakan pita Lufkin untuk mengukur bahagian-bahagian anatomi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Behnke dan Wilmore(1974), iaitu abdomen, iliak, punggung dan peha. Dapatan dari kajian tersebut mereka mendapati pengukuran ukurlilit yang dicatatkan oleh seorang penguji mempunyai kebolehpercayaan yang melebihi 0.95 (r > 0.95). Kebaikan yang diperolehi adalah ia mudah dan mempunyai ralat yang kecil.

19

Sebenarnya kajian yang berkaitan dengan biometri telah bermula sejak 400 S.M di Greek mengikut apa yang telah dinyatakan oleh Mathews (1978) yang dipetik daripada Johnson dan Nelson (1986). Hippocrates merupakan salah seorang orang pertama membuat kajian tentang bidang biometri ini dengan cara pengamatan yang mendalam. Namun hasil daripada pengamatan yang telah didapati daripada kajian yang dijalankan terhadap dimensi fizikal manusia, Hippocrates telah membahagikan bentuk badan manusia kepada dua jenis iaitu;

1. Apoplectic habitus

Ia menunjukkan bentuk fizikal seseorang individu yang berbentuk gempal dan

berbentuk pendek di mana ia tertumpu pada dimensi yang mendatar.

2. Phthsic habitus

Adalah menunjukkan bentuk fizikal yang tinggi lampai dan kurus di mana tumpuan pengukuran yang menegak. lebih pada dimensi

Berdasarkan kepada beberapa kajian terawal yang telah dijalankan oleh Kretschmer (1925) dalam Johnson dan Nelson (1986), telah klasfikasikan bentuk fizikal manusia kepada 3 jenis bentuk iaitu;

a. Asthenic Bentuk tubuh yang kurus

20

b. Athletic Bentuk tubuh yang mempunyai otot-otot yang pejal ( berotot ) c. Pyknic - Bentuk tubuh yang gemuk

Pada masa yang sama, Viola dalam buku Johnson dan Nelson (1986) telah mula berminat dengan bidang ini. Beliau mula berminat untuk menyumbang pengkelasan bentuk fizikal seperti yang dilakukan oleh Kretschmer. Beliau beranggapan pengkelasan yang dilakukan sebelum ini hanyalah menumpukan kepada satu domain fizikal sahaja. Namun beliau menjelaskan dengan menyatakan hakikatnya bentuk badan manusia mempunyai kombinasi dua atau lebih ciri-ciri fizikal yang tertentu. Oleh itu beliau mengkelaskan bentuk fizikal seseorang itu kepada;

1. Longitype

Bahagian kaki lebih panjang manakala bahagian dada lebar.

2. Brachitype

Bahagian kaki pendek manakala bahagian dada yang kecil.

3. Normotype

Sebahagian kombinasi antara i dan ii. Kombinasi 1 , 2, dan 3 iaitu ciri-ciri fizikal yang luar biasa.

4. Jenis campuran-

Menurut Sheldon (1940) dalam Johnson dan Nelson (1986) telah menyatakan 3 konsep tentang somatotaip iaitu;

1. Endomorf

- Badan gemuk, gempal dan bulat.

21

2. Mesomof 3. Ektomof

- Badan berotot pejal (atlit gimnastik dan pelari jarak dekat) - Badan yang kurus (atlit lompat tinggi dan lompat jauh)

Antropometri adalah berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud Antro iaitu manusia dan Metri ialah pengukuran. Namun Clark (1976) dalam Heyward (2002) antropometri adalah satu bentuk pengukuran yang terawal dalam bidang penilaian fizikal. Walaubagaimana pun, terdapat perbezaan ciri fizikal pada badan manusia yang terdapat pada setiap individu disebabkan faktor baka dan faktor persekitarannya.

Menurut Barrow dan McGee (1979), antropometri ialah suatu bentuk pengukuran terhadap tubuh manusia yang terawal bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal berdasarkan teori yang lebih memberi fokus terhadap simetri tubuh. Ciri - ciri fizikal manusia adalah berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran yang turut mempengaruhi tubuh manusia.

Pada masa

yang sama Johnson dan Nelson (1986), telah menggariskan satu

bentuk pengukuran antropometri dan antara sumbangan mereka ialah;

1. Indeks klasifikasi Mc Coy

Berdasarkan umur, tinggi dan berat badan.

2.

Teknik Grid Wetzel

Mengukur dan menilai pertumbuhan dan

22

perkembangan manusia

tujuh

bahagian

fizikal

menggunakan umur, ketinggian dan barat badan. 3. Jadual Lebar Berat badan dan Pryor Berdasarkan kelebaran pelvik, dada dan ketinggian untuk menentukan berat badan ideal. 4. Carta ketinggian Berat Meredith Mengenal pasti pertumbuhan badan yang normal atau tidak normal.

Shelton dan rakan-rakan (1947), dalam Heyward (2002), telah memperkenalkan satu alat pengukuran iaitu Curetons Slimplified Physique Rating. Ia adalah satu kaedah yang dicipta untuk menentukan jenis bentuk fizikal seseorang individu berdasarkan kepada 3 elemen yang utama iaitu;

1. Lemak badan 2. Pembentukan otot 3. Pembentukan rangka tulang

Menurut Sill (1950) dalam Johnson dan Nelson (1986), beliau telah mengemukakan satu lagi komponen somatotaip yang ke-4 iaitu Omomorf di mana bentuk tubuh badan seseorang yang berbentuk V dengan bahu dan dada lebar

23

berbanding dengan pinggul dan anggota kaki yang kecil contohnya; seperti atlit dalam acara angkat berat dan bina badan.

Sodhi (1980) telah menggunakan kombinasi pengukuran antropometri (ukurlilit, lipatan kulit, garisan diameter, tinggi dan berat) dan ujian kekuatan genggaman tangan untuk mengkaji morfologi dan komposisi badan bagi pemain bola keranjang pasukan India. Beliau telah menggunakan pita fleksibel German untuk membuat pengukuran ukurlilit. Bahagian-bahagian yang diukur ialah dada, lengan atas, lengan bawah peha dan betis.

Hasil daripada kajian tersebut beliau mendapati bahawa pemain bola keranjang peringkat negeri memiliki saiz ukuran badan yang lebih tinggi berbanding dengan pemain peringkat daerah dan kumpulan kawalan. Pemain-pemain peringkat negeri memiliki dimensi tubuh, anggota atas dan anggota bawah yang besar, kawasan permukaan badan yang labih luas dan genggaman yang lebih kuat. Nisbah ukurlilit bagi ketinggian atau dada menunjukkan pemain-pemain peringkat negeri memiliki dada yang sangat kecil. Pemain-pemain peringkat daerah pula mempunyai peha yang panjang, betis yang besar dan segmen anggota yang lebih signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun, pemain-pemain peringkat daerah mempunyai anggota yang pendek.

Dapatan ini telah menjelaskan bahawa pemain-pemain bola keranjang biasanya mempunyai ciri-ciri susuk badan dan komposisi badan yang dapat membantu mereka dalam permainan. Jumlah peratusan lemak badan juga telah dinilai dengan menggunakan

24

persamaan yang berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa jumlah peratusan lemak badan bagi pemain-pemain peringkat negeri dan peringkat daerah tidak jauh berbeza tetapi ia adalah berbeza dengan signifikan bagi kumpulan kawalan.

Heymsfield, Nunez, Tettolin dan Gallngher (2000), menjelaskan penilaian komposisi tubuh adalah sangat penting dalam kajian tentang tenaga manusia dan metabolisme protein misalnya kaedah yang digunakan untuk mengetahui jumlah simpanan tenaga dan kandungan protein dalam tubuh pada satu-satu masa. Imbangan tenaga protein digunakan sebagai alat kawalan pengukuran dinamik mengenai tenaga dan metabolisme protein. Gambaran keseluruhan kajian koposisi tubuh sangat menekankan bahagian dan tahap definisi dan kaitannya di mana dua kategori pengukuran komposisi tubuh dijadikan panduan dalam kajian tenaga metebolisme protein iaitu pengukuan mekanikal dan deskriptif. Perkembangan pengukuran komposisi tubuh semakin meluas dan banyak kaedah yang telah dicipta misalnya teknik antropometri dan bioelectrical impedence.

Kajian terkini telah menunjukkan bahawa masalah obesiti semakin menular. Pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada obesiti. Salah satu penyakit kronik yang dihidapi oleh mereka yang obes ini ialah penyakit jantung, diabetes dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

Mengikut Despres dan rakan-rakan (1991), mereka telah menyatakan bahagian pinggang mempunyai kadar lemak yang banyak terutamanya di bahagian abdominal.

25

Kohrt, Malley,Dalsky dan Holloszy (1992) telah mengukur ketebalan lipatan kulit pada bahagian tricep, subskapula, pektoralis, umbilicus, suprailliac dan peha anterior dengan menggunakan Kaliper Lange ke atas kumpulan muda dan kumpulan tua dari ketegori terlatih daya tahan dan sadenteri. Tanda-tanda anatomi telah ditetapkan untuk pengulangan pengukuran sebagaimana yang telah disarankan oleh Behnke dan Wilmore (1974). Sekiranya nilai dapatan pengukuran kali kedua pada bahagian tertentu lebih daripada satu milimiter, pengulangan pengukuran kali ketiga, dan kali keempat harus dilakukan. Kesemua nilai pengukuran pada bahagian tertentu dipuratakan kecuali terdapat perbezaan nilai yang melebihi empat milimeter. Pengukuran dilakukan dengan menggunakan Kaliper yang sama oleh dua orang penguji yang sama. Kohrt et al. (1992) mendapati kebolahpercayaan inter-rater untuk dua orang penguji (R = 098; Rater2 = 1.00 * rater1 + 0.04) adalah bersamaan dengan kebolehpercayaan Within-rater untuk penguji yang melakukan pengukuran berulangkali (R = 0.99; Rater = 1.00 * Rater 0.13). Jumlah lemak badan kumpulan tua adalah lebih tinggi daripada kumpulan muda bagi kedua-dua kategori terlatih daya tahan dan juga sadenteri. Tetapi individu yang kerap bersenam cenderung untuk menunjukkan pengumpulan tisu adipos yang kurang pada bahagian tengah (abdominal) dan bahagian atas badan (pektoralis dan subskapula) apabila usia meningkat. Ini bererti bahawa peningkatan usia akan membawa kepada perubahan komposisi badan di mana jisim badan yang unggul akan menurun sebanyak 10 hingga 20 peratus dalam lingkungan usia 25 hingga 65 tahun. Dalam lingkungan usia tersebut, isipadu dan intensiti latihan fizikal akan merosot. Justeru itu kajian ini menunjukkan

26

bahawa kesan umur dan tahap aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam mempengaruhi komposisi badan dan penyebaran lemak badan individu.

Menurut Lohman (1992), beliau telah mengemukakan tentang penggunaan pengiraan komposisi badan. Beliau menyatakan pengiraan yang tepat boleh dibuat pada peratusan BF% (body fat percentile) sampel dengan mencadangkan nilai, + 3.5% BF (body fat percentile).

Berdasarkan laporan yang telah dikemukakan oleh Martin, Drinkwater, and Clarys (1992), iaitu variasi pengukuran dalam Skinfold pada lipatan kulit yang dimampatkan amat penting sebagai limitasi dalam kaedah pengukuran Skinfold.

Pengiraan untuk DB (body density) dan BF% (body fat percentile) yang menggunakan cara tradisional adalah menjemukan dan lambat, tambahan pula jika anda membuat pengukuran terhadap komposisi badan subjek. Seharusnya masa yang anda gunakan dijimatkan dengan menggunakan software komputer yang dicipta khas untuk membuat pengiraan Skinfold terhadap komposisi badan, mengikut apa yang telah dikemukakan oleh Ng (1997).

Menurut Dietz (1998), beliau telah mengemukakan beberapa masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak yang obes. Beliau menggariskan beberapa penyakit akibat obes iaitu; growth, hyperlipidemia, glucose intolerance, hepatic steatosis and

27

cholelithasis, hypertension, pseudotumor cerebri, sleep apnea, orthopedic complications, and ploycystic ovary diease.

Masalah obes yang dialami oleh kanak-kanak akan berterusan hingga ke alam remaja seperti yang telah dinyatakan oleh Dietz (1998). Menurut beliau, mereka yang mengalami obesiti ini mempunyai gaya pemikiran yang tidak sihat iaitu dengan selalu menyalahkan diri sendiri. Mengikut beliau, kadar kematian juga tinggi di kalangan mereka yang mengalami obes ini.

Menurut Must dan Strauss (1999), remaja yang obes mempunyai masalah psikologi dalaman. Keadaan yang dialami oleh remaja ini adalah berpunca daripada genetik keluarga remaja berkenaan. Menurut mereka risiko untuk mendapat penyakit kronik adalah tinggi contohnya; seperti penyakit jantung, penyakit diabetes kedua, sleep apnea, hyperlipidemia, gall bladder, osteoarthritis, dan penyakit kanser yang tertentu.

Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Ward, Rempel, dan Anderson (1999), kemungkinan tisu yang berlemak dan hydration levels (tahap penghidratan) ada pada subjek yang mengalami obes ini.

Kaedah pengukuran yang menggunakan Skinfold telah digunakan di Amerika Syarikat (United States), dan di benua Eropah. Sebenarnya kaedah pengukuran ini juga telah berkembang pesat penggunaannya. Namun untuk mengukur dengan menggunakan kaedah Skinfold ini seharusnya di ambil di bahagian kanan badan seperti yang telah

28

dicadangkan dalam kaedah Anthropometric Standardization Reference Manual, menurut Lohman, Roche, dan Martorell pada tahun 1988 dan juga oleh International Society for the Advancement of Kinanthropometry seperti yang dinyatakan oleh Norton (2000).

Menurut Bouchard (2000), kanak-kanak yang obes akan merasa rendah diri dan tidak minat untuk bergaul dengan kanak-kanak lain kerana mempunyai saiz badan yang besar. Mengikut beliau, kanak-kanak ini takut diketawakan oleh kanak-kanak lain yang mempunyai saiz badan jauh lebih kecil berbanding saiz badan kanak-kanak obes.

Menurut Bouchard (2000), beliau telah menyenaraikan beberapa masalah penyakit kronik yang dihadapi oleh mereka yang obes dan berat badan yang berlebihan. Penyakit seperti penyakit jantung, diabetes mellitus, hypertension dan beberapa masalah kesihatan lain adalah disebabkan oleh masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan.

Ukurlilit merupakan pengukuran penting yang merekodkan saiz keratan rentas dan dimensi lilitan badan. Menurut (Callaway, Chumlea, Bouchard, Himes, Lohman, Martin, Mitchell, Mueller Rocher dan Seefeldt, 1991), ukurlilit apabila dikombinasikan dengan pengukuran lipatan kulit yang diambil pada lokasi yang sama atau digabungkan dengan ukurlilit pada lokasi yang berlainan dapat memberikan suatu gambaran pengukuran pertumbuhan, indeks status makanan dan tahap pembentukan lemak. Ketebalan lipatan kulit juga, dikenali sebagai ketebalan lipatan lemak. Ia merupakan ketebalan lapisan kulit dan tisu adipos subkutanus pada bahagian badan yang spesifik (Harrison, Buskirk, Lindsay Carter, Johnston, Lohman, Pollock, Roche dan Jack Wilmore, 1991).

29

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan oleh Gascon (2004) ke atas hormon kanak-kanak obes, membuktikan obesiti ada kaitan dengan penyakit kanser. Kanak-kanak yang obes mempunyai implikasi besar untuk mendapat penyakit kanser dalam kehidupan mereka.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Gascon (2004) telah menunjukkan bahawa perkembangan kanser dalam hormon kanak-kanak obes adalah tinggi. Namun menurut beliau, tidak semestinya perkembangan hormon yang tinggi akan menyebabkan pertumbuhan kanser pada kanak-kanak obes ini, tetapi ia adalah salah satu faktor untuk kanser berkembang dan bertambah seandainya mereka tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengikut apa yang telah dikatakan oleh Reilly (2003); Woo (2004); Weiss (2004); Freedman (1999), kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan berpotensi mendapat penyakit jantung. Malah akan berlaku peningkatan jumlah kolesterol serta kepadatan lipoprotein yang rendah (LDL) dan beberapa masalah lain contohnya; seperti evelated triglycerides, blood pressure, evelated insulin levels, abnormal heart functions, abnormal endothelial funtions and the presence metabolic syndrome.

Mark Harris Personal Training Services (2004), telah melakukan penyelidikan untuk menentukan komposisi tubuh badan yang mana merujuk kepada kualiti jisim bebas

30

lemak (tulang, otot dan organ) dan jisim lemak (tisu adipose). Menentukan perhubungan peratusan bebas lemak dan jisim lemak boleh membantu mencapai komposisi badan. Cara yang biasa digunakan ialah bioelektrikal impedance analisis, indeks jisim badan, pengukuran lipatan kulit dan ukur lilit.

Dalam pengukuran lipatan kulit, Mark Harris Personal Training Services (2004), percaya yang lebih kurang 50% jumlah lemak badan yang tersembunyi di bawah kulit dapat diukur. Biasanya ralat = 3.5%. Selain itu, Penilaian densiti badan dilakukan menggunakan pengukuran ukur lilit. Kaedah ini digunakan bersamasama penilaian komposisi yang lain.

Berdasarkan tinjuan yang telah dijalankan oleh Veugelers (2005) dan rakanrakannya ke atas pelajar Gred Lima di Kanada iaitu The 2003 Childrens Lifestyle And School performance Study (CLASS), mereka telah mendapat satu dapatan berkaitan kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan sosio-ekonomi pelajar tersebut. Pemakanan yang tidak terancang dan aktiviti fizikal yang kurang lazimnya akan menyebabkan berat badan bertambah di kalangan kanak-kanak.

Piscopo dalam Johnson dan Nelson (1986), telah berjaya membentuk satu norma yang menentukan komposisi lemak tubuh dan membandingkan ukuran lipatan kulit dengan jenis pengukuran menggunakan kaedah lipatan kulit dan kaedah lilitan kulit. Kajian ini telah dilakukan terhadap 647 remaja lelaki yang berbangsa Itali, Yahudi dan Negro. Hasil kajian yang diperolehi beliau ialah:

31

1. Subjek daripada kalangan bangsa Yahudi telah mencatatkan ukuran tertinggi bagi jenis pengukuran lipatan kulit manakala bagi subjek berbangsa Itali pula memiliki pengukuran lilitan tertinggi pada bahagian lengan tangan, peha dan garis bi-illac dan diikuti oleh subjek yang berbangsa Negro.

2. Ukuran lilitan pada bahagian lengan tangan adalah lebih gandaan jika dibandingkan dengan ukuran lilitan pada bahagian peha mengikut catatan bagi kesemua bangsa tersebut.

3. Korelasi adalah tinggi di antara lokasi bagi ketiga-tiga kumpulan tersebut.

4. Korelasi yang teringgi juga didapati antara ukuran lipatan kulit dengan ketinggian badan seseorang.

Berdasarkan pendapat yang dikemukan oleh Ward, Rempal,dan Anderson (1999), kemungkinan tisu yang berlemak dan (hydration levels) tahap penghidratan ada pada subjek yang mengalami obes ini.

Pendidikan kesihatan untuk kanak-kanak adalah pencegahan kegemukan yang boleh juga mengakibatkan punca daripada rawatan perubatan yang telah dibuat bagi ketidaksempurnaan teknik kawalan berat di mana program Pendidikan Kesihatan yang dihasilkan tidak dirancang, diingini dan kesan-kesan kesihatan yang telah mengalami

32

penyakit (Garner,1985; ODea,2000) seperti kebuluran, muntah, penyalahgunaan ubatan, diuretik dan pil menguruskan badan, dan merokok untuk menahan selera makan dan sebagai satu ganti untuk mereka makan makanan (Ikeda dan Mitchel, 2001;Struss dan Mir 2001)

2.4

Rumusan

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa betapa penting isu permasalahan tentang peratusan komposisi lemak badan atau obesiti di kalangan murid sekolah rendah tahap dua khususnya di Malaysia. Komposisi tubuh di antara seorang individu dengan seorang individu adalah berbeza. Teknik antropometri merupakan teknik pengukuran lipatan kulit yang terawal. Kini teknik pengukuran lipatan kulit semakin meluas dan berkembang dengan penggunaan alatan berteknologi tinggi yang semakin canggih bagi mengukur dan menilai tahap peratus komposisi tubuh yang ideal untuk keperluan sesuatu penyelidikan. Walaupun agak sedikit kajian tentang kanak-kanak yang menghadapi masalah peratusan lemak badan atau obesiti bukanlah bermakna permasalahan ini perlu diabaikan oleh semua pihak.

Pada masa sekarang juga alat digital Skinfold Caliper telah diperkenalkan, ini kerana pengambilan peratusan lemak tubuh badan dengan menggunakan sistem digital ini lebih berkesan daripada alatan yang lama dimana mungkin terdapat kesalahan semasa kita menjalankan ujian tesebut.

33

Dengan adanya kajian yang terperinci oleh penyelidik tentang isu yang dikaji mudah-mudahan dapat membuka ruang kesedaran kepada semua pihak agar menitik beratkan terhadap persoalan ini.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kaedah dan prosedur yang meliputi rekabentuk kajian (Kaedah kajian dan Prosedur kajian), Kerangka kajian (Pembolehubah bebas dan Pembolehubah bersandar), Populasi Dan Persampelan, Instrumen kajian (Kajian rintis, Kesahan dan Kebolehpercayaan), Pengumpulan Data, Analisa Data dan Rumusan. Justeru itu, bab ini membincangkan secara terperinci tentang kaedah dan prosedur yang bagi mendapatkan data dan maklumat tentang tahap

digunakan oleh penyelidik

komposisi lemak badan terhadap sampel yang dipilih iaitu murid Tahap Dua (Tahun 4, Tahun 5 dan tahun 6) di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

34

3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif dan quasi-eksperimental dengan menggunakan bentuk kajian kes sekali (one-shot case study).

3.2.1

Kaedah Kajian

Mengikut Majid Konting (1990), penyelidik akan menggunakan rekabentuk one-shot case study apabila mereka mengesyaki adanya pembolehubah tidak bersandar yang mendatangkan kesan atau perubahan kepada pembolehubah bersandar. Bagi menentukan kesan pembolehubah tak bersandar tersebut, penyelidik mengkaji dan mencerap kumpulan subjek hanya sekali.

Kajian ini adalah bersifat kuantitatif dengan menggunakan dua kaedah pengukuran iaitu BMI untuk tinggi dan berat serta Skinfold (Kaedah Lipatan Kulit). Alat pengukuran ini digunakan untuk mengukur kadar peratusan lemak badan sampel. Datadata yang diperolehi akan digunakan untuk menjelaskan apa yang sebenarnya menjadi persoalan dalam kajian ini.

3.2.2

Prosedur Kajian

Pengukuran komposisi lemak badan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3. Pengukuran ini dijalankan selama beberapa hari di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3 yang melibatkan seramai 60 orang murid perempuan Tahap Dua dengan

35

menggunakan pengukuran BMI dan Skinfold (kaedah lipatan kulit) yang telah dipilih oleh penyelidik. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan semasa melakukan pengukuran ini, pembantu yang dipilih diberikan taklimat terlebih dahulu tentang prosedur pengukuran peratusan komposisi lemak badan. Hanya seorang pembantu yang dipilih sahaja yang dibenarkan untuk mencatatkan skor subjek.

Sebelum pengukuran dijalankan ke atas subjek, satu taklimat diberikan tentang apa yang seharusnya dilakukan. Semua maklumat dalam borang skor seperti umur, tinggi dan berat badan subjek akan diisi sendiri oleh subjek. Data-data ini direkodkan dalam kad skor oleh penguji atau pembantu penguji. Subjek akan diterangkan tentang bahagian yang akan diambil untuk peratusan komposisi lemak badan.

Skinfold Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur peratusan komposisi lemak badan. Peringkat umur yang dipilih untuk mengikuti kajian ini adalah murid perempuan yang berumur 10 hingga 12 tahun di mana mereka ini berada di Tahap Dua. Kesahan yang boleh digunakan dinyatakan ialah r = 0.80 (Wilmore & Behnke,1970). Kebolehpercayaan ialah r = 0.090 0.96 (Mathews,1978). Objektif untuk kajian ini ialah r = 0.90 0.96 (Mathew,1978). Terdapat 4 bahagian yang perlu diukur untuk mengetahui skinfold subjek ialah pada triceps, abdomen, suprailiac & thight. Alatan yang digunakan ialah kaliper lipatan kulit.

36

Kaedah yang digunakan untuk mengetahui skinfold subjek ahli penguji perlu mengenalpasti kawasan yang hendak diukur. Seterusnya penguji perlu menarik lipatan kulit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Lapisan kulit yang diambil tidaklah terlalu tebal hingga menyebabkan lebihan tegangan. Bacaan yang diambil ialah 1cm daripada hujung ibu jari dan jari telunjuk. Bacaan yang perlu diambil pada 0.1mm yang terdekat. Penguji perlu mengulangi ujian ini sebanyak 2 kali. Formula yang digunakan untuk ujian skinfold ini ialah Tour Site Formula (abdomen, suprailiac, triceps & thigh) % Body Fat = ( 0.29288 x sumo f Tour Skinfolds) (0.0005 x (sum of 4 skinfolds)2) + (0.15845 x age) 5.76377 = (0.29288 x skinfold) = (0.0005 x (skinfold)2) + (0.15845 x (age) 5.76377 = ___________%.

3.3

Kerangka Kajian

Kerangka kajian ini dihasilkan untuk menjadi panduan kepada kajian ini (rajah 3.3.1). Kerangka kajian ini menerangkan mengenai peratusan kompisisi lemak badan pelajar Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Kajian ini melibatkan murid perempuan Tahap Dua iaitu tahun 4, 20 orang, Tahun 5, 20 orang, dan Tahun 6, 20 orang. Instrumen kajian ini menggunakan ujian kaliper lipatan kulit.

Setelah data dikumpul, dapatan kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan perisianSPSS for window version 11.5 melalui beberapa peringkat. Daripada data yang telah analisis, perbincangan, cadangan dan rumusan akan dihasilkan.

37

TAHAP KOMPOSISI LEMAK BADAN PELAJAR TAHAP DUA SK JITRA, JITRA KEDAH DARUL AMAN. PELAJAR PEREMPUAN TAHAP DUA (60 orang)

Tahun 4 20 orang

Tahun 5 20 orang

Tahun 6 20 orang

Instrumen Kajian ( UJIAN KALIPER LIPATAN KULIT )

Mengumpul Data

Analisis Data Deskriptif Korelasi

Dapatan Kajian

Perbincangan Cadangan Rumusan

Jadual 3.3.1 : Kerangka Kajian Tahap Komposisi Lemak Badan Murid Tahap Dua

38

3.3

Pembolehubah Kajian

Menurut Majid Konteng (1990), pembolehubah merupakan ciri-ciri yang dicerap daripada setiap individu dalam sesuatu populasi. Dalam kajian ini terdapat beberapa pembolehubah yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah:

1. Pembolehubah tidak bersandar Murid perempuan Tahap Dua seramai 60 orang.

2. Pembolehubah bersandar Alat pengukur BMI untuk mengukur tinggi dan berat sampel serta mengukuran skinfold (bahagian yang diukur ialah triceps, abdomen, suprailiac dan thigh)

3.5

Populasi Dan Persampelan

Untuk mewakili populasi kajian ini, seramai 60 orang murid perempuan Tahap Dua iaitu 20 orang murid perempuan Tahun 4, 20 orang murid perempuan Tahun 5 dan 20 orang murid perempuan Tahun 6 bagi mewakili populasi pelajar perempuan Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra3, Jitra Kedah telah diambil.

Sampel kajian terdiri daripada murid perempuan Tahap Dua yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3. Sampel kajian ini dipilih secara rawak untuk mewakili populasi murid Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3.

39

Kajian ini dijalankan di sekolah yang terpilih di dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman iaitu Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Pemilihan sekolah ini sebagai lokasi populasi kajian adalah kerana terdapatnya populasi yang bertepatan dengan persoalan dan objektif yang hendak dikaji (Jadual 3.5.1).

Jadual 3.5.1 : Taburan kekerapan dan jumlah responden mengikut tahun Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah Keseluruhan

Jumlah Populasi Jumlah Sampel

20 20

20 20

20 20

60 60

3.6

Populasi Kajian

Populasi kajian yang diambil dalam kajian terdiri daripada murid perempuan tahap dua yang bersekolah di sekolah ini. Sampel dipilih secara rawak untuk mewakili populasi murid sekolah ini.

40

3.7

Instrumen Kajian

Bagi memperolehi hasil kajian perbandingan, ujian lipatan kulit menggunakan kaliper lipatan kulit telah dipilih secara instrumen kajian untuk mengetahui perbandingan peratusan lemak tubuh badan bagi murid perempuan tahap dua di sekolah ini.

Butiran lokasi lipatan:

1. tricep- ukuran dibuat pada bahagian kanan lengan, pada bahagian otot tricep, diantara sudut bahu dan siku. 2. peha- pengukuran dibuat pada pertengahan antara tulang pinggul (inguinal cease) dan permukaan patela.

Menurut Jack and Pollock dalam Johnson & Nelson (1986)

BD=1.0994921 0.0009929 (jumlah ukuran lipatan kulit pada tricep, supraillim dan peha) + 0.000023 (jumlah ukuran lipatan kulit) 0.0001392 (umur).

BD= Body Density % lemak (siri formula) = (4.95 4.5) / BD) x 100

41

3.8

Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data bermula selepas persampelan dilakukan. Kerjasama daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman, pihak sekolah , guru-guru dan murid-murid yang dijadikan sampel dalam penyelidikan ini.

Kajian penyelidikan ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Ujian pengukuran komposisi tubuh dilakukan oleh penyelidik sendiri dengan bantuan beberapa orang guru yang telah diberi taklimat tentang bagaimana cara untuk menjalankan ujian Skinfold serta prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi ketika menjalankan ujian tersebut.

3.9

Analisis Data

Data yang terkumpul akan dianalisa dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science for Windows (SPSS versi 11.5). Skor-skor yang diperolehi dikira bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Nilai min untuk BMI dan Skinfold bagi setiap subjek boleh menunjukkan peratusan komposisi lemak badan.

Analisis data dilakukan mengikut beberapa peringkat iaitu :

1. Membuat taburan skor-skor mentah bagi peratusan komposisi lemak badan

42

2. Membuat perbandingan min skor dan sisihan piawai di antara murid perempuan Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Menurut Ahmad (2004), Ujian Anova Sehala digunakan untuk membandingkan skor min bagi tiga kumpulan murid yang berbeza. Anova sehala hanya boleh dilakukan apabila terdapat satu pembolehubah tidak bersandar yang mempunyai tiga atau lebih kumpulan atau tahap yang berbeza dan satu pembolehubah bersandar. Analisis Anova lebih berkesan seandainya dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows.

Kajian perbandingan komposisi tubuh menggunakan kaedah ex-post faktor. Bacaan yang diperoleh daripada ukuran lipatan kulit dicatat sebagai skor mentah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis statistik berkomputer SPSS untuk mencari min dan sisihan piawai. Menerima atau menolak hipotesis nol adalah berdasarkan statistik ujian yang didapati. Signifikan kesemua hipotesis nol kajian ini terhadap ukuran lipatan kulit bagi setiap murid ditentukan pada aras 0.05 (p < 0.05).

3.10

Rumusan

Dalam bab ini pula dibincangkan bagaimana rekabentuk kajian yang dijalankan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Bab ini juga banyak membincangkan tentang bagaimana sampel dipilih dan menjalankan Skinfold dengan berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Juga dibincangkan bagaimana data kajian ini dikumpul sepanjang kajian

43

yang dibuat dan data yang dikumpul ini pula akan dianalisis dengan menggunakan Program SPSS.

Data-data yang dikumpulkan ini akan dianalisis untuk mendapatkan jawapan sebenar kepada kajian yang dijalankan. Juga digunakan untuk menjawab hipotesis yang dibuat pada awal kajian ini.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik menggunakan data mentah yang telah dikumpul daripada ujian pengukuran komposisi tubuh dengan menggunakan kaliper lipatan kulit yang dijalankan ke atas murid perempuan Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah.

Data yang digunakan dalam ujian pengukuran komposisi tubuh diperolehi daripada murid perempuan seramai 60 orang subjek. Jumlah sampel yang diambil adalah 20 orang murid perempuan tahun 4, 20 orang murid perempuan tahun 5 dan 20 orang murid perempuan tahun 6. Objektif utama penyelidik adalah untuk mengukur peratusan komposisi lemak badan murid-murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Jitra.

Laporan dapatan kajian ini dianalisa secara berperingkat berdasarkan taburan kekerapan dengan mengambil kira data-data yang relevan dengan kaedah analisis yang

45

digunakan. Data yang diperolehi dimasukkan ke dalam bentuk jadual dengan menyatakan min dan sisihan piawai bagi setiap ujian komposisi tubuh yang dilakukan. Selepas data disusun dan diproses dengan menggunakan SPSS, maka hasil pemprosesan data digunakan untuk membuat kesimpulan kajian ini.

Statistik seperti min dan sisihan piawai digunakan untuk memperihalkan dapatan kajian. Data yang diperolehi ditukarkan ke dalam bentuk jadual dengan menyenaraikan min dan sisihan piawai bagi setiap ujian yang dilakukan. Analisis ujian ANOVA Sehala digunakan untuk pengujian hipotesis mengenai peratusan komposisi lemak badan murid perempuan Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 secara keseluruhannya.Berdasarkan skor yang diperolehi, pengiraan nilai adalah dilakukan dengan perisian SPSS for windows version 11.5.

4.2

Analisis Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Dan

Ukulilit. Berikut adalah analisis data yang diperolehi berdasarkan kepada objektif dan persoalan kajian. Analisis data ini dihuraikan mengikut jadual yang telah dianalisis.

46

Jadual 4.2.1 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Bodyfat Jadual 4.2.1 Menunjukkan skor min dan sisihan piawai mengenai perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Bodyfat. Jelas bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak badan di kalangan murid perempuan tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3 Jitra Kedah. Skor min bagi tahun 4 ialah 25.40 dan sisihan piawai pula 14.23. Seterusnya ialah tahun 5, skor min ialah 22.00 dan sisihan piawai pula 13.48. Manakala bagi tahun 6 pula, skor min 32.71 dan sisihan piawai 16.07. Nilai p = 0.70 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Oleh itu, hipotesis kajian satu ini adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan melalui ujian Bodyfat yang telah dilakukan pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.1: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Bodyfat Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 P < 0.05 Min 25.40 22.00 32.71 Sisihan Piawai 14.23 13.48 16.07 0.70 Signifikan

47

Jadual 4.2.2 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Subskapula Jadual 4.2.2 di bawah menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold subskapula di antara peringkat umur. Jadual ini adalah mengenai skor min dan sisihan piawai. Bagi murid tahun 4, min menunjukkan 10.50 dan sisihan piawai ialah 6.97. Manakala bagi murid tahun 5 pula, min menunjukkan 9.25 dan 6.60 bagi sisihan piawai. Seterusnya ialah murid tahun 6 skor min menunjukkan 14.15 dan sisihan piawai ialah 9.16. Nilai p = 0.119 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan kompisisi lemak di bahagian sabskapula adalah diterima.

Jadual 4.2.2 Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold subskapula Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 10.50 9.25 14.15 Sisihan Piawai 6.97 6.60 9.16 0.119 Signifikan

48

Jadual 4.2.3 menerangkan perbandingan komposisi lemak badan murid Tahap Dua yang telah melalui ujian skinfold tricep. Murid Tahap Dua ini, terdiri daripada tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Skor min tahun 4 ialah 11.40 dan 1.78 ialah sisihan piawai. Bagi tahun 5 pula, 9.45 ialah skor min dan 7.50 bagi sisihan piawai. Manakala bagi tahun 6, skor minnya ialah 15.5 dan sisihan piawai ialah 9.69. Nilai p = 0.78 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian tiga adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di bahagian tricep dikaji pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.3: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold tricep Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 11.40 9.45 15.5 Sisihan Piawai 1.78 7.50 9.69 0.78 Signifikan

49

Jadual 4.2.4 dibawah menunjukkan dapatan perbandingan komposisi lemak badan murid tahun 4 hingga tahun 6 yang dipilih secara rawak untuk melalui ujian skinfold supraspinale yang telah dijalankan di sekolah tersebut. 11.40 skor min dan 6.78 ialah sisihan piawai murid tahun 4. Bagi murid tahun 5, skor min 8.9 dan 6.91 untuk sisihan piawai. Manakala, bagi murid tahun 6, skor min 13.6 dan sisihan piawai 8.82. Nilai p = 0.154 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian empat adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak di bahagian supraspinal dikaji pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.4: Komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold supraspinale Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 11.10 8.9 13.6 Sisihan Piawai 6.78 6.91 8.82 0.154 Signifikan

50

Jadual 4.2.5 menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold calf di antara peringkat umur tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Bagi murid tahun 4, min menunjukkan 11.45 dan sisihan piawai ialah 6.04. Manakala bagi murid tahun 5 pula, min menunjukkan 8.85 dan 6.05 bagi sisihan piawai. Seterusnya ialah tahun 6 skor min menunjukkan 15.1 dan sisihan piawai ialah 8.90. Nilai p = 0.026 di mana p < 0.05 adalah signifikan. Dengan ini hipotesis kajian yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan kompisisi lemak di bahgian calf yang dikaji pada murid Tahap Dua adalah ditolak.

Jadual 4.2.5: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold calf Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 11.45 8.85 15.1 Sisihan Piawai 6.04 6.05 8.90 0.026* Signifikan

51

Data Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Ukurlilit. Jadual 4.2.6 adalah mengenai perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian ukurlilit calf di antara peringkat umur. Bagi murid tahun 4, min menunjukkan 28.17 dan sisihan piawai ialah 3.88. Manakala bagi murid tahun 5 pula, min menunjukkan 29.32 dan 4.11 bagi sisihan piawai. Seterusnya ialah tahun 6 skor min menunjukkan 31.35 dan sisihan piawai ialah 6.06. Nilai p = 0.114 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini,hipotesis kajian enam diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian ukurlilit di bahagian calf pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.6: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Calf Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 28.17 29.32 31.35 Sisihan Piawai 3.88 4.11 6.06 0.114 Signifikan

52

Jadual 4.2.7 menerangkan dapatan mengenai perbandingan komposisi lemak badan murid tahun 4 hingga tahun 6 yang dipilih secara rawak untuk melalui ujian ukurlilitt tricep yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jitra. 21.1 skor min dan 3.79 ialah sisihan piawai murid tahun 4. Bagi murid tahun 5, skor min 21.35 dan 3.9 untuk sisihan piawai. Manakala, bagi murid tahun 6, skor min 23.51 dan sisihan piawai 5.34. Hasil bagi ujian ini menerangkan bahawa nilai p = 0.176 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian tujuh adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian ukurlilit di bahagian tricep pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.7: Perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Tricep Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 P < 0.05 Min 21.1 21.35 23.51 Sisihan Piawai 3.79 3.97 5.34 0.176 Signifikan

53

Jadual 4.2.8 di bawah menyatakan mengenai dapatan perbandingan komposisi lemak badan murid Tahap Dua yang terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih secara rawak untuk melalui ujian ukurlilit femur. Murid tahun 4, skor min = 7.04 dan 1.36 = sisihan piawai. Bagi murid tahun 5, skor min 7.20 dan 1.36 untuk sisihan piawai.

Manakala, bagi murid tahun 6, skor min = 7.04 dan sisihan piawai = 1.37. Hasil bagi ujian ini menerangkan bahawa nilai p = 0.519 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian lapan adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian ukurlilit di bahagian femur pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.8: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Femur Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 7.04 7.20 7.53 Sisihan Piawai 1.36 1.36 1.37 0.519 Signifikan

54

Jadual 4.2.9 menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid Tahap Dua yang telah melalui ujian Ukurlilit Humerus. Mereka ini, terdiri daripada murid tahun 4, t5 dan 6. Skor min murid tahun 4 ialah 5.42 dan 0.74 ialah sisihan piawai. Bagi murid tahun 5 pula, 5.25 ialah skor min dan 0.74 bagi sisihan piawai. Manakala bagi murid tahun 6, skor minnya ialah 5.58 dan sisihan piawai ialah 0.54. Nilai p = 0.440 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini hipotesis kajian sembilan adalah diterima kerana ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian ukurlilit di bahagian humerus pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.9: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Ukurlilit Humerus Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 5.42 5.25 5.58 Sisihan Piawai 1.04 0.74 0.54 0.440 Signfikan

55

4.2.10 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Tricep Dan Skinfold Subskapula (trisub). Jadual 4.2.10 menunjukkan dapatan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold Tricep dengan Skinfold Subskapula (trisub). Subjek bagi murid tahun 4 menunjukkan skor min = 21.9, sisihan piawai = 14.26. Manakala bagi murid tahun 5 pula, skor min = 18.7 dan 13.83 = sisihan piawai. Seterusnya bagi murid tahun 6 skor min = 29.65 dan 18.65 = sishan piawai. Nilai p = 0.86 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Oleh itu, hipotesis kajian sepuluh adalah diterima kerana ia menunjukkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan melalui antara ujian Skinfold Tricep dan Skinfold Subskapula pada murid Tahap Dua. . Jadual 4.2.10: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub) Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 21.9 18.7 29.65 Sisihan Piawai 14.26 13.83 18.65 0.86 Signifikan

56

4.2.11 Data Perbandingan Komposisi Lemak Badan Murid Melalui Ujian Skinfold Tricep dan Skinfold Subskapula (trisub). Jadual 4.2.11 menganalisis mengenai dapatan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub). Murid yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.Subjek bagi murid tahun 4 menunjukkan skor min = 346.80, sisihan piawai = 430.99. Manakala bagi murid tahun 5 pula, skor min = 269.70 dan 446.21 = sisihan piawai. Seterusnya bagi murid tahun 6 skor min = 609.65 dan 802.69 = sisihan piawai. Nilai p = 0.166 di mana p < 0.05 adalah tidak signifikan. Oleh itu, hipotesis kajian sebelas adalah diterima kerana ia menunjukkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada peratusan komposisi lemak melalui ujian yang dilakukan antara ujian skinfold tricep + skinfold subskapula (trisub) pada murid Tahap Dua.

Jadual 4.2.11: Menunjukkan perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Skinfold Tricep + Skinfold Subskapula (trisub) Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 p < 0.05 Min 346.80 269.70 609.65 Sisihan Piawai 430.99 446.21 802.69 0.166 Signifikan

57

4.3

Rumusan

Berdasarkan analisis data yang telah dibuat secara keseluruhannya, keputusan kajian mendapati hanya komposisi lemak badan murid melalui ujian skinfold calf sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Bagi ujian-ujian yang lain, tidak terdapat perbezaan signifikan bagi murid Tahap Dua iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Perbincangan lanjut mengenai hasil kajian ini akan dilakukan secara lebih mendalam dalam bab yang seterusnya agar dapat dimanafaatkan bersama.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan analisis data dari bab 4. Segala maklumat diinterprestasikan melalui tiga bahagian iaitu perbincangan, rumusan dan cadangan. Bentuk fizikal manusia adalah berbeza di antara individu dengan individu yang lain. Melalui skop perbincangan, penyelidik menghuraikan kajian yang diperolehi dan mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang timbul hasil daripada kajian ini. Cadangan-cadangan tersebut boleh diaplikasikan oleh pengkaji, guru Sains Sukan atau guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang berminat untuk mengkaji topik ini.

59

5.2

Perbincangan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kompisisi lemak tubuh badan murid perempuan Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Subjek terdiri di kalangan murid perempuan di sekolah tersebut yang dipilih secara rawak.

Kajian terkini telah menunjukkan bahawa masalah obesiti semakin menular. Pelbagai penyakit kronik yang berpunca daripada obesiti. Salah satu penyakit kronik yang dihidapi oleh mereka yang obes ini ialah penyakit jantung, diabetes dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu obesiti atau lebihan lemak badan. Merujuk dalam kerangka kajian yang telah dihasilkan, terdapat 3 punca yang boleh diklasifikasikan menjadi penyebab seseorang itu obes. Punca pertama ialah pemakanan, di mana pengambilan pemakanan yang tidak sihat contohnya seperti pengambilan makanan ringan yang berlebihan secara tidak teratur yang diamalkan oleh keluarga di rumah dan diri sendiri. Selain itu, amalan pemakanan yang tidak dijaga juga boleh menjadi punca kepada masalah ini.

Menurut Dietz (1998), masalah obes yang dialami oleh kanak-kanak akan berterusan hingga ke alam remaja. Mereka yang mengalami obesiti ini mempunyai gaya pemikiran yang tidak sihat iaitu dengan selalu menyalahkan diri sendiri. Mengikut beliau, kadar kematian juga tinggi di kalangan mereka yang mengalami obes ini.

60

Punca seterusnya ialah gaya hidup yang kurang sihat dengan tidak mengamalkan aktiviti senaman dan aktiviti-aktiviti luar. Menurut Bouchard (2000), kanak-kanak yang obes akan merasa rendah diri dan tidak minat untuk bergaul dengan kanak-kanak lain kerana mempunyai saiz badan yang besar. Mengikut beliau, kanak-kanak ini takut diketawakan oleh kanak-kanak lain yang mempunyai saiz badan jauh lebih kecil berbanding saiz badan kanak-kanak obes.

Punca terakhir ialah melalui media elektronik dan percetakan. Peranan media elektronik dan percetakan juga memainkan yang penting. Maklumat-maklumat mengenai keburukan tentang bahayanya obesiti atau berat badan yang berlebihan perlu didedahkan dan disebarkan.

Menurut Dietz (1998), beliau telah mengemukakan beberapa masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak yang obes. Beliau menggariskan beberapa penyakit akibat obes iaitu; growth, hyperlipidemia, glucose intolerance, hepatic steatosis and cholelithasis, hypertension, pseudotumor cerebri, sleep apnea, orthopedic complications, and ploycystic ovary diease.

Menurut Bouchard (2000), beliau telah menyenaraikan beberapa masalah penyakit kronik yang dihadapi oleh mereka yang obes dan berat badan yang berlebihan. Penyakit seperti penyakit jantung, diabetes mellitus, hypertension dan beberapa masalah kesihatan lain adalah disebabkan oleh masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan.

61

Menurut Must dan Strauss (1999), remaja yang obes mempunyai masalah psikologi dalaman. Keadaan yang dialami oleh remaja ini adalah berpunca daripada genetik keluarga remaja berkenaan. Menurut mereka risiko untuk mendapat penyakit kronik adalah tinggi contohnya; seperti penyakit jantung, penyakit diabetes kedua, sleep apnea, hyperlipidemia, gall bladder, osteoarthritis, dan penyakit kanser yang tertentu.

Berdasarkan tinjuan yang telah dijalankan oleh Veugelers (2005) dan rakanrakannya ke atas pelajar Gred Lima di Kanada iaitu The 2003 Childrens Lifestyle And School performance Study (CLASS), mereka telah mendapat satu dapatan berkaitan kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan sosio-ekonomi pelajar tersebut. Pemakanan yang tidak terancang dan aktiviti fizikal yang kurang lazimnya akan menyebabkan berat badan bertambah di kalangan kanak-kanak.

Hasil daripada dapatan kajian ini, pengkaji dapat melihat tahap komposisi lemak di kalangan murid Tahap Dua iaitu tahun 4, 5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi dari murid perempuan Tahap Dua iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 pelbagai tafsiran dapat dibuat berkaitan dengan tahap komposisi lemak badan subjek tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services (2000) lebihan komposisi lemak dalam badan akan menimbulkan masalah seperti kegemukkan.

62

Didapati bahawa murid-murid ini tidak mempunyai berat badan yang berlebihan dan masih di tahap yang baik. Ini bermakna komposisi tubuh seseorang murid berada pada tahap yang normal dan masih aktif melakukan aktiviti sukan. Pengetahuan

komposisi lemak tubuh merupakan aspek yang penting dalam bidang sukan kerana ia dapat membantu dalam mengenalpasti jenis latihan, norma ujian dan prestasi seseorang atlet (Clarke,1976).

Ujian pengukuran komposisi tubuh mengambil kira faktor berat dan tinggi untuk melihat sama ada murid atau atlet berada dalam lingkungan kompisisi tubuh yang ideal. Menurut Seiger, Kabipe dan Bornes (1998), berat badan yang berlebihan dapat dikenalpasti menggunakan tinggi dan berat yang memberi maklumat mengenai perbandingan populasi indeks jisim tubuh (IJT) seseorang. Namun, bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat terhadap peratusan lemak, teknik ujian pengukuran lipatan kulit menggunakan kaliper lipatan kulit (Lange) adalah lebih baik di mana jumlah lokasi lipatan kulit mengikut jantina dan umur diambil kira mengikut cara pengiraan Bouileau dan rakan-rakan (1985).

Pengujian hipotesis telah dilakukan dan keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kajian ini. Tahap komposisi lemak badan di kalangan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 adalah berada pada tahap yang seimbang dan tiada halangan dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

63

5.3

Rumusan

Berdasarkan kepada dapatan kajian dan perbincangan yang dikemukakan oleh penyelidik, dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian tahap komposisi lemak badan antara murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3, Jitra Kedah Darul Aman. Tahap komposisi lemak badan muridmurid ini adalah berada dalam keadaan yang seimbang. Daripada data yang dianalisis ini juga jelas menunjukkan bahawa muridmurid ini mempunyai berat badan yang ideal sesuai dengan tinggi dan berat mereka.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi komposisi lemak badan subjek. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan pemakanan yang sihat yang diamalkan oleh keluarga di rumah, gaya hidup yang sihat serta sering melakukan aktiviti senaman dengan aktif serta didedahkan dari awal keburukan tentang bahayanya obesiti atau berat badan yang berlebihan.

Kajian ini menunjukkan, tahap komposisi lemak tubuh badan murid tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Ini adalah kerana aktiviti fizikal yang diamalkan oleh murid-murid ini tidak terbatas. Aktiviti fizikal di sekolah mungkin terbatas dan terhad tetapi aktiviti fizikal yang diamalankan oleh murid-murid ini di rumah tidak terhad contohnya seperti menolong ibu bapa membuat kerja-kerja di rumah, bermain bersama saudara atau melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan-rakan.

64

Sejajar dengan hasil kajian yang telah dijalankan, Kohrt, Malley, Dalsky dan Holloszy (1992) yang menyatakan bahawa individu yang kerap bersenam lebih cenderung untuk menunjukkan pengumpulan tisu adipos yang kurang pada bahagian tengah (abdominal) dan bahagian atas badan (pektoralis dan subskapula).

Selain itu, usia juga mempengaruhi tahap komposisi lemak badan individu. Menurut Kohrt, Malley,Dalsky dan Holloszy (1992) peningkatan usia akan membawa kepada perubahan komposisi badan di mana jisim badan yang unggul akan menurun. Data perbandingan komposisi lemak badan murid melalui ujian Bodyfat menunjukkan skor min bagi tahun 4 ialah 25.40 dan sisihan piawai pula 14.23. Seterusnya ialah tahun 5, skor min ialah 22.00 dan sisihan piawai pula 13.48. Manakala bagi tahun 6 pula, skor min 32.71 dan sisihan piawai 16.07. Hasil kajian ini menunjukkan usia mempengaruhi perbezaan tahap komposisi lemak tubuh badan murid perempuan tahap dua di sekolah rendah ini.

Justeru itu kajian ini menunjukkan bahawa kesan umur dan tahap aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam mempengaruhi komposisi badan dan penyebaran lemak badan individu.

Daripada analisis yang dibuat juga didapati bahawa tidak terdapat murid yang mengalami obesiti atau berat badan yang berlebihan. Walaupun bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik ini tidak boleh digeneralisasikan secara menyeluruh tentang tahap komposisi lemak badan. Ini kerana ia hanya dapat mewakili populasi bagi murid perempuan Tahap Dua Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan Jitra 3 sahaja.

65

5.4

Cadangan

Berdasarkan dapatan yang kajian ini, maka penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk memantapkan kajian yang berkaitan dengan komposisi lemak badan pada masa depan. Ini kerana berlakunya evolusi dalam kehidupan harian masyarakat sejagat terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Hasil dapatan kajian yang dijalankan didapati bahawa terdapat kelemahan kelemahan yang wujud di luar jangkaan dan kawalan penyelidik. Oleh yang demikian, penyelidik ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh dijadikan garis panduan untuk kajian pada masa hadapan dalam bidang ini.

Penyelidik tidak dapat mengawal atau memantau segala aktiviti dan perubahan yang berlaku terhadap subjek. Mungkin ada sebahagian subjek yang melakukan aktiviti fizikal selain daripada olahraga atau bersukan. Bagi murid itu sendiri, mungkin mereka bermain hanya untuk berseronok sahaja. Jadi, ujian komposisi lemak tubuh badan yang dijalankan ke atas murid tersebut akan ada sedikit ketidaktepatan dalam menentukan hipotesis yang dijalankan oleh penyelidik.

Penyelidik dicadangkan membuat perbandingan komposisi tubuh antara dua sekolah ataupun melaksanakan ujian di sekolah sukan. Kajian ini perlu melibatkan murid yang aktif dalam bidang sukan bagi melihat sama ada masih terdapat perbezaan keperluan komposisi tubuh antara murid yang aktif dan tidak aktif bersukan. Selain itu juga, kajian ini juga boleh dilakukan di sekolah menengah. Hasil dapatan kajian ini dapat membantu

66

guru sukan menilai keperluan komposisi lemak badan murid agar guru dapat membantu mereka dalam memilih bidang sukan yang sesuai untuk mereka ceburi.

Bilangan subjek dalam kajian pengukuran komposisi tubuh yang diuji hanya mewakili sebahagian kecil murid di sebuah sekolah sahaja. Penyelidik hanya melibatkan 60 orang murid sahaja. Didapati bahawa semakin tinggi bilangan subjek maka semakin tinggi kesahan ujian yang dijalankan ke atas subjek tersebut. Oleh yang demikian, diharapkan penyelidik akan datang perlu menambah bilangan subjek dalam ujian penyelidik mereka.

Kajian akan datang disarankan penyelidik menyelidik sesuatu program latihan terhadap komposisi tubuh subjek serta membandingkan dengan subjek di sekolah lain. Selain itu, nilai kesedaran harus ada di kalangan masyarakat tentang bahayanya obesiti. Obesiti merupakan ibu kepada penyakit yang lain. Amalan gaya hidup dan senaman yang kerap juga perlu untuk mengekalkan bentuk tubuh badan menarik. Penyelidik berharap kajian sebagai garis panduan kepada kajian masa hadapan bagi siswa-siswi Sains Sukan khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris serta para guru-guru Pendidikan Jasmani dan guru Pendidikan Sains Sukan.

67

RUJUKAN

Ahmad Hashim (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim. Quantom Books.

Andersen, R., E., ( 2003). Obestiy Etiology Assessment Treatment and Prevention. Human Kinetics.

Barrow, H.M. & Mc Gee, R. (1979). A particle Approach to Measurement in Physical Education ( 2nd Ed.). Philadelphia, Lea & Febiger.

C Tudor-Locke, BE Ainsworth, LS Adair, S Du and BM Popkin (2003). Physical Activity and In Activity in Chinese School-Aged Youth: The China Health and Nutrition Survey. International Journal of Obesity 27, 1093-1099. from www.nature.com/ijo

Caroline Breat, Ann Tanghe, Veerle Decaluwe, Ellen Moens and Yves Rosseel (2004). Impatient Treatment for Children With Obesity: weight Loss, Psychological Wellbeing, and Eating Behavior. Journal of Pediatric Psychology. Volume 29, Number 7, 519 529.

Dietz. W. H, Robinson. N. W. T(2005). Overweight Children and Adolescent. Boston: May 19,2004, Vol. 352, Iss. 20; pg. 2100, 10 pg from http://proquest.umi.com/pqdweb? Heyward, V.H (1998). Advanced Fitness Assessment & Exercise Prescription ( 3rd ed. ). United States, Human Kinetics. Heyward, V.H (2002). Advanced Fitness Assessment & Exercise Prescription ( 4rd ed. ). United States, Human Kinetics.

Johnson, B.L and Nelson, J.K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in Physical Education ( 4th ed. ). New York, Macmillan Publishing.

68

Lohman, T. G. (1992). Advances in Body Composition Assessment. Current Issues in Exercise Science Series. Monograph no. 3. Champaign, IL: Human Kinetics.

Lohman, T .G., Roche, A. F., and Martorell, R., eds. (1998). Antropometric Standardization Reference Manual. Champaign, IL: Human Kinetics.

Mohd. Majid Konting (2000) Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. O Dea, J. (2005) Prevention Of Child Obesity: First, Do No Harm. Vol.20 no.2 2005 259-265. Seiger, L., Kanipe , D., & Bornes, D.(1998). Fitness and Wellness Strategies (2nd ed). New York : McGraw Hill. Ward, R., Rempel, R., and Anderson, G. S. (1999). Resilience of anthropometric data assembly strategies to imposed error. Journal of Sports Sciences 16: 755-759. Dietz. W. H, Robinson. N. W. T(2005). Overweight Children and Adolescent. Boston: May 19,2004, Vol. 352, Iss. 20; pg. 2100, 10 pg from http://proquest.umi.com/pqdweb. Tran,Z. V., & Weltman, A. (1989). Generalized equation for Predicting body density of women from girth measurements. Medicine and science in Sports and Exercise, Official Journal of the American College of Sports Medicine, 21 (1), 101 104. Sodhi, H. S. (1980). A study of morphology and body composition of Indian basketball players. Journal of Sports Medicine and Physical Fitness. 20, 405 411. Callaway, C. W., Chumlea, W. C., Bouchard, C., Himes, J.H., Lohman, T.G., Martin, A.D., Mitchell, C.D., Mueller, W.H., Roche, A.F., & Seefeldt, V.D. (1991). Anthropometric Standardization Rference Manual (abridged ed.). Champaign, Illinios : Human Kinetic Kohrt, W.M., Malley, M.t., Dalsky, G.P., & Holloszy, J.O., (1992). Body composition healthy sedentary and trained, younger older men women. Medicine and Science I Sports and Exercise, Official Journal of the American College of Sports Medicine. 24 (7), 832 837.

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C 1. Mengukur ketebalan lipatan kulit

Sumber : http://www.rustyiron./net/bodyfat.htm

Sumber : http://www.bodytrends.com/articles/body_comp/skinfoldreliable.htm

2.

Tricep

Sumber : Vivian H. Heyward and Dale R. Wagner, 2004. Applied Body Composition Assessment, Second Edition. ( Champaign, IL:Human Kinetics) Kaedah lipatan kulit bahagian triceps

3.

Subskapula

Sumber : Vivian H. Heyward and Dale R. Wagner, 2004. Applied Body Composition Assessment, Second Edition. ( Champaign, IL:Human Kinetics) Kaedah lipatan kulit bahagian subskapula

4.

Suprailliak

Sumber : Vivian H. Heyward and Dale R. Wagner, 2004. Applied Body Composition Assessment, Second Edition. ( Champaign, IL:Human Kinetics) Kaedah lipatan kulit bahagian suprailliak

5.

C alf

Sumber : Vivian H. Heyward and Dale R. Wagner, 2004. Applied Body Composition Assessment, Second Edition. ( Champaign, IL:Human Kinetics) Kaedah lipatan kulit bahagian calf

6.

Diameter humerus

Kaedah pengukuran diameter humerus

7.

Diameter femur

Kaedah pengukuran diameter femur

8.

Lilitan biseps (flexed arm)

Kaedah ukurlilit bisep

9.

Lilitan calf

Kaedah ukurlilit calf

Lampiran D BORANG SKOR KOMPOSISI UJIAN PERATUS LEMAK TUBUH PELAJAR SEKOLAH RENDAH

BIL

UMUR

JAN TINA

BERAT (KG)

TINGGI (METER)

SKINF SUBSCA

SKINF TRISEP

SKINF SUPRA

SKINF CALF

UKURLT CALF

UKURLT TRISEP

DIMETER FEMUR

DIMETER HUMERUS

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Anda mungkin juga menyukai