Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PANTAI UJIAN 1 TAHUN 2014 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 6 Nama: Kelas : Masa: 50 minit

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 - 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. " Azmi dan Nasarudin sudah berbaik-baik, ________________ datang ke rumah saya tadi," kata Jasman kepada Hanafiah. A B C D 2. dia kita kamu mereka

Norhaliza terpilih sebagai pemidato terbaik kerana dia _____________ bercakap. A B C D lantang cergas lancar petah

3. Remaja yang memakai tudung bukan sahaja ____________ imej matang malah kelihatan sopan dan manis. A B C D menggambarkan menampakkan menjelaskan menjadikan

4. Kakak ______________ daging yang hendak digoreng itu dengan rempah. A B C D 5. menyapu melumur melapik menguli

Amin _____________ bibirnya apabila mendengar kata-kata daripada seterunya. A B C D mencemarkan mencemikkan cemikkan cemomot

6.

Tilam yang tersimpan lama itu sudah berbau _______________ A B C D hanyir hapak hangit hancing

7. Pelancaran model terbaru motosikal nasional telah _____________ melalui Berita Perdana semalam. A B C D dikisahkan diceritakan dihebahkan diilhamkan

8.

_____________ jumlah murid yang hadir latihan petang semalam? tanya Cikgu Ali kepada Ramasamy. A B C D Bila Siapa Berapa Bagaimana

9. Azmi masih datang lewat ______________ sudah berkali-kali diberi nasihat oleh Guru Besar. A B C D sayugia lantaran walhal ketika

10. Shalin tidak ____________ untuk bertarung dengan sesiapa sahaja dalam pertandingan boling itu nanti. A B C D gugat gawat gusar gentar

11. Dia akan berusaha meneruskan cita-citanya ______________ ada orang yang sanggup memberi bantuan kepadanya. A B C D selagi sehingga walaupun seterusnya

12. Azura _____________ rambut anaknya. A B C D mengusap-usapkan mengusap-usapi mengusap-usap mengusapkan

13. Generasi remaja sekarang ________________ dan berwibawa. A B C D kacak ketrampilan berketrampil berketrampilan

14. Kayu yang berat itu tidak _______ olehnya. A B C D mengangkatkan mengangkat terangkat diangkat

15. Pelajar yang cemerlang pasti mempunyai ________ sendiri. A B C D jadual bermain jadual belajar jadual harian jadual masak

16. Keadaan jalan itu _____________ dilalui oleh kenderaan berat. A B C D jongkang-jongket umbang-ambing lekak-lekuk putar-belit

17. Kehidupan masyarakat kampung adalah ______________ antara satu sama lain. A B C D bercampur-aduk tolong-menolong bersama-sama berjual-beli

seperti

aur

dengan

tebing.

Mereka

sentiasa

18. Pak Samat membawa balik ______________ kayu api dan beberapa _______________ rotan damar. A B C D sebatang seberkas seberkas gelung sepucuk gelung seikat ...gelung

19. Cuba tunjukkan bukti yang sahih hingga tergamak kau menganggap aku melakukan perbuatan khianat itu, kata Aisyah yang seakan marah benar dengan fitnah Jalilah. Pilih perkataan seerti bagi bukti. A B C D hasilan perkara alasan Dalil

20. Amin benar-benar yakin bahawa Hisyamlah yang mengambil dompet di atas meja itu. Pilih perkataan berlawan bagi yakin. A B C D percaya tuduh ingat syak

Soalan 21 - 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 21. A Warga kota dikehendaki menjaga kesihatan bandaraya bersama-sama. B Bencana alam telah menyebabkan keuntungan kepada orang ramai. C Kanak-kanak suka bermain di taman haiwan tanpa mengira waktu. D Ayam panggang yang dihidangkan semalam sungguh enak. 22. A B C D Perabut kedai itu menawarkan potongan harga yang tinggi. Saya dan ibu pergi ke pasar siang pada malam seminggu lepas. Rakyat di negara kita hendaklah bersatu padu untuk keharmonian bersama. Pelbagai jenama elektrik barang hangus terbakar dalam satu kebakaran.

23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. Mengapakah orang ramai menyambut kepulangan Nicol David seperti seorang jaguh? A Kepulangan Nicol David disambut sebagai seorang jaguh oleh orang ramai kerana telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. B Nicol David telah disambut sebagai seorang jaguh yang telah mengharumkan nama negara. C Kepulangan Nicol David telah disambut secara besar-besaran kerana dia seorang jaguh dunia. D Nicol David telah berjasa kepada negara. Oleh itu, dia disambut sebagai seorang jaguh. 24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Saya rasa, kira-kira lima bulan yang lalu. A B C D BiIakah kali terakhir kita berjumpa? Apakah kali terakhir kita berjumpa? Siapakah kali terakhir kita berjumpa? Di manakah kali terakhir kita berjumpa?

Soalan 25 - 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25. Belajar dengan tekun adalah lumrah bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. A Sudah menjadi kebiasaan apabila menghadapi peperiksaan pelajar akan belajar dengan bersungguh-sungguh. B Pelajar yang akan menghadapi peperiksaan lumrahnya akan belajar dengan tekun di kelas tambahan. C Para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan biasanya akan belajar hingga larut malam. D Tanpa belajar bersungguh-sungguh lumrahnya seseorang pelajar akan gagal. 26. Pihak Majlis Pebandaran telah merobohkan gerai-gerai yang dibina di tepi jalan. A B C D Majlis Perbandaran telah merobohkan gerai-gerai itu. Gerai-gerai itu telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran. Pihak Majlis Perbandaran yang merobohkan gerai-gerai itu di tepi-tepi jalan. Gerai yang dibina di tepi-tepi jalan telah dirobohkan oleh Perbandaran.

pihak

Majlis

Soalan 27 - 28 Pilih ayat yang betul. 27. I II III IV A B C D 28. I II III IV A B C D Murid-murid perlu membuat kerja masing. Hamidi terbentang laporan itu ke hadapan ketuanya. Lauk untuk ayah disimpan oleh emak di dalam periuk. Hajat Puan Ramlah telah disampaikan oleh emak kepada ayah. I dan II I dan III II dan III III dan IV Rambut lelaki itu kusut masai kerana sudah tiga hari tidak mandi. Pasar itu menjadi riuh-rendah dengan suara para-para peniaga. Pelbagai-bagai kuih-muih di atas meja. Mulutnya kumat-kamit membaca doa. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

Soalan 29 - 30 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29. Encik Gani telah memberi wang lebihan sebagai ________________ kepada Ahmad setelah menolongnya membeli barang dapurnya. A B C D durian runtuh dapat terpijak buah tangan duit teh

30. Para pekerja yang tercedera itu akan diberi ___________. A B C D isi hati baik hati sagu hati buah hati

Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Negeri Melaka pada suatu masa dahulu amat terkenal di seluruh Nusantara. Negeri Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan menghadap ke arah Selat Melaka. Melaka ialah negeri yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor. Negeri Melaka terbahagi kepada tiga jajahan, iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1400 Masihi bermula dengan kedatangan seorang putera raja dari Palembang. Beliau telah melarikan diri dari Palembang apabila gagal dalam pemberontakan menentang kerajaan Majapahit. Bersama-sama pengikutnya, Parameswara telah membuka penempatan di Kuala Sungai Bertam setelah beliau mendapati kawasan itu sesuai untuk dimajukan. Beliau kemudiannya menamakan kawasan itu sebagai Melaka. Melaka telah membangun dengan pesatnya. Melaka menjadi sebuah negeri perdagangan di antara timur dengan barat. Tidak lama kemudian, Melaka telah diiktiraf sebagai sebuah empayar. Banyak kapal dagang yang membawa muatan seperti emas, sutera, tembakau dan haruman serta barang-barang berharga singgah di sini. Terdapat juga kapal dagang dari negara-negara atas angin yang berlabuh di pelabuhan ini untuk berdagang. Kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat beberapa buah negara asing untuk menaklukinya. Melaka telah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511. Selepas Portugis, Belanda pula

menaklukinya dan diikuti oleh Inggeris. Kesan-kesan sejarah hasil peninggalan penjajah-penjajah masih boleh didapati sehingga hari ini seperti Kota A' Famosa, Bukit St. Paul, Bangunan Stadhuys dan lain-lain. 31. Negeri Melaka terletak A B C D di tengah-tengah antara Negeri Sembilan dengan Johor. di bahagian atas antara Negeri Sembilan dengan Johor. bersebelahan dengan Negeri Sembilan dan Johor. di bawah Negeri Sembilan dengan Johor.

32. Berdasarkan petikan, siapakah yang menjadi pengasas Melaka? A B C D Orang Inggeris Orang Portugis Orang Belanda Parameswara

33. Apakah yang menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar? A B C D Perkapalan Penjajahan Perdagangan Peninggalan sejarah

34. Bangunan Stadhuys mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Kota A' Famosa. Pilih penyataan yang benar. A B C D Merupakan tinggalan oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Merupakan tinggalan sejarah hasil penjajahan Portugis dan Belanda. Merupakan tinggalan sejarah semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Merupakan tinggalan sejarah semasa Tanah Melayu berjuang menentang Jepun.

35. Frasa negara-negara atas angin dalam petikan bermaksud A B C D Negara-negara seperti China dan Jepun. Negara-negara yang menjadi pusat perdagangan. Negara-negara seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Negara-negara yang berhadapan dengan Laut China Selatan.

10

Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Jangan gergaji pokok talas, Nanti lesung dimakan pahat; Jangan menjadi orang malas, Perut kosong badan tak sihat. Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Apa yang dapat jangan dilupa. Terang bulan di malam sepi, Cahaya memancar ke pokok kelapa; Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada saudara, ibu dan bapa. 36. Pantun kanak-kanak ini bertemakan A B C D kasih sayang. pendidikan. keriangan. kesihatan.

37. Apakah akibatnya jika seseorang itu bersikap malas? A B C D Akan mendapat keuntungan Berat badannya bertambah Kesihatannya akan terjejas Perutnya sentiasa kempis

38. Perkara yang perlu dicari dalam rangkap kedua pantun tersebut ialah A B C D jasa baik. wang ringgit. rakan taulan. ilmu pengetahuan.

39. Apakah nasihat yang hendak disampaikan dalam rangkap ketiga pantun ini? A B C D Ingat jasa ibu dan bapa Berbuat baik kepada keluarga Sentiasa berada di sisi ibu bapa Menyayangi adik-beradik seibu sebapa

11

40. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A B C D Kesihatan terganggu jika perut sentiasa lapar. Setiap yang dipelajari mestilah sentiasa diingati. Kita hendaklah menabur bakti kepada sesiapa sahaja. Hubungan antara guru dengan ibu bapa mestilah baik.

12

Anda mungkin juga menyukai