Anda di halaman 1dari 3

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan lebih mendalam.Namun begitu,secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno,iaitu nenek moyang orang Melayu dapat diketahui.Beberapa teori mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal dari golongan manusia yang diberi nama Austronesia.Ahli sejarawan berpendapat bahawa golongan ini berasal dari Asia Tengah,dari daerah Yunan,yang berpindah ke selatan sejak kira-kira 2500 Sebelum Masihi(SM) dan menduduki wilayah Asia Tenggara.Perpindahan yang berlaku ini dipercayai terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.Perpindahannya berlaku kirakira 2500 SM.Kumpulan kedua pula dikenali sebagai Melayu Deutro dari daerah Yunan.Perpindahannya berlaku kira-kira 1500 SM.Peradaban orang Melayu Proto dikatakan lebih maju daripada orang Negrito,penduduk tempatan di Nusantara kerana mereka lebih tahu cara bercucuk tanam serta mencipta alat

perhiasan.Melalui kajian terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang oleh Geldern di Sungai Bramahputra dan sungai-sungai lain di Nusantara itu telah dibawa masuk oleh orang-orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Kumpulan Melayu Deutro dipercayai memiliki tamadun yang lebih maju dari kumpulan pertama.Mereka pandai dalam bidang pembuatan alat perburuan dan pertanian,astronomi dan pelayaran.Mereka hidup di tepi pantai serta membina penempatan yang berhampiran sungai dan lembah yang subur dan kemudian bersebaran hampir ke seluruh Kepulauan Melayu.Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan mereka berpindah ke kawasan pendalaman.Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat.Mereka belayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang. J.R.Logan turut bersetuju dengan Geldern berdasarkan kajian adat resam suku bangsa Asia.Beliau mendapati bahawa wujud persamaaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma (Myanmar).

Slametmuljana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Austronesia yang di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.Namun begitu,hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan antaranya tarikh berlakunya penghijrahan.Tarikh penghijrahan kedua-dua kumpulan ini bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35000 tahun lalu.Bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan kerana artifak ini bukan sahaja ditemukan di Asia Tengah dan Nusantara tetapi juga di Amerika dan Eropah.Seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah.Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia. Hipotesis bahasa Melayu berasal dari kawasan Nusantara telah disokong oleh beberapa pengkaji berdasarkan kajian yang telah dilakukan.Hasil pengkaji bahasa menunjukkan kekerabatan bahawa iaitu bahasa-bahasa kepada di Nusantara mempunyai tersebut iaitu hubungan bahasa

induk

bahasa-bahasa

Austronesia.Kajian C.A.Mees mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Austronesia mempunyai persamaan yamg banyak dari segi perkataan,sistem imbuhan dan susunan tatabahasa.Penutur bahasa daripada bahasa rumpun bahasa itu dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu.Dari situlah mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.Kajian William Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa

Mikronesia,Melanesia dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia.Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah.Oleh hal yang demikian,asal nenek moyang bahasa bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah. Hipotesis kedua ini juga disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil manusia di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu.Buktinya fosil manusia yang ditemukan menunjukkan bahawa Manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun lalu.Tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak di Asia Tengah.Hal ini terbukti dengan penemuan dua tengkorak di Jawa,iaitu

Pithecanthropus Mojokerta (670 000 tahun) dan Pithchecanthropus Trinil(600 000

tahun) berbanding Sinanthropus Pekinesis (550 000 tahun) .Daripada bukti ini,dapat disimpulkan bahawa nenek moyang bahasa Austronesia dan bahasa Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara.

Anda mungkin juga menyukai