Anda di halaman 1dari 16

PEMUTUS LITAR

 Merupakan sejenis alat yang berkemampuan


menyambung dan memutuskan bekalan secara
automatik apabila berlaku kerosakan elektrik. Asas
fungsi atau cara kendalian alat ini bekerja adalah
bergantung kepada beberapa cara iaitu :

a. Magnetto-hidraulik

b. Terma ( haba )

c. Elektromagnet
 Oleh sebab fius mempunyai sifat tempoh lewat untuk
berkendali, perlindungan yang diberikan terhadap arus
lebih tindak begitu cekap, lagipun fius itu perlu ditukar
ganti apabila telah lebur. Bagi mengatasi masalah ini,
pemutus litar telah direka.

 Pemutus litar dapat berkendali secara automatik apabila


berlaku arus lebih dan boleh dilaraskan pada nilai-nilai
perlindungan daripada arus lebih yang dikehendaki
dengan mudah.

 Pemutus litar tidak perlu ditukar ganti apabila berlaku


arus lebih. Setelah dibaiki kerosakan yang menyebabkan
arus lebih, pemutus litar itu dihidupkan semula seperti
menghidupkan suis biasa walaupun berlaku beberapa
kali arus lebih, pemutus litar itu tetap akan berkendali
dan boleh terus digunakan.
JENIS-JENIS PEMUTUS LITAR
1. Pemutus Litar Udara ( Air Circuit Breaker - ACB)

2. Pemutus Litar Teracu ( Moulded Case Circuit


Breaker - MCCB )

3. Pemutus Litar Kenit ( Miniature Circuit Breaker -


MCB )

4. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi ( Residual


Current Circuit Breaker - RCCB )
Air Circuit Breaker –ACB ( Pemutus Litar Udara )
 Air circuit breaker asasnya adalah hanya sebuah
pengasing sahaja dan tidak boleh beroperasi
secara otomatik.
 Untuk membolehkan ianya bertindak secara
otomatik ACB hendaklah dilengkapkan dengan
shunt trip coil, geganti dan alatubah arus. Ia boleh
memberikan perlindungan arus lebih, beban lebih,
bocor ke bumi dan rosak ke bumi iaitu bergantung
kepada geganti yang disambungkan kepada shunt
trip coil nya.
 ACB lebih kukuh kerana diperbuat
keseluruhannya dari logam. Kadaran arusnya
adalah dari 600A hingga 8000A
Gambarajah ACB
Moulded Case Circuit Breaker - MCCB
( Pemutus Litar Teracu )
 MCCB menggunakan prinsip yang sama dengan
MCB tetapi terdapat juga MCCB yang
menggunakan prinsip magnet dan haba secara
gabungan. Ia lazimnya berkadar melebihi 60A
dan untuk kegunaan tiga fasa. Ia mengambil alih
peranan fuse switch.
Gambarajah MCCB
 Dengan perubahan teknologi terkini maka terciptalah
MCCB dimana ianya boleh menggantikan tugas ACB
untuk kadaran arus sehingga 600A. Kemungkinan juga
ianya boleh membawa arus yang lebih tinggi dimasa
akan datang.

 Sama seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas


adalah satu alat untuk memutuskan dan
menyambungkan bekalan tetapi tidak sebagai
pengasing, ini kerana ianya dilengkapkan dengan
perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah
terbina didalamnya.

 Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan


alatubah arus, geganti dan gelung shunt trip sama
seperti ACB. Ia tidak terbina di dalam MCCB.
 Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti
kepada fius. Apabila berlaku arus lebih atau beban lebih
daripada kadaran arus sesuatu fius ia akan terbakar dan
terpaksa diganti dengan yang baru.

 Apabila MCCB digunakan dalam kes ini ia hanya akan


terpelantik. Apabila kerosakan telah dibaiki MCCB hanya
perlu dihidupkan ( ON ) kan sahaja, tiada apa-apa yang
perlu digantikan. Dengan itu kos senggaraan dapat
dijimatkan dan masa gangguan bekalan dapat
dikurangkan.

 Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip medan


magnet pada sebuah gelung. Gelung ini bersiri serta
sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan
bertambah kuat dengan bertambahnya arus yang
mengalir dalam MCCB. Apabila tahap tertentu seperti
yang ianya telah direkabentuk tercapai maka ia akan
terpelantik.
 Ada juga MCCB menggunakan kaedah bimetal strip
yang akan membengkok apabila panas yang disebabkan
arus lebih dan seterusnya memutuskan bekalan. Ada
juga MCCB yang menggunakan gabungan kedua-dua
prinsip ini.

 Selalunya prinsip medan magnet digunakan untuk


perlindungan arus lebih dimana MCCB akan terpelantik
serta merta apabila nilai arus telah melebihi had tertentu.
Manakala prinsip bimetal strip adalah untuk perlindungan
beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan
terkandung unsur lewat masa.

 Namun begitu ada juga MCCB terbaru yang


menggunakan prinsip tekanan arcing gas. Tekanan yang
berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu
bergerak untuk menyebabkan MCCB terpelantik. Ini
sesuai untuk perlindungan arus lebih.
 Berbeza dengan ACB bahagian badan dan bingkai
MCCB diperbuat daripada bahan bukan logam
( polyester resin ) manakala ACB diperbuat dari logam.
Operating handlenya juga diperbuat dari bahan yang
sama. Oleh itu ia tidak mempunyai fault level yang tinggi
seperti ACB.

 MCCB hanya sesuai untuk dipasang tetap dan tidak


boleh dikeluarkan dengan mudah seperti ACB. Kebaikan
lain MCCB berbanding dengan fius ialah apabila berlaku
masalah pada mana-mana fasa, ketiga-tiga fasa akan
terputus bekalan.

 Tetapi fius akan memutuskan bekalan kepada fasa yang


bermasalah sahaja. Oleh itu masalah single phasing
boleh berlaku.
Gambarajah MCCB Terpasang
Miniature Circuit Breaker - MCB
( Pemutus Litar Kenit )
 MCB berfungsi sama dengan fius tetapi
digunakan setakat 60A sahaja. Selalunya untuk
kegunaan satu fasa walaupun ada juga untuk
tiga fasa.

 Fius menggunakan prinsip haba manakala MCB


menggunakan prinsip medan magnet. Terdapat
gelong bersiri dengan litar utama yang akan
menarik bahagian pelantik untuk memutuskan
litar apabila arus melebihi tahap tertentu yang
telah dihadkan untuk sesebuah MCB.
Gambarajah MCB
Residual Current Circuit Breaker - RCCB
( Pemutus Litar Bocor Kebumi )
 Untuk pemasangan yang tidak melebihi 100A,
perlindungan bocor kebumi selalunya menggunakan
RCCB atau dahulunya dikenali sebagai ELCB (Earth
Leakage Circuit Breaker). RCCB tidak memberikan
perlindungan arus lebih atau beban lebih.
 RCCB mempunyai beberapa kepekaan tertentu seperti
berikut:
a. 10mA untuk soket alir keluar bagi bekalan kepada
alat permainan kanak-kanak
b. 30mA untuk soket alir keluar 13A (berasingan atau
berkumpulan)
c. 100mA untuk pemasangan satu fasa 40A atau 60A
( lampu dan soket )
d. 300mA untuk pemasangan tiga fasa tidak melebihi
100A
 RCCB untuk satu fasa menggunakan prinsip medan magnet
seimbang diantara medan magnet pengalir hidup dengan
medan magnet pengalir neutral. Jika tiada kebocoran
medan-medan tersebut akan sama kuat dan berlawanan
arah kerana arus yang mengalir didalam pengalir fasa dan
neutral adalah sama tetapi berlainan arah. Oleh itu ia
seimbang.

 Apabila berlaku kebocoran arus kebumi sebahagian arus


akan mengalir kebumi dan menyebabkan arus di pengalir
hidup dan pengalir neutral tidak sama, oleh itu medan
magnetnya juga tidak seimbang.

 Terdapat satu gelong kecil yang dipanggil search coil


didalam RCCB tersebut yang akan mengesan
ketidakseimbangan medan magnet tadi. Ia akan teraruh dan
menyebabkan RCCB terpelantik.