Anda di halaman 1dari 1

Wong Wei Han N3

WAJ3101

15/1/2013

Faktor-faktor kejayaan dan kemerosotan sesuatu tamadun


Faktor Penyumbang kejayaan sesuatu tamadun
1. Politik yang kukuh dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah tamadun umpamanya tamadaun Rom dan Parsi pada awalnya mempunyai asas politik yang kukuh dengan system pemerintahan yang teratur dan kuat. Pihak-pihak musuh tidak dapat mengganggu dan menggugat negara tersebut menyebabkan usaha-usaha membangunkan tamadun tidak terhenti dan terus berkembang. 2. Kedudukan sesebuah tamadun atau negara yang strategik boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu dapat berkembang dengan pesat kerana penyebaran tamadun sesebuah negara itu sama ada melalui jalan air atau darat. 3. Rangsangan keagamaan juga boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu berkembang maju. Keadaan ini dapat kita lihat dengan tamadun Islam. Agama Islam mendorong umatnya supaya mencari ilmu pengetahuan sama ada melalui Al-Quran atau melalui tanda-tanda alam sekitar dan budaya manusia. Keadaan ini telah menyebabkan tamadun Islam berkembang pesat semasa khulafak umayyah dan juga pada zaman pemerintahan khulafa Abasiyyah. 4. Toleransi dengan tamadun lain juga boleh menyebabkan sesuatu tamadun yang baru akan lebih berkembang dengan pesatnya dengan mengkaji tamadun yang telah lalu dengan penambahbaikan sesuatu ilmu pengetahuan seterusnya mencipta tamadun mereka sendiri.

Faktor Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun


1. Ketidakadilan dan perbezaan jurang dalam kalangan rakyat dan pemerintah akan menyebabkan sesuatu tamadun itu jatuh atau musnah kerana banyak pemberontakan berlaku dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah dengan tangan rakyatnya sendiri. 2. Penindasan dan kezaliman juga akan menyebabkan sesebuah tamadun itu akan musnah sedikit demi sedikit kerana melalui pemberontakan yang berterusan. Pemerintah tidak mempunyai masa untuk memajukan tamadun manakala rakyat pula sibuk dengan pemberontakan dan mereka tidak mempunyai masa untuk membina budaya dan tamadun mereka. 3. Malapetaka dan bencana alam juga boleh membawa kepada kemusnahan budaya dan tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun yang hebat musnah disebabkan bencana yang berlaku seperti gempa bumi, gunung berapi, rebut yang kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun itu.

Anda mungkin juga menyukai