Anda di halaman 1dari 5

MAZHAB HUMANIS

Memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku dalam diri seseorang perasaan & emosi. Penekanan terhadap cara pemikiran, pengamatan dan interpretasi (mentafsir) terhadap sesuatu peristiwa. Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Bertanggungjawab terhadap segala tindakan. Contoh: Jika seseorang ingin mencapai kecemerlangan dalam hidup, dia perlu bertindak atau berusaha untuk mencapai matlamat. Terdiri daripada teori: 1. Teori Pembelajaran Carl Rogers. 2. Teori Pembelajaran Maslow.

TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGER

Pengalaman setiap individu adalah berbeza dan unik serta hanya boleh difahami oleh individu itu sendiri sahaja.
Konsep kendiri persepsi tentang diri sendiri. (rupa, kesihatan, kebolehan dan kelemahan) Setiap individu mempunyai hasrat sendiri unuk mencapai kesempurnaan kendiri. Pembentukan kendiri dapat ditonjolkan melalui tindak balas yang selaras dengan kepercayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.

OBJEKTIF TEORI HUMANISTIK

1. Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan pelajar. 2. Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang ingin dipelajari. 3. Meningkatkan daya cipta pelajar-pelajar. 4. Mengembangkan minat pelajar (bidang seni). 5. Meningkatkan naluri ingin tahu pelajar-pelajar.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

Mengutamakan strategi berpusatan murid dan kaedah individu. Membentuk bilik darjah yang kondusif dan tanpa ancaman. Memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi. Bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif dikalangan pelajar. Mengamalkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Mengutamakan pelajran diri sendiri. Mengamalkan konsep pendidikan terbuka.

PRINSIP TEORI HUMANISTIK

1. Pelajar akan belajar apa yang dikehendaki dan yang ingin diketahui. 2. Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada pemerolehan fakta. 3. Penilaian yang dibuat oleh pelajar sendiri lebih bermakna bagi dirinya. 4. Perasaan pelajar adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran cara berfikir. 5. Pembelajaran hanya berlaku jika pelajar tidak berasa terancam. Suasana sosioemosi yang sihat dengan guru yang lebih memuji daripada mengkritik dan lebih membimbing daripada memarahi perlu diwujudkan. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika maruahnya tidak tergugat.