Anda di halaman 1dari 4

Dalam

bentuk forum

kecil,

buat

perbincangan

tentang faktor-faktor yang

menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini. Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari. Selain itu juga, minat terhadap pelajaran juga amat ketara sekali bagi keduadua jantina ini. Menurut data dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (MCIIUM) pada tahun 2006, peratus pelajar perempuan yang layak mendaftar di MCIIUM adalah sekitar 60 peratus berbanding pelajar lelaki 40 peratus. Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, fenomena ini disebabkan pelajar lelaki sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM mereka bagi menampung keperluan harian diri. Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang masih memikirkan ilmu itu penting bagi memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang. Menurut buku karangan Syed Ismail dan Ahmad Subki bertajuk Budaya dan Pembelajaran (2009), kadar pencapaian murid perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi murid lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama. Peluang melanjutkan pelajaran bagi kedua-dua jantina ini juga berbeza. Jika disingkap kembali sejarah, zaman penjajah memperlihatkan golongan lelaki mendapat tempat dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan. Berbeza dengan perempuan yang mana hanya diberi pendidikan asas kerana peranan

golongan ini masih kecil pada ketika itu. Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki. Namun begitu, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak dibenarkan keluar mencari pekerjaan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. Justeru itu, masih ada golongan wanita yang tidak menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau rendah. Selain itu, ketaksamaaan peluang pendidikan dari segi jantina di peringkat pengajian tinggi juga boleh berlaku atas persepsi masyarakat bahawa

keseimbangan jantina menjadi aspek utama pemilihan kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi dan bukannya kelayakan akademik yang dicapai. Pesepsi seperti ini sangat dapat menjejaskan peluang pendidikan yang mana pelajar berputus asa sebelum mencuba terutama bagi golongan wanita. Ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina yang berlaku di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) sekarang ada hubung kaitnya dengan kos atau kursus yang ditawarkan di IPT itu sendiri. Jika kita lihat sekarang atau pun suatu masa dahulu, majoriti atau kebanyakan penuntut yang memenuhi IPT adalah dari golongan wanita, dan golongan lelaki hanyalah segelintir sahaja. Keadaan ini berpunca dengan kursus yang diambil. Sebagai contoh, banyak kursus yang lebih mengutamakan wanita, seperti undang-undang, rekaan fesyen, pendidikan,perubatan, jahitan, dan

sebagainya. Sedangkan kursus untuk golongan lelaki hanyalah sedikit, dan yang paling popular adalah kejuruteraan dan dan IT. Implikasi terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. (i) Individu Umumnya, sudah semestinya ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar lain. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tersebut pelajar yang lemah pelajaran kerana faktor kewangan keluarga ditambah lagi dengan tinggal di pedalaman serta kurang berminat untuk belajar pasti tidak dapat menandingi pelajarpelajar lain yang pintar. Seterusnya, individu tersebut akan tersisih daripada arus

pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada. Mungkin juga, jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari. Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan sepertimana pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain. (ii) Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Sebagai contoh, orang asli yang masih kurang mementingkan pendidikan kurang proaktif dalam dunia global sekarang. Akibatnya, mereka lebih senang tinggal di dalam hutan seperti dahulu. Tiada kemudahan yang sempurna dan jauh sekali perkembangan teknologi. (iii) Masyarakat Implikasi kepada masyarakat lebih kepada refleks daripad implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara. Mungkin daripada kesan yang lebih buruk lagi, masyarakat ini akan terus didiskriminasi dan tidak diambil peduli oleh masyakarat lain. (iv) Negara Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan iaitu berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul. Imej negara akan menjadi buruk dan semestinya pelbagai lagi andaian negatif bakal terjadi. Kesimpulannya, isu ketaksamaan peluang pendidikan ini patut ditangani oleh bukan sahaja di pihak kerajaan, tetapi juga pihak berwajib seperti ibu bapa, guruguru, masyarakat sekeliling dan individu itu sendiri. Semua perkara mampu ditangani selagi azam dan tekad menjadi tunjang perjuangan.

Anda mungkin juga menyukai