Anda di halaman 1dari 199

HBML 4803 :

PERBANDINGAN
TATABAHASA
MELAYU
______________________________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2009

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH………

Segenap pujian dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan modul bertajuk HBML 4803 Perbandingan
Tatabahasa Melayu mengikut sedikit proformanya. Selawat serta salam ke atas
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., rasul pilihan yang diutus sebagai rahmat
bagi seluruh alam serta sahabat – sahabatnya.

Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Ketua Jabatan dan semua pensyarah
Pengajian Melayu IPSAH yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam ilmu
linguistik. Semoga segala tunjuk ajar berguna pada suatu hari kelak.

Di samping itu, huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada


ayahanda dan bonda saya yang tersayang. Mereka tidak pernah jemu menjadi tulang
belakang saya dalam apa jua yang saya lakukan. Dorongan, pengorbanan dan kasih
sayang mereka takkan saya lupakan selagi nyawa dikandung badan. Insya Allah. Dan
kepada insan yang tersayang, Nor Nadia bt. Rosli yang sentiasa menjadi pelita dalam
menerangi kehidupan ini.

Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-rakan tersayang yang banyak


membantu menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada saya. Semoga
persahabatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat.

Akhir kalam, jauh di sudut hati saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua. Semoga dengan terhasilnya modul tidak seberapa ini memberi
manfaat kepada semua. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu
datangnya dari kelemahan saya sendiri.........Wassalam

Muhammad Norrudin b. Abdul Aziz.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


DEDIKASI

Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani


Akulah insan kerdil di dunia-Mu ini

Buat ayah dan ibuku


Abdul Aziz Adnan
Che Yam Mat Daud

Buat adikku:
Siti Nuraisyah
Siti Aminah
Siti Zabedah
Siti Nurfardziah
Awanis Natasha

Dan insan yang tersayang sentiasa


Nor Nadia bt. Rosli

Para guru
Yang setia mengajarku
Mengenali Bahasa Melayu
Dan yang terutamanya
Encik Mohd Ali b. Syed Abu Tahir
Encik Muhammad Khairi b. Mohamed Nor
Encik Mohd Noor b. Ahmad

Tidak lupa kelas PISMK-OUM 8 A

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,


Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Muhammad Norrudin
21 – 09 – 2009

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


ISI KANDUNGAN

Penghargaan dan Dedikasi

Bab 1 Falsafah Tatabahasa

Bab 2 Susur Galur Penulisan Tatabahasa Melayu

Bab 3 Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu

Bab 4 Tatabahasa Tradisional

Bab 5 Tatabahasa Struktural

Bab 6 Tatabahasa Transformasi Generatif

Bab 7 Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Bab 8 Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Bab 9 Penjenisan dan Pengkelasan Frasa BM

Bab 10 Penjenisan dan Pengkelasan Ayat BM

Rujukan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


BAB 1 FALSAFAH TATABAHASA – BENTUK DAN FUNGSI

1.1 PENGENALAN

Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara.
Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah
perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang
mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu
khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa.
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa
menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya.
Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang
tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah
difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan
bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain,
tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang
meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

1.2 Definisi Tatabahasa


Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.

1.2.1 Awang Sariyan

Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa
ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul
bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-
peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa
inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh
penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.2.2 Abdullah Hassan

Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008)


mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara
perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai
makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

1.2.3 Siti Hajar Hj. Abdul Aziz

Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana


perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan
perkataan lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta
pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

1.2.4 Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood

Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), „nahu‟ atau
tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam
sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu,
umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul,
maksudnya tentu, tepat dan gramatis.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun


undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu.
Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-
rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik,
hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.3 Konsep Tatabahasa

Kita rujuk kembali kepada definisi tatabahasa kerana itulah konsep penting kepada
tatabahasa. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang
menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi
dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan
secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula
daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan
proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya
tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-
undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh


ahli-ahli bahasa, iaitu:
Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai
oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.
Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan
sintaksis sesuatu bahasa.
Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang itu
berbahasa.

Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan


berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa
mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan
tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat
berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa
itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang
morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan
dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji
cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait
secara langsung dengan proses pewujudan hukum.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.3.1 Pendapat Tentang Tatabahasa

Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana


perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-
perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Katanya, tatabahasa tidak
lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta
pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut
fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan
antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi,
tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis.
Tegasnya, perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada
pengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan cara
meneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi.
Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mentakrifkan
tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa
secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan
penyusunannya dalam membentuk ayat.
Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itu
sendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan dan
fikirannya. Tegasnya, bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi
daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya. Tiap-tiap
ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan
tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau
peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. Himpunan hukum ini
disebut tatabahasa.
Namun begitu, Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran Transformasi
Generatif - Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai
sejumlah aturan, dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayat-
ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis
dalam bahasa itu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Dengan kata lain, mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya
huraian tentang „wujud sistem bahasa‟ (decoding), tetapi juga, malahan ini yang
terpenting, alat untuk membentuk ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem,
suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding). Tegasnya lagi,
sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama,
menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakan
yang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama, maka
demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul
salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam
sesuatu masyarakat bahasa.

1.3.2 Sistem Tatabahasa

Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik.
Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan
sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana
ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu.
Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.
Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield
(1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk
berikut hadir di antara konstituennya. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologi
sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Menurut pakar
bahasa tempatan, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi
ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmu
yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996)
mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa
termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan.
Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu „suntutein‟ yang bermaksud
menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa
kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah
bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-
kata dalam rangkai kata dan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)
sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.
Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada
menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa.
Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal
sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa
dan ayat dengan ayat bagi membina ayat.
Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang
spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang
melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata.
Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan
pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat
berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan
saling bergantungan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.3.3 Fungsi Tatabahasa

Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang
tidak gramatis. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa
mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri, justeru panduan dan peraturan
tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan
penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak
gramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya
dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi
tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna atau
darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa
itu. Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau
frasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi
sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk
kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain.

1.3.4 Tugas Tatabahasa

Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri. Perkara paling penting yang mendukung


tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Penghuraian ayat yang
sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistik
yakni dari segi fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Hal ini penting kerana
tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran).
Sebagai contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan
ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkait
dengan fonetik, fonologi dan morfologi serta sintaksis. Malah dalam perkembangan
linguistik yang semakin maju, tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana ia
merupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budaya
mahupun konteks yang lain.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.3.5 Ciri-Ciri Penting Tatabahasa

Pada bahagian ini, saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting
tatabahasa:
Mempunyai sistem tatabahasa.
Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam
bahasa.
Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek, predikat,
objek, keterangan dan sebagainya.
Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat
tatabahasa.

1.3.6 Unit / Tatatingkat Tatabahasa

Ayat Tingkat Atas


Bidang
Sintaksis Klausa

Frasa

Kata
Bidang
Tingkat Bawah Morfem Morfologi

Susunan unit-unit tatabahasa pada skala mengikut saiz. Skala di sini disebut
tatatingkat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:

 Ayat: unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas,
intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan
predikat.
 Klausa:unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.
 Frasa:kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dan klausa.
 Kata:morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unit
terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalam
aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama, Kata Kerja,
Kata Adjektif dan Kata Tugas.
 Mofem:unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian.

1.4 Tatabahasa Pegangan

Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan. Perkara sebegini


diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia.
Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua
institusi pendidikan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatu
bahasa.
Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi
menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah,
institut perguruan dan universiti. Maknanya di sini, rumus-rumus tatabahasa yang
terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagi
mengajar bahasa di semua peringkat pendidikan. Langkah ini bertujuan untuk
menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan. Tatabahasa pegangan menjadi
rujukan penting untuk semua peringkat. Justeru, semua rumus-rumus tersebut
hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baik
dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.4.1 Definisi Tatabahasa Pegangan

Arbak Othman (1986) menakrifkan tatabahasa pegangan ialah tatabahasa yang


memperlihatkan kesederhanaan dari segi penerimaannya oleh masyarakat sebagai
sebuah tatabahasa yang berupaya menghuraikan seberapa mungkin keseluruhan yang
dikatakan penggunaan standard bahasa Melayu itu.

1.4.2 Konsep Tatabahasa Pegangan

Bertitik tolak dari pengertian tatabahasa pegangan ini, kita melihat pula konsepnya.
Kesederhanaan yang dinyatakan di atas ialah kebolehan penghuraian yang dapat
merangkumi segala aspek bahasa Melayu dari segi penggunaannya sebagai
perantaraan kebangsaan di sekolah-sekolah sama ada untuk membolehkan rakyat
negara Malaysia khususnya bercakap dengan teratur dan cukup maksud yang
dikehendaki oleh pemikiran moden, mahupun untuk membolehkan mereka menulis
bahasa Melayu dengan baik dan jelas maksudnya melalui peraturan bahasa yang
standard dalam perhubungan yang teratur dan bersistem dalam masyarakat Malaysia
yang heterogen keperluannya itu.
Tatabahasa pegangan hendaklah tertakluk kepada beberapa perkara seperti
berikut:
Penerimaan masyarakat
Penghuraian bahasa yang sederhana
Keperluan keteraturan yang standard dan berupaya menggambarkan pemikiran
yang teratur tetapi diterima

Seperkara lagi mengenai tatabahasa pegangan ialah tentang dasar


penghuraiannya. Konsep tatabahasa pegangan itu sendiri sudah cukup memberi
persepsi atau gambaran bahawa tatabahasa serupa ini tidak dapat tidak akan bersikap
preskriptif dalam banyak hal. Sifat ini tidak dapat dielakkan sebagai terpaksa mencirikan
sesuatu tatabahasa pegangan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


1.5 Tatabahasa Pedagogi

Tatabahasa pedagogi amat berbeza dengan tatabahasa pegangan. Hal ini disebabkan
pedagogi ialah satu kaedah di mana mengajarkan sesuatu bahasa mengikut
tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi memainkan peranan yang cukup penting
kepada tatabahasa pegangan. Kita akan lihat huraian ini dalam konsepnya nanti.

1.5.1 Definisi Tatabahasa Pedagogi

Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang


digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berbeza daripada
tatabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkan
dengan tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraian
rumus-rumus tatatabahasa dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan
mempelajari bahasa. Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaran
yang mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah berbanding
tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah.

1.5.2 Konsep Tatabahasa Pedagogi

Tatabahasa pedagogi merupakan pelengkap kepada tatabahasa pegangan. Kenapa


perkara sebegini terjadi? Hal ini disebabkan tatabahasa pedagogi menggunakan semua
huraian yang ada dalam Tatabahasa Dewan (tatabahasa pegangan) untuk tujuan
mengajar bahasa. Rumus-rumus itu diolah dan dihurai semula supaya disesuai dengan
pelbagai tahap pembelajaran di sekolah rendah, menengah, institut perguruan dan
universiti. Penghuraian rumus ini mengikut tahap mudah untuk sekolah rendah dan ke
tahap tertinggi untuk peringkat institusi pendidikan.
Pokok utama tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan yang sesuai
dengan setiap peringkat pembelajaran. Dalam usaha mengubah suai huraian rumus,
ada penjelasan yang lebih rapi perlu dilakukan seperti huraian mengenai pola-pola ayat
dasar. Begitu juga dengan huraian kata adverba, kata sendi dan kata hubung.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Begitu juga bahagian yang perlu diringkas seperti bilangan golongan kata tugas yang
terlalu banyak dengan fungsi yang tidak jelas boleh membantut dalam mempelajari
bahasa. Malah, ada huraian bentuk dan fungsi kata tugas yang tidak diperlukan bagi
mengajarkan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan menengah.
Di samping itu, bagi mengajarkan bahasa Melayu di sekolah, semua murid
sekolah belum mempunyai pengetahuan asas tentang linguistik. Oleh sebab itu
sebarang konsep yang memerlukan pengetahuan tentang teori linguistik perlu
digugurkan. Umpamanya, istilah fon, alofon, fonem, morfem dan pelbagai lagi perlu
digugurkan. Konsep ini sebenarnya adalah abstrak dan memerlukan pengetahuan
mendalam.
Rumusannya, sesebuah tatabahasa pedagogi berfungsi memperlengkap
tatabahasa pegangan. Dengan perkataan lain, buku tatabahasa pedagogi
memperlengkap fungsi dan huraian Tatabahasa Dewan, iaitu menyesuaikannya untuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1.6 Rumusan Tatabahasa

Pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai perspektif. Di kalangan ahli


bahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif, iaitu tatabahasa yang
disusun berdasarkan kajian empiris. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa
menurut adanya. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau
dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah
diuraikan sistemnya.
Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif, yang bersifat mengajarkan
sistem sesuatu bahasa. Pendekatannya bersifat preskriptif. Tatabahasa jenis ini
didasarkan pada data tertulis yang diiktiraf sebagai bahan yang mewakili sifat bahasa
umumnya. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif. Buku
tatabahasa yang disusun oleh Za‟ba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain
termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif, hal itu tidak bermakna
bahawa tatabahasa ini merupakan ciptaan ahli bahasa. Tatabahasa Melayu yang kita
kenal sekarang ini sebenarnya didasar pada bahasa yang terdapat dalam karya besar

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


seperti „Sejarah Melayu‟. Kajian Awang Sariyan (1985) telah membuktikan bahawa
rumus-rumus tatabahasa yang menerbitkan ayat-ayat dalam „Sejarah Melayu‟ ialah
rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat dalam teks moden juga, walaupun pada
lahirnya bentuk ayat-ayat itu berlainan.
Jelasnya, dalam zaman perancangan bahasa kebangsaan kita, tatabahasa jenis
inilah yang paling kita perlukan. Hal ini tidak bererti bahasa tatabahasa deskriptif tidak
berguna sama sekali. Tatabahasa deskriptif berguna sebagai gambaran penggunaan
bahasa sesuatu kelompok masyarakat pada sesuatu waktu tertentu, tetapi tidak
semestinya dianggap benar menurut sistem bahasa baku. Dapat juga kita manfaatkan
tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. Misalnya jika
huraian yang terhasil menunjukkan bahawa masyarakat melakukan kesalahan bahasa
yang banyak sekali, maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi
masalah penguasaan bahasa di kalangan masyarakat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 2 SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA MELAYU

Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Antara karya
awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat, hal sedemikian berkait rapat
dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara. Daftar kata yang dihasilkan
oleh Pigafetta, Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu
Melayu.
Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. Huraian tatabahasa
yang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts
91623), Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Karya yang paling berjaya pada masa itu
ialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19,
seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899) dan R.O. Winstedt
(1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre
(1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). Itulah serba
sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.

2.1 Sejarah Perkembangan Nahu Melayu

Menurut sejarah, buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu
ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-muta’allimin (Kitab Perkebunan JuruTulis bagi
Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di
Kepulauan Riau. Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. Buku
tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A
Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan
terbit dalam tahun 1812.
Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruh
tatabahasa bahasa Arab. Seorang ahli bahasa Indonesia, Harimurti Kridalaksana
pernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya
dari segi kelas kata. Menurut Harimurti Kridalaksana, kerangka kelas kata bahasa
Melayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Sebagai contoh,
Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama, perbuatan
dan harf (partikel). Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab menjadi isim,

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


fi‟il dan harf. Walau bagaimanapun, buku tatabahasa ini tidaklah terkenal, barangkali
kerana bahasa Melayu belum dipelajari secara formalnya. Dengan demikian, dapat
dikatakan bahawa keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahu
sebagai rujukan tidaklah timbul pada masa itu.
Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian, muncul seorang guru bahasa Melayu yang
kemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. Beliau ialah
Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama Za‟ba.
Dalam tahun 1930-an, Za‟ba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada
tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama, satu-
satunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Selanjutnya beliau
menerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2 dan Penggal 3. Satu hal
yang jelas, tatabahasa Melayu disusun oleh Za‟ba didasarkan pada kerangka nahu
tradisional. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahu
tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengan
datangnya kuasa Inggeris. Dengan demikian, tidak hairanlah bahawa Za‟ba sendiri
mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dan
sedikit-sedikit nahu bahasa Arab.
Di samping Za‟ba, ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang
amat kurang diperkatakan orang. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Haji Sulaiman.
Buku beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB
Diraja Johor terbit pada tahun 1937. Dari segi uraian dan pendekatan, buku ini tidak
banyak berbeza dengan buku yang terkarang oleh Za‟ba. Sehingga kini, buku tersebut
masih wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut.
Sementara itu, ada juga orang asing sezaman dengan Za‟ba menulis buku nahu
Melayu. Misalnya R.O. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay Grammar
pada tahun 1939. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Buku ini lebih
menjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu.
Pada penghujung tahun 1960-an, mulalah muncul penulis tatabahasa yang
menggunakan pendekatan struktur. Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah oleh
Ferdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Penerapan
tatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Fries di Amerika. Dalam hal nahu Melayu, penulis yang menerapkan acuan nahu
struktur ialah Asmah Hj. Omar. Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An
Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas
Kini (2008). Uraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini
jelas berbeza dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna semata-
mata.
Kemudian dengan agak tiba-tiba, satu aliran baharu terserap ke dalam bahasa
Melayu. Aliran tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan
oleh Noam Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an. Ada ahli bahasa yang
berpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah antara tatabahasa
tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan bentuk serta
makna sekali gus. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu sehingga dapat
dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang menggunakan acuan
nahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu. Sebagai contoh, Nik Safiah Karim,
Mashudi Kader, Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain menggunakan acuan nahu TG
dalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu walaupun terdapat perbezaan
tentang hasil analisis masing-masing. Selain itu, ada juga ahli bahasa yang mencuba
menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu. Misalnya Abdullah Hassan banyak
menghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis menurut aliran tagmemik.
Kemudian, Farid M. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah mencuba memperkenalkan aliran
relational grammar dalam menulis nahu Melayu melalui rencana dan kertas kerja
mereka.
Walau bagaimanapun sehingga sekarang nahu TG yang masih bersifat dominan
dalam penulisan tatabahasa Melayu, ini terbukti apabila Tatabahasa Dewan dijadikan
pegangan untuk semua peringkat. Namun begitu, terdapat juga nahu yang
menggunakan pendekatan wacana. Nahu wacana mula popular sekitar tahun 1980-an.
Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M. Simin. Nahu jenis ini mengkaji
pertautan dalam sesuatu teks.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Dalam uraian sepintas kilas tentang sejarah penulisan nahu Melayu yang
diberikan tadi, dapatlah kita lihat bahawa penulisan nahu Melayu dipengaruhi oleh
aliran-aliran tertentu yang diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa yang mewarisi aliran-
aliran tersebut daripada institusi tempat mereka mendalami ilmu bahasa.
Harapan kita, mudah-mudahan kita tidaklah akan tenggelam kerana terlalu
mementingkan aliran. Sebaliknya aliran-aliran itu haruslah hanya sebagai alat untuk
menghasilkan tatabahasa bahasa Melayu yang jitu dan mantap.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Plato
(abad kelima SM)

Aristotle
(abad keempat SM)

Dyonisius Thrax (abad pertama M)

Priscianus (ke-5 M) ad Du‟ali (ke-7M)

Bullokar (1586) Spieghel (1584) Sibawaihi (ke-8M)

Marsden (1612) Roman (1653) Raja Ali Haji (1857)

Crawfurd (1825) Wendly (1736) Abdullah A. Rahman (1913)

Maxwell (1882) Hollander (1845)

Bloomfield (1930) Shellabear (1904) Wijk (1889)

Bloomfieldanisme Winstedt (1913) Sasrasoegonda (1910)

Aliran TTG Za‟ba (1940)

[perkembangan [perkembangan
di Malaysia di Indonesia
dipengaruhi dipengaruhi
oleh Inggeris] oleh Belanda]
Asmah Hj. Omar, Asraf Alisjahbana, Zain
(aliran struktural) (1960) dan lain-lain (1950)

Abdullah Hassan Tatabahasa Tradisional


(aliran tagmemik) struktural transformasi generatif

Nik Safiah Karim et. al.


(aliran TG) Sumber: Diubah suai daripada Harimurti Kridalaksana (1983)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.1.1 Peringkat Perkembangan Nahu Melayu

Karya awal Nahu-nahu Melayu:

• Bustanul Katibin (BK) (1857) oleh Raja Ali Haji.

• Pemimpin Johor (1878) oleh Muhammad Ibrahim Munsyi

• Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (KPPM) (1911) oleh Abdullah bin Abd.
Rahman

• Senjuh Suratan (SS) (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof

• Kitab Pelita Mengarang (KPM) (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin
Hj. Talib

• Kitab Punca Bahasa (KPB) (1928) oleh Abdullah bin Talib

• Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau

• Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934) oleh Za‟ba

• Kitab Penanggam Bahasa (PB) (1936) oleh Ibrahim bin Hj. Salam

• Kitab Permulaan Mengarang (PM) (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman

• Jalan Bahasa Melayu (JBM) (1937) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman

• Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (PDM) (1939) oleh Dato‟ Hj.
Muhammad Said bin Sulaiman

• Pelita Bahasa Melayu (PBM) (1940) oleh Za‟ba

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Kesemua buku-buku mengenai tatabahasa yang terhasil sejak zaman Raja Ali Haji
(1857) sehingga zaman Za‟ba (1940) akan kita lihat bidang yang dicakupinya.
Antara bidang yang dicakupi oleh buku-buku di atas dapatlah dirumus dalam jadual di
bawah:

Bidang Yang Dicakupi Sejak Tahun 1900 – 1940

Aspek-
Huruf & Golongan Tanda
Buku/Bidang Pengimbuhan Ayat Karangan Aspek
Ejaan Kata Baca
Gaya
1. BK / / / /
2. KPPM / * /
3. SS / / / /
4. KPM / * / / /
5. KPB / / /
6. RM / /
7. IMM / /
8. PB / *
9. PM / / / / *
10. JBM / /
11. PDM /
12. PBM / / / /

Nota:
/ - menunjukkan adanya bidang-bidang tertentu.
* - disentuh secara sepintas lalu ketika membincangkan aspek-aspek
lain.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Golongan Kata:
Berdasarkan penahu-penahu di atas, terdapat beberapa aspek golongan kata yang
telah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedah
yang berbeza. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalam
memerikan bahasa Melayu. antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah:

BK - nama (isim), perbuatan(fiil) dan harf (partikel)


KPPM - nama, perbuatan dan diwal
SS - nama, keadaan nama dan perbuatan
KPB - nama, ganti nama, sifat, perbuatan, kelakuan, faham kata,
penyambut kata seruan
JBM - nama, ganti nama, perbuatan, rupa nama, rupa kata, sendi
nama, sendi kata, seruan dan ibu kata
PB - nama, perbuatan dan diwal kata
PBM - nama & ganti nama, perbuatan, sifat, sendi, seruan

Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan
perbuatan (kerjaan). Mengikut tafsiran saya, diwal sinonim dengan kata tugas untuk
istilah moden. Antara diwal yang ditemui ialah:

 Tambahan perbuatan (kata bantu  Istifham (kata tanya)


& kata perintah)  Pengecualian kata (kata nafi,
 Penetap tutur, pandu. Sumpah kata sangkal)
(kata sendi nama)  Seruan, hairan, tengking, herdik
 Penempat tutur ( kata arah, kata (kata seru)
waktu)  Menyahut (kata pembenar)
 Janji kata (kata hubung syarat)  Menjawab, menafikan (kata nafi)
 Penyambung kata, cadangan,  Tempelak (kata penegas)
perubahan (kata hubung)  Perakam (kata pangkal ayat)
 Penguat kata (kata penguat)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Istilah Kata:
Untuk istilah, kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. Maksudnya di sini
perbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden. Antara
istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut:

Bil Istilah Lama Istilah Moden


1 diwal / diwal kata kata tugas
2 penyambung kata kata hubung
3 sendi kata kata hubung
4 ibu kata kata pangkal ayat
5 diwal pandu kata sendi nama & kata hubung
6 diwal pengetahuan kata tanya
7 istifham kata penegas
8 janji kata kata hubung
9 penguat kata kata penguat
10 penempat tutur kata arah
11 perbuatan kata kerja

Pengimbuhan:
Untuk proses pengimbuhan, kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek
seperti sedemikian:
 Huraian dan penjenisan
 Cara pengejaan
 Fungsi imbuhan
 Peristilahan yang digunakan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Sintaksis:
Pada bahagian sintaksis, secara umumnya aspek yang ditekan ialah:
 Definisi ayat
 Binaan ayat (percantuman kata, penyambung kata dan penunjuk kata)
 Jenis ayat
Bagi jenis ayat, istilah yang digunakan juga berbeza dengan istilah moden. Kita
rujuki istilah di bawah:

Bil Istilah Lama Istilah Moden


1 ayat benar ayat tunggal
2 ayat terikat ayat majmuk
3 ayat songsang ayat pasif
4 kata ringkas ayat tunggal
5 kata lanjut ayat majmuk
6 kata selapis ayat tunggal
7 kata bercampur ayat majmuk
8 kata berlapis ayat majmuk pancangan

Rumusannya, setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspek


yang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Malah
ada juga bidang ejaan, karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. Jelaslah
pada tahun 1900 – 1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan
peredaran semasa linguistik. Cuma di sini terdapat beberapa istilah lama yang
pelbagai. Seharusnya istilah tersebut hendaklah diselaraskan agar tidak berlaku
sebarang kekeliruan seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.1.2 Penulisan Nahu Melayu
Penulisan Nahu Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Era Tradisional (1857 – 1940)

Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah Bustanul Katibin
(1857) dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermula
semenjak zaman Raja Ali Haji. Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu
tradisional. Namun pada 1940, seorang pendeta Melayu yang terkenal iaitu Za‟ba telah
menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya iaitu Pelita Bahasa 1-3. Karya
tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan para
sarjana Melayu yang moden.

Era Moden (1960 – 2009)

Karya Tatabahasa Melayu yang moden dapat dilihat setelah para sarjana
mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia. Di Indonesia, karya tersohor yang
menjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. al
(2000) manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan Liaw
Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Di Malaysia, karya tatabahasa mengikut aliran
tersendiri. Misalnya, Asmah Hj. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang
dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. al (2008) menghasilkan
Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan
kepada sistem pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan IPTA. Terdapat satu lagi
hasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa
Dinamika (1994). Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmu
linguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi Ijazah
Kedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia. Justeru, era moden
ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu. Sebenarnya banyak lagi karya
tatabahasa Melayu yang dihasilkan, namun di sini sekadar untuk pengetahuan ringkas.
Tokoh-tokoh yang lain ialah Arbak Othman, Asraf Hj. Wahab, Sulaiman Masri, Azhar M.
Simin, Lufti Abas dan ramai lagi sarjana Melayu yang tidak dinyatakan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.1.3 Pelopor Nahu Melayu

Pelopor awal nahu Melayu ialah Raja Ali Haji dengan karya terkenal beliau, Bustanul
Katibin. Bidang-bidang nahu yang digarapkan oleh almarhum ialah tataejaan daripada
Fasal 1-10, pembahagian kata Fasal 11-14, analisis kalimat Fasal 15-31.
Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu nama (isim), perbuatan (fiil)
dan partikel (harf). Analisis Kalimat dihuraikan di bawah tajuk “perkataan, kata-kata dan
kata”. Dalam peristilahan terkini, „perkataan‟ disamakan dengan ayat dalam bahasa
Melayu dan kalimat dalam bahasa Indonesia. Hal ini dapat diterima kerana Raja Ali Haji
menakrif perkataan sebagai „lafaz yang memberi makna‟ sementara „kata-kata‟ diertikan
sebagai „barang yang tiada dengan orang yang mendengar daripada menantikan suatu
yang lainnya‟ dan „kata‟ pula dimaksudkan sebagai „melengkapi‟ ia segala yang tersebut
itu. Maksud di sini perkataan pun boleh dianggap kata dan kata-kata pun boleh
dikatakan kata.
Namun begitu, bapa nahu Melayu yang terkenal ialah Za‟ba. Hal ini jelas dengan
buku Pelita Bahasa Penggal 1-3 yang dihasilkan oleh beliau. Buku tatabahasa beliaulah
sering dijadikan panduan dan pedoman untuk pengajaran dan pembelajaran waktu
ketika itu. Sarjana-sarjana Melayu yang membuat kajian tentang nahu banyak merujuki
Pelita Bahasa, misalnya Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim dan
sebagainya lagi.
Justeru dapat disimpulkan karya-karya awal yang mempelopori nahu Melayu
lebih kepada acuan tradisional.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.2 Jenis-Jenis Tatabahasa
Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistik
yang selari dengan teori linguistik. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas
setiap nahu.

2.2.1 Tatabahasa Formal (Formal Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik
Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa
Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem
Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik
Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif

2.2.2 Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian
Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa
Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis
Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu

2.2.3 Tatabahasa Nosional (Notion Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa
Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya
Berdasarkan kesejagatan bahasa
Berdasarkan struktur yang ideal
Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis
Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.2.4 Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif
Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan
Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada
Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

2.2.5 Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF)
Rumus Tulis semulanya seperti X -------> Y
Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X

2.2.6 Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal)
Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial
Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia

2.2.7 Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani
Dapat diaplikasi pada tatabahasa lain
Bercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik moden (era Struktural)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.2.8 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957
Dilihat mencirikan konsep matematik
Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan struktur
permukaan.
Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa
(struktur dalaman)
Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi

2.2.9 Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni para
guru bahasa
Berasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik pengajaran tertentu
Penekanan terhadap pengajaran:
 Bahasa ibunda
 Bahasa pertama
 Bahasa kedua
 Bahasa asing

2.2.10 Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu
Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa
Penekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi
( Suprasegmental) dan Kolokasi

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


2.2.11 Tatabahasa Stratifikasi (Stratification Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Diperkenalkan oleh S.M. Lamb pada tahun 1962
Bahasa dilihat sebagai suatu struktur
Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan
Jenis tatabahasa yang popular pada tahun 1960-an

2.2.12 Tatabahasa Struktural (Structural Grammar)


Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Bahasa dianggap sebagai struktur
Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu
Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur
konstituennya.

2.3 Tatabahasa Jenis Lain

Di samping jenis deskripsi tradisional dan struktural ada banyak teori dan model
deskripsi bahasa, seperti, Tagmemik (K.L. Pike 1954, 1958 dan W.A. Cooks 1969),
Tatabahasa Tingkatan (S.M. Lamb 1966), Tatabahasa Kasus (J. Anderson 1971),
Glosematik (J. Uldall 1930), Tatabahasa Skala dan Kategori (M.A.K. Halliday 1961),
dan Tatabahasa Generatif (N. Chomsky 1957, 1964, J.J. Katz & P.M. Postal 1964), dan
lain-lain.
Baru-baru ini muncul pula Tatabahasa Hubungan. Apa sahaja teori atau model
deskripsi bahasa ini, ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum
hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa. Untuk berbuat demikian
tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan
antara struktur ayat yang pada permukaannya nampak serupa, tetapi juga
menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan
berbeza.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Oleh yang demikian kita hanya perlu menyesuaikan teori dan model deskripsi
bahasa untuk diaplikasi ke dalam bahasa Melayu agar penggunaan itu menjadi mantap
dan baik. Semoga bahasa yang digunakan mencerminkan martabat masyarakat
bahasa itu secara khususnya.

2.4 Perbezaan Jenis-Jenis Nahu atau Tatabahasa

Di sini kita dapat meneliti segala perbezaan antara jenis-jenis nahu yang dipaparkan.
Perbezaan jenis nahu dilihat lebih kepada aspek atau keseluruhan komponen
tatabahasa itu sendiri. Contohnya dari segi fonologi, sintaksis, morfologi atau makna.
Peranan komponen inilah yang mendasari perbezaan jenis-jenis nahu. Misalnya nahu
tradisional lebih mementingkan aspek makna namun nahu struktural pula sebaliknya
yang menganalisis struktur setiap unsur dalam sesuatu bahasa. Keunikkan jenis-jenis
nahu membolehkan kita mempelbagai lagi pengetahuan tentang tatabahasa sejagat
amnya dan tatabahasa bahasa Melayu khususnya.

2.5 Unit-Unit Bahasa Yang Terlibat Dalam Analisis Nahu

Terdapat lima unit bahasa yang terlibat dalam analisis nahu. Pertama ialah morfem.
Morfem merupakan unit terkecil bagi bidang morfologi. Morfem terdiri daripada morfem
bebas dan terikat. Seterusnya ialah perkataan. Perkataan ialah unit terkecil
tatatabahasa yang mempunyai makna bebas. Makna bebas di sini ialah dapat berdiri
sendiri tanpa bantuan struktur lain. Unit berikutnya ialah frasa, klausa, ayat dan
wacana. Keempat-empat unit bahasa ini merupakan komponen sintaksis yang sangat
penting dalam menganalisis bahasa.
Kesimpulannya, kesemua unit-unit bahasa berfungsi mengikut peranan
tersendiri. Jika hal ini tidak berlaku, maka akan melahirkan bentuk bahasa yang tidak
gramatis. Perkara sebeginilah yang menyebabkan sesuatu bahasa dicemari.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 3 TOKOH DAN ALIRAN DALAM TATABAHASA MELAYU

3.1 Tokoh-Tokoh Tatabahasa

Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak


ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula
dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku
pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu
Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A
Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar
(1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar
sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van
Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain,
Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za‟ba dan lain-lain. Hasil usaha mereka
dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa
Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di
Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu
mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa
Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.

Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an)


Penjenisan
Tatabahasa

Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik
Sumber: Diubah suai daripada Ismail Salleh (1993)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.1 Sarjana Barat

Terdapat ramai sarjana Barat yang mengkaji tatabahasa Melayu. Namun begitu, kita hanya
meneliti dua sarjana Barat yang banyak memberi jasa kepada bahasa Melayu. Kita hanya
meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh sarjana bahasa di bawah. Penerangan
penggolongan kata akan dibincangkan dalam bab 7 nanti.

3.1.1.1 W. Marsden A Grammar of the Malay Language (1812)

3.1.1.2 R.O. Winstedt Malay Grammar (1914)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.2 Sarjana Tempatan

Seperti yang dinyatakan pada bab 2 tadi, terdapat ramai sarjana Melayu yang
mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu
dimulai dengan Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang
yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.

3.1.2.1 Raja Ali Haji

Bustan al-Katibin (1857)

Pembahagian kata kepada tiga iaitu kata nama, perbuatan dan kata partikel (harf).

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.2.2 Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

Pelita Bahasa Penggal 1 (1940)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.2.3 Asmah Hj. Omar

An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu
Kemas Kini (2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.2.4 Arbak Othman

Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986)

3.1.2.5 Abdullah Hassan

The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.2.6 Asraf Hj. Wahab

Petunjuk Tatabahasa (2007)

Golongan Kata Menurut Asraf (2007) secara umumnya ialah:

Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Kata sendi
Kata keterangan
Kata hubung
Kata seru
Kata sandang

Kelas Kata Utama ialah:

 Kata Nama
 Kata Kerja
 Kata Adjektif
 Kata Tugas

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.1.2.7 Nik Safiah Karim dan et. al

Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga (2008)

3.1.2.8 Zaharani Ahmad

Nahu Praktis (2007)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.2 Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh
3.2.1 Aliran Tradisional

Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini
menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan
yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan
jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan
Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat
oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya.

3.2.2 Aliran Struktural

Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di


Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam
sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti
yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam
buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.

3.2.3 Aliran Tranformasi Generatif

Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang
memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu,
proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang
memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan
pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat
berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu
TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah
Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti
penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza
kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


3.2.4 Aliran Tatabahasa Wacana
Nahu Ayat

Bebas Konteks

Nahu Separuh Wacana

Jenis Tatabahasa

Peka Konteks (Nahu Wacana)

Jenis Tatabahasa Mengikut Tatabahasa Wacana

Sumber: Diubah suai daripada Azhar M. Simin (1983)

Nahu ini terkenal kerana analisis wacana mengikut teks. Sebenarnya aliran tatabahsa
wacana dipopularkan oleh Sanat Mohd Nasir dan Azhar M. Simin pada tahun 1980-an.
Di bawah merupakan penjenisan tatabahasa wacana.

Berdasarkan huraian tatabahasa wacana, tatabahasa digolongkan kepada dua yang


utama iaitu:
Tatabahasa bebas konteks
I. Tatabahasa ayat
Tatabahasa yang ditulis berlandaskan ayat tunggal yang dicipta oleh
penulis tatabahasa itu sendiri. Tatabahasa sebegini mementingkan
kesesuaian dengan teori linguistik yang diistilahkan sebagai nahu teori
dahulu. Contohnya ialah tatabahasa yang berpegang pada teori nahu TG.
II. Tatabahasa separuh wacana
Walaupun asas penghuraian ayat berlandaskan ayat tunggal namun ia
dipetik oleh penulis tatabahasa daripada teks sastera dan seumpamanya.
Ini lebih dikenali sebagai korpus bahasa. Nahu jenis ini berlandaskan
cebisan bahasa yang dihuraikan secara nyata yang diistilahkan nahu

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


bahasa dahulu. Contohnya ialah nahu yang ditulis oleh Winstedt (1913),
nahu Za‟ba (1945) dan nahu Asmah Hj. Omar kerana huraiannya masih
berlandaskan cebisan atau serpihan bahasa yang digunakan mengikut
konteks sebenar.

Tatabahasa Peka konteks


Merupakan tatabahasa wacana sepenuhnya.

3.3 Perbezaan Antara Aliran Tatabahasa Yang Dipegang Oleh Tokoh-Tokoh


Tertentu

Jika kita mengambil satu pegangan atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa, kita
dapat mengesani alirannya. Hal ini cukup mudah kerana sebagai contoh, penggolongan
kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria tertentu iaitu kriteria makna
(semantik), kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik.
Misalnya Za‟ba, menggolong kata kepada kriteria semantik iaitu menamakan
sesuatu, biasanya melibatkan orang, haiwan, benda, tempat dan konsep. Za‟ba
membahagikan kata nama kepada tiga iaitu nama khas, nama nika, ganti nama dan
numeral. Sebaliknya Abdullah Hassan (1980) membahagikan kepada empat iaitu kata
nama, kata ganti nama, kata bilangan dan penjodoh bilangan. Nik Safiah Karim et al.
(1986) membahagikan kata nama kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan
ganti nama. Ada persamaan yang dibuat oleh Za‟ba dan Nik Safiah Karim. Bagi Asmah
dan Abdullah Hassan meskipun nampak berbeza dengan Za‟ba dan Nik Safiah Karim,
tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan
yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang
dinyatakan di atas tadi. Asmah memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem
tatabahasa yakni aliran struktural. Abdullah pula memerikan nahu mengikut tagmen
tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Kesimpulannya, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahu-
penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya
diaplikasikan ke atas tatabahasa Melayu mengikut acuan atau kefahaman masing-
masing. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu
tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas
bahasa Melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh
diperturunkan kepada generasi akan datang.

3.4 Sepintas Lalu Tatabahasa Za’ba sebagai Tatabahasa Tradisional Lawan


Tatabahasa Formal ( Moden )

Setelah muncul ilmu linguistik moden, penghuraian tatabahasa sebelumnya yang


kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa
tradisional atau tatabahasa nasional, termasuk tatabahasa Za‟ba. Dari kaca mata
linguistik moden, Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa
tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik.
Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia
daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun
1960.
Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau
pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada
dekad 1960-an, tidak berhenti begitu sahaja. Seiring dengan perkembangan teori
linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut
linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Tetapi menjelang
dekad 1970-an, teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang
menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Contohnya,
Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. al (1994) yang diguna secara meluas di
Malaysia kini, merupakan salah satu contoh acuan teori TG. Seterusnya pada dekad
1980-an, pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mula
mendapat popularitinya di Malaysia. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in
Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. Simin (1983) kemudian

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teori
tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. Di samping itu, karya Sanat
Mohd. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakan
sebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana.
Namun begitu, ketokohan Za‟ba sebagai ahli bahasa yang menulis tatabahasa
Melayu tetap diakui oleh sarjana Melayu yang terkemudian, seperti Abdullah Hassan
(1986), Asmah Hj. Omar (1992), Azhar M. Simin (1983), dan Nik Safiah Karim et. al.
(1979, 2008).

3.5 Sumbangan dan Usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam
Memartabatkan Bahasa Melayu

Usaha yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah
sebuah agensi, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan untuk mendukung
amanat bangsa. Agensi ini bergerak dengan berdasar pada Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959 yang kemudian disemak pada tahun 1978. Seiring dengan penubuhan
DBP, Penyata Razak dikeluarkan bagi mendukung semangat menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia dan Penyata Razak
merupakan salah satu ciri penting Akta Pendidikan 1961 (kini Akta Pendidikan 1996).
DBP mengorak langkah seawal penubuhannya untuk meningkatkan kecekapan
dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Antara
langkah awal yang dilaksanakan yang memberikan kesan jangka panjang sehingga kini
ialah usaha pengukuhan, penyelarasan dan pembakuan korpus bahasa. Penyelarasan
ejaan Rumi antara negara serantau yang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan negara masing-maing memberikan impak yang cukup
besar bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang besar dan luas sasaran
penggunanya. Dengan penyelarasan sistem ejaan antara negara anggota MABBIM
(Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti dengan
usaha penyelarasan tidak kurang 400,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu, bahasa
Melayu di rantau ini menjadi semakin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negara
Malaysia dan juga warga serantau.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Terdapat beberapa usaha lain yang menjadi kebanggaan kepada DBP iaitu
menyediakan dan melaksanakan peraturan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dalam jabatan dan sektor swasta. Selama lima dekat ini DBP banyak
berkorban dalam mengangkat dan memartabatkan bahkan memperkasa bahasa
Melayu. Pada peringkat awal, DBP di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail telah
melancarkan Gerakan Minggu Bahasa Kebangsaan dan kempen-kempen bahasa yang
melibatkan penyertaan semua rakyat. Kempen ini untuk membina keyakinan dalam
kalangan masyarakat Malaysia seperti pertandingan bahas, mengarang dan berbalas
pantun dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira rendah atau menengah. Bagi konteks
pembinaan bahasa yang diraih ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus
ekabahasa, dwibahasa dan kamus istilah, penyusunan dan penerbitan daftar ejaan
Rumi dan Jawi, penyusunan dan penerbitan buku dan cakera padat tatabahasa
pegangan dan rujukan serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman
bahasa dalam bentuk risalah, buku kecil dan sisipan akhbar. Sesungguhnya, pedoman
dan bahan rujukan yang dihasilkan seperti Kamus Dewan, Tatabahasa Dewan dan juga
istilah dalam pelbagai bidang ilmu merupakan antara unsur penting yang sangat
membantu memantapkan serta menyeragamkan bahasa Melayu menjadi bahasa
moden dan diangkat setaraf dengan bahasa lain.
Di samping itu juga, DBP melaksanakan pembinaan, pengembangan korpus
yeng menjadi titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu moden kerana tanpa
sistem ejaan yang efisien dan praktis, tanpa istilah yang dapat mendukung konsep-
konsep ilmu, tanpa tatabahasa yang komprehensif dan tanpa kamus yang kemas kini,
taraf bahasa Melayu yang kita perolehi tidak akan bererti apa-apa. Jadi macam mana
kita ingin mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang tertinggi? Dengan kata lain,
perancangan korpus bahasa berperanan mengisi taraf bahasa yang telah dicapai oleh
DBP. Usaha pengembangan bahasa digiatkan lagi dengan menyediakan khidmat
nasihat bahasa (KNB) kepada karyawan sektor awam, sektor swasta, serta masyarakat
umum, menganjurkan kursus kemahiran berbahasa, membina Munsyi Dewan,
memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa dan di tempat
awam.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Akhir sekali, usaha memartabatkan bahasa Melayu terus dipertingkatkan dengan
memberi kuasa kepada DBP untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang di dapati
bersalah mencemarkan bahasa kebangsaan. Dasar ini akan dikuatkuasakan sebaik
sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat
Peguam Negara dan diluluskan oleh Parlimen. Ini kerana Akta DBP sedia ada (Pindaan
dan Peluasan 1995) cuma memberikan kuasa menegur, menasihat, mengawas atau
mengarahkan mana-mana pihak supaya mengutamakan dan menggunakan bahasa
kebangsaan yang baik dan betul. Dengan ini, DBP akan diberikan kuasa penuh untuk
mendenda pencemar bahasa dengan denda RM 1,000 sebaik diluluskan Parlimen.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 4 TATABAHASA TRADISIONAL (TT)

Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. R.H. Robins (1967) telah
menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Memanglah sarjana-sarjana Yunani
ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan
bahasa. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam
pengertian yang luas. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik telah lama
mempengaruhi tatabahasa. Bezanya hanyalah, pendekatan menggunakan linguistik
tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif, tetapi, linguistik moden
pula bersifat struktural dan deskriptif. Seseorang individu yang menggunakan sebuah
buku tatabahasa lama untuk mempelajari sebutan, tatabahasa, atau makna,
sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Ini juga
linguistik dalam pengertian yang luas.
Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran
linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti.
Oleh itu, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan
penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan
tepat sepanjang masa.

4.1 Definisi Tatabahasa Tradisional

Seperti yang diketahui umum, tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani,
Romawi, Pertengahan dan India. Berbalik kepada konsep dan sejarah, perkataan
tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan „gramatikos‟ (berasal
daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud „seni bacaan dan penulisan
yang betul‟. Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih
mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. (Lyons, 1971). Seterusnya beliau
menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan
timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang
bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat dan
oleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT berkonsep kepada penerangan
(explaination). Oleh sebab itu, ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai “ a fixed
and unalterable set of rules” (Gaeng, 1971). Maksudnya lebih kurang “peraturan yang
tetap dan tidak boleh diubahsuaikan”.

4.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional

Di sini, saya akan menerangkan sejarah perkembangan TT secara ringkas untuk


memberi gambaran awal mengenai linguistik tradisional. Sejarah TT berkait rapat
dengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum
Masihi.
Plato mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan
penulisan. Kajian yang dilakukan dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu
bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang
yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang
Yunani meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, misalnya penjenisan kata
adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Oleh sebab mereka berfalsafah, maka
terbitlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai makna
secara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi.

Kajian bahasa bentuk ini dilanjutkan oleh orang-orang Romawi yang mengkaji
bahasa Latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian sama terhadap
bahasa Arab. Kajian yang serupa juga dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti
Panini bagi menghuraikan bahasa Sanskrit. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hingga
ke abad pertengahan dan hanya pada abad ke-19, orang mulai sedar bahawa bahasa
tidaklah kekal, melahirkan selamanya berubah dari abad ke abad dalam persejarahan
bahasa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Zaman Yunani

Dalam pengkajian nahu, Plato ialah orang yang pertama menyelidiki tatabahasa itu
sendiri. Misalnya Plato telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang
mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟. „Logos‟ terbahagi kepada dua, iaitu
„onoma‟ dan „rhema‟. Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama dan
kata kerja. Plato mendefinisikan kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat
sebagai subjek kepada suatu predikat; manakala kata kerja merupakan istilah yang
dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. Perbincangan tentang bahasa dan
seluruhnya ada di dalam bukunya yang terkenal iaitu Cratylus, iaitu yang berupa dialog.
Seiring dengan perkembangan linguistik, Aristotle (384-322 SM) menambah satu
lagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang
tidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Aristotle merupakan
sarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani
yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik, sesuai dengan konsep kala kini
present dan kala lampau past.
Sarjana lain iaitu Dionysius Thrax yang menjalankan kajian berdasar kepada
bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisi-puisinya. Di
samping itu, Thrax pula telah menggolongkan kata kepada lapan, iaitu: kata nama, kata
ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata sendi nama, kata partikel, dan kata seru.
Thrax juga telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne
Grammatike yang menjadikan tatabahasa Yunani lebih „standard‟ untuk beberapa lama.
Oleh demikian, kita dapat lihat dengan jelas cara Aristotle melihat nahu sebagai
bahagian atau aspek logik formal telah menguasai pemikiran linguistik sesetengah
sarjana. Kesannya, muncul pendekatan berbentuk tradisional dan notion.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Zaman Romawi

Sarjana Romawi asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanya
menyadur karya sarjana Yunani dan disesuaikan pula dengan tatabahasa Latin.
Mungkin itulah hasil mereka yang agung, iaitu dalam menyusun tatabahasa Latin yang
berasaskan tatabahasa Yunani.
Salah seorang linguis Romawi yang terkenal ialah Priscian. Tatabahasa yang
ditulis oleh beliau masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkan
pada tahun 500 Masihi dahulu. Buku tatabahasa berjudul Institutiones Grammatikae.
Buku ini terdiri daripada 18 jilid dan perbincangan berkisar tentang proses pembentukan
kata dan ayat. Pada umumnya, tatabahasa Priscian dapat dianggap sebagai kajian
ketatabahasaan orang-orang Romawi yang „representative‟.
Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin
dianggap lebih sistematis sekali berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax.
Walau bagaimanapun, cara penggolongan kata yang dibuatnya tiada perbezaan
dengan Thrax kerana masing-masing menggolongkan perkataan kepada lapan.
Disebabkan peniruan model tatabahasa Yunani-Latin, telah meninggalkan satu
tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti
golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala dan sebagainya adalah ciri-ciri yang
seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Tanggapan sebegini berlanjutan hingga
ke zaman pertengahan.
Sebagai kesimpulannya, sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja
analisis tentang bahasa Latin, khususnya mengenai tatabahasanya yang kita anggap
selama ini sebagai TT. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tatabahasa mereka masih
lagi mempertimbangkan persoalan falsafah, iaitu berkisar di sekitar makna (semantik)
iaitu suatu hal yang menjadikan mereka pokok dan dasar analisis.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Zaman Arab

Antara sarjana Arab seperti al-Khalil (718-786 TM), al-Masri dan sebagainya telah
berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik. Pada bahagian
nahu, mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa.
Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan
mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab, cukuplah klasifikasi
bahasa mereka itu dilakukan dengan merujuk bentuk paradigmanya sahaja.
Tatabahasa Arab tersebut dikarang dengan lengkap yang mencakupi bidang
pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur „amnah‟
dan‟khabar, sama seperti „subjek‟ dan „predikat‟. Secara ringkasnya, pada zaman Arab
ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata pada
mulanya telah beralih kepada bidang leksikografi.

Zaman Pertengahan

Dalam abad pertengahan ini, minat orang Eropah terhadap bahasa Latin semakin
menjadi-jadi. Ini kerana bahasa Latin menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Kita
terus kepada perkembangan tatabahasa untuk zaman pertengahan yang amat menarik
iaitu dengan hasilnya „Tatabahasa Spekulasi‟ berupa pendekatan preskriptif. Asal
perkembangan cara pemikiran seperti ini telah bermula daripada kefahaman yang
penutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran. Pemerian
mereka biasanya dikenali dengan istilah „modistae‟ iaitu mereka ingin mengetahui
ragam atau kepentingannya. Ahli tatabahasa modistae berusaha dalam teori
menggambarkan tatabahasa. Caranya dengan menganggap bahasa Latin sebagai
bahasa yang mulia. Di samping itu, terdapat bukti jelas mengenai tatabahasa aliran
Port Royal yang memaparkan pendekatan berbentuk normatif. Nahu Port Royal
mencari penerangan tentang fakta, meyatakan bahasa tersebut sebagai pantulan fikiran
dan ini berlaku pada taakulan. Kesan yang jelas melahirkan satu era baharu yang
dinamakan zaman perbandingan linguistik.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Zaman India

Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan
pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden. Tradisi inilah yang membawa
perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah. Pengetahuan linguistik
tatabahasa di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani
iaitu seawal 300 SM. Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa
yang dianggap suci dan digunakan dalam kita Rig-Veda.
Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejak
kurun ke-4 SM. Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang
memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang-orang Hindu.
Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini menampakkan rencana bahasa yang lengkap serta
teliti, yakni tidak berdasarkan kepada teori falsafah melainkan berasaskan penelitian
dan pemerhatian secara deskriptif sahaja.
Justeru, tatabahasa Sanskrit merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di
Eropah yang membuka jalan kepada „ilmu perbandingan bahasa‟. Menurut Bloomfield,
tatabahasa dan tatabunyi Panini bukan sahaja penghuraiannya kemas dan lengkap,
malah sangat tersusun dan teratur pula. Keistimewaan tatabahasa itu terletak pada
caranya dikaji, dihurai dan disusun yang berasaskan pemerhatian yang halus.
Rumusannya, tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah
cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu
di antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan dengan huraian lengkap
tentang bahasa Sanskrit telah membuka kepada jalan baru kepada bidang linguistik
yang dinamakan linguistik perbandingan. Orang yang bertanggungjawab
mengetengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones (sekitar 1746-1794). Tanpa
usaha beliau, mungkin kita tidak akan mengenali linguistik deskriptif.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Yaska, Panini, Pingala, Katyayana, Patanjali
Zaman India ( 2 – 200 SM)

Plato, Aristotles
Zaman Yunani ( bermula 300 SM)

Priscian, Appolonius Discollus, M. T. Varro


Zaman Romawi ( sekitar 500 SM)

al-Khalil, al-Masri, Erasmus, Dante, Arnauld, Descartes


Zaman Arab dan Zaman Pertengahan (Renaissance)

Jason Grimm, Hermann Grassmann, Karl Verner


Zaman Perbandingan

Linguistik Moden
Ferdinand de Saussure
Abad ke-19 dan 20.

Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


4.2.1 Tokoh Tatabahasa Tradisional

4.2.1.1 Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat

Zaman Yunani

Cratylus- Plato
Aristotle (384-322 SM)
Tehne Grammatike -Dionysius Thrax

Zaman Romawi

Institutiones Grammatikae-Priscian

Zaman India
Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini

4.2.1.2 Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu

Era Tahun 1800-1950

• Bustanul Katibin (1857) – Raja Ali Haji

• Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman

• Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib

• Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib

• Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za‟ba

• Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman

• Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za‟ba

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Contoh Tatabahasa Tradisional
Zainal Abidin Ahmad (Za‟ba). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 - 3. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Isi Penggal 1

• Bab 1 Bunyi Suara Digambarkan • Bab 9 Perkataan Perbuatan

Dengan Huruf • Bab 10 Perkataan Sifat


• Bab 2 Huruf Benar & Huruf Saksi
• Bab 11 Perkataan Sendi dan Seruan
• Bab 3 Ejaan & Tulisan Jawi
• Bab 12 Perkataan Huruf-Huruf
• Bab 4 Ejaan Jawi Pada Perkataan
Penambah
Memakai Penambah • Bab 13 Perkataan Huruf-Huruf
• Bab 5 Petua-Petua Ejaan Rumi
Penambah (sambungan)
• Bab 6 Petua-Petua Ejaan Rumi • Bab 14 Kaedah Rangkai Kata

(sambungan) • Bab 15 Ayat-Ayat Melayu:


• Bab 7 Jenis-Jenis Perkataan
Kejadiannya & Ikatannya
dan Kerja-Kerjanya
• Bab 8 Perkataan Nama dan Gantinya • Bab 16 Jenis-Jenis Ayat dan Uraiannya

Daftar Isi Penggal 2

• Bab 1 Permulaan Mengarang Berhenti Dalam Tulisan


Melayu Jawi (sambungan)
• Bab 2 Lain-Lain Latihan • Bab 7 Cakap Ajuk & Cakap Pindah
Membuat Ayat • Bab 8 Permulaan Berlatih Mengarang
• Bab 3 Mengarang Ayat-Ayat Tunggal
• Bab 9 Lagi Latihan Mula-Mula
Jadi Cerita: Menyambung—
Menyambungkannya. Mengarang
• Bab 4 Cara-Cara Persambungan Ayat • Bab 10 Perenggan-Perenggan Karangan
• Bab 5 Memakai Tanda-Tanda • Bab 11 Perkataan-Perkataan
Berhenti Dalam Tulisan Pembatas Karangan
Melayu Jawi • Bab 12 Perkataan-Perkataan
• Bab 6 Memakai Tanda-Tanda
Penghabis Karangan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Daftar Isi Penggal 3

• Bab 1 Bagaimana Hendak Mengarang • Bab 8 Kecacatan Karangan

• Bab 2 Sedikit Lagi Petua- (sambungan)


• Bab 9 Menghiasi Karangan
Petua Mengarang
• Bab 3 Kesalahan-Kesalahan • Bab 10 Mengarang Pantun & Syair

Dalam Ayat Karangan • Bab 11 Mengarang Sajak,


• Bab 4 Cara Memakai Setengah-
Gurindam & Seloka
Setengah Perkataan • Bab 12 Mengarang Surat Kiriman
• Bab 5 Cara Memakai Setengah-
Yang Senang-Senang
Setengah Perkataan • Bab 13 Lain-Lain Jenis Surat Kiriman
Sendi Nama
• Bab 6 Cara Memakai Setengah- • Bab 14 Memahamkan Karangan:

Setengah Perkataan Mengarangkan Semula


Sendi Nama (sambungan) • Bab 15 Beberapa Teladan Karangan
• Bab 7 Kecacatan Karangan

Rumusan:
Pelita Bahasa Penggal 1 sebenarnya merupakan tatabahasa yang menekankan aspek
fonetik & fonologi, morfologi dan sintaksis. Penggal 2 & 3 menjurus kepada aspek
penulisan iaitu mengarang karangan. Nahu ini sebenarnya nahu tradisional kerana
acuannya adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Hal ini
dinyatakan oleh Za‟ba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. Nahu ini boleh
dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum
aliran linguistik struktural menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


4.3 Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional

Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang
penting iaitu:
Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani)
Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan
Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif
Jika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional
dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal
dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan
bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap.
Contohnya dalam tatabahasa Melayu, „kata nama‟ didefinisikan sebagai segala
perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun,
bulan….(Za‟ba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk
notion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang
menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti
dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa
bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang
lainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi
bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang
sama.
Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa,
iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada
model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa
lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan
Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani – Latin. Antara pengkaji terawal
ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap
definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu
ini.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara
para sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman
ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahli
bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya
dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yang
tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa
itu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraian
atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan.
Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan
saintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang
dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan.
Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan
berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa
itu hidup.
Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah:
Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural
Percampuran teori semantik dan gramatik
Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur
Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama
ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang
kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau
tidak.
Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟
Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.
Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


4.4 Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional

Dalam mempelajari bahasa Malaysia, kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur
dan keadaan ini. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan
oleh Swettenham (1886), Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Za‟ba (1965) sendiri,
terang-terang didasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur
daripada tatabahasa bahasa Latin. Za‟ba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab.
Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata
Yunani, seperti yang ditiru oleh Latin kerana Za‟ba menerima adanya kata-kata jenis
nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Swettenham pula membincangkan unsur
kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala
seperti bahasa Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan, Za‟ba
(1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. Dalam bukunya Pelita
Bahasa Melayu I, Za‟ba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. Ini tidak
berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini masih belum
berubah dalam buku Za‟ba.

4.5 Perbezaan antara Tatabahasa Tradisional dengan Tatabahasa Preskriptif

Elemen
Tatabahasa Tradisional (TT) Tatabahasa Preskriptif (TP)
Perbezaan
Bersifat turun-temurun, Definisi Bersifat menentukan atau
mengikut tradisi. panduan, ketentuan, atau
ketetapan.
merujuk kepada huraian konsep Struktur merujuk kepada struktur bahasa
preskriptif dengan penekanan berdasarkan atau berpandukan
kepada aspek semantik peraturan, hukum dan
pengguna bahasa ketetapan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


kebiasaanya TT bersifatkan Konsep kajian tentang penggunaan kata,
preskriptif dalam prestij dialek frasa, klausa dan ayat yang
dari aspek sosial. mana menekan kepada aspek
betul semata-mata.
beracuan pola dan kaedah Asas Pegangan Berasaskan TT tetapi lebih
tatabahasa Latin dan Yunani memberi penekanan kepada
dan menganggap bahasa aspek betul mengikut peraturan
tersebut mulia dan agung. tatabahasa.
Mengutamakan aspek makna Penekanan Mengutamakan peraturan
dan semantik sebagai asas mengenai rumus penggunaan
kepada sintaksis. tatabahasa yang betul sahaja.
Prinsip tatabahasa umum yang Pendekatan Merupakan sebahagian
mengamalkan pendekatan daripada pendekatan-
preskriptif dan nosional. pendekatan yang digunakan
dalam TT.
Bertujuan memberi pemahaman Tujuan bertujuan melahirkan
asas mengenai pembinaan masyarakat yang menggunakan
struktur bahasa. bahasa yang tepat sama ada
lisan mahupun tulisan tanpa
mengelakkan kekeliruan.
diaplikasi pada tatabahasa lain Konsep 2 penentuan kaedah baku sebagai
rujukan, pedoman dan
pegangan.
Tidak menunjukkan dengan Sudut Aplikasi Dapat diaplikasikan dalam
jelas sudut pengaplikasiannya. aspek bahasa: ejaan,
Hanya jelas pada ejaan, tatabahasa, semantik, sebutan
tatabahasa dan makna. dan laras.
Pelita Bahasa Contoh Karya Tatabahasa Dewan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


4.6 Pengertian Linguistik Moden

Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Lyons 1968).
Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang
mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif.
Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. Jadi, kajian
saintifik ini hendaklah empirikal, khusus, dan objektif (F. Dinneen 1967:4). Ini
bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teori
dan perkaedahannya, dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Jadi, bidang linguistik tidaklah
merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan, tekaan atau emosi
seseorang penulis sahaja.

Dalam pelbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau
„kajian ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews 1997). Dalam The New Oxford Dictionary of
English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:

“The scientific study of language and its structure, including the study of
grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include
sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,
comparative linguistics, and structural linguistics.”

Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenali
sebagai linguistik. Ronald W. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai “the study of
human language”. David Crystal (1873) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa
secara saintifik. Kamus Dewan (Edisi Ketiga : 1994) memberikan pengertian linguistik
sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa.
Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang
empirik, analitis, objektif, dan saintifik tentang sesuatu bahasa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Justeru moden di sini merujuk kepada permulaan sejarah linguistik yang baharu
setelah linguistik tradisional beralih arah kepada linguistik struktural yakni sekitar kurun
ke-19 hingga ke-20. Linguistik moden juga dikenali dengan linguistik deskriptif yang
diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure yang menjadi pengasas dan pendukung
dalam perkembangan linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai bapa linguistik
moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam
bidang pengkajian bahasa secara moden.
Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada
perspektif penuturnya (Simpson 1980). Mereka melihat bahasa daripada perspektif
sinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik
pada abad ke-19. Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de
Saussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya, ditulis oleh anak muridnya
Cours de linguistique generale (de Saussure, 1916). Beliau tidak lagi melihat bahasa
sebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa,
tetapi melihat bahasa daripada dalam, sebagai satu sistem (langue). Sistem
memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan
ujaran. Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik, iaitu hubungan antara
lambang dalam sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat
bahasa daripada perspektif penuturnya, kerana daripada sudut penutur yang
mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting.
Oleh itu, dirumuskan bahawa linguistik moden ialah satu peralihan linguistik
tradisional kepada linguistik struktural yang mana perubahan pengkajian bahasa secara
menyeluruh. Ini dapat diteliti dalam Bab 5 : Tatabahasa Struktural

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


4.7 Rumusan Tatabahasa Tradisional

Pendekatan Nahu Tradisional

Dalam era teknologi moden, seseorang mungkin tertanya- tanya: mengapa perlunya
cara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama iaitu
pendekatan tradisional? Kenapa mazhab tatabahasa Nesfieldian harus dibuang;
apakah demikian juga nasibnya hasil-hasil kajian kesarjanaan Jespersen dan Fowler?
Apakah pula bagusnya pandangan Bloomfield, Pike atau Halliday yang berbeza-beza
daripada pandangan tatabahasa tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkan
dengan hasrat semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama, atau
yang terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin, dan selagi
kita belum begitu yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benar
mengandungi kelemahan dan kekurangan, kita tidak semestinya perlu menerima
tatabahasa moden semudah yang disangkakan.

Apa salahnya dengan tatabahasa tradisional?

Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang


memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa, tidak perlulah rasanya kita
beralih kepada tatabahasa baru. Akan tetapi, ianya tidak demikian kerana tatabahasa
tradisional sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara di kalangan
pemerhati yang sensitif.
Antara kelemahan yang pernah ditemui adalah sebagaimana yang dibincangkan di
bawah ini:

1. Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya berdasarkan


pada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah
berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit. Bahasa
Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi, tetapi bahasa Inggeris
bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi, kebanyakannya bergantung pada
susunan dan fungsi kata. Tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskrit
terdapat dalam bahasa Tamil. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasa

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


mengikut penghuraian bahasa yang lain, setiap bahasa harus dihuraikan mengikut
istilah yang tersendiri.

2. Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan.
Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar, dan tidak ada kriteria tunggal yang dapat
digunakan untuk klasifikasi. „Kata nama‟ diberi definisinya sebagai nama bagi orang,
tempat dan benda. Dalam ayat „Merah adalah warna yang saya suka‟, kata [merah]
adalah suatu kata nama, tetapi ia tidak dapat memberi definisi mengikut pengertian
„orang, tempat atau benda‟. Oleh sebab itu, kita akan mengatakan bahawa [merah]
merupakan adjektif yang digunakan sebagai kata nama. Adjektif diberi pengertian
mengikut apa yang ia lakukan atau tugasnya itu menerangkan kata nama atau ia
memperluas makna dan menyempitkan penggunaan kata nama. Kata nama diberi
pengertian mengikut maksud „apa dia‟. Dalam hal [merah] tadi, berlaku klasifikasi silang
dan tidak pula terdapat asas yang baik untuk pendefinisian [berlari] yang dikatakan kata
kerja kerana ia „menunjukkan suatu perbuatan‟. Tetapi terdapat juga nama untuk
sesuatu perbuatan itu seperti up dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan arah.
Apakah ini harus dikelaskan sebagai kata nama?

3. Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam pendefinisian


bukan sahaja bagi golongan kata tetapi juga bagi klausa telah menimbulkan kekeliruan.
[Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan kesalahan sebelum
ini] Dalam ayat ini, jika [yang] dianggap sebagai „kerana dia‟, maka klausa „yang tidak
melakukan kesalahan sebelum ini‟ akan dikelaskan sebagai klausa adverbial sebab-
akibat; tetapi jika [yang] dianggap ganti nama relatif yang menerangkan kata nama
„anak kami‟, klausa selepasnya itu akan dikelaskan sebagai klausa adjektif. Dalam ayat;
[Dialah adik saya yang menceritakan tentang berita tersebut] „yang menceritakan
tentang berita itu‟ menerangkan „adik saya‟. Dalam hal ini ia adalah klausa adjektif; ia
juga dapat menerangkan „dialah‟. Dalam hal ini juga ia dianggap klausa nama yang
berfungsi sebagai komplemen kepada „dialah‟. Di sini berlaku dua fungsi dan oleh itu
menimbulkan konflik.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


4. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik)
Kita ambil sahaja ayat:[Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan]
Kita akan bertanya, „Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang sedang
dalam pembinaan dalam hubungan tersebut?‟ Masalah makna boleh wujud kerana
boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud „Kami bergantung pada
dinding yang sedang dibina‟ atau „Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang‟.

5. Semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dan
tatabahasa. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai
identifikasi golongan kata dan analisis ayat, pada umumnya tatabahasa diberikan
maksud sebagai kajian „bahasa yang betul‟. Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasa
dan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan
proskriptif.

6. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian „subjek‟ ayat dan „kasus‟ dalam ayat,
subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek nasional, subjek eliptis,
subjek apositif, subjek frasa, subjek klausa dan sebagainya.

7. Dalam tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi. Ini


kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia
dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi.

8. Sebagai tambahan, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam
nahu tradisional. Dalam ayat seperti „Dia bercadang mengambil bas untuk ke Kelantan‟,
„Dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui siapa dia‟ dan „Dia
mengetahui banyak maklumat tanpa kajian‟, hubungan dalaman dapat menunjukkan
sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contoh
dikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses pembinaan
ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai. Bagi setiap rumus, terdapat
banyak kekecualian. Apabila kekecualian didapati lebih daripada yang seragam dalam
bahasa, bagaimanakah kita dapat mempelajari bahasa tersebut? Lebih pelik lagi ialah,
semasa otak pelajar menemui keseragaman dalam apa yang dipanggil kekecualian,
ahli bahasa menjadi bingung untuk menerangkan kebenaran tersebut. Di manakah
kebenaran yang dikatakan nahu itu, sedangkan unsur yang tidak seragam masih
merupakan sifat bahasa yang dipelajari itu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 5 TATABAHASA STRUKTURAL (TS)

Sejarah pertumbuhan Tatabahasa Struktural sering dikaitkan dengan pertumbuhan


linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada awal tahun-
tahun 1930-an. Ia berkembang antara tahun-tahun 1940-an hingga pertengahan tahun-
tahun 1950-an. Sekarang kita meneliti beberapa kriteria penting mengenai tatabahasa
struktural.

5.1 Definisi Tatabahasa Struktural

TS mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran TS


menekankan bahawa tatabahasa:
“…is concerned with the observable forms, structural functions and inter-relations of the
components of sentences of stretches of utterance” (Robins, 1971).
Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini “…merangkumi bentuk-bentuk
maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen
ayat dalam rantaian pertuturan.

5.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Struktural

Ahli-ahli Prague Linguistic Circle tahun 1929 menggunakan istilah structuralism yang
membawa pengertian bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu
struktur unit-unit yang berhubungan. Tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk
mengkaji unsur-unsur bukan sahaja sebagai struktur-struktur yang berasingan tetapi
sebagai satu keseluruhan sistem. Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan,
muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Harris, Wells dan Hocket yang membawa
pengertian metodologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, Taxonomist dan
Bloomfieldian.
TS seringkali dikait dengan era Linguistik Moden, hal demikian kerana ahli-ahli
bahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif. Antara tokoh yang menjadi
pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor
kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


dengan nama Course in general Linguistics. Sesesungguhnya Ferdinand ialah orang
pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ferdinand menyatakan bahasa
mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah TS yang menekan kepada aspek
sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand
berkembang dengan pelbagai mazhab tertubuh antaranya ialah mazhab Geneva,
Draha dan Glosematik.
Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir juga
banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal
ialah Z.S. Harris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Harris jelas
terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistics (1951). Dalam bukunya itu, Harris
didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan
untuk mengkaji tatabahasa. Pada pertengahan tahun 1950-an, suatu perkembangan
baharu yang dibawa oleh Noam Chomsky iaitu Tatabahasa Tranformasi Generatif telah
mengambil alih pengaruh TS. Kita akan meneliti sejarah TTG dalam bab akan datang.

Akhiran Zaman Linguistik Tradisional

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden


(Ferdinand de Saussure)

Geneva Draha Glosematik

(Franz Boas, L. Bloomfield, Edward Sapir, Z. S Harris)

Sejarah Perkembangan Linguistik Struktural

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


tagmemik ( K.L. Pike, R.C. Longacre)
L. Bloomfield tatabahasa stratifikasi ( S. M. Lamb)
Z. S. Harris
E. Sapir

O. Jesperson N. Chomsky- tatabahasa transformasi generatif


L. Tesniere

F.de Saussure J. R. Firth & Mazhab London tatabahasa sistemik


( C. F. Bazell, R. H. Robins) ( M. A. K. Halliday)

Peringkat Awal Mazhab Prague Peringkat Kemudian Mazhab


( N.S. Truhetskoy, R. Jakobson, J. Vachek) Prague ( F. Daries, J. Firbas)

Mazhab Geneva
(C. Bally A. Sechehaye, H. Frei)

Mazhab Copenhagen
( I. Hjelmslev-glossematics)

Mazhab Moskow S. K. Shanmayan dan tatabahasa aplikasi

Mazhab-mazhab Linguistik dan Tokoh-tokoh Utama ( Dipetik daripada Allerton, 1970)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


5.2.1 Tokoh Tatabahasa Struktural

5.2.1.1 Tokoh Tatabahasa Struktural Barat

Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics

L. Bloomfield –Language (1933)

Edward Sapir – Language (1881)

Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951)

dan ramai lagi lagi.

5.2.1.2 Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu

Era Tahun 1960-an

Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah:

Asmah Hj. Omar (1968) – Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa
Indonesia Satu Perbandingan Pola.

Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) – An Introduction to Malay Grammar

Asmah Hj. Omar (1970) – Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur
(Buku 1-V)

Asraf (1971) – Mari Belajar Bahasa Kita

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Contoh Tatabahasa Struktural
Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Daftar Isi

• Pendekatan • Penggandaan

• Morfem dan Penambah • Frasa

• Kata • Frasa Nama

• Kata Nama • Frasa Bilangan

• Pembentukan Kata Nama Berlapis • Frasa Kerja

• Pembentukan Kata Nama Berlapis • Frasa Sifat


dengan Penambah Pinjaman
• Frasa Preposisi
• Kata Ganti Nama
• Frasa Adverba
• Kata Bilangan
• Klausa
• Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal
• Ayat
• Kata Kerja Bantu
• Ayat dan Sistem
• Pembentukan Kata Kerja Berlapis
• Ayat dan Modus
• Kata Sifat

• Pembentukan Kata Sifat Berlapis

• Pembentukan Kata Sifat Berlapis


dengan Penambah Pinjaman

• Kata Nafi

• Kata Supraayat: pun, juga, jua, pula,


sahaja

• Kata Adverba

• Partikel dan Penghubung

• Kata Majmuk

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumusan:

Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau
menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran
Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of
London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau
terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari
tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala
tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif
iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan
digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek
morfologi dan sintaksis secara mendalam.

5.3 Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural

Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa


merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit
tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri.
Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini:
Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan
Bahasa ialah satu sistem
Sistem bahasa ialah arbitrari
Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur


tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu
mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam
kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat
sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen
dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat
yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar.
Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini
digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957).
Secara khususnya. Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:
Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu
bahasa, justeru makna tidak diambil kira.
Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain.
Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu
unsur tatabahasa.
Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat.
Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik.
Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul.

Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan


kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


5.4 Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa Struktural

Urutan
Unit Nahu
Tingkat
1 Ayat
2 Klausa SINTAKSIS
3 Frasa
4 Kata
5 Morfem MORFOLOGI
6 Fonem
7 Fon FONOLOGI

Tatatingkat Unit Nahu Struktural

Jadual di atas menggambarkan satu skema yang dapat menerangkan dengan


jelas urutan tatatingkat yang disebut itu, bermula dengan unit yang paling besar atau
atas, iaitu ayat dan berakhir dengn unit paling kecil, morfem.
Skema tatatingkat unit-unit nahu di atas menunjukkan peringkat dalam konteks
memperkatakan nahu. Tiap-tiap peringkat itu diisi atau diwakili oleh unsur atau unit
nahu, yang merupakan ayat, klausa, frasa, kata dan morfem.
Dari skema itu dapat dilihat bahawa ayat menduduki peringkat paling atas dan
dengan itu ayat dikatakan unit nahu yang paling besar disebabkan semua unit nahu lain
terangkum di dalamnya. Ini bermakna dalam kajian nahu, tidak ada peringkat yang lebih
atas daripada ayat.
Semua penelitian akan bertumpu pada peringkat paling atas itu. Begitu juga hal
dengan peringkat paling bawah dalam struktur nahu, morfem yang menempati dan
merupakan unit nahu yang paling kecil. Pada peringkat fonem dan fon, keadaan ini
terpisah menjadi satu kajian lain dan tidak termasuk dalam analisis tatabahasa. Kajian
nahu struktural dipaparkan dengan berpandukan skema di atas.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


5.5 Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Tatabahasa Struktural

Sebelum kita mengerti konsep asas tatabahasa struktural, kita mengenali dulu dua
istilah penting dalam aliran struktural.
Secara umum, struktur bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripada
bahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain. Jika dilihat
dari sudut unsur pembentukan, maka pengertian struktur dapat dibatasi sebagai
bahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar yang secara
fungsional bertalian satu sama lain.
Sistem boleh dianggap sinonim dengan pengertian struktur seperti yang
dikemukakan di atas adalah perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti oleh
penutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasa
itu. Jadi sistem lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya.
Oleh sebab tatabahasa merangkumi dua bidang, morfologi dan sintaksis yang
saling berkaitan, maka pendekatan struktural mencadangkan maksud morfologi itu
diketahui terlebih dahulu. Morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yang
bermakna, bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata. Prosedur
penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Morfem hendaklah dikenal pasti sebagai unit
terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa.
Sesetengah ahli bahasa menghuraikan morfem sebagai „unsur pola nahu terkecil
yang berulang-ulang kejadiannya‟ dan meninggalkan „makna‟ terkeluar daripada
definisi. Perbezaan antara kata read dan reads dalam bahasa Inggeris adalah minimal,
tetapi perbezaan antara read dan readers (read + er + s) adalah bukan minimal.
Oleh sebab itu konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas. Morfem
merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna yang sama, yang bukan tersebar
secara konstratif, sama ada dalam persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi
bebas. Alomorf merupakan salah satu daripada morfem.
Pada bahagian sintaksis pula ia lebih kepada analisis konstituen terdekat. Untuk
itu, boleh rujuk kepada sub-topik di bawah iaitu Analisis Konstituen Terdekat untuk
mendapat pemahaman lebih lanjut.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


5.5.1 Pengenalan Analisis Konstituen Terdekat

Lebih satu dekad selepas terbitnya Language oleh Bloomfield, Rulon Wells berusaha
untuk memperbaiki alat yang digunakan oleh Bloomfield, iaitu konstituen terdekat
(immediate constituents). Tujuannya ialah untuk memberikan teori sistematis dan
bersepadu tentang penentuan konstituen bagi setiap ujaran.
Selain itu, tujuan asas analisis konstituen terdekat ialah untuk menganalisis
setiap ujaran dan setiap konstituen kepada urutan bebas yang maksimum. Tugas
analisis konstituen terdekat merupakan tugas yang bukan sahaja menghuraikan
kejadian ujaran, tetapi juga menghuraikan apakah konstituen yang membentuk ujaran
tersebut.
Sekarang kita meneliti definisi konstituen terdekat yang dinyatakan oleh Abdullah
Hassan (1980) bahawa merupakan unsur yang secara langsung mempunyai hubungan
untuk mendirikan sesuatu konstruksi (binaan). Kita mencari konstituennya mengikut
peringkat demi peringkat. Hubungan konstituen ini kebiasaannya dalam bahasa lisan
ditandai dengan intonasi tertentu. Terdapat dua cara penentuan konstituen terdekat
iaitu ciri penggantian dan ciri perluasan.
Contoh analisis konstituen terdekat:
Adik tidur awal malam tadi

Bapa Alia makan bihun goreng

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Bapa Alia makan bihun goreng
Bapa Alia makan laksa
Saya makan laksa
Saya minum

Ciri Penggantian dan Ciri Perluasan

Adalah jelas bahawa jenis tatabahasa ini bukan sahaja bermaksud pengeluaran
ayat-ayat; tetapi ia hanya suatu prosedur untuk mencari dan menentukan unit-unit.
Dalam usaha mencari dan menentukan struktur unit-unit linguistik iaitu ayat atau kata,
kita dapat membahagikannya kepada dua komponen bergantung pada darjah
penggugusan. Pembahagian binari seperti ini berlaku dengan jayanya pada semua
aras, dan pembahagian ini menunjukkan hierarki penstrukturan. Contohnya adalah
seperti di bawah:

Budak lelaki itu membunuh ular kapak.

itu membunuh

budak lelaki ular kapak

Kesukaran memang timbul di mana-mana dalam analisis tatabahasa. Walaupun


demikian, analisis konstituen dapat dianggap pendekatan yang berguna dalam usaha
menghuraikan bagaimana morfem-morfem dan kata saling berhubungan antara satu
dengan yang lainnya dalam pengucapan. Seluruh pengucapan dapat digambarajahkan
menggunakan analisis jenis ini, gambar rajah yang terhasil nanti dipanggil pohon
konstituen. Rujuk gambar rajah di atas.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumusannya, teknik analisis konstituen didapati banyak gunanya dari aspek
menunjukkan kepada kita betapa struktur sesuatu ayat boleh diwakili sebagai jajaran
binaan mengikut tatatingkat berdasarkan pembahagian kepada dua (binari). Di bawah
merupakan satu cara menganalisis ayat menggunakan konstituen terdekat dengan
pemaparan bahasa Melayu sebagai datanya.

5.5.1.1 Analisis Konstituen Terdekat

Ayat terdiri daripada konstituen-konstituen. Dua daripada konstituen terbesar dalam


sesuatu ayat ialah konstituen subjek dan konstituen predikat, yang dikenali juga
sebagai frasa subjek dan frasa predikat. Subjek dan predikat ini pula dapat dipecah-
pecahkan kepada konstituen-konstituen yang lebih kecil iaitu perkataan-perkataan.

Binaan sesuatu ayat dapat dilihat sebagai terdiri daripada konstituen-konstituen


kecil ini yang kemudiannya bergabung untuk membentuk konstituen-konstituen yang
lebih besar. Perhatikan ayat berikut:

Budak itu sedang mendengar lagu.

Dalam ayat ini, dua konstituen terbesar iaitu budak itu (subjek ayat) dan sedang
mendengar lagu (predikat ayat). Subjek ayat dapat dipecahkan kepada dua konstituen
kecil iaitu budak dan itu, manakala predikatnya dapat dipecahkan kepada konstituen-
konstituen mendengar lagu dan sedang. Konstituen mendengar lagu pula dapat
dipecahkan kepada mendengar dan lagu. Secara grafik, pemecahan ayat di atas
kepada konstituen-konstituen dan hubungan antara konstituen-konstituen itu dapat
digambarkan seperti yang berikut:

[Budak itu] [sedang mendengar lagu]


Budak itu sedang mendengar lagu

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Analisis ayat seperti ini, iaitu yang melihat hubungan antara konstituen-konstituennya
disebut analisis konstituen terdekat. Analisis konstituen terdekat boleh dibuat pada
peringkat frasa dan juga ayat. Beberapa contoh:

Peringkat Frasa

guru sekolah rendah

belum membaca buku

masih kecil pada waktu itu

dari pusat sumber sekolah

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Peringkat Ayat

Kami guru dari institut pendidikan.

Rumah di atas bukit itu rumah Puan Nadia.

Pintu depan asrama sekolah masih tertutup.

Sebenarnya teknik analisis ini mempunyai beberapa kelemahan yang menimbulkan


masalah. Masalahnya adalah berkaitan dengan semantik. Namun bukan semua
masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh teknik analisis konstituen terdekat, tetapi
peranan intuisi seharusnya dielakkan agar tidak terlibat atau terkait dalam analisis.
Disebabkan hal sedemikian, tatabahasa transformasi generatif cuba mengatasi dengan
menggunakan rajah pohon melalui penggunaan rumus. Kita akan menyelusuri
penggunaan teknik analisis rajah pohon dalam Bab 6: Tatabahasa Transformasi
Generatif untuk melihat perbezaan cara menganalisis ayat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


5.6 Rumusan Tatabahasa Struktural

Tatabahasa Struktural juga dikenali sebagai aliran deskriptif. Aliran ini diperkenalkan
oleh Ferdinand de Saussure sebagai Bapa Linguistik Moden. Sebenarnya istilah
strukturalisme mendukung maksud
pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit dan
khusus kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem.
Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pegangan yang membezakan langue dan
parole menghasilkan aliran ini. Ahli-ahli bahasa terdahulu meninggalkan aspek-aspek
sejarah bahasa dan penyelidikan bersifat diakronik lalu menumpukan terhadap aspek-
aspek sinkronik bahasa. Jika diteliti kepada perkembangan linguistik, memang jelas
aliran struktural mendapat pengaruh yang mendalam seperti wujudnya pelbagai
mazhab.
Bahasa pada dahulu kala menjadi bahan kajian sejak zaman berzaman. Sarjana-
sarjana lampau seperti Plato, Stoic dan Aristotle sering membincangkan asal usul dan
sifat-sifat bahasa. Tradisi ini berlanjutan hingga ke abad 19 - 20. Dalam bidang
tatabahasa, penyelidikan terhadap bahasa Yunani dan Romawi menimbulkan konsep
preskriptif iaitu tradisi yang menekankan aspek penggunaan bahasa yang „betul
sahaja‟. Justeru itu lahirlah pelbagai kajian terhadap tatabahasa dengan mengambil kira
pendekatan berupa notion, normatif dan tradisional. Tradisi ini berkembang dan
mempengaruhi kegiatan kebahasaan seluruh dunia.
Pendekatan struktural berupa pendekatan sejarah (diakronik) yang disebabkan
pengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi, maka pendekatan dalam
bidang ilmu bahasa condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang
selaras. Kajian ini lebih bersifat ilmiah dan empiris dengan fakta-fakta yang penting dan
jitu untuk dijadikan bahan kajian. Aspek penting dalam strukturalisme ialah sosial dan
formal. Dengan sosial dimaksudkan tujuan utama pendekatan ini yang digunakan bagi
menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penuturnya. Formal
pula diertikan sebagai semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti empirikal
berasaskan sains.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Jadi kemunculan teori struktural adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan
kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat di atasi atau
terjawab oleh aliran tradisional. Di samping itu, perubahan mendadak kajian bahasa
yang selama ini berkisar terhadap sinkronik dilihat beralih kepada diakronik. Perubahan
kajian menunjukkan betapa pegangan tradisional memperlihat kelemahan yang besar
justeru aliran ini berusaha untuk membaiki dan memaparkan bahan data secara
empirikal. Melalui aliran struktural inilah pelbagai pendekatan muncul dalam memerikan
tatabahasa antaranya formal, tagmemik, struktur, tingkatan, kasus, glosematik, skala –
kategori, sistemik – fungsional, stratifikasi dan pelbagai lagi. Aliran tatabahasa
transformasi generatif juga pada permulaannya mendapat pengaruh struktural, namun
disebabkan terdapat beberapa kelemahan mewujudkan teori baharu dalam mengatasi
permasalahan ini. Tatabahasa Transformasi Generatif kita akan teliti pada bab
seterusnya. Secara umumnya, pendekatan utama tatabahasa struktural ialah deskriptif
iaitu penghuraian segala kemungkinan yang berlaku dalam sesuatu bahasa. Hal ini
berbeza dengan tatabahasa tradisional yang mementingkan preskriptif. Perbezaan
pendekatan inilah mewujudkan aliran struktural pada abad ke-19.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 6 TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG)

Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik


pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic
Structures. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of
Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan
formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus
semacam rumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular
di kalangan para linguis seantero dunia. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin
Fonologi Generatif, Semantik Generatif dan sebagainya.

6.1 Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk
menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa
berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang
mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami
pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya.
Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang
menganggap nahu sebagai „a device of some sort for producing the sentences of the
language under analysis’, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif
dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi
menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.
Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan
kepada tiga komponen, iaitu:

I. sintaksis
II. semantik
III. fonologi

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif

Sebelum tahun 1957, penganalisisan tatabahasa yang terkenal adalah melalui aliran
tradisional yang berbentuk notion dan aliran struktural yang berbentuk formal. Aliran
struktural yang dipelopori oleh Ferdinand de Saussure dan L. Bloomfield dengan
mendasarkan konsep konstituen terdekat. Oleh sebab terdapat pelbagai kelemahan
dalam aliran ini, maka timbullah kesedaran untuk memperbaikinya.
Tatabahasa transformasi mula-mula diperkenalkan oleh Noam Chomsky melalui
disertasinya untuk mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang bahasa berjudul
Transformal Analysis. Dua tahun kemudian, beliau telah melahirkan bukunya Syntatic
Structure. Buku yang dilahirkan dalam tahun 1957 ini merupakan hasil kajian beliau
yang penting dan dalamnya terdapat garis-garis pendekatan Tatabahasa Transformasi
Generatif. Dalam tahun 1965, Chomsky memperluas perbincangannya melalui buku
Aspect of the Theory of Syntax dan kemudian membicarakannya sekali lagi dalam buku
berjudul Language and Mind pada tahun 1968. Hasil penulisannya telah diterima oleh
rakan-rakannya di Institut Technology Massachussetts (MIT), Amerika. Chomsky dan
rakan-rakannya memperkenal aliran tatabahasa ini di kalangan ahli-ahli bahasa dan
pelajar-pelajar bahasa.
Aliran ini bukan sahaja berkembang di Amerika, malah pengaruhnya telah
menular ke negara-negara Eropah. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara
Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara. Di negara kita, pengaruh
tatabahasa ini jelas kelihatan dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu
yang ditulis oleh Lufti Abas pada tahun 1971. Abdullah Hassan, dalam bukunya
Linguistik Am (1980) ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konsep
tatabahasa ini dan juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu
transformasi. Itulah serba sedikit permulaan TTG menular ke Malaysia. Dan sekarang
jelas menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat dengan
pelbagai pembaharuan terhadap teori-teori TG misalnya Teori Kuasaan dan Tambatan,
Teori Kasus, Teori Theta, Teori Kontrol dan sebagainya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.2.1 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif

6.2.1.1 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat

Noam Chomsky- Aspect of the Theory of Syntax

Jackendoff (1971), Halle (1973), Siegel (1974), Aronoff (1976), Allen (1978) dan lain-
lain.

6.2.1.2 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu

Era Tahun 1970 - 2009

Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah:

Lufti Abas (1971) – Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu


Abdullah Hassan (1980) – Linguistik Am
Nik Safiah Karim et al. (1991) – Tatabahasa Dewan
Mashudi Kader (1981) – The Syntax of Malay Interrogatives
Nik Safiah Karim (1978) – Bahasa Malaysia Syntax
Ramli Hj. Salleh (1995) – Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan
Tambatan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Contoh Tatabahasa Transformasi Generatif
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Isi

Bahagian І - Sejarah dan Variasi


Bahasa
Bab 1 - Sejarah Ringkas Bahasa
Melayu
Bab 2 - Variasi Bahasa Melayu

Bahagian ІІ - Morfologi
Bab 3 - Morfologi:Satu Pengenalan
Bab 4 - Pembentukan Kata
Bab 5 - Golongan Kata
Bab 6 - Kata Nama
Bab 7 - Kata Kerja
Bab 8 - Kata Adjektif
Bab 9 - Kata Tugas
Bab 10 - Pembentukan Perkataan Baharu

Bahagian ІІІ - Sintaksis


Bab 11 - Sintaksis: Satu Pengenalan
Bab 12 - Frasa Nama
Bab 13 - Frasa Kerja
Bab 14 - Frasa Adjektif
Bab 15 - Frasa Sendi Nama
Bab 16 - Ayat
Bab 17 - Ayat Tunggal
Bab 18 - Ayat Majmuk
Bab 19 - Proses Penerbitan Ayat

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumusan:

Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap


prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah ke
institusi pengajian tinggi. Tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. Ini
terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika pada
tahun 1975. Farid M. Onn di Universiti of Illinois pada tahun 1976. Berdasarkan aliran
linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika, bukti penerimaan penuh
terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau
kaedah pegangan aliran lain. Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan
Kamus Dewan sahaja. Di samping itu, nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadap
struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Antara lain ialah penggunaan
bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Rumusannya, nahu ini
melibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.3 Komponen Yang Membentuk Struktur Dalam Transformasi Generatif

Representasi Semantik

Komponen Semantik

Rumus Struktur
STRUKTUR Leksikon atau
DALAMAN kamus
Frasa (RSF)

Rumus Transformasi

STRUKTUR
PERMUKAAN

Komponen Fonologi

Representasi Fonetik

Tatabahasa Model Generatif

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4 Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Transformasi Generatif

Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitu generatif, kreatif,
eksplisit, gramatis dan transformasional. Perkara ini tidak akan dibincangkan kerana ia
memerlukan satu huraian yang terperinci, oleh itu saya hanya mengambil konsep yang
utama sahaja dalam menerangkan TTG ini. Terdapat dua konsep utama yang diambil
kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur
permukaan. Kita akan mengkaji kedua-dua konsep penting di bawah ini.

6.4.1 Kecekapan dan Perlakuan Berbahasa

Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan
penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan
ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu
bahasa. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya
eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami
pelbagai ayat dalam bahasanya.
Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai dua
bahagian bahasa, iaitu kecekapan dan perlakuan. Kecekapan ini (tatabahasa) berada
di dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitan
dan pemahaman, iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami.
Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak
yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya. Kecekapan
merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri
daripada satu sistem rumus-rumus. Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan
inti TTG. Jadi, kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau
penggunaan bahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Perlakuan (performance) pula
berlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk proses
penerbitan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Oleh itu, diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini ialah:
Competence (kecekapan atau pengetahuan), iaitu ilmu atau pengetahuan bahasa yang
implicit yang ada pada seseorang.
Performance (perlakuan), iaitu prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang
diketahuinya pada keadaan yang sesuai dan tepat.

Rumusannya, ahli-ahli nahu ini cuba melihat tingkat pengetahuan bahasa


seseorang melalui kebolehannya menggunakan bahasa tersebut.

Skema Kecekapan dan Perlakuan


(sumber: Simanjuntak, 1988b)

Kecekapan

Perlakuan
Teori Kecekapan
(TG)

Organisasi intelek
rohani Prinsip-prinsip dasar
Pemerolehan Bahasa
(jagat-jagat linguistik)

(tatabahasa sejagat)

Unsur-unsur bahasa
dan rumus-rumusnya

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.2 Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan

Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada
tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika, bernama Noam Chomsky. Beliau
mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa
transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral.
Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat
struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan.
Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat
dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi
menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan.
Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat
dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan
kata lain, membentuk semantik ayat.
Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah
mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan
bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan
untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi.
Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada
dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila
terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman,
maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa.
Teori TG mengandaikan bahawa kedua-dua rumus nahu ini sebahagian
daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Untuk memudahkan
kefahaman kita terhadap kedua-dua struktur ini, lihatlah contoh di bawah:

Ayat Dasar (struktur dalaman)

Encik Ali guru.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Ayat Transformasi (struktur permukaan)

Encik Ali bukan guru.


Encik Alikah guru?
Siapakah Encik Ali?
Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra.
Guru itu Encik Ali.

Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat


berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai
bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulah
sebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan
pelbagai ayat. Untuk pemahaman lebih lanjut, kita perlu menguasai konsep ayat dasar
dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis.
Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi
bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba
menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3 Rumus Sintaksis

Rumus Sintaksis terbahagi kepada dua iaitu:


Rumus Struktur Frasa
Rumus Transformasi

6.4.3.1 Rumus Struktur Frasa


Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi
struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. Dengan kata
lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan
hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara berbagai-bagai
bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Rumus struktur frasa dalam
bahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur berikut:

(1) A S+P
(2) S FN
(3) P FN
FK
FA
FS

(4) FN (BiL) + (Penj Bil) + (Gel) + KNInt + <KNInt> +


(Pen) + (Pent)

(5) FK (KB)+ KKtr + {Obj / AKomp} + (Ket)


KKttr + {Pel / AKomp}

(6) FA (KB) + (KPeng)+ Adj + (Ket) + (AKomp)

(7) FS (KB) + SN + (KNArah) +FN +{ (AKomp) / (Ket)}

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon, seperti yang
berikut:
(1).
A

S P

FN FN

(2). A

S P

FN₁ FK

(Pent) KN (KB) KK

KKtr FN₂

KN (Pent)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rajah pohon di atas kemudian mengalami suatu proses yang disebut penyisipan
leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut:

S P

FN₁ FK

(Pent) KN KK

KKtr FN₂
Si Abu
KN (Pent)
menonton

cerita itu

Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur
dalaman. Bentuk itu dianggap struktur “dalaman” oleh sebab tidak serupa dengan
bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur
dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan
menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi.
Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata,
menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2 Rumus Transformasi

Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini.
Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu
melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau
struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa
Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan
pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur
dalaman. Oleh itu dapat diringkaskan bahawa:

RUMUS TRANSFORMASI
Berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur
dalam ayat atau frasa.
Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input
kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur ayat membawa kepada
struktur permukaan.
Struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan
fonologi.
Proses transformasi melibatkan proses pengguguran, penyusunan semula atau
perluasan.

Di bawah ini merupakan tiga proses transformasi iaitu proses pengguguran,


penyusunan semula dan peluasan. Kita teliti satu persatu proses demikian untuk
mendapat kefahaman serba-sedikit mengenai rumus transformasi.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.1 Proses Pengguguran
Proses transformasi pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu dalam binaan ayat pada peringkat struktur permukaan.

6.4.3.2.1.1 Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek


a) b)
A A

S P S P
Transformasi
FN FK pengguguran FN FK

Roslan jemput masuk Ø jemput masuk

a) Roslan jemput masuk. b) Jemput masuk.

6.4.3.2.1.2 Pengguguran Frasa Predikat

a) A
A A

S P KH S P

FN FK FN FK

Hakimah sudah bertunang dan Najib sudah bertunang

Transformasi pengguguran frasa predikat frasa kerja yang sama

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


b)
A
A A

S P KH S P

FN FK FN FK

Hakimah Ø dan Najib sudah bertunang

Ayat yang terhasil adalah seperti berikut:


Hakimah dan Najib sudah bertunang.

Pengguguran frasa predikat lain:


i) Predikat frasa nama
a) Janah pemain hoki. Farhana pemain hoki. b) Janah dan Farhana pemain hoki.

ii) Predikat frasa adjektif


a) Zila sangat rajin. Dila sangat rajin. b) Zila dan Dila sangat rajin.

iii) Predikat frasa sendi nama


a) Baju Nadia di ampaian. Seluar Mimi di ampaian
b) Baju Nadia dan seluar Mimi di ampaian.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

a) A

S P

FN A1
sahabat saya
gadis itu gadis itu
berbaju hitam

b) A

S P

FN Rel
sahabat saya
Ø yang
berbaju hitam

6.4.3.2.1.4 Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai Inti dalam Frasa
Nama.
a) A

S P

FN FK

KN Inti Pen boleh menyihatkan


kegiatan bersenam badan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


b) A

S P

FN FK

KN Inti Pen boleh menyihatkan


Ø bersenam badan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.2 Proses Penyusunan Semula
Proses penyusunan semula mengubah susunan bentuk perkataan dalam ayat asal dan
diterbitkan satu struktur ayat gramatis yang baru. Hal ini mengakibatkan perubahan
atau pengguguran kata-kata tertentu dan penambahan kata-kata lain pada ayat yang
diterbitkan tanpa mengubah makna ayat.

6.4.3.2.2.1 Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek


a) A

S P

FN FK

Izyan KK FN

meN- jual batik Terengganu

transformasi pasif

b) A

S P

FN FK

Batik Terengganu itu KK FN

di- jual oleh Izyan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.2.2 Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek
a) A

S P

FN1 FK

Priscilla KK FN2 FN3


menghadiahi Nurul
seutas rantai

transformasi susun semula


b) A

S P

FN1 FK

Priscilla KK FN2 FS
menghadiahkan
seutas rantai KS FN3
kepada Nurul

6.4.3.2.2.3 Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang


Ayat yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat dan seumpamanya boleh
disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan
a) Reha bertolak ke Sungai Petani semalam.
b) Semalam Reha bertolak ke Sungai Petani.
c) Bertolak Reha ke Sungai Petani semalam.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.3 Proses Peluasan
Proses peluasan melibatkan penambahan unsur-unsur dalam ayat baru. Unsur-unsur
ini boleh terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata hubung.

6.4.3.2.3.1 Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek


a) A

S P

FN A1
kekasih saya
gadis itu S P

FN FA

gadis itu cantik

transformasi relativisasi

b) A

S P

FN FN

gadis yang cantik itu kekasih saya

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.3.2 Peluasan Frasa Predikat

a) A

S P

FN1 FK

KN KK FN2

Hafiz membelai FN A2

kucing itu kucing itu comel

transformasi relativisasi

b) A

S P

FN1 FK FN2

KN KK

Hafiz membelai kucing yang comel itu

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.4.3.2.3.3 Peluasan dengan Kata Hubung

Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata hubung
a) Farah pergi ke pasar
b) Farah membeli ikan
= Farah pergi ke pasar untuk membeli ikan.

6.4.3.2.3.4 Peluasan melalui proses komplementasi

a) Nabil memberitahu kami


b) Jamuan hari raya ditangguhkan.
= Nabil memberitahu kami bahawa jamuan hari raya ditangguhkan.

Itulah beberapa contoh proses transformasi yang diterangkan secara kasar


tanpa huraian. Buku yang sesuai untuk merujuk proses rumus transformasi ialah
Tatabahasa Dewan dan Linguistik Am. Penerangan rumus transformasi diterangkan
dalam bahagian bab 10 dalam sub-tajuk ayat terbitan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.5 Analisis Rajah Pohon

Maklumat yang disampaikan melalui analisis konstituen terdekat yang digunakan dalam
tatabahasa struktural dapat juga disampaikan melalui analisis rajah pohon. Rajah
pohon menggambarkan ayat sebagai sebuah pohon dengan dua cabang utama, iaitu
subjek dan predikat, yang mempunyai dahan dan ranting, yang merupakan unsur-unsur
atau konstituen dalam ayat.

Konstituen-konstituen dalam sesebuah rajah pohon dikenali melalui binaan


masing-masing, iaitu sama ada jenis frasa atau golongan kata tertentu. Berikut ialah
beberapa singkatan bagi nama-nama frasa dan perkataan yang digunakan dalam
analisis:

A = ayat KK = kata kerja


S = subjek KA = kata adjektif
P = predikat KS = kata sendi nama
FN = frasa nama KB = kata bantu
FK = frasa kerja KPen = kata penentu
FA = frasa adjektif KGn = kata ganti nama
FS = frasa sendi nama KAr = kata arah
KN = kata nama KP = kata penguat

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Dengan menggunakan konsep pohon dan singkatan-singkatan lambang di atas, berikut
ialah analisis rajah pohon.
Contohnya:
Budak itu sedang mendengar lagu.

S P

FN FK

KN KPen KB KK KN

Budak itu sedang mendengar lagu

Ayah saya pegawai polis.


A

S P

FN FN

KN KGn KN KN

Ayah saya pegawai polis

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Ibu dari dalam bilik.
A

S P

FN FS

KN KS KAr KN

ibu dari dalam bilik

Adik rakan kami sangat malas.


A

S P

FN FA

KN FN KP KA

KN KGn

Adik rakan kami sangat malas

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


6.6 Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif

Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi
semua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi, dan merangkumi faktor-
faktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan
nama REST (Revised Extended Standard Theory). Teori ini lahir atau wujud hasil
daripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. Teori ini
diperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang
juga dikenali „Tatabahasa Transformasi Klasik‟. Buku ini merangkumi tujuan teori-teori
linguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa. Kemudian, disusuli dengan
Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teori
mengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu. Namun pada
tahun 1972, satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theory
dan menjadi Revised Extended Standard Theory pada tahun 1975. Pembaharuan lain
yang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baik
daripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory (Teori Kuasaan dan
Tambatan) pada tahun 1981. Terakhir teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist
Program pada tahun 1995.
Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan
kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau
terjawab oleh aliran struktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasa
transformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis.

Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis)

Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau
aturan.
Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa
Manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa (APB, iaitu
alat pemerolehan bahasa atau LAD, iaitu language acquition device)
Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia
berfikir.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 7 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU

7.1 Definisi Pembentukan Kata

Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata dari
segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga
hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan
kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang
dikenal sebagai morfologi.
Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Misalnya, kita
perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen,
didik, dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik
ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu
pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat
abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan.
Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai
permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu.
Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan
unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal.
Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran
sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan
aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini, proses
morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas
pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

7.2 Bidang Morfologi meliputi aspek:

Penggolongan Kata

Proses Pembentukan Kata

Bentuk Kata Terhasil

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.3 Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana

Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi,
maka sudah jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam
bahasa Melayu banyak meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana
tersebut.
Sebagai permulaannya, Aristotle (384-322 SM) membahagikan perkataan
kepada 10 golongan. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100
SM) dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang
menjadi batu asas kepada mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah selepas itu.
Beliau menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. Tatabahasa Yunani kemudian
disadur oleh tatabahasa Romawi. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8
golongan dalam buku yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa). Bagi
golongan perkataan bahasa Inggeris., R. Quirk dan S. Greenbaum (1973)
membahagikan perkataan kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama, kata adjektif, kata
kerja, kata adverb) dan kumpulan B (kata article, kata tunjuk, kata ganti nama, kata
sendi, kata hubung dan kata seru)
Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari
karya W. Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga
golongan iaitu: Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Satu hal yang menarik
mengenai karya beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan
bahasa-bahasa Eropah seperti yang dibuat oleh Za‟ba. Ada juga pengaruh kajian
Marsden terhadap kajian Asmah Hj. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj. Omar lebih
rinci dan menyeluruh.
R.O. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Winstedt
sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud
dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya diserap daripada bahasa Yunani-Romawi.
Beliau membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja, namun dalam
bahasa Melayu unsur tersebut tidak wujud. Namun demikian, kajian Winstedt membuat
satu persepsi jelas dan tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. Winstedt
membahagikan perkataan kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan
Golongan Minor. Golongan Major terdiri daripada Kata Namaan, Kata Adjektif dan Kata

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Kerjaan. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama, Angka,
Kata Keterangan, kata Sendi dan Kata Depan, kata Hubung serta Kata Seru.
Pada tahun 1947, Za‟ba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Za‟ba cuba
mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan
tatabahasa Inggeris dengan Tatabahasa Arab. Beliau menggunakan istilah jenis
perkataan untuk golongan perkataan. Dengan pendekatan demikian, beliau
menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama, Perbuatan, Sifat, Sendi dan
Seruan. Suatu perkara menarik tentang golongan perkataan yang dibuat oleh Za‟ba
ialah keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan
bahasa Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab.
Kajian yang dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1968) dilihat lebih saintifik
berbanding usaha-usaha terdahulu. Perkataan-perkataan tidak digolong berdasarkan
semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Bertitik tolak dari itu,
beliau membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih
terperinci dan meluas berbanding usaha Marsden, Winstedt dan Za‟ba. Di dalam buku
Nahu Melayu Mutakhir (1993), golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih
terperinci dengan melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. Malah golongan
kata adjektif yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada
Nahu Melayu Mutakhir.
Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Abdul Hamid
Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan
(Perkataan) pada 1987. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi
Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa
pegangan. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai
tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan
lagi dengan peredaran zaman. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan
iaitu 3 golongan major yakni kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Satu golongan
minor ialah kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba
sebagai keperluan pelabelan dalam Kamus Dewan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam TD
tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan Asmah
Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari daripada
penggolongan perkataan yang dibuat oleh sarjana Yunani-Romawi namun hanya
pendekatan kriteria sahaja yang membezakan penggolongan perkataan tersebut
diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Penggolongan Perkataan

Zaman Zaman Zaman


Zaman Greek Abad ke-18 hingga 20
Romawi Pertengahan Perbaharuan
Priscian &
Plato Aristotle Stoics Thrax Modistae Lyly & Jonson Lowth, Murray dan lain-lain
Donatus
Nama
Nama Nama Nama Nama Nama
Kata Sifat
Nama Nama Kata Ganti Kata Ganti
Kata
Kata Kata Ganti Kata Ganti Kata Ganti
Sandang Kata Sandang
Sandang
Partisip
Partisip Partisip Partisip Partisip
Kata Kerja Kata Kerja (Participle)
Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja
Kata Tak dapat Adverba Adverba Adverba Adverba Adverba
Kerja digolongkan Kata Depan Kata Depan Kata Depan Kata Depan Kata Depan
Kata
ke dalam Kata Kata Kata
Penghubung Kata Kata Penghubung
mana-mana Penghubung Penghubung Penghubung
Penghubung
golongan Kata Seru Kata Seru Kata Seru Kata Seru

Sumber: Disesuaikan dari buku R.D. King, Historical Linguistics and Generative Grammar, Prentice Hall Inc. Englewood, 1969.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Penggolongan Perkataan di Malaysia Mengikut Aliran Linguistik

Tradisional Struktural Transformasi Generatif

R.O. Nik Safiah Karim et.


Raja Ali Haji W. Marsden Za‟ba Asmah Omar Asraf Abdullah Hassan
Winstedt al.

Kata Nama Namaan Nama Nama Kata Nama Kata Nama Kata Nama

Golongan
Major
Harf (Kata Sifat Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif
Partikel Kata Tugas
Partikel)

Sendi Kata Sendi Kata Tugas


Kata Tugas
Seruan Kata Hubung Kata Partikel
Golongan
Perbuatan Kerjaan Minor Kerjaan
Kata Kerja Kata Kerja
Perbuatan Kata Kerja
Kata Keterangan Kata Adverba

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4 Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Berdasarkan Abdullah Hassan (2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam
bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan
pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan
membentuk imbuhan apabila mengalami proses pengimbuhan, bentuk yang
digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan.
Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan
bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata
terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan
kata akronim.

7.4.1 Proses Pengimbuhan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-
unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan
perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh
dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri
daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan
(2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini
dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa
Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata
dan mencipta perkataan baharu.
Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau
mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata
terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu
awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga
jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Pengimbuhan

Awalan Akhiran

Kata Nama Kata Nama


peN-, pel-, per-, ke-, maha-, -an, -wan, -wati, -man, -
tata-, pra-, sub-, eka- dan isme, -in, -at, dan –ah.
dwi-. Kata Kerja
Kata Kerja -kan, dan –i.
meN-, memper-, ber-, be-,
bel-, ter- dan di-.
Kata Adjektif
ter-, se-, dan te-.

Apitan Sisipan

Awal dan Akhir Kata Dasar Sisipan di Tengah


pe-..-an, me-...-kan, ke- ..-an Perkataan.
dan sebagainya. -el, -em, -er, dan –in.

Rajah 7.1 : Pengimbuhan


Sumber: Diubah suai daripada Ramli Md. Salleh (2007) dalam Linguistik Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.1.1 Pengimbuhan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan


unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998),
morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan
hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh
Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui
proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.
Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan,
mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.
Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau
mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata
terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu
awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga
jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .

7.4.1.1.1 Awalan

Awalan juga dikenali sebagai prefiks. Istilah ini berasal dari bahasa Latin praefixus yang
bererti melekat (fixus) sebelum sesuatu (prae). Alwi (1998) menyatakan bahawa prefiks
merupakan imbuhan yang ditempatkan di bahagian hadapan kata dasar. Awalan
digunakan di awal atau pada posisi kata dasar seperti per-baik, me-lawan, ber-buah,
dan lain-lain lagi. Bentuk imbuhan awalan hanya boleh digunakan untuk kata nama,
kata kerja dan kata adjektif. Ada tiga imbuhan awalan nama, iaitu peN-, pe- dan ke-.
Konklusinya, awalan adalah imbuhan yang hanya berlaku pada posisi awal kata dasar
sahaja. Contoh proses binaan awalan ialah:

[ pe - + lawak]

awalan dasar kata

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Contohnya adalah seperti berikut:

Awalan Kata Nama

Bentuk Maksud Contoh


orang atau benda yang pekebun, pelaut, peladang, pesawah,
pe -
melakukan perbuatan dan kerja pekedai
berlaku apabila dicantumkan
pembesar, pembaca, pembajak,
pem - dengan kata dasar yang
pembelot, pemburu
bermula dengan huruf b, f, v, p.
menunjukkan pekerjaan, sifat,
pencuri, penjaja, pendengar,
pen - alat, ukuran dan sesuatu yang
pentadbir, pentafsir
abstrak.
berlaku apabila dicantumkan
dengan kata dasar yang penggali, penghantar, pengkaji,
peng -
bermula dengan huruf vokal dan pengurus, pengasuh
g, h, kh.
penge - kekecualian pengecat, pengebom, pengetin
orang atau benda menjadi
ke - tumpuan maksud dalam kata ketua, kekasih, kekanda
dasar
maksud ahli atau orang yang
juruterbang, juruwang, jurubahasa,
juru - terlibat secara langsung dengan
jururawat
maksud kata dasar
maha - paling besar, tinggi, teragung mahasiswa, maharaja, mahaguru

tata - peraturan atau susunan tatabahasa, tatacara, tatasistem


prakata, prasejarah, prasyarat,
pra - sebelum menjadi syarat
prasekolah, prauniversiti
eka - satu ekabahasa, ekawarna, ekafungsi

dwi- dua dwibahasa, dwifungsi, dwikelas

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Awalan Kata Kerja

Bentuk Maksud Contoh


melihat, melawat, merawat, melompat,
bermula dengan cantuman
melombong
me - kata dasar l, m, n, ng, my, r,
w, y, p, t, k, s.
melakukan perbuatan dan membaca, membesar, membawa,
mem -
menyatakan keadaan membilang
men - melakukan sesuatu mendaki, mencari, mencuri, mendayung
meng - melakukan sesuatu menghijau,mengkritik, mengkaji
menge- kekecualian mengebom, mengecat, mengetuk
melakukan perbuatan dan mempersuami, memperlebar,
memper -
menyatakan keadaan memperkotak-katik
ber - melakukan perbuatan berlari, berbuah, berfikir
dicantumkan dengan kata
ter - termakan, terambil, terminum
kerja transitif atau tak.
dijadikan lebih atau
diper - diperoleh, diperisteri, diperlambat
bertambah

Awalan Kata Adjektif

Bentuk Maksud Contoh


ter- keadaan paling, perbandingan terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus
se - keadaan yang sama sehodoh, secantik, senipis, setebal

7.4.1.1.2 Akhiran

Sufiks atau akhiran merupakan imbuhan yang digunakan pada bahagian belakang kata
dasar. Menurut Alwi (1998) istilah ini berasal dari bahasa Latin suffixus yang memberi
makna melekat (fixus) di bawah (sub). Berdasarkan Wikipedia Indonesia, sufiks
merujuk kepada afiks yang dibubuhkan pada akhir sebuah kata contoh ialah “-nya”.
Manakala Abdullah Hassan (2006) menyebut akhiran adalah imbuhan yang berlaku
pada posisi akhir kata dasar. Rumusannya, akhiran adalah imbuhan yang berada
dibahagian belakang sesuatu kata dasar sahaja. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya
wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Akhiran Kata Nama

Bentuk Maksud Contoh


menunjukkan hasil, banyak,
-an pakaian, pendidikan, jahitan, mainan
alat, kawasan, ukuran, sifat
usahawan, karyawan, angkasawan,
-wan pelaku sesuatu perbuatan
hartawan, jutawan.
seniman, budiman, cantuman,
-man pemilik sesuatu benda atau sifat
pinjaman
pemilik sesuatu benda atau sifat
-wati seniwati, olahragawati, peragawati
daripada kalangan wanita
-isme kepercayaan pegangan komunisme, nasionalisme, patriotisme
-in kata nama lelaki hadirin, muslimin
-at kata nama perempuan hadirat, muslimat
-ah kata nama perempuan sultanah, ustazah

Akhiran Kata Kerja

Bentuk Maksud Contoh


menyebabkan jadi atau
-kan melakukan sesuatu untuk kecilkan, buatkan, gunakan
manfaat orang lain
memberi pengertian kausatif dan
-i duduki, rahmati, sakiti
lokatif atau unsur tempat.

Bagi memudahkan pemahaman tentang akhiran, di bawah merupakan rumus akhiran:


[ buat - + -an]

dasar kata akhiran

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.1.1.3 Apitan

Abdullah Hassan (2006) menyatakan apitan adalah imbuhan yang berlaku serentak
pada posisi awal dan akhir kata dasar. Apitan dapat disebut pula imbuhan kurungan
yang diistilah sebagai konfiks. Manakala Alwi (1998) menyatakan konfiks adalah
gabungan prefiks dan sufiks yang membentuk kesatuan dan secara serentak
diimbuhkan. Hashim Musa (1993) mengaitkan apitan dengan lingkungan yang didefinisi
sebagai formatif daripada jenis morfem terikat yang hadir di bahagian hadapan dan
belakang kata dasar secara serentak atau melingkungi dasar kata.

Apitan didapati wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa apitan digunakan pada
kedudukan awal dan akhir kata yang mana akan membentuk kesepaduan dalam kata
yang diapit.

Rumus bagi apitan ialah:


[ ke - + besar + -an]

dasar kata lingkungan

Contohnya,
Apitan Kata Adjektif

Bentuk Maksud Contoh


kekuningan, kebesaran, kenamaan,
ke-......-an
kecinaan
beR-......- berhampiran, berlebihan, berjiranan,
menunjukkan sesuatu keadaan
an bersesuaian
atau sifat kata nama
peR-......- perjawatan, perindustrian, pertanian
an

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Apitan Kata Nama

Bentuk Maksud Contoh


tempat atau kawasan yang
pe-.....-an khusus dan menunjukkan hal pelarian, penantian, pewarisan
keadaan
proses berkaitan dengan kata pembunuhan, pembalakan,
pem-.....-an
dasar pemindahan
proses berkaitan dengan kata
pen-......-an pendapatan, penculikan, penjadualan
dasar
proses berkaitan dengan kata pengkhianatan, pengintipan,
peng-....-an
dasar pengolahan
proses berkaitan dengan kata
penge-...-an pengeboman, pengepaman
dasar
menunjukkan peristiwa, perjanjian, persetujuan, perniagaan,
per-......-an
proses, tempat dan hasil perjuangan
proses berkaitan dengan kata
pel-......-an pelajaran, pelayaran
dasar
menunjukkan tempat, keadaan keputusan, kesatuan, kediaman,
ke-......-an
dan keserupaan. kementerian

Apitan Kata Kerja

Bentuk Maksud Contoh


menafikan, memayungkan, merasakan,
me-....-kan sebab jadi
meyakinkan
mentakrifkan, menjadikan, mensia-
men-....-kan
siakan
membelikan, memvariasikan,
mem-....-kan
menyebabkan jadi sesuatu memfatwakan
meng-....- dan menyebabkan orang lain mengusulkan, menghairahkan,
kan melakukan perbuatan mengkhususkan
menge-....- mengesyorkan, mengecamkan,
kan mengekhaskan
menjadikan sesuatu bertopengkan, berlandaskan,
ber-....-kan
mengikut maksud kata dasar berumahkan, bersulamkan
menerbitkan kata kerja tak berguguran, berlanjutan, bertolakan,
ber-....-an
transitif berkembangan
disahkan, dicalonkan, dilaporkan,
di-....-kan kebalikan me-...-kan
diarahkan
menaiki, menyalai, menakluki,
me-....-i
menyertai
men-....-i maksud asas sesuatu kata menjauhi, menziarahi, mendampingi
mem-....-i dasar memahami, mempelopori, membasahi
meng-....-i mengubati, mengamati, mengekori

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


di-....-i diwarisi, diekori, dijauhi, disertai
diperdengarkan, dipertontonkan,
diper-....-kan disebabkan atau dijadikan
diperlihatkan
makna khusus bagi sesuatu diperakui, dipersetujui, diperhalusi
diper-....-i
perbuatan
menjadi lebih atau mempersembahkan,
memper-...-
bertambah dan mendukung memperhambakan, memperisterikan
kan
makna berbeza
makna khusus bagi sesuatu memperingati, mempersuami,
memper-...-i
perbuatan memperhalusi
subjek ayat mengalami kehilangan, keinggerisan, keislaman,
ke-.....-an
perbuatan kekeliruan

7.4.1.1.4 Sisipan

Alwi (1998) menyatakan infiks atau sisipan adalah imbuhan yang diselipkan di tengah
kata dasar. Infiks berasal daripada infixus yang dirujuk sebagai melekat (fixus, figere)
di dalam (in). Menurut Wikipedia Indonesia, infiks terletak di tengah perkataan.
Berdasarkan penyataan Abdullah Hassan (2006) pula, sisipan adalah imbuhan yang
lazimnya disisipkan selepas huruf pangkal kata dasar. Mengikut pemahaman saya,
sisipan merupakan satu imbuhan yang disisip ke dalam satu perkataan, misalnya gilang
yang mendapat sisipan akan membentuk perkataan gemilang. Sisipan bahasa Melayu
dapat wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja.
Bagi rumus sisipan, ia dapat diperihalkan seperti:

[k+ -el- +opak]

sisipan kata dasar

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Contoh sisipan bagi tugas kata utama:

Sisipan Kata Nama

Bentuk Maksud Contoh


-el- maksud sesuatu yang telunjuk, kelabut, kelengkeng
mempunyai ciri yang terkandung
-er- keruping, seruling, serabut
dalam kata dasar

Sisipan Kata Kerja

Bentuk Maksud Contoh


sisipan daripada kata nama dan
-el- jelajah, gelegak, jelujur, geletar
kata sifat

Sisipan Kata Adjektif

Bentuk Maksud Contoh


-el- kelebak, selerak, gelembung
-er- gerodak, kerelip
-em- sisipan daripada kata dasar tertentu gemilang, semerbak, cemerkap
-in- sinambung

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.2 Proses Pemajmukan

Secara umumnya, istilah pemajmukan ialah proses penghasilan atau penciptaan


sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa unsur yang menghasilkan kesatuan.
Asmah Hj. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini menyatakan bahawa kata majmuk
atau kata kompleks setara merupakan kata yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua morfem yang mempunyai taraf yang sama. Asraf (2007) berpendapat bahawa dua
atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk satu kata
baru yang padu atau sebati maknanya.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) proses pemajmukan ialah
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu. Arbak Othman (1984) dilihat menggunakan istilah berbeza
bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua
atau lebih perkataan (bentuk bebas) disenyawakan dalam satu binaan dengan
mempunyai satu makna yang khas dan tertentu.
Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu
keadaan di mana pergabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang
berlainan daripada makna asal.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Pemajmukan

Kelompok Kata Majmuk Dengan Kata Ganda

Rangkai Kata Bebas


Unsur Pertama Sahaja

Istilah Khusus Seluruh Kata Majmuk

Maksud Kiasan

Dengan Kata Imbuhan

Menerima
Menerima
imbuhan awalan
imbuhan apitan
atau akhiran
sahaja

Rajah 7.2 : Pemajmukan

Sumber: Diubah suai daripada Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan
Abdul Hamid Mahmood (2008) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.2.1 Kelompok Kata Majmuk

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terdapat tiga jenis kelompok kata
majmuk iaitu:
7.4.2.1.1 Rangkai Kata Bebas

Contohnya
adat istiadat jam dinding
hijau tua darma siswa
Sahibul Samahah Profesor Emeritus

7.4.2.1.2 Istilah Khusus

Contohnya
segi empat pembesar suara
roda tenaga jirim organik

7.4.2.1.3 Mendukung Maksud Kiasan (Simpulan Bahasa)

Contohnya
kacang miang intan baiduri
gatal mulut nikah gantung
akal kancil hajat besar

Di samping itu, terdapat beberapa kata majmuk yang dieja bercantum sebagai
satu perkataan. Hal ini merujuk kepada bentuk yang telah mantap seperti
antarabangsa, setiausaha, beritahu, sukarela, bumiputera, suruhanjaya,
jawatankuasa, tandatangan, kakitangan, tanggungjawab, kerjasama,
warganegara, olahraga, pesuruhjaya dan matahari. Namun demikian, ada juga kata
majmuk yang dieja bercantum tetapi ia bukan tergolong dalam kata majmuk bentuk
mantap. Misalnya apabila, peribadi, sukacita, daripada, kenapa dan lain-lain lagi.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Sekarang kita melihat kepada tugas kata majmuk, yakni
menetapkan kelas kata dasar

air (kata nama) + mata (kata nama) ---->air mata (kata nama)
mengubah kelas kata dasar

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) ---->alim ulama (kata nama)
Oleh demikian, berdasarkan kelas, kata majmuk terbahagi kepada:

kata nama majmuk kata bilangan majmuk kata adjektif majmuk


cita rasa tiga perempat gagah perkasa
kata kerja majmuk kata keterangan majmuk kata sendi majmuk
datang bulan lambat laun daripada
kata hubung majmuk kata tanya majmuk kata pemeri majmuk
apabila bagaimana ialah

Kata Majmuk dengan Penggandaan

Apabila dikenakan penggandaan kepada kata majmuk, terdapat dua


kemungkinan yang berlaku iaitu:
Penggandaan Unsur Pertama Sahaja

Hal ini kerana ia bukan kata majmuk jati


anak-anak tiri surat-surat khabar
suku-suku kata kapal-kapal selam

Penggandaan Seluruh Kata Majmuk

Hal ini kerana ia kata majmuk jati


setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa
warganegara-warganegara pesuruhjaya-pesuruhjaya

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Kata Majmuk dengan Pengimbuhan

Apabila dikenakan imbuhan kepada kata majmuk, terdapat dua keadaan yang
berlaku iaitu:
Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja

ejaannya tetap terpisah


cita rasa bercita rasa
daya serap daya serapan

Menerima imbuhan apitan

ejaannya menjadi bercantum


ke bumi dikebumikan
ke tengah diketengahkan

Menurut Asmah Hj. Omar (1993) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, pada
asalnya kategori kata majmuk bukanlah kategori yang asli Melayu. Kata ini timbul
setelah kebiasaan terhadap tulisan Jawi yang menimbulkan kata grafemis atau kata
ejaan yang boleh berdiri dari dua kata nahuan atau lebih. Ini berbeza dengan Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood yang menerima
kategori kata majmuk. Perbezaan ini mungkin disebabkan Asmah dilihat beraliran
Struktural dan Sistemik manakala Nik Safiah lebih menjurus aliran Transformasi
Generatif. Hal ini tidak menjejaskan proses pemajmukan kerana perbezaan pendapat
memberi kekuatan kepada ahli bahasa untuk memantapkan lagi hasilan nahu atau
tatabahasa pada masa akan datang melalui perspektif preskriptif atau deskriptif.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.3 Proses Penggandaan

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) penggandaan merujuk kepada proses
yang menggandakan kata dasar. Melalui proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh, penggandaan berentak atau penggandaan separa. Namun dalam
buku berjudul Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Asraf (2007) jelas
menunjukkan sedikit kelainan dengan penambahan kata ganda bersajak dan kata
ganda berimbuhan. Asmah Hj. Omar (2008) berpendapat penggandaan dalam bahasa
Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata
akar, penggandaan suku kata pertama, penggandaan suku kata akhir, penggandaan
berima dan penggandaan menyaling. Di sini, saya akan menggunakan proses
penggandaan yang diambil daripada Asmah Hj. Omar (2008) berdasarkan Nahu Kemas
Kini kerana perinciannya lebih baik pada pandangan saya.

Proses Penggandaan

Penggandaan

Seluruh Kata Menyaling

Suku Kata Kata Akar


Suku Kata Akhir
Pertama

Berima Berimbuhan

Rajah 7.3 : Penggandaan


Sumber: Diubah suai daripada Asmah Hj. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.3.1 Penggandaan Berdasarkan Nahu Kemas Kini (2008)

Dalam Nahu Kemas Kini (2008), terdapat enam jenis penggandaan iaitu:

7.4.3.1.1 Penggandaan Seluruh Kata

Kata-kata selapis atau satu fonem dari semua golongan kata boleh digandakan
seluruhnya. Misalnya: anak-anak, makan-makan, cantik-cantik, satu-satu dan
sebagainya. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam semua golongan seperti kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Bagi kata polimorfemik iaitu kata
terdiri daripada dua morfem atau kata kompleks hanya boleh digandakan pada kata
nama sahaja seperti kementerian-kementerian dan makanan-makanan.

7.4.3.1.2 Penggandaan Kata Akar

Sebahagian besar kata gandaan jenis ini merupakan kata kerja. Contohnya,
bermain-main, melambai-lambai, dibelek-belek dan seumpamanya.

7.4.3.1.3 Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa

Jika diperhatikan kata lelaki bandingkan dengan laki dan bentuk-bentuk yang
serupa itu, dapat disimpulkan bahawa tiap-tiap satunya terdiri daripada Penambah +
Kata Akar. Ini bermakna bahawa <le-> setaraf dengan morfem terikat yang berfungsi
sebagai awalan. Oleh itu, kata-kata demikian adalah kata kompleks. Ini berdasarkan
struktur fonologi kata gandaan:
S₁ + S₂ + X (misalnya lelaki)
S₁ = suku kata pengulang
S₂ = suku kata yang diulang
X = suku kata lainnya
S₂ + X = kata akar (A)
Laki ―> lalaki ―> lelaki

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumusannya, ada penggantian <a> dengan <e>, yakni e-pepet. Perubahan
pada kualiti vokal berlaku berasaskan peraturan fonotaktik bahasa Melayu yang tidak
gemarkan adanya vokal selain e-pepet pada suku kata pertama pada kata-kata yang
terdiri daripada tiga suku kata di samping mengutamakan keindahan bunyi yang
dihasilkan.
Proses penggandaan dwipurwa yakni pengulangan suku kata pertama pada kata
akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada kata
pengulang. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama misalnya
tetamu, lelipan, lelangit, kekura, lelabu, sesiku, bebawang, pepijat, jejari,
bebenang dan pelbagai lagi. Ia berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. Di
samping itu, ia boleh mendapat akhiran –an seperti dedaunan, bebuahan.
Namun menurut perspektif Abdullah Hassan (2007), penggandaan separa juga
berlaku terhadap kata kerja, kata adverba dan kata adjektif. Misalnya lelari (kata kerja),
lelambat (kata adverba) dan memerah (kata adjektif).

7.4.3.1.4 Penggandaan Suku Kata Akhir

Hanya ada dua perkataan sahaja yang membuktikan adanya penggandaan jenis
ini iaitu segala-gala dan pertama-tama. Jika kita tidak mengetahui asal-usul perkataan
ini, sudah tentu ramai yang beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan hasil
penggandaan kata akar yang mendapat awalan {per-} dan {se-}.
Sebenarnya perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit dan ditegaskan
di sini, suku kata pertama bagi kedua-duanya bukanlah awalan tetapi merupakan
bahagian keseluruhan kata. Justeru dapat dirumuskan bahawa penggandaan jenis ini
terhasil apabila perkataan ini masuk ke dalam bahasa Melayu dan ia digunakan apabila
sesuatu penegasan dalam ucapan diperlukan.

7.4.3.1.5 Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak

Penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar, tetapi pada masa
yang sama berlaku juga penggantian salah satu konsonan atau vokal atau kedua-
duanya dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu. Penggantian
bunyi-bunyi ini menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima di mana memberi

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


keindahan bunyi atau euni. Menurut Asraf (2007), penggandaan bersajak berlaku pada
kelas kata kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan. Ia boleh berlaku
dalam tiga keadaan yakni mengalami persamaan bunyi di hujung seperti hinggar-
binggar, seterusnya mengalami persamaan bunyi di pangkal misalnya suku-sakat dan
keadaan ketiga ialah persesuaian bunyi di tengah seperti beras-petas.

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Keterangan


awan-gemawan bongkar-bangkir serba-serbih lintang-kedak
sorak-sorai kumat-kamit compang-camping serta-merta

Di samping itu, terdapat contoh yang sukar ditentukan mana satu unsur
dasarnya dan mana satu merupakan hasil daripada penggandaan. Misalnya dolak-
dalik, porak-peranda dan huru-hara.

7.4.3.1.6 Penggandaan Menyaling

Dalam proses ini, unsur yang diulang (A) mendapat awalan {me-} atau {me-i} dan
menghasilkan unsur pengulang (B).
A ―› B
karang mengarang
sayang menyayangi
sebelah menyebelah
tutup menutupi
kasih mengasihi

Melalui penggandaan ini, makna yang timbul adalah „menyaling‟ atau „perbuatan
menyaling‟. Penggunaan tanda sempang tidak diperlukan kerana jika digunakan
sempang ini menghasilkan kata yang sangat panjang. Rumusannya, gandaan ini lebih
sesuai dikenal pasti sebagai gandaan dalam frasa disebabkan adanya {me-} pada
unsur B membuktikan hakikat ini.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.3.1.7 Penggandaan Berimbuhan

Berdasarkan Asraf (2007), kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang
memperoleh imbuhan baik berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Antara
contohnya:
Kata Nama jadi-jadian, rumah-rumahan
Kata Kerja berura-ura, bertikam-tikaman
Kata Adjektif keanak-anakan, kecil-kecilan
Kata Keterangan buat-buatan, setidak-tidaknya

7.4.3.1.8 Kata Ganda Bilangan

Nor Hashimah (2002) dalam tulisannya mengenai Kata Ganda Bahasa Melayu:
Analisis Semantik dan Pragmatik telah membuktikan bahawa kata ganda boleh
bermaksud bukan sahaja jamak tetapi juga boleh memaparkan maksud khusus dan
tidak khusus. Kata adjektif, kata nama dan kata kerja apabila digandakan boleh
memperlihatkan ketidakkhususan maknanya.
Contohnya adalah seperti berikut:
Kata Nama (Khusus) Kata Ganda (Tidak Khusus)
siapa siapa-siapa
apa apa-apa
mana mana-mana
Kata Kerja (Khusus) Kata Ganda (Tidak Khusus)
main main-main
gila gila-gila
makan makan-makan
Kata Adjektif (Khusus) Kata Ganda (Tidak Khusus)
gemuk gemuk-gemuk
sakit sakit-sakit
tinggi tinggi-tinggi

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Rumusannya, siapa-siapa tidak mempunyai rujukan yang khusus kerana tiada
fokus yang spesifik. Begitu juga dengan gemuk-gemuk yang gambaran tidak khusus
tergambar di sini. Pendekatan yang digunakan oleh Nor Hashimah adalah bersifat
deskriptif yang menekankan aspek nahu praktis berdasarkan korpus bahasa Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.4.4 Proses Pengakroniman

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008) mendefinisikan pengakroniman ialah perihal atau
proses membentuk akronim. Kita lihat kepada maksud akronim pula. Berdasarkan
Kamus Dewan juga, akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan
huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai
satu perkataan. Raminah Hj. Sabran (1986) dalam buku Kajian Bahasa telah
menjelaskan bahawa akronim adalah perkataan yang dibentuk daripada penyingkatan
beberapa perkataan. Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) secara umumnya menyatakan
akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar
iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.

Pengakroniman

Cantuman Cantuman Huruf


Suku Kata Pangkal Perkataan

Contohnya: Contohnya:
 angkubah  MARA

 tabika  MRSM

 kugiran  UMNO

 jalankah  NATO

 sekjen  PBB

Rajah 7.4 : Pengakroniman

Sumber: Diubah suai daripada Abdullah Hassan (2006) dalam Morfologi.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Secara umumnya, rumus bagi akronim adalah seperti berikut:

# Fon + X # n
# Fon + X #
K. Akronim + # Sil + X #
# Sil + X #
# X + Sil # (kata)

dengan Fon = fonem dalam perkataan


Sil = silabel atau suku kata dalam perkataan
X = bentuk apa pun yang berikutnya
# = batasan perkataan
n = 1 atau lebih

Abdullah Hassan (2006) dalam buku Morfologi membahagikan akronim kepada dua
bahagian mengikut proses pembentukannya yakni:
7.4.4.1 Mencantumkan Suku Kata

Rumusnya boleh ditafsirkan seperti :


# Sil + X # + Kata
jentera tolak = jentolak

# Sil + X # + # Sil + X #
taman didikan kanak-kanak = tadika

Bagi proses ini, pergabungan suku kata yang berlainan akan membentuk sebuah
perkataan baru. Sebagai contoh,
novel + komik = nomik
Suku kata pertama no dari kata novel digabungkan dengan suku kata kedua dalam
kata komik iaitu mik dan ia akan membentuk satu konsep atau makna baru.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Antara contoh-contoh lain ialah:
cerita pendek - cerpen
makan daging - maging
panggung wayang gambar pawagam
jalan bawah tanah jabanah
duta besar - dubes
berdiri di atas kaki sendiri berdikari

7.4.4.2 Mencantumkan Huruf Pangkal Perkataan

Kaedah jenis ini adalah dengan mencantumkan huruf pangkal sebuah ungkapan
panjang menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep, institusi, bangunan dan
sebagainya.
Rumus akronim ini boleh diinterpretasikan seperti berikut:
# Fon + X # + # Fon + X # 
Universiti Pertanian Malaysia = UPM
Bagi contoh yang menggunakan akronim daripada bahasa Inggeris, rumusnya ialah:
# Sil + X # + # Fon + X #
Federal Land Development Authority = FELDA

Misalnya,
Dasar + Ekonomi + Baru = DEB
Keadaan seperti ini menyukarkan pengguna bahasa untuk membezakan antara
akronim dengan kependekan. Namun ditegaskan di sini, akronim membawa satu
pengertian baru dari segi konsep dan makna manakala kependekan tidak. Antara
contohnya ialah:
Koperasi Belia Nasional - KOBENA
Urban Development Authority - UDA
Basic Input Output System BIOS
Angkatan Tentera Malaysia - ATMA

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Di samping itu, merujuk kepada Asmah Hj. Omar (1993) dalam Nahu Melayu Mutakhir,
beliau memberikan tiga jenis akronim. Penambahan akronim ketiga berkait dengan
penggabungan kata dengan memendekkan unsur kedua pada bahagian awalnya.
Misalnya,
juru jentera = jurutera
pulih pelihara = pulihara

Rumusnya boleh ditafsirkan seperti :

# Sil + X # + # X + Sil#
pulih pelihara = pulihara

Perkara menarik yang ingin diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa
Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan
akronim. Kata tersebut ialah cikgu, awas dan bah. Kata „cikgu‟ dikatakan akronim
kerana kata ini berasal daripada ungkapan „Encik guru‟. Hasil daripada gabungan suku
kata cik+gu, maka lahirlah gelaran atau panggilan „cikgu‟. Selain itu, kata „awas‟ yang
bermaksud „berhati-hati‟ juga merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan
„Anda Waspada Anda Selamat‟. Kita juga pernah menggunakan perkataan „bah‟ yang
membawa erti „banjir‟. Perkataan ini berasal daripada ungkapan „ Bencana Air Hujan‟.
Sering kali kita mendengar perkataan „tonto‟ yang merujuk kepada sekumpulan
gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak
berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan „Tolong
Orang Nak Tipu Orang‟. Demikianlah beberapa kata yang jarang ditemui oleh kita yang
terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui proses pengakroniman.

Konklusinya, dari segi membentuk istilah, akronim amat tidak digalakkan kerana
kita akan melupakan ungkapan asal sehingga tidak mengetahui maknanya. Ini kerana
dalam semantik, setiap kata akan membentuk gambaran makna yang jelas. Sebaiknya,
kita perlu mengurangkan penggunaan akronim kerana dikhuatiri menghilangkan jati diri
bahasa Melayu, contoh mudah dengan melihat implikasi penggunaan akronim yang
berleluasa pada bahasa Indonesia. Di samping itu, kita seharusnya dapat membezakan
kata akronim dengan kata singkatan kerana dewasa ini banyak berlaku kesilapan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


melalui penggunaan dua kata ini. Kata akronim adalah tergolong dalam kata tunggal
manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal.
Oleh itu, sudah jelas kata akronim dan kata singkatan sangat berbeza. Selain itu,
apabila berlaku proses pengakroniman hasilnya perkataan tersebut mudah diujarkan
manakala kata singkatan sangat sukar diujarkan. Misalnya kata akronim seperti kugiran
namun bagi kata singkatan seperti PLKN sukar diujarkan. Oleh itu kita seharusnya teliti
dalam menggunakan kata akronim dengan kata singkatan agar dapat menjadi
pengguna yang bijaksana dalam berbahasa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


7.5 Bentuk Kata Yang Terhasil

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa bentuk kata yang terhasil. Bentuknya ialah
kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Di bawah merupakan huraian
sekilas pandang mengenai bentuk kata yang terhasil.

7.5.1 Kata Tunggal

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau
tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata
tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang
mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata
atau lebih. Akronim juga tergolong dalam kata jenis ini juga.

7.5.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan
bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Antara proses pengimbuhan itu ialah
awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

7.5.3 Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang
disebut penggandaan penuh, penggandaan separa seperti negeri-negeri, pensyarah-
pensyarah, buku-buku, lelaki, jejari, kekura dan pelbagai lagi.

7.5.4 Kata Majmuk

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna
tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :

rangkai kata bebas


istilah khusus
maksud kiasan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Konsep

Morfem Perkataan

Bebas Terikat Akar Dasar

Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Rajah Konsep Proses Morfologi Bahasa Melayu

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 8 PENGGOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

8.1 Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan


keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.
Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra
tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti
„chameleon‟ iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. Misalnya perkataan rumah
adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja dalam merumahkan mangsa
kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah. (Abdullah Hassan,
2006). Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. Justeru, kita seharusnya
mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan
mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolong kata, terdapat empat kriteria yang
digunakan dalam linguistik iaitu kriteria morfologi, kriteria sintaksis, kriteria semantik dan
kriteria fonologi. Kriteria-kriteria ini dihuraikan secara ringkas untuk mendapat
kefahaman asas bagaimana hendak menjeniskan perkataan.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata utama :


- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif / Sifat
- Kata Tugas / Struktural

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

sifatan
kata
kata nama am kata kerja tak penyambung
transitif warna ayat
kata nama khas
kata kerja ukuran
kata ganti nama transitif kata praklausa
pancaindera
kata prafrasa &
bentuk pascafrasa

waktu
kata pascakata

cara

perasaan

jarak

8.1.1 Kriteria Penggolongan Kata

Ada empat ciri yang digunakan dalam menggolongkan perkataan iaitu ciri semantik
atau makna, ciri sintaksis, ciri morfologi dan ciri fonologi. Sarjana tatabahasa bahasa
Melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini dalam menentukan golongan
perkataan dalam bahasa Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.1.1.1 Kriteria Semantik atau Makna

Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada


makna perkataan berkenaan. Berdasarkan kepada makna, maka perkataan
dimasukkan ke dalam golongan masing-masing. Sebagai contoh, Za‟ba (1965)
menggolongkan kata nama mengikut kriteria semantik. Beliau menggunakan ciri
semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam golongan masing-
masing. Sebenarnya pendekatan sebegini sukar untuk menentukan golongan kata. Ini
kerana ada kata nama yang berubah menjadi kata kerja atau kerja adjektif. Perihal
begini perlulah digunakan pendekatan kriteria sintaksis dan kriteria morfologi.

8.1.1.2 Kriteria Sintaksis atau Struktur Ayat

Ciri sintaksis dikenali ciri formal. Istilah ini membawa maksud bentuk. Oleh kerana itu
ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan
ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam
golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri
sintaksis. Dengan demikian, kriteria ini dilihat lebih bersifat saintifik. Dengan kata lain,
subjek biasanya diduduki oleh gatra frasa nama, secara tidak langsung setiap
perkataan yang menduduki gatra tersebut digolongkan kepada kelas kata nama. Begitu
juga kepada frasa predikat yang diduduki oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif.
Peranan setiap frasa tersebut yang menepati kriteria fungsi dalam pembentukan ayat
akan dimasukkan mengikut kelas kata yang sesuai. Ciri sintaksis ini dapat dianalisis
dengan melihat fungsi sesuatu perkataan itu dalam struktur frasa dan ayat. Sebagai
contoh, kata adverba berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif pula
menerangkan kata nama. Justeru, ciri-ciri ini dapat diperhati secara sistematis. Dengan
tidak merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan penggolongan perkataan itu
menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Di samping itu, kriteria ini mengkaji
penyebaran kata-kata dan hubungan antara satu kata dengan kata lain dalam satu-satu
frasa atau ayat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.1.1.3 Kriteria Morfologi atau Pembentukan Kata

Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya.


Ciri ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria
semantik dan sintaksis. Sebagai contoh, semua bentuk perkataan yang menerima
awalan pe-, iaitu penulis, pelatih, pemimpin dan lain-lain adalah termasuk ke dalam
golongan nama sebab awalan pe- menerbitkan kata nama. Begitu juga semua
perkataan yang menerima awalan me- seperti menari, menyanyi, menulis dan
sebagainya termasuk ke dalam golongan kata kerja kerana awalan meN- adalah
awalan kata kerja dan membentuk kata kerja. Oleh itu, kriteria morfologi mengkaji
struktur kata-kata, umpamanya satu kata sempurna atau bermakna boleh terbentuk
daripada satu morfem bebas iaitu akar atau morfem bebas dan morfem terikat.

8.1.1.4 Kriteria Fonologi atau Bunyi

Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi. Abdullah Hassan (2006)
menyatakan morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi pada
sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan perkataan.
Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahan-perubahan bunyi
yang berlaku semasa proses pengimbuhan. Terdapat lima perubahan bunyi dalam
proses pengimbuhan iaitu penyegauan, penggetaran, pengeluncuran, pengglotisan dan
penduaan konsonan. Misalnya awalan meN- yang diwakili oleh morfofonem N
kemudiannya menjadi , m, n, ny, ng atau nge menurut konteks fonologinya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.2 Golongan Kata Major (Kata Utama)

Golongan perkataan major merujuk kepada kelas kata yang bersifat terbuka. Terbuka
menurut Quirk dan Greenbaum (1973) mengatakan perkataan yang menjadi
anggotanya banyak iaitu tidak terhad bilangannya. Dengan kata lain, anggota dalam
golongan yang sama itu mempunyai ciri dan kemungkinan sintaksis yang sama dengan
anggota yang lain dalam golongan berkenaan.
Seterusnya kata-kata golongan major mempunyai makna. Kebiasaannya,
golongan perkataan major dirujuk menggunakan kriteria sintaksis di mana semua
perkataan yang dapat menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan
perkataan major. Itulah sebab kenapa Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif
tergolong dalam kata major. Mengapa kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif dan kata adverba sendiri tidak tergolong dalam kata major? Walhal kata
tersebut semacam fungsi dengan kata adjektif yang menerangkan kata nama.
Sekarang, kita meneliti dahulu tiga golongan kata major barulah kita menghayati
konsep golongan kata minor nanti pula.

8.2.1 Kata Nama

Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-
struktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu :

Kata nama khas (Melayu, Prof. Ali, Dato‟ Raja Sulaiman)


Kata nama am (jururawat, kolej, rumah, senyuman)
Kata ganti nama (itu, ini, aku, dia, mereka, awak, beta)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.2.2 Kata Kerja

Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan.
Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis, iaitu

Kata kerja aktif transitif


Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja pasif

8.2.2.1 Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan
objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata
kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-,
sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada
apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan
menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.

Contoh:

i) Nurul membacakan ibunya surat.


ii) Pelajar itu menulis jawapan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.2.2.2 Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam
ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak
menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh,
datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-
imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta,
terjatuh, dan bersendirian.

Contoh :

i) Pegawai polis itu berkereta ke pejabat.


ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Aman kelmarin.
iii) Pemuda itu sedang berborak.

8.2.2.3 Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.

(i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan
sebagainya.
(ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan
sebagainya.
(iii) Kata kerja pasif ke-..-an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan
sebagainya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.2.3 Kata Adjektif atau Sifat

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata
nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas
predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan
sangat. Terdapat sembilan jenis kata adjektif iaitu:

Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan


Kata Adjektif Warna
Kata Adjektif Ukuran
Kata Adjektif Bentuk
Kata Adjektif Waktu
Kata Adjektif Jarak
Kata Adjektif Cara
Kata Adjektif Perasaan
Kata Adjektif Pancaindera

8.3 Golongan Kata Minor (Kata Sampingan)

Golongan kata minor merupakan perkataan yang terhasil daripada golongan tertutup.
Ini bermaksud bilangan perkataan dalam setiap golongan adalah terhad bilangannya
dan pertambahannya tidak berlaku dengan mudah. Sebagai contoh, kata sendi dalam
tatabahasa bahasa Melayu dapat dikira jumlahnya. Begitu juga kata adverba, inilah
maksud golongan perkataan yang terhad. Bilangan perkataan ini tidak semudah itu
untuk bertambah berbanding kata nama. Antara ciri lain ialah golongan kata minor
sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa. Disebabkan perkara begini, kata tugas
dikenali juga kata struktural yang tidak ada makna dan sekadar menjalankan fungsi
struktur sintaksis sahaja. Jadi, perkataan yang mempunyai ciri tertutup dan hanya
menjalan fungsi sintaksis merupakan golongan kata ini disebabkan ia tidak menjadi inti
frasa predikat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


8.3.1 Kata Tugas atau Kata Struktural

Kata tugas mempunyai tugas atau fungsi yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas
tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan
sesuatu tugas tatabahasa. Sebab itulah ia dikenali juga kata struktural. Fungsi kata
tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas,
penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

Ada 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan
dan fungsinya dalam konstituen ayat, iaitu :
- kata hubung - kata penegas
- kata tanya - kata nafi
- kata seru - kata pemeri
- kata perintah - kata sendi nama
- kata pembenar - kata arah
- kata pangkal ayat - kata bilangan
- kata bantu - kata penekan
- kata penguat - kata pembenda
- kata adverba

Tujuh belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam empat kelompok iaitu :
Kata Penyambung Ayat
(kata hubung gabungan dan pancangan)
Kata Praklausa
(kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal
ayat)
Kata Prafrasa
(kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata
sendi nama, kata arah, kata adverba dan kata bilangan)
Kata Pascakata
(kata penekan dan kata pembenda)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 9 PENJENISAN DAN PENGKELASAN FRASA BAHASA MELAYU

9.1 Frasa

Dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa, frasa menduduki setingkat lebih tinggi
daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Berdasarkan fungsinya, frasa
ialah satu unsur daripada ayat.

9.1.1 Definisi dan Konsep Frasa

Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang
dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu
bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa
memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat
beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi kita akan menyelusuri
definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat
amnya.
Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Za‟ba (1965)
yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori
tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa
dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi
yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan.
Tanpa pindaan definisi ini kelihatan kurang sempurna apabila digunakan untuk
menganalisis frasa dengan kaedah transformasi.
Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga
terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata
nama, kata kerja dan kata adjektif. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh
berdiri sendiri sebagai satu frasa. Sebenarnya aliran tranformasi generatif tidak
mengenal adanya kata atau morfem. Nahu dalam tranformasi generatif hanya
mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. Jadi yang merupakan unsur ayat
hanyalah frasa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Elson dan Pickett (1969) memberi definisi frasa yang berbunyi:
A phrase is a unit composed, potentially, of two or more words, but which does
not have the characteristics of a clause and typically, but not always, fills slot on
the clause level.
Elson dan Pickett tidak menyebut frasa sebagai suatu konstruksi yang
mengandungi dua atau lebih kata, tetapi sebagai suatu konstruksi yang berpotensi
untuk menjadi dua atau lebih kata. Selain itu, terdapat dua fitur lain yang diterangkan
dalam definisi di atas. Pertama, frasa mestilah satu konstruksi yang tidak mengandungi
sifat-sifat sebuah klausa. Perkara sebegini merujuk kepada jenis-jenis tagmem iaitu unit
tatabahasa seperti subjek, predikat dan sebagainya yang dimanifestasikan oleh frasa
berkenaan. Kedua, frasa biasanya menduduki slot dalam klausa namun frasa juga
boleh dipacangkan ke dalam frasa-frasa lain.
Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu
bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa
diberikan istilah rangkai kata oleh Za‟ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan
suatu rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang kita melihat definisi frasa yang
diberikan oleh sarjana Melayu.
Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat.
Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata
saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak
boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri
daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa
yang gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok
frasa itu menurut kelasnya masing-masing,
Bagi Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada
satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Definisi
yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karim et al dilihat mengambil pendekatan aliran
tradisional, struktural dan tranformasi generatif.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu
menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yang
lain bagi kata atau kata-kata yang membinanya. Abdul Hamid Mahmood (2006)
menyatakan frasa boleh terdiri daripada satu kata sempurna, deretan kata sempurna,
deretan partikel dan kata sempurna atau klausa.
Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang
mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang
berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan
predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu,
frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi
taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri

9.1.3 Jenis Frasa

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama.
FN biasanya terbentuk pada gatra subjek sahaja manakala pada gatra predikat
ada empat frasa dibentuk iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Tiga daripada frasa-frasa ini iaitu FN, FK, dan FA ialah frasa-frasa endosentrik.
Maksudnya, tiap-tiap frasa boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil
bagi frasanya. Frasa nama misalnya mempunyai kata nama sebagai unsur inti, begitu
juga halnya terhadap frasa kerja dan frasa adjektif.
Frasa keempat dalam binaan ayat ialah frasa sendi nama. Frasa ini dikenali
frasa eksosentrik yang bermaksud frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang
dapat mewakili keseluruhan frasanya. Sebaliknya, FSN mengandungi dua unsur wajib,
iaitu kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama, contohnya di sekolah dan
di belakang sekolah.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9.1.3.1 Frasa Nama (FN)

Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua
konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua
konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut:

(i) FN + FN

(ii) FN + FK

(iii) FN + FA

(iv) FN + FS

Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama
hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-contoh di
bawah ini:
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama
1. Ibu guru.
2. Ibu budak itu guru.
3. Ibu budak itu guru sekolah agama.
4. Kota Bharu serambi mekah.
5. Bandar Kota Bharu serambi mekah.

Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu
perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan
konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek,
iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti
dalam contoh-contoh berikut ini:

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Predikat Frasa Kerja
Bil Subjek
Kata Kerja Objek

6. Orang itu memanggil saya.

7. Mereka semua melambaikan tangan.


8. Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
9. Para siswazah memohon jawatan itu.
10. Kedamaian memerlukan kekuatan pertahanan.
11. Tanah air meminta pengorbanan anak watan.
12. Cahaya matahari menyinari alam semesta.

Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama
dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat
frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.

Predikat Frasa Sendi Nama


Bil Subjek
Sendi Nama Frasa Nama

13. Mereka di Kuala Lumpur.


14. Hadiah itu daripada Nasir
15. Lukisan tersebut oleh Tuan Jamal.
16. Tabung simpanan itu untuk masjid.
17. Kereta itu ke Kuala Perlis.
18. Keluarnya dari pintu besar.

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan
(2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Frasa Nama

Pola-pola frasa nama

FN + FN
FN + FN
FN + FN FN + FN

Binaan Frasa
Nama

Binaan frasa nama


Binaan frasa nama yang terdiri daripada
yang terdiri daripada sederetan perkataan
satu perkataan

inti
inti +
+ inti
penerang

 inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu
dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan
makna dalam inti itu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9.1.3.2 Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata
intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata
kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau
sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-
unsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat berikut:

Subjek Frasa Kerja

1. Azima menang.
2. Kami sedang tidur .
3. Hujan turun dengan lebatnya.
4. Belukar itu terbakar perlahan-lahan.
5. Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah.
6. Mereka makan ayam goreng itu.
7. Budak itu sedang membaca buku.
8. Anaknya menghidangkan sedulang makanan.
9. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya.
10 Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
.

Binaan Frasa Kerja

Dalam ayat-ayat di atas ternyata bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai
terdiri daripada dua jenis, iaitu:

(i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu
disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.
Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa objek ialah:
1. Azima menang.
2. Kami sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Dalam ayat-ayat di atas, walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai
objek, namun unsur-unsur yang lain, iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir
bersama-samanya.

(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh
frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja
yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya objek boleh juga
diikuti oleh bahagian keterangan.

Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek ialah:

Frasa Kerja
Subjek
Kata Kerja Objek Keterangan

6(a) Mereka makan ayam goreng


itu.
7(a) Budak itu membaca buku.
8(a) Anaknya mengbidangkan sedulang
makanan.
9(a) Pemburu menembak harimau itu dengan
senapangnya.

10(a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik.

Dalam ayat-ayat di atas kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi
penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa
objek, unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja
dengan objek.

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Kerja, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Binaan
frasa kerja

Frasa kerja yang tidak Frasa kerja yang


mengandungi objek mengandungi objek

Mengandungi Mengandungi
kata kerja tak kata kerja
transitif transitif

Kata kerja tak transitif yang dapat diberi unsur pelengkap sesudahnya.

Binaan frasa kerja yang


tidak mengandungi Kata kerja tak transitif yang tidak
objek diberi unsur pelengkap.

Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9.1.3.3 Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti
merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-
bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur
keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata
adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir
sesudah kata nama.

Contoh-contohnya:
(i) frasa adjektif sebagai predikat:

Subjek (FN) Predikat (FA)

1. Kakaknya sangat pandai.


2. Markahnya rendah.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Perangainya tentu baik.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6, Warna bajunya kemerah-merahan.
7. Perusahaan itu paling besar sekali.
8, Suara penyanyi itu merdu.
9. Malam ini gelap benar.
10. Pejabatnya jauh dari sini.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:

Predikat
Subjek Keterangan
Frasa Kerja
(Frasa Adjektif)

11. Dia berjalan sangat cepat.


12. Mereka pulang segera.
13. Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak.
14. Jirannya datang terlalu kerap.
15. Jalan itu menurun amat curam.

(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:

Predikat
Subjek
Frasa Nama Penerang

16. Dia budak pandai.


17. Harimau binatang liar.
18. Pak Lufti orang kaya.
19. Asam pedas masakan asli.
20. Bas ekspres kenderaan cepat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan
perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama
ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat

- sangat pandai -
- terlalu nakal -
sudah - besar -
belum - tua -
- - malas benar
- - jahat betul
- - baik amat
masih - kecil amat
- - cantik sekali
- amat ganas -

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif.
Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:

(i) binaan satu perkataan

(ii) binaan dua perkataan

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Adjektif, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan
(2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Binaan frasa
adjektif

Binaan satu Binaan dua


perkataan perkataan

Binaan dua
perkataan
Kata adjektif + Kata adjektif +
Kata adjektif kata nama

Dua kata Dua kata Frasa adjektif Frasa adjektif


adjektif yang adjektif yang yang yang
menerangkan menerangkan membawa membawa
keserasian makna maksud maksud kiasan.
makna. Berlawanan. keserupaan

Penguat hadapan

Penguat belakang Penguat Penguat bebas

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9.1.3.4 Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata
sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi
nama itu. Kata sendi nama ialah,bentuk mortem atau kata yang letaknya di
hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam
bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga,
oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai
pilihan, didahului oleh kata bantu.

Binaan Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:

(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama


(ii) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
(iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa
Keterangan)

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Sendi Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan
(2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9.2 Klausa

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat,
yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat.
Inilah sebabnya Za‟ba memanggilnya sebagai ayat kecil.

9.2.3 Jenis Klausa

Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas).
Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila
diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Sila teliti contoh yang berikut:
1. Nadia pandai.
2. saya yang hadir.
3. mereka mogok.

Dalam (1) klausa Nadia pandai mengandungi subjek Nadia dan predikat pandai, dan
sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan
menjadi ayat yang gramatis. Kita sudah pun memahami klausa bebas. Bagaimana pula
dengan klausa tak bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri
sendiri. Klausa tak bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan
klausa bebas.
Sila teliti yang berikut:

Nadia pandai kerana Nadia rajin belajar


klausa bebas klausa tak bebas
klausa utama klausa bawahan

Kamu pandai kerana kamu rajin belajar

klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas/klausa bawahan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


9.3 Perbezaan antara Frasa dan Klausa

Sekarang kita akan meneliti persamaan dan perbezaan antara frasa dan klausa.

Frasa Klausa
Persamaan
Frasa dan Klausa kedua-duanya unsur dalam ayat. Ayat mempunyai subjek dan
predikat.
Perbezaan
Merupakan unit yang menjadi bahagian merupakan ayat dalam ayat dan dikenali
ayat (atau klausa) sebagai ayat kecil.
Boleh menjadi subjek atau predikat dalam
ayat. Oleh sebab itu frasa tidak Mempunyai subjek dan predikat.
mengandungi subjek dan predikat.
Hanya ada inti frasa sahaja dan frasa Merupakan unsur pembentuk ayat. Unsur
sendi mengandungi kepala dan dalam klausa dapat dipertukarkan
pelengkapnya. tempatnya.
Melihat hubungan antara konstituen-konstituen yang menjadi frasa atau klausa.
Misalnya jika konstruksi memperlihatkan hubungan yang bersifat predikatif maka ia
adalah klausa. Jika tidak ia adalah frasa

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 10 PENJENISAN DAN PENGKELASAN AYAT BAHASA MELAYU

10.1 Ayat

Ayat boleh dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk, dan pola. Oleh itu, dalam bab
yang terakhir kita akan mempelajari mengenai ayat bahasa Melayu.

10.1.1 Definisi Ayat

Sebenarnya takrif atau definisi ayat ada banyak, semuanya bergantung kepada teori-
teori linguistik yang dianuti oleh ahli-ahli bahasa. Menurut C. C. Fries (1963), ada lebih
daripada dua ratus takrif tentang ayat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa.
Pertama sekali, kita meneliti definisi yang diberikan oleh aliran Tatabahasa
Tradisional berpusat pada syarat “wujudnya fikiran yang lengkap”, sehingga timbullah
takrif yang berbunyi “ A sentence ia a group of words expressing a complete thought ”
(C. C. Fries, 1963). Dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasar pada rangka
Tatabahasa Tradisional, A.A. Fokker (1980), misalnya, menakrifkan ayat sebagai
“....ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh
turunnya suara”. Demikian juga definisi ayat yang diberikan oleh St. Takdir Alisjahbana
(1964) dan Za‟ba (1965) sebagai ahli Tatabahasa Melayu Tradisional.
Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasar pada
“ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran lain”. Ujaran tersebut
terletak di antara dua kesenyapan yakni kesenyapan sebelum dan sesudahnya. (C. C.
Fries, 1963). Melalui konsep ini, terbitlah definisi yang dikemukakan oleh Otto
Jesperson, ahli falsafah bahasa Denmark yang berbunyi:
A sentence is a relatively complete and independent human utterance – the
completeness and independence being shown by its standing alone or its
capability of standing alone, i.e. , of being uttered by itself. (C. C. Fries, 1963)

Kita perhatikan takrifan yang diberi oleh pengasas Linguistik Struktural, Leonard
Bloomfield (1961):
.... a construction (or form) which, in given utterance, is not part of any larger
construction.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Dalam huraian ayat bahasa Melayu, takrif sebegini digunakan oleh sarjana
Melayu yang beraliran Struktural iaitu Asmah Hj. Omar. Asmah Hj. Omar (2008) dalam
buku Nahu Kemas Kini mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa
yang disertai oleh intonasi yang lengkap, yang bermula dengan kesenyapan dan
berakhir dengan kesenyapan yang menandakan bahawa tutur itu selesai, dan
mengandungi proposisi yang lengkap. Asmah membahagikan ayat kepada dua
golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan ayat wacana (konteks).
Sekarang kita perhatikan takrif ayat aliran Tranformasi Generatif. Noam
Chomsky sebagai pengasas Tatabahasa Tranformasi Generatif (seterusnya TTG) tidak
memberikan pengertian ayat. Namun begitu, R. A. Jacobs dan P. S. Rosenbaum (1968)
sebagai penganut TTG ada memberikan konsep ayat yang membayangkan fahaman
aliran ini sebagai:
A sentence is a string of words, but nor every string of words is a sentence.
Kenyataan ini menjadi lebih jelas apabila kedua-dua tokoh menyatakan bahawa:
A sentence is a structured string whose words fall into natural groups.
Konsep ayat merupakan “ satu urutan kata-kata yang berstruktur “ ini dapat diperjelas
dengan menambah keterangan bahawa urutan tersebut dipecahkan kepada Subjek dan
Predikat. Justeru, sarjana Melayu yang beraliran TTG memerihal ayat dengan
memperlengkapkan adanya subjek dan predikat. Ini dapat diperhati pada definisi yang
diberikan oleh Asraf (2007).
Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata
yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak terbatas
namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat
tranformasi. ( Asraf, 2007)
Terdapat ramai lagi ahli TTG di Malaysia yang menakrifkan ayat sebegini.
Antaranya ialah Lufti Abas (1972), Nik Safiah Karim (1978), Raja Mukhtaruddin Dain
(1977), Hashim Musa (1978) dan ramai lagi. Perkara sedemikian berlaku kerana
pegangan TTG. Jika kita membandingkan pernyataan yang dibuat oleh Asmah Hj Omar
dengan Asraf, kita dapat melihat perbezaan yang ketara, di sini saya tidak ingin
mengulas lebih lanjut.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Konklusinya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil
daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan
penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat.
Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan
iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu
terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada
ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan unit-unit tatabahasa bagaimana perkataan


dapat membina ayat. Teliti dan lihat apakah perbezaan yang ditemui di antara ayat
dengan klausa di samping frasa dengan perkataan.

Ayat Anak orang itu sedang makan.


Klausa anak orang itu sedang makan
Frasa anak orang itu sedang makan
Perkataan anak orang itu sedang makan

Dalam apa-apa bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun, setelah


diklasifikasikan, ayat tergolong kepada dua bahagian, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat
transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses
peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau
konstituennya. Ada juga pakar bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat
mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat majmuk. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar
atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu
predikat

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.1.2 Pola Ayat Dasar

Pola ayat terdiri daripada frasa nama dan frasa nama, frasa nama dan frasa kerja, frasa
nama dan frasa adjektif, serta frasa nama dan frasa sendi. Dalam bahasa Melayu, pola
ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama


Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Contoh :

Pola 1 : Encik Hafez + pegawai pemasaran.


Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Baju itu + hijau.
Pola 4 : Rumah Fatin + di Negeri Perak.

10.1.3 Ragam Ayat

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata
kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul. Ayat pasif mengutamakan subjek
terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan
tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.
Contoh:
(i) Adik membaca buku.
(ii) Buku dibaca oleh adik.

Ayat i ialah ayat aktif.


Ayat ii ialah ayat pasif.
Ayat aktif ditandai oleh imbuhan „meN-„.
Ayat pasif ditandai oleh imbuhan „di-„ dan diikuti oleh perkataan „oleh‟.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.1.3.1 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif
dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja
transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau
unsur penyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja
yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat aktif tak
transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan
Ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

10.1.3.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi
kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

10.2 Jenis Ayat

Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

10.2.1 Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang
sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contohnya, Saya mempunyai sebuah komputer.
Ciri-cirinya ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau perkara dan
dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Ia diakhiri dengan tanda noktah „.‟

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.2.2 Ayat Tanya

Sekarang mari kita tinjau pula berkenaan dengan ayat tanya. Ayat tanya ialah ayat yang
digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis
iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum
kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya ini dilambangkan dengan tanda
soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah, yang diletakkan pada
unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Misalnya:
Awak sudah mandi?
Dia atuk kamu?

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti
apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa, dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini
terdiri daripada dua golongan iaitu ayat tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat
tanya dengan frasa sendi nama tanya. Misalnya:
Siapakah emak awak?
Mana satu pilihan awak?

10.2.3 Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu
tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti
nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang digugurkan.

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:-

(i) Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau
dan selainnya digugurkan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


(ii) Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah
sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

(iii) Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum
kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.Lazimnya kata
silaan digunakan pada permulaan ayat.

(iv) Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong
dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah


Makanlah nasi ini dulu. Ayat Suruhan
Jangan ambil wang orang. Ayat Larangan
Sila datang ke pejabat saya malam ini. Ayat Silaan
Tolong hantarkan tugasan esok. Ayat Permintaan

10.2.4 Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan
untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram,
sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru
(!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau
tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan
sebagainya. Untuk memahami ayat seruan tersebut, cuba perhatikan contoh-contoh
yang di bawah:
Contoh Ayat
Abang!
Oh, Tuhanku!
Wah, cantiknya perempuan itu!
Amboi, besarnya rumah kau!

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.3 Bentuk Ayat

Bentuk ayat pula terdiri daripada ayat dasar, ayat tunggal dan ayat terbitan. Kita akan
meneliti setiap takrifan dan konsep ayat dalam bahasa Melayu.

10.3.1 Ayat Dasar (Ayat Inti)

Menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang
terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang
keterangan di dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak
mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. (Nik Safiah Karim
et al., 1993)
Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat inti
ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal yakni
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Lufti Abas (1975) yang menyebut ayat inti
adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumus-
rumus struktur frasa dan transformasi wajib.
Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit
daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif,
negatif dan sebagainya. Oleh sebab itulah ayat inti dikatakan Paul Roberts (1964)
sebagai:
. . . the basic, elementary sentences of the language, the stuff from which all else
is made.
Justeru, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat
diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. (Lufti Abas dan Raja
Mukhtaruddin Dain, 1968)
Rumusannya, ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau
punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan
predikat hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap.
Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi daripada ayat dasarlah
dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. Ayat terbitan termasuklah ayat
tunggal dan ayat majmuk.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar.
Contoh:
Dia jururawat.
Arif sedang belajar.
Kakak ke kedai.
Abang pandai.

10.3.1.1 Ayat Tunggal (Ayat Selapis / Ayat Mudah)

Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. Ayat
tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-unit
tatabahasa yang lain. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu klausa,
frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. Hal ini
demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. Selain itu, bukan
semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar.
Widya Masri (2009) dalam buku Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu
menyatakan ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di
mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh
disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Urutan subjek dan
predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. Seterusnya,
terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada ayat penyata
sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat jenis ayat lain
seperti ayat soalan, ayat perintah dan sebagainya.
Oleh itu, ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu
mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Binaan ayat tunggal
mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Namun bukan semua ayat
tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi
prinsip ayat dasar.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.3.2 Ayat Terbitan (Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti)

Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat tranformasi
ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti tetapi dengan bentuk
yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah.
Ayat Transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat yang dihasilkan oleh rumus –
rumus struktur frasa (dengan atau tanpa tranformasi wajib) bersama-sama dengan
tranformasi bebas (tranformasi pilihan). (Lufti Abas, 1975)
Asraf, Lufti Abas dan Samsuri menghasilkan huraian yang lebih tuntas dan padat
tentang ayat transformasi. Samsuri (1978) mengemukakan 3 jenis transformasi iaitu
transformasi tunggal (daripada istilah singularly transformation) yang sama maksud
dengan transformasi satu dasar, transformasi gabungan dan transformasi rapatan.
Menurutnya lagi, transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa. Asraf
(1974) membahagikan ayat tranformasi kepada ayat tranformasi satu dasar, ayat
transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak. Pembahagian ayat
transformasi adalah berdasar pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh
beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A. Koutsoudas (1966) dan Paul Roberts
(1964).
A. Koutsoudas (1966) menerangkan bahawa ayat transformasi yang sederhana
disebut ayat single-base-transformation atau singularly transformation, iaitu ayat yang
terbit daripada satu ayat lain (ayat inti –P) atau ayat yang dikatakan Asraf (1978)
sebagai ayat selapis yang berubah struktur atau bentuknya daripada struktur atau
bentuk inti tetapi tidak terjadi daripada dua ayat. Konsep yang diutarakan oleh A.
Koutsoudas dan Asraf jelas menyatakan yang ayat transformasi hanya mengubah
bentuk atau strukturnya sahaja.
Ayat terbitan yang juga dikenali ayat transformasi ini terhasil apabila
terlaksananya suatu proses gramatis. Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan
rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta
memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat
terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,
penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.3.2.1 Konsep Pengguguran

Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat
yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan
dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak
lagi wujud.
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran:

a.Pengguguran frasa nama sebagai subjek


b.Pengguguran frasa predikat
c.Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
d.Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama

a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek

l. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
contoh:

i. Kamu keluar keluar!


ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!

ll. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.


Contohnya:

i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar


Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar
Dia sangat pandai kerana rajin belajar

ii. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu


Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu
Adik saya cerdik tetapi pemalu

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


b) Pengguguran frasa predikat

Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan.


Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk
gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh
digugurkan.

l. Pengguguran seluruh frasa predikat

Frasa Predikat Contoh ayat


Arifah belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang
a.Frasa kerja Arifah belajar di Pahang dan sepupunya belajar di
yang serupa Pahang
Arifah dan sepupunya belajar di Pahang
b.Frasa nama Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah
yang serupa Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah
Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.
c.Frasa adjektif Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.
yang serupa Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin
Abang saya dan abang Ali sangat rajin.
Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.
d.Frasa sendi Dia masih di kampung dan isterinya masih di
nama yang kampung.
serupa Dia dan isterinya masih di kampung.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat
yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa
relatif itu boleh digugurkan.
Contoh:

i. Kereta itu hijau. Kereta itu pilihan saya.


Kereta yang hijau itu pilihan saya.
Yang hijau itu pilihan saya.

ii. Nani membeli baju itu. Baju itu cantik.


Nani membeli baju yang cantik itu.
Nani membeli yang cantik itu.

d) Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa


nama

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh
digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian
penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama.

Contoh:
i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.

ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.


Merokok membahayakan kesihatan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.3.2.2 Proses Penyusunan Semula

Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun
pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain
pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian proses penyusunan semula ini tidak
membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:

a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.


B) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh di bawah:

Ayat Asal Penyusunan Semula


Adik membaling bola itu Bola itu dibaling oleh adik.
(Frasa nama sebagai subjek)
Allah mengurniai kita rahmat Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
(Frasa nama sebagai objek)
Orang itu pergi ke Pasir Mas Ke Pasir Mas orang itu pergi.
( Ayat songsang )

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


10.3.2.3 Proses Peluasan

Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang
baharu.Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu , iaitu:

a) Peluasan frasa nama sebagai subjek


b) Peluasan frasa predikat
c) Peluasan dengan kata hubung
d) Peluasan melalui proses komplementasi

Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikan contoh-contoh di


bawah:

Ayat Asal Peluasan


Budak itu adik saya. Budak yang membaca buku itu
Budak itu membaca buku adik saya. ( Frasa nama sebagai
subjek )
Osman mengusik budak Osman mengusik budak yang
itu. menangis itu. ( Frasa predikat )
Budak itu menangis.
Ayah tidak pergi kerja. Ayah tidak pergi kerja kerana
Ayah sakit perut. sakit perut.( Kata hubung )
Mereka melaporkan . Mereka melaporkan bahawa
Guru kelas tidak hadir. guru kelas tidak hadir.
( Proses komplementasi )

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood (2006). Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan dan Seri Lanang Jaya Rohani (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103
Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia.
Alias Mohammad Yatim (2007). HBML 3503 Pengantar Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Open Universiti Malaysia.
Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.
Bhd.
Arbak Othman (1980). Pengantar Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana
Sdn. Bhd.
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Teori Linguistik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Asraf Wahab (1988). Intonasi Dalam Hubungan Dengan Sintaksis Bahasa Melayu.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Azhar M. Simin (1983). Seni Karya Nahu dalam Jurnal Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bloomfield, L. (1935). Language. London: Allen & Unwin.
Che Ibrahim Salleh (2008). BBM 3203 Tatabahasa Melayu. Serdang: Penerbitan UPM.
Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu.
dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.
Hassan Alwi (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.
Hashim Hj. Musa (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Salleh (1993). Tinjauan Ringkas tentang Analisis Wacana dalam Sejarah
Pemerian Tatabahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lufti Abas (1985). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Isa Hassan (1993). Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman (2007). Linguistik: Teori dan Aplikasi.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1986). Tatabahasa Pegangan. Petaling Jaya: Agensi
Penerbitan Nusantara.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1986). Kajian Bahasa. Selangor: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009


Zainal Abidin Ahmad, Za‟ba (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaharani Ahmad (2008). Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Sumber Internet:
Laman Sesawang: Http://id.wikipedia.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks, Sufiks, Afiks)
Laman Sesawang: Http://www.wilta.org/ber_prefix.htm. -13.8.2008, (Tajuk: „Prefiks‟)
Laman Sesawang: Http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc. -13.8.2008,
(Tajuk: „Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu‟)

Sumber Jurnal:
Zaharin Yusoff (Universiti Sains Malaysia, Malaysia)
(Tajuk Artikel: “Cintailah Bahasa Kita”)
Deny Arnos Kwary (Univerisitas Sumatera Utara, Indonesia)
(Tajuk Artikel: “ Delapan Jenis Afiks : Analisis Afiks Bahasa Arab, Bahasa Indonesia
dan Bahasa Inggeris”)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009