Anda di halaman 1dari 4

Bulan mengembang penuh cahaya, Bintang berkerlipan menawan jelita, Teknologi maklumat sasaran kita, Bagi membentuk wawasan

bangsa. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Pengetua, Puan Rosyathi Binti Rashim, barisan pendidik yang saya hormati, para pelajar yang dikasihi dan para hadirin sekalian. Pada pagi yang ceria ini saya ingin memanjatkan kesyukuruan ke hadrat IIahi kerana dengan limpah-Nya membolehkan saya berdiri di sini untuk menyampaikan ucapan sempena Minggu Sains dan Teknologi sekolah. Di sini saya telah memilih tajuk yang amat sesuai untuk ucapan saya pada pagi yang indah ini, iaitu Kepentingan dan Peranan Teknologi Maklumat. Teknologi maklumat seringkali dikaitkan dengan penggunaan komputer semata-mata. Malangnya, pendapat ini adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya tidak ada definisi yang konkrit atau jitu tentang teknologi maklumat yang diterima oleh masyarakat sejagat di dunia ini. Sebelum saya memulakan hujah saya pada pagi ini, izinkan saya mengupas definisi teknologi maklumat. Menurut Rosenberg dalam bukunya Dictionary of Computer, Data Procassing and Telecommunications menyatakan bahawa teknologi maklumat adalah suatu proses perolehan,

penprosesan, pengetahuan dan penyebaran pelbagai jenis maklumat melalui komputer dan telekomunikasi. Manakala, Philips melalui bukunya Computers in Technical Education menyimpulkan bahawa teknologi maklumat adalah penggunaan komputer , mikroelektronik dan telekomunikasi untuk membantu kita mengeluarkan , menyimpan dan menghantar maklumat dalam bentuk gambar, perkataa atau nombor dengan cepat, boleh dipercayai dan ekonomi. Bagi memperhalus pendapat saya, terdapat pelbagai faedah hasil kemajuan teknologi maklumat, baik dari segi pendidikan, pentadbiran, ekonomi mahupun perubatan, implikasi yang paling jelas adalah dalam bidang pendidikan. Pada zaman dahulu, pelajar perlu membawa kalam dan papan batu ke sekolah. Hasil daripada sumbangan seorang sida China yang bernama Tsa'i Lun maka hasillah kertas yang digunakan oleh kita. Selepas pengenalan pensel dan

kertas, sistem ini dianggap sudah maju. Kini, para pelajar hanya perlu membawa beberapa keping disket, CD dan juga pendrive sahaja ke sekolah dan dihadapkan dengan sebuah komputer atau lebih dikenali laptop. Semua nota dan latihan yang diberikan, dimasukkan ke dalam CPU (Central Processing Unit) serta pelajar boleh mempelajari semua perkara yang berkaitan dengan pelajaran dengan komputer sahaja. Lihatlah, betapa moden dan canggihnya pendidikan masa ini. Hal ini memudahkan pendidik dan para pelajar menjadi celik teknologi maklumat. Teknologi maklumat ini turut dipraktikkan di institusi pengajian tinggi. Sistem PJJ (Pendidikan Jarak Jauh), iaitu via-online teaching, teknologi maklumat membolehkan penuntut hanya duduk di rumah dan boleh mengikuti penuntutnya melalui sistem ini. Melalui sistem ini pendidikan lebih terarah dan seragam. Hadirin yang budiman, Sebelum penemuan komputer pelajar perlu ke perpustakaan setiap kali

mereka ingin membuat rujukan. Apatah lagi sekiranya pelajar yang tidak mampu membeli buku teks, buku rujukan dan lain-lain rujukan. Kini, hanya dengan satu sentuhan pada tetikus kita boleh mendapati semua buku yang terdapat dalam

sesebuah perpustakaan dan ianya akan terpampang di skrin komputer untuk penggunaan kita. Sistem ini dikenali sebagai online library. Bukan sahaja maklumat yang dikehendaki tentang buku dimasukkan dalam laman web ini tetapi terdapat juga kilat buku yang kita mencari. Menyedari hakikat ini, universiti tempatan kini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga boleh diperoleh daripada alat ajaib ini. Antara universiti yang menyediakan kemudahan ini adalah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya. Ringkas kata hampir semua institut menyediakan kemudahan ini dan menyedari bertapa pentingnya teknologi maklumat pada diri kita dan juga negara kita. Jika ditinjau dari perspektif pentadbiran pula, Malaysia kini telah mendahului negara Asia yang lain untuk memodenisasikan pentadbiran kerajaan dengan bantuan teknologi maklumat, contohnya projek MSC ( Multimedia Super Coorridor ). Dalam projek ini, semua hal pentadbiran pejabat yang berada di lingkungan kawasan MSC perlu dimasukkan ke dalam komputer. Sistem pentadbiran dijalankan oleh saluran teknologi maklumat secara berpusat. Lihatlah bertapa majunya negara

kita dalam memodenisasikan pentadbiran negara kita. Seperti mana yang kita tahu pentadbiran merupakan tulang belakang sesebuah negara dan tulang belakang ini dikawal oleh satu sendi yang halus iaitu komputer. Sekiranya sendi yang halus itu tidak berfungsi maka akhirlah kemajuan negara kita di situ. Oleh sebab itu, jelaslah kepada kita bahawa kemajuan teknologi maklumat dapat membantu melicinkan pentadbiran sesuatu organisasi. Tambahan pula, salah satu faktor yang mengawal ekonomi negara ialah sistem teknologi siber ini. Orang ramai tidak perlu ke London atau New York untuk mengetahui keadaan semasa pasaran saham negara tersebut. Dengan hanya online segala analisis ekonomi negara dunia dapat diketahui. Melalui cara ini masyarakat akan memperoleh meklumat terkini tentang saham yang boleh dibeli. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Dengan itu, taraf hidup masyarakat meningkat dan lebih maju. Hadirin yang dimuliakan, Teknologi kini turut memainkan peranan utama dalam bidang perubatan. Antara gelaran yang diberikan kepada komputer ialah doktor ajaib. Pada masa dahulu, jika seseorang itu menghadapi penyakit seperti barah, penyakit jantung atau kencing manis , mereka pastinya menunggu saat kematian sahaja. Kini segala penyakit ini tidak lagi digeruni kerana dapat dikesan pada peringkat awal. Melalui mesin diagnosis, satu laporan perubatan yang lengkap dapat dikenal pasti termasuk sel darah dalam baan kita. Bukan itu sahaja, satu jangkaan dapat dihitung yakni bagaimana paras gula dalam badan dalam masa tiga bulan yang lepas, kini dan tiga bulan yang akan datang. Semua ini dapat dilakukan melalui teknilogi maklumat. Para doktor juga dapat menjalankan membedahan dengan cara video conferencing digunakan untuk membincang dan memperoleh arahan seterusnya bagi melakukan pembedahan rumit. Teknologi maklumat juga berfungsi sebagai alat perhubungan dan

komunikasi. Rakyat di seluruh dunia dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran melalui internet melalui program chat. Program ini semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dengan adanya program seumpama ini, pengguna dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan mematangkan minda.

Masyarakat tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung. Bukan itu sahaja,

walaupun tinggal di Malaysia kita dapat mempelajari adat resam negara lain hanya dengan duduk di kerusi tanpa merantau di tempat orang. Komputer juga menggantikan peranan telefon untuk berhubung dengan sanak-saudara atau kawan yang menuntut atau menetap di luar negara kerana melalui e-mel atau surat elektronik kita dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia. Dengan ini, kemajuan teknologi maklumat merapatkan hubungan sesama manusia dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Akhir katasampai di sini sahaja ucapan yang dapat saya sampaikan. Saya ingin menegaskan sekali bahawa teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Semoga hujah-hujah yang telah saya ada terkasar bahasa dan tersilap kata, saya ingin memohon ampun dan maaf. Sekian terima kasih.