Anda di halaman 1dari 6

2.0 Aspek keselamatan dalam permainan bola tampar.

Kecederaan boleh berlaku dalam apa jua permainan tidak terkecuali


permainan bola tampar. Ianya boleh berlakuketika latuhan atau pun pertandingan
diadakan. Oleh itu, guru-guru dan jurulatih harus tahu langkah-langkah dan tindakan
pencegahan yang perlu untuk memstikan risiko kecederaan untuk berlaku kurang.
Jurulatih dan para pemain juga harus tahu cara untuk merawati kecederaan yang
berlaku.
Jenis-jenis kecederaan
1. Luka yang berlaku akibat terjatuh ke atas permukaan keras, berlanggar dengan
pemain lain atau tiang jarring. Bahagian lutut, siku dan kepala merupakan
tempat yang biasa terluka dalam permainan bola tampar.

2. Ketegangan dan terseliuh juga kecederaan yang biasa berlaku kepada pemain
bola tampar kerana otot, ligamen dan tendon mudah tergeliat ketika
melakukan pergerakan. Selalunya otot depan dan tendon belakang lutut
(quadriceps dan hamstrings) tergeliat apabila melalkukan pergerakan
mengejut. Sendi pada kaki mudah terseleliuh apabila ligament di sekelilingnya
mengalami tekanan berlebihan contohnya pabila tergelincir atau menukar arah
pergerakan dengan cepat.

3. Bengkak. Terdapatnya lebam-lebam merah atau biru-hitam yang disebabkan


oleh terjatuh, terlanggar pemain lain atau pun tiang jaring ketika melakukan
spiking atau blocking.

4. Pengsan atau tidak sedarkan diri disebabkan oleh terlanggar dengan pemain
lain ataupun tiang jaring.

5. Kecederaan (a) mulut, bibir, gusi dan gigi

(b) mata

Biasanya disebabkan oleh pelanggaran antara pemain-pemain.

Pencegahan kecederaan
Langkah pencegahan merupakan tanggungjawab jurulatih supaya kecederaan
para pemain dapat dielakkan. Jurulatih harus memastikan setiap teknik dalam
permainan diajar pada langkah yang betul dan tepat. Pakaian, peralatan yang
digunakan dan persediaan yang cukup juga harus dalam keadaan baik dan sesuai demi
pencegahan kecederaan. Terdapat lima langkah mengatasi kecederaan.

1. Meguasai teknik yang betul- Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang


mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahirna mereka.
Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik- pemain hrus


menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk
mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan
untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemaian yang cergas
biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana

(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanay tindak balas untuk
mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.

(b) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan


kecederaan.

(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan


hentakan ketika jatuh.

3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai- Jersi, seluar pendek


dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permaianan. Elakkan
mennggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan
kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh
digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.

4. Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang- Peraturan diwujudkan


untuk menjadikan permaianan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi
undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan
permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas.

5. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan- jenis aktiviti yang


dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu
keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana focus
utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang fit mereka akan
mengalami kecederaan ketika pertandingan.

Klassifikasi kecederaan mengikut paras ketenatan

Kecederaan boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan mengikut ketenatannya


seperti berikut:

i. Otot-otot, tendon dan ligamen pecah, tulang patah dan sendi-sendi terkehel.

ii. Tisu-tisu terganggu menyebabkan rasa tegang, terseliuh, tergeliat separa dalam
otot

iii. Kerosakan minimum dengan tidak ada gangguan teruk pada otot, tendon dan
ligamen. Hanya kerosakan kepada saluran kecil darah yang menyebabkan
lebam (haematoma).

Rawatan kecederaan dalam sukan.

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan kecederaan yang


berlaku,melegakan kesakitan dan menggalakkan kesembuhan. Tugas ini terletak di
bahu pegawai fisioterapi atau paramedik dalam sesebuah pasukan. Namun, sebagai
jurulatih, mereka juga harus tahu serba sedikit untuk member pertolongan cemas
kepada pemain.
Seorang atlet yang tercedera tidak harus digerakkan sehingga dikenalpasti
pergerakan tersebut tidak akan menanbahkan lagi keceraan pemain tersebut terutama
kecederaan dalaman pemain. Pembantu pertolongan cemas boleh merawat segera
kecederaan seperti luka, terseliuh, kejang dan rasa tegang. Apabila kecederaan tisu
lembut berlaku, salurah darah yang kecil tergeliat dan darah keluar menyebabkan
lebam dan bengkak. Tindakan cepat harus diambil untuk menghentikan pendarahan
dan mengurangkan bengkak melalui kaedah RICE.

R- rest (rehat)

I- ice (ais)

C- compression (pemampatan)

E- elevation (penaikan)

Rehat untuk 24 jam dalah untuk mengawal pendarahan lanjutan yang mungkin
berlaku. Ais diletakkan di tempat yang tercedera selama 20 minit setiap 2 jam pada 24
jam yang pertama. Ini akan melegakan kesakitan, bengkak dan pendarahan yang
berlanjutan. Ais dibalut dengan menggunakan tuala basah. Ais tidak boleh
bersentuhan dengan kulit secara terus.

Pemampatan kecederaan dengan menggunakan pembalut krep akan menahan


darah keluar dan mengurangkan bengkak. Tetapi, balutan tidak boleh terlampau ketat
kerana ianya kan menghalang pengaliran darah.

Penaikan menolong mengurangkan bengkak dan menahan kehilangan darah.


Anggota badan yang cedera perlu diangkat melebihi paras jantung dalam masa 24
jam.

Luka dalam (deep) di bibir, kening, kulit kepala mungkin memerlukan jahitan.
Tekanan teguh (firm pressure) dengan pad kapas di atas luka biasanya akan menahan
pendarahan. Pesakit harus dihantar ke hospital segera untuk dijahit bagi mengelakkan
jangkitan kuman.
Rawatan pemulihan

Kecederaan kumpulan 1

Kecederaan teruk seperti fraktur tulang dan sendi terkehel memerlukan


minimum masa 6 minggu untuk menjadi lumpuh sebelum pemulihan dijalankan.
Kecedaraan seperti ini memerlukan rawatan rapi.

Kecederaan kumpulan 2

1. Ligamen atau sendi (bila rawatan RICE diberikan), gerakkan anggota yang
cedera untuk meregangkan sebarang tisu parut yang terbentuk supaya
kembali ke perjajaran autonomi yang betul.

2. Otot-otot tendon- selepas 24 jam (bila rawatan RICE diberikan), dengan


lembut, regangkan otot-otot cedera selama 10 minit setiap pagi dan malam
dan seminit setipa jam. Tujuannya untuk mencegah pengecutan tisu-tisu
oleh pembentukan tisu parut. Apabila regangan lembut menjadi selesa,
lakukan pula regangan lebih aktif dan kekuatan static boleh dilakukan.

Kecederaan kumpulan 3

Untuk lebam, selepas rawatan RICE pada 24 jam yang pertama, latihan biasa
boleh dijalankan oleh atlet.
Pencegahan
Kecederaan
kecederaan oleh
berlaku
jurulatih

Pemulihan oleh
Pertolongan cemas
jurulatih, doctor
oleh jurulatih
dan ahli fisioterapi

Rawatan oleh
doktor

Carta alir kecederaan dalam sukan