Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI MUHAMMAD NAKHIEUDDIN BIN MOHD FAUZI 900628-03-5393 Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.

T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kumpulan saya siapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Kedua, terima kasih yang tidak terhingga kepada insan yang banyak menolong kami selama ini, En. Sulizi Bin Che Awang selaku pensyarah pembimbing bagi subjek Kokurikulum Olahraga unit 5 PISMP Pendidikan Jasmani. Tidak ketinggalan, kedua-dua ibu bapa dan rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sepanjang menyiapkan tugasan projek ini terdapat beberapa halangan dan masalah yang telah kami tempuhi. Saya telah merujuk beberapa kertas kerja untuk kejohanan olahraga di internet, namun terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada kertas-kertas kerja tersebut. Untuk menghasilkan yang terbaik kami menggabungkan beberapa komponen atau langkah yang terdapat dalam kertas kerja tersebut. Yang kurang baik kami tambah dan yang sudah baik kami kekalkan. Hasilnya terciptalah sebuah kertas kerja sebaik ini. Pengajaran yang saya dapat ialah dalam menghasilkan sebuah ciptaan yang terbaik, kita perlu belajar dari hasil kerja dan pengalaman orang lain. Segala yang kurang kita perbaiki dan yang elok kita perelokkan lagi. Untuk tugasan projek kali ini setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli. Ahli kumpulan saya ialah Muhammad Ruzaini dan Muhammad Aidilfitri. Bagi memudahkan dan mempercepatkan penghasilan kertas kerja, kami telah

membahagi-bahagikan tugasan. Setiap orang ada kerja yang perlu dilaksanakan. Hasil tugasan masing-masing kami gabung. Dengan cara ini tugasan dapat diselesaikan dengan cepat memandangkan kami kesuntukan masa. Sejak kebelakangan ini kami sibuk dengan tugasan kerja kursus subjek lain dan pelbagai program di peringkat IPG. Salah satunya ialah penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat IPG. Apabila selesai menghasilkan kertas kerja, setiap antara kami akan menyemak kembali kertas kerja tersebut bagi membetulkan sebarang kesilapan. Selesai penyemakan barulah kertas kerja dicetak untuk penyerahan.

Pengajaran yang saya dapat ambil ialah kerjasama yang jitu dalam satu pasukan menghasilkan kerja yang mudah tetapi berkualiti. Apa yang penting setiap ahli memberi komitmen yang sewajarnya. Secara keseluruhan, tugasan projek kali ini memberi saya satu input yang sangat berguna. Jujur saya katakan, jika tugasan ini tidak berkisar kepada penyediaan kertas kerja tidak mungkin saya mendalami langkah-langkah penyediaan kertas kerja sebaik ini. Tugasan ini memaksa dan membuka ruang untuk saya untuk membina dan memahami dengan lebih mendalam bagaimana membuat kertas kerja yang lengkap untuk sesuatu kejohanan olahraga. Sebagai warga pendidik yang akan turut sama dalam penganjuran kejohanan sukan adalah penting untuk menguasai selok belok penyedian kertas kerja. Kesimpulannya banyak faedah dan kebaikan yang saya peroleh sepanjang berpenat lelah menyiapkan tugasan yang diterima. Di sini saya berjaya menilai diri dari segi komitmen, sahsiah dan prestasi kerja saya. Secara tidak langsung akan saya jadikan penanda aras untuk lebih maju ke hadapan. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI Azman Azahar. (2011). Kertas Kerja KOT IPG KPI 2011. http://putranamza.blogspot.com/2011/03/kertas-kerja-kot-ipg-kpi-2011.html. Diakses pada 28 Februari 2014. Tika Zukhi. (2012). Kertas Kerja Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Sekolah Kebangsaan Petri Jaya 2012. http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/05/kertas-kerjakejohanan-olahraga-trek.html. Diakses pada 28 Februari 2014.

Anda mungkin juga menyukai