Anda di halaman 1dari 3

NOOR SHARINA BINTI MOHAMMED ZUHAIR 920502-03-6014

Refleksi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Ke Sk Puteri, Seremban

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program lawatan penanda aras bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) Semester 5 yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban pada 17 Februari yang lepas. Program Bina Insan Guru yang diadakan pada kali ini adalah program Lawatan Penanda Aras ke sekolah yang mempunyai guru cemerlang subjek major kami iaitu Pendidikan Seni Visual. Program yang berlangsung selama tujuh jam ini banyak memberikan pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program lawatan penanda aras. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan peroleh daripada program ini. Antaranya ialah yang pertama, melalui program lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Puteri ini ia dapat memberi peluang kepada saya menimba ilmu dan pengalaman secara langsung dari seorang guru cemerlang dalam subjek Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Siti Sabariah bt. Mohd Daud. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut. Melalui ceramah yang di sampaikan oleh beliau, saya dapat mengesan bahawa beliau adalah seorang guru yang sangat aktif. Tidak hairanlah jika beliau dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Seni di sekolah tersebut kerana telah banyak aktiviti dan tenaga serta pencapaian yang membanggakan yang telah di sumbangkan sepanjang mengajar di sekolah tersebut. Antaranya ialah beliau berjaya melahirkan dua urang guru sebagai jurulatih utama (JU) negeri, menghantar murid menyertai pertandingan Anugerah Inovasi Sekolah- sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Kluster, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010, Mentor Rakan Seni dan banyak lagi. Selain itu, melalui pengalaman yang telah dikongsi kan, saya dapat mengetahui bahawa beliau juga adalah seorang guru seni yang sangat kreatif dan rajin serta

komited dengan tugas di mana beliau telah membimbing murid- murid melakukan aktiviti seni serta menghasilkan karya- karya seni untuk dijual pada sambutan Hari Kantin Sekolah dan berjaya meraih kutipan tertinggi, iaitu sebanyak RM 3000.00 daripada penjualan hasil seni. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Seni Visual, saya merasakan bahawa pencapaian tersebut adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana tidak semua guru terutamanya guru seni mampu untuk memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas. Dalam masa yang sama, aktiviti Mentor Rakan Seni yang diadakan pada setiap hari selepas sesi persekolahan juga adalah merupakan salah satu bukti menunjukkan bahawa beliau sangat menekankan subjek pendidikan seni. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kekangan sepanjang lawatan ini diadakan. Antaranya ialah, yang pertama sebelum lawatan diadakan, saya menghadapi kesukaran memilih tarikh yang sesuai untuk mengadakan lawatan tersebut kerana jadual yang padat untuk semester ini. Dalam masa yang sama, berlakunya pertukaran tarikh disebabkan kekangan dari pihak sekolah yang mana pada hari tersebut, iaitu pada 19 Februari 2014 ada program yang akan dijalankan di sekolah tersebut. Jadi, saya terpaksa menukar tarikh dan telah memilih tarikh pada 17 Februari 2014 agar dapat menyenangkan kedua- dua pihak. Kemudian , kekangan dari segi pengurusan masa iaitu kelewatan ketika bertolak daripada institut. Kami sepatutnya bertolak pada pukul 6.45 pagi tetapi di atas kelewatan menyebabkan kami bertolak pukul 7.00 pagi. Sebagai penambahbaikan, pada program BIG yang akan datang guru pelatih seharusnya lebih bijak dalam mengurus masa kerana sebagai seorang guru, pengurusan masa sangat penting agar segala perancangan yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, penumpuan guru pelatih terhadap ceramah yang disampaikan oleh guru cemerlang merangkap ketua panitia Pendidikan Seni juga adalah kurang. Hal ini kerana apabila kurang memberikan respon ketika sesi soal jawab serta jelas menunjukkan ketidaksediaan dalam diri guru pelatih. Namun begitu, setelah beralih masuk ke studio seni bagi melihat sendiri bagaimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) seni dijalankan, guru pelatih kembali bersemangat serta menunjukkan kesediaan serta minat terhadap sesi tersebut. Mereka juga melibatkan diri secara aktif dalam membantu murid menghasilkan penanda buku.

Akhir sekali, saya merasakan bahawa program seperti ini perlu dianjurkan kepada guru pelatih terutamanya guru pelatih yang baru memulakan praktikum. Hal ini kerana ia boleh memberi pendedahan awal mengenai pengurusan bilik darjah ketika sesi p&p serta menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam situasi sebenar sebelum menjejakkan kaki ke sekolah terutamanya apabila berkhidmat sebagai guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai