Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Ilmu Tarannum Tarannum (lagu) ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi

mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan keelokkan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran. Berlagu dalam membaca Al-Quran maksudnya adalah menyanyi (Taghanni) dalam pembacaan Al-quran, dengan kata lain dengan menyertakan seni dalam membaca Al-quran. Terlebih dahulu kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan seni. Kesenian atau seni ialah segala ciptaan manusia yang timbul dari getaran jiwa yang dapat

mewujudkan suatu yang indah dan luhur. Adapun seni baca Al-quran atau taghanni dalam membaca Al-quran, sebagaimana hadis nabi yang

diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Yamamah Al Bahili. : : . Erinya: Dari Abi Yamamah Al Bahili ra. Ia berkata: aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Bacalah olehmu Al-quran itu, maka sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memberi syafaat bagi pembacanya. Maka membaca Al-quran juga mempunyai seninya tersendiri yang mana seni baca Al-quran itu tidak terlepas dari keindahan suara yang dilafazkan secara zahir sehingga dapat didengar oleh orang lain. Dalam mensenikan bacaan Alquran dengan suatu lagu yang bermacam-macam fariasi harus disertai dengan makhraj huruf yang tepat, serta alunan suara yang indah dan halus menjadikan bacaan Al-quran semakin merdu dan mempesonakan. Adapun pengertian lagu dalam membaca Al-quran adalah alunan suara yang mengindahkan kaedah-kaedah yang ditentukan oleh disiplin ilmu lagu. Lagu juga bererti memperindahkan suara dalam Tilawatil Quran,yakni: Adalah suatu budaya orang-orang Arab sebelum Al-quran diturunkan, ketika mana melakukan suatu perjalanan jauh atau bermusafir, mereka senang

melantunkan lagu-lagu pada syair-syair yang mereka ciptakan dengan suara yang merdu. Selepas penurunan Al-quran, Rasulullah ingin syair-syair yang berkumandangan itu diganti dengan suara-suara. Al-quran. Akhirnya secara

berperingkat keinginan Rasulullah beransur-ansur dapat diwujudkan hingga sekarang. Perkembangan lagu-lagu tersebut terus meluas ke seluruh pelosok dunia Arab khususnya Mesir dan Saudi Arabia. Dari perkembangan itu pada akhirnya muncul dua versi lagu yang terkenal iaitu: 1. 2. Lagu-lagu Makkiyah () Lagu-lagu Mishriyah ()

Keindahan Al-quran akan terasa lebih hebat apabila seseorang itu membacakannya dengan suara yang merdu dan syahdu, apatah lagi apabila dilengkapi dengan irama yang indah dan lagu yang teratur. Adapun irama dan lagu yang dapat dipakai dalam seni bacaan Al-quran yang sesuai dengan dialek bahasa Al-quran itu sendiri. Oleh kerana Al-quran diturunkan dalam bahasa Arab, maka satu-satunya irama yang sesuai adalah irama dan lagulagu arab, atau lebih dikenali dengan irama padang pasir. Falsafah Tarannum Al-Quran Iaitu bahawa melagukan bacaan al-Quran itu adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan membaca Al-Quran yang bernilai tinggi, bagi

menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan pencipta. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya, bukan sahaja suatu

penyelewengan, tetapi juga suatu pengkhianatan.

Ciri Ciri Tarannum yang Mutabar Setiap tarannum atau lagu pastinya tidak terpisah dari ciri-ciri yang berikut: 1. Nada:Iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara. 2. Rentak: Iaitu pergerakan untuk menghidupkan bunyi suara. 3. Irama: Iaitu alunan atau bentuk bunyi.

Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut, maka ianya tidak dikatakan tarannum.

Tarannum Sebahagian dari Budaya Setiap mahkluk ciptaan Allah, memang tidak terpisah dari budayanya yang tersendiri. Manusia juga tidak boleh dipisah dari budayanya, termasuklah budaya pertuturan dan budaya bacaan, kerana budaya pertuturan dan budaya bacaan itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri alat penyampaian mereka. Mempertahankan Identiti Budaya Setiap budaya mungkin berubah atau diubahkan tetapi identitinya tidak mungkin berubah dan tidak mungkin diubahkan. Demikian juga budaya tarannum al quran, ianya mungkin berubah disebabkan ileh beberapa faktor yang tertentu. Di antara faktor faktor berikut:Pertama: mengikut suasana atau situasi yang tertentu. Kedua: menngikut peredaran zaman atau wawasan yang tertentu. Ketiga: mengikut selera dan kemajuan yang perlu diperkembangkan. Pemanjangan Budaya Tarannum Al-Quran Bertarannum, bertahsin, kepada bertazyin para Al-quran yang tersebut diwarisi dan untuk

dipanjangkan oleh para sahabat seperti Ibn Masud, Ubai bin Kaab, Abu Musa Al-asyari tabiin bertanggungjawab

menyampaikan kepada para tabiin dan seterusnya. Peranan Budaya Tarannum Kepada Bacaan Al-Quran Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah bangsa Arab, bahawa bertarannum itu adalah budaya kepada masyarakat Arab yang salim, sehingga di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka berada samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum disamping keindahan syair kebanggaannya.

Sejarah Tarannum Al Quran Difahamkan dari beberapa hadis sahih, bahawa sejarah tarannum Al-quran itu tentunya bermula dari sejarah penurunan Al-quran di Gua Hira pada

tahun 610 masihi, yang mana Rasulullah sendiri membaca Al-quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-quran dengan bertarannum dan memperelokkan bacaan. : . ) ( . : : . Hadis di atas menunjukkan bukti bahawa Rasulullah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran bertarannum dan memperelokkan bacaan.

Sejarah Umum Mengenai Tarannum Mengikut ahli sejarah tarannum (musik) bahawa asal-usul tarannum itu adalah diilhamkan dari unsur-unsur berikut: 1. Dari bunyi-bunyian geseran kayu 2. Dari bunyi-bunyian tiupan angin 3. Dari bunyi-bunyian kicauan burung 4. Dari bunyi-bunyian air yang mengalir Kemudian digubah dan dilagukan oleh profesor musik atau penyair untuk dijadikan berbagai irama tarannum mengikut budaya bangsa masing-masing. Pemodenan Ilmu Tarannum Arab Mengikut catatan Sheikh Muhammad Soleh Fatani, iaitu pengarang kitab

Siraj Al-qari, bahawa pemodenan tarannum (musik arab) adalah diimport dari

Yunani, iaitu seorang Profesor musik bangsa Greek Thalmus, kemudian dipanjangkan oleh pakar musik tempatan iaitu Ishak bin Ibrahim Al-Mussoli Nadim. Pengembangan dan Pengawalan Bacaan Al-Quran Pengembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lebih meluas oleh para tabiin seperti: 1. 2. 3. 4. Alqomah bin qais, di Kufah (62 H) Abdullah bin Saib di Makkah (70 H) Abu Abdul Rahman As-sulami, di Kufah (73 H) Abdullah bin Iyash, di Madinah (78 H)

Kemudian diterima dan disebar meluas oleh para tabi tabiin seperti Umar bi Abdul Aziz, Imam Muhammad bin Idris Syafie, termasuklah imam-imam

qiraat dan seterusnya para guru Al-quran dan para qari qariah yang muktabar sehingga ke hari ini. Perkembangan Ilmu Tarannum di Kepulauan Melayu Sejarah tarannum dan pengajian Al-Quran di Nusantara (kepulauan melayu) Profesor Doktor Hamka di dalam bukunya sejarah umat Islam mengatakan, adalah dipetik dari Pustaka , penulis Sir Thomas Arnold (684M) bahawa Agama Islam telah menular masuk ke Nusantara ini bermula pada kurun pertama hijriah bersamaan kurun ke-7 Masihi, iaitu semasa pemerintahan khalifahkhalifah Bani Umaiyah berkuasa di Negara Arab. Adalah di percayai bahawa pengajian Tarannum Al-Quran berkembang selaras mengikut kelajuan perkembangan Islam itu sendiri, melalui pedagangpedagang dan mubaligh-mubaligh Islam dan Negara Arab, terutama pada kurun ke-10 hingga 15 M, iaitu sebelum kedatangan penjajah barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris termasuk Siam dan Jepun. Walau bagaimanapun ketika di bawah penjajahan tersebut iman dan islam penduduk kepulauan Melayu ini telah teguh yang mana sukar digugat oleh sesiapa pun. Bermula dari pertengahan kurun ke-20 M sehingga kini perkembangan Agama Islam termasuklah perkembangan pengajian tarannum Al-Quran, tidak

lagi bergantung kepada orang Arab ianya bukan sahaja dapat berdikari tetapi juga sudah bersaing dengan mereka, sepertimana yang kita dapat saksikan di dalam pertandingan Tilawah Al-Quran sebagainya. Nabi Daud Melahirkan Peranan Tarannum Kepada Zaburnya Ibn Abbas r.a. menegaskan bahawa Nabi Daud a.s pernah membaca kitab zaburnya dengan 70 lagu untuk menyegar jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang. Setiap jiwa tidak akan berfungsi jika ianya tidak diusik. Pengusik jiwa yang berkesan ialah peranan tarannum. Tarannum Al-quran adalah Suatu Ciri Ilmu Bacaan Di antara ciri-ciri keilmuan bacaan Al-quran ialah ilmu tarannum, iaitu suatu ilmu seni bunyi untuk mencantikkan bacaan Al-quran. Bertarannum tanpa kaedah atau tanpa ilmu, bukan sahaja sekadar merendahkan martabat Alquran, tetapi juga boleh mencacatkan Al-quran dan ianya adalah haram. peringkat Antarabangsa dan

Pembahagian Lagu-Lagu Tarannum Al Quran Lagu-lagu tarannum al-quran yang mutawatir dan terkenal di seluruh Negara Islam semenjak dahulu kala sehingga sekarang, hanya terbahagi kepada dua pembahagian yang besar iaitu: Pertama: Tarannum Arab Hijazi Iaitu tarannum arab yang berlahjah hijazi yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi , irama dan rentaknya agak lebih lincah di samping nada suaranya yang meninggi kehangatan. Qari-qari biasanya membaca al quran berdasarkan asas-asas tarannumnya yang tersendiri, yang dirumuz dengan ungkapan kata-kata : Singkatan nama lagu

: Singkatan nama lagu : Singkatan nama lagu : Singkatan nama lagu : Singkatan nama lagu : Singkatan nama lagu : Singkatan nama lagu Selain daripada lagu lagu tersebut terdapat beberapa lagu tambahan seperti dan sebagainya. Sehingga kini lagu-lagu tersebut tidak popular lagi, kecuali untuk negeri-negeri yang tertentu sahaja dan untuk senikata berzanji sahaja. Kedua: Tarannum Arab Mesri Iaitu tarannum arab yang berlahjah Mesri yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana lembah Nil yang subur menghijau dengan suhunya yang sederhana dan nyaman . Irama dan rentaknya yang dirasakan lembut berkesopanan di samping nada suara yang sederhana kemanisannya. Berdasarkan kaedah yang disampaikan oleh fadhilah As Sheikh Taha Al Fashni dari Mesir, bahawa qari-qari Mesir biasanya empat iaitu bayati, hijazi,Iraqi dan rast. Manakala yang lainnya adalah sebagai Tafarru (cawangan) sahaja seperti () dan . Demikianlah 12 lagu yang pernah diamalkan oleh qari-qari Mesir sebagai lagu bacaan al quran. Manakala selebihnya diamalkan untuk lagulagu qasidah dan lagu-lagu musik sahaja.

Perkembangan Tarannum di Malaysia Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut :-

1) Bayati -Saba- Hijaz-Nahwand dan Rast 2) Bayati-Hijaz-Nahwand-Rast dan Sikah 3) Bayati-Nahwand-Rast-Sikah dan Jiharkah 4) Bayati-Saba-Nahwand-Rast dan sikah 5) Bayati-Iraqi-Hijaz-Sikah-Rast

50 peratus mengamalkan dengan bahagian (1) atau (2) 30 peratus mengamalkan dengan bahagian (3) 15 peratus mengamalkan dengan bahagian (4) 5 peratus mengamalkan dengan bahagian (5) Sistem Tarannum Al Quran di Malaysia Pembahagian tarannum yang popular dikalangan qari secara khususnya terbahagi kepada tujuh maqamat iaitu: 1. Maqam Baiyati 2. Maqam Soba 3. Maqam Hijaz 4. Maqam Nahawand 5. Maqam Jiharkah 6. Maqam Sikah 7. Maqam Rast Perubahan Teknik Taranum Tarannum al quran juga boleh berubah dan boleh diubahsuaikan, tetapi identity asalnya perlu dikekalkan keutuhannya, kerana Rasulullah s.a.w

sendiri pernah bersabda supaya umatnya sentiasa membaca Al-quran dengan suara dan tarannum yang berlahjah Arab. 1) Kepopularan Tarannum Arab berlahjah Hijazi hanya sebelum 1940 han. 2) Kepopularan Tarannum Arab berlahjah Misri adalah selepas 1940 han, mungkin disebabkan oleh kesederhanaan dan kelembutannya. Kerajaan Mempromosikan Sistem Bacaan yang Baik Bermula dari tahun 1960 Masihi kerajaan Malaysia telah mempromosikan sistem bacaan Al-Quran di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Kesannya bukan sahaja sekadar untuk memupuk semangat dan menarik minat umat Islam, tetapi sekaligus ianya adalah untuk memperkenalkan bagaimana kurikulum bacaan Al-Quran yang sebenar iaitu merangkumi bidang memperelokkan suara, tajwid, tarannum dan fasohah. Peranan Tarannum pada Bacaan Al-Quran Seseorang Qari itu tidak harus melupakan tentang peranan tarannum AlQuran supaya matlamatnya dapat dicapai dengan sepenuhnya. Di antara peranannya adalah seperti berikut: 1) Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar. Allah taala berfirman: Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu (Al-Muzammil:4). 2) Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran. Rasulullah S.A.W. bersabda: di turunkan Al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan

kehormatan. (Riwayat Muslim). 3) Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan. Allah Taala berfirman: mereka bersegera menundukkan muka sambil menangis sedangkan AlQuran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan keinsafan (Al-Isra:109). 4) Untuk mendapat rahmat. Allah berfirman: bila-bila sahaja Al-Quran dibaca, maka hendaklah diam untuk memerhati dengar bacaannya semoga kamu dirahmati Allah(Al-Araf:204).

5) Untuk menambahkan seni Al-Quran, Rasulullah S.A.W. bersabda: perelokkanlah bacaan Al-Quran itu dengan keelokkan suara kamu.

Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni mukjizat Al-Quran itu.(Riwayat An-Nasai dan Abu Daud).

Sistem Tarannum Al Quran di Malaysia Setiap tarannum hendaklah mempunyai berbagai harakah yang mengandungi beberapa dan beberapa nya yang disusun mengikut teknik-teknik yang tertentu, seperti berikut :1) Satu Iaitu suatu alunan irama yang mengandungi beberapa dengan satu nya. 2) Satu Iaitu suatu alunan irama yang paling pendek tanpa . 3) Satu Iaitu suatu bentuk atau gaya penghujung kepada suatu alunan. 4) Satu Iaitu suatu jenis irama yang mengandungi beberapa dan beberapa dengan berbagai nya. 5) Satu persembahan iaitu suatu bacaan yang diperdengarkannya mengandungi beberapa jenis tarannum yang disusun dengan teknik teknik yang tertentu menerusi ciriciri tersebut. Sistem Persembahan Tarannum Al Quran di Malaysia Setiap persembahan hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:Pertama: mengandungi beberapa jenis tarannum yang berlainan tanpa takrir.

Kedua: mengandungi beberapa suara yang disusun mengikut tekniknya. Ketiga: tarannum pembukaan dan tarannum penutup hendaklah dari jenis yang sama, sebaik baiknya tarannum Bayati.

Pengenalan Taranum Rast dan Sejarahnya Taranum Rast berasal dari negara Parsi, ianya telah diubahsuai dan telah diterima pakai oleh pakar pakar taranum al quran dari negara Hijaz dan seterusnya dipopularkan kepada seluruh qari qariah di pelusuk dunia islam mengikut zouq yang berlahjah arab Hijazi. Sehingga kini ianya telah diubahsuai dan dipopularkan semula oleh pakar pakar taranum al quran dari negara Mesir mengikut budaya Mesir yang terkenal dengan kelembutan dan kehebatannya. Walaubagaimanapun identiti asalnya masih lagi

dikekalkannya. Oleh itu, untuk kita lebih mendalami ilmu tarannum Rast tidak dapat tidak ke atas kita untuk mengetahui sifat-sifat taranum Rast tersebut. Di antara sifat sifat taranum Rast adalah sebagaimana berikut: a) Mempunyai gerak lembut disamping ketegasannya. Yakni taranum Rast mempunyai nada yang lembut tetapi membawa maksud ketegasan di dalam makna ayatnya. b) Mempunyai kelembutan alunannya yang mempesonakan. Yakni, lagu yang dipersembahkan di dalam taranum Rast adalah bernada lembut dan mempesonakan pada alunan bacaannya. c) Mempunyai ciri-ciri kelincahan yang menyemarakkan. d) Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat. Yakni taranum Rast adalah sesuai digunakan dengan mana-mana tobaqat di dalam bacaanya. Tobaqot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada, tobaqot kedua (nawa) ianya berfungsi pada tekak, tobaqot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga hidung, dan tobaqot keempat ( jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga otak.

e) Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana bentuk ayat Al- Quran yang dibaca. Yakni taranum Rast adalah sangat bersesuaian untuk dibaca dengan mana-mana bentuk ayat. Oleh itu, kita boleh menggunakan taranum Rast untuk melagukan ayat al quran yang menceritakan tentang azab neraka, nikmat syurga dan sebagainya,

Peranan Tarannum Rast Di antara peranannya adalah sepertimana berikut:1) Memberi semangat kepada persembahan. 2) Memberi tenaga kepada tarannum yang berikutnya. 3) Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. 4) Membantu untuk menyampaikan mesej Al-Quran. menyampaikan maksud isi kandungan Al-Quran sepetimana ayat yang menceritakan tentang gambaran syurga, maka lagu yang dialunkan bersesuaian dengan maksud ayat tersebut. 5) Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf Al-Quran. 6) Melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut bacaan. Mengenal Jenis-Jenis Tarannum yang Berseiringan dengan Rast. Iaitu mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengannya seperti tarannum Sikah, Jaharkah, Husaini dan sebagainya. Maksud mempunyai angin yang hampir sama di sini ialah hampir sama pada cara dan kaedah bacaanya) 1) Jika berlaku ketegangan pada persembahannya, maka ianya bolehlah diwasilahkan kepada tarannum Jaharkah atau Sikah. 2) Jika berlaku kemelesetan pada persembahannya, maka ianya bolehlah diwasilahkan kepada tarannum Husaini dan sebagainya mengikut kemahiran yang telah sedia ada pada qari yang berkenaan.

(Maksud kemelesetan di sini ialah kesukaran untuk meneruskan pembacaannya). Ciri-ciri persembahan tarannum al quran yang baik Untuk mendapat persembahan yang baik, perlu mengikut cirri-ciri yang berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. Susunan harakahnya rapi dan bersistematik. Susunan taranumnya rapi dan bersesuaian. Bersesuaian taranum dengan ayat. Bersesuaian taranum dengan hukum tajwid. Bersesuaian suara dengan taranum Pengendalian suara dan taranumnya dengan lahjah arab.

Peranan Harakah Secara Umum Setiap qari perlu mengetahui peranan harakah secara umum sebagaimana berikut: 1. Untuk mempelbagaikan seni bunyi. 2. Untuk menghidupkan bacaan. 3. Untuk meningkatkan persembahan. 4. Untuk menjadi pengukur kepada lagu-lagu yang akan dibaca sesudahnya. Seseorang qari yang mengalunkan taranum al quran tanpa mengetahui peranan harakahnya umpama seorangn musafir yang meneruskan

perjalanannya tanpa matlamat, sentiasa hanyut mengikut arus. Peranan Khusus Kepada Tiap-tiap Harakah Tiap-tiap harakah itu memang mempunyai peranannya yang khusus dan setiap qari perlu memahaminya dengan betul, demi untuk menyusun dan

menyesuaikan satu harakah kepada harakah yang lain dengan lebih rapi dan lebih sempurna sebagaimana berikut:1. Mempunyai peranan penyesuaian 2. Mempunyai peranan ransangan 3. Mempunyai peranan jawab 4. Mempunyai peranan jawabul jawab 5. Mempunyai peranan persediaan 6. Mempunyai peranan penutup

Memahami Kehebatan dan Kecanggihan Harakah Di antara cirri-ciri kehebatan dan kecanggihan harakat itu adalah

sebagaimana berikut:1. Harakah yang mempunyai iaitu tangga tangga untuk menurun. 2. Harakah yang mempunyai iaitu tangga-tangga untuk menaik. 3. Harakah yang mempunyai iaitu gabungan dua angin lagu atau lebih. 4. Harakah yang mempunyai iaitu kesumbangan untuk menurun atau menaik. 5. Harakah yang mempunyai menarik. Tetapi perlu diingatkan dalam mencari kecanggihan harakah janganlah sampai kepada tahap menghilangkan kualiti al quran. Jika berlaku sedemikian maka ianya adalah dipertikaikan oleh ulama apakah ianya diharuskan atau diharamkan. yang tersusun iaitu bunga-bunga yang

Anda mungkin juga menyukai