Anda di halaman 1dari 23

1.0 PENDAHULUAN

Islam melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan tidak berdiri sendiri sebaliknya mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain. Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Dewasa ini, manusia semakin bijak mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, ini tidak sesekali bermakna hukum syariah boleh diabaikan atau dipermudahkan semata-mata ingin mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi.

Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini. Padahal, adalah amat tidak wajar bagi manusia mempertikaikan hukum syariah kerana jelas segala hukum tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Tambahan pula, undang-undang syariah diasaskan atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’ (keburukan). Ia meliputi segala aspek yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia, dan juga manusia dengan alam sekeliling. Pengharaman arak merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam hukum syariah dan Allah SWT pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam mengharamkannya demi kesejahteraan umat manusia.

Menurut Abdul Latif Muda (1997), jumhur ulama’ mendefinisikan arak sebagai segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik memabukkan dengan meminumnya mahupun tidak, meminumnya sedikit apatah lagi banyak. Ini kerana arak merupakan minuman yang dikategorikan merosakkan akal sama ada dengan meminum sedikit atau banyak. Dr. Mohamad Ali Al-Bar (1993), menegaskan arak merupakan perencat sistem otak iaitu bahagian yang mula-mula terganggu apabila seseorang mula minum arak. Gejala yang mula-mula berlaku ialah

perubahan tingkah laku di mana dalam dos yang banyak, ia lazimnya menimbulkan perangai yang luar biasa seperti kemurungan atau keghairahan yang melampau.

Selain menjejaskan kesiuman akal dan kesihatan, ia juga menjadi punca kepada beberapa kerosakan harta benda dan kelahiran pelbagai jenayah dalam kehidupan masyarakat seperti zina, pembunuhan, pemerkosaan dan rompakan. Begitu tinggi risiko arak kepada kehidupan manusia sama ada dari sudut kesihatan atau harta benda. Oleh itu, Islam telah membimbing manusia ke arah satu penyelesaian yang konkrit dalam menangani masalah arak. Hukum-hukum syarak bukanlah diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara berperingkat-peringkat. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan. Sesuatu hukum tidak akan mencapai maqasidnya sekiranya dijalankan pada masa yang tidak sesuai atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu.

1.1 SUMBER AL-QURAN

Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati pengharamannya dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya diharamkan sepenuhnya. Pengharaman arak secara berperingkat-peringkat bertujuan memelihara maslahat umat pada masa tersebut di mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat dan minuman tradisi masyarakat Arab Jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus. Jika pengharamannya dilakukan secara drastik, kemungkinan umat Islam pada masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai.

Menurut Abdul Latif Muda (1997), arak diharamkan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, Al-Quran telah membicarakan tentang keburukan arak melebihi faedahnya. Walaupun begitu, dengan turunnya ayat yang menyatakan hal tersebut, para sahabat yang warak sudah mula meninggalkannya. Mereka banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman Allah SWT:

 



Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 219)

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), terdapat beberapa pendapat berhubung sebab turun ayat di atas. Antaranya Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Maisarah daripada Amru bin Syurahbil daripada Umar, “Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap.” Kemudian turunlah ayat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 219 iaitu yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa

keduanya lebih besar daripada manfaatnya

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat itu. Lantas dia berkata, “Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap”. Lalu turunlah ayat dalam surah An-Nisa’, ayat 43 iaitu yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk

Kemudian Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat tersebut, lantas dia berkata, “Ya Allah, terangkan kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap”. Kemudian turunlah ayat dalam surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 iaitu yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada

mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan ayat itu kepadanya, lantas dia berkata, “Kami berhenti”.

Al-Hasan berkata: “Arak diharamkan dengan ayat ini (Surah Al-Baqarah: ayat 219)”. Sekumpulan ulama’ mengatakan: Arak diharamkan dengan ayat 90 dan 91 dari Surah Al-Ma’idah. Paling shahih adalah pendapat yang mengatakan arak diharamkan melalui penurunan ayat 90 dan 91 pada Surah Al-Ma’idah.

Melalui firman Allah SWT dalam ayat 219, Surah Al-Baqarah ini juga,



sesetengah ulama’ berhujah dengan ayat (Katakanlah, pada

kedua-dua ada dosa besar) untuk menunjukkan pengharaman arak.

Dalam Surah Al-A’raf, ayat 33, Allah SWT berfirman:



Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa.”

Oleh sebab Allah SWT menyebutkan dosa itu sebagai haram dan sifat arak itu pula dikaitkan dengan dosa, maka pastilah ayat ini mengharamkan arak.

Merujuk kalimah

yang bermaksud ‘dosa itu’ dalam ayat 219, Surah Al-

Baqarah, Abu Bakar Muhammad (2006), menyatakan terdapat dua pendapat iaitu:

i. Dosa itu ialah perbuatan yang dilakukan setelah ia diharamkan dan manfaat pula ialah yang dilakukan sebelum diharamkan.

ii. Dosa itu ialah apabila mereka meminumnya maka mereka menjadi mabuk, lalu mereka sanggup mencaci maki, mencederakan dan membunuh.

Pendapat yang paling shahih, kalimah ‘dosa itu’ kedua-dua pendapat tersebut.

boleh diertikan kepada

Manakala kalimah



(dan ada pula beberapa manfaat bagi

manusia). Terdapat tiga pendapat tentang ayat ini:

i. Manfaat itu bermaksud keuntungan daripada perniagaannya.

ii. Keseronokan dan kelazatan.

iii. Sekumpulan ahli bidaah mengatakan: Ia mempunyai manfaat untuk tubuh badan iaitu dapat mengekalkan kesihatan atau menyembuhkan penyakit, kerana ia berperanan menguatkan perut dan saluran darah pada urat. Seterusnya ia sampai ke organ-organ dalaman yang utama, mengeringkan kelembapan serta menghadamkan makanan yang keras sekaligus melembutkannya.

Pendapat yang paling shahih, manfaat tersebut ialah manfaat keuntungan perniagaan. Hal ini disebabkan mereka membawa arak itu dari Syam dengan harga yang murah dan menjualnya di Tanah Hijjaz dengan keuntungan besar. Kelazatannya pula merupakan mudarat bagi orang yang berakal kerana kelazatan yang diperoleh itu tidak berpadanan dengan kreativiti dan kewarasan yang dibawa oleh arak. Hinggakan golongan hamba abdi bertaraf rendah dan mereka yang serba kekurangan pun tidak mahu meminumnya disebabkan ia menghilangkan kemuliaan akal dan menghilangkan mutu penghasilan dan deria pembezaan.

Jelaslah, ayat Al-Quran di atas hanya menunjukkan keburukan minum arak jika dilihat dari sudut sosial dan individu. Selain itu, ayat ini juga menjelaskan kepada manusia bahawa mudarat yang terdapat di dalam arak lebih banyak daripada manfaatnya. Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat mula berhenti minum arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Namun ketika ayat ini diturunkan, arak masih belum diharamkan. Oleh itu, masih terdapat sebahagian daripada masyarakat yang masih belum menjauhkan diri daripada arak. Golongan seperti ini telah memberi alasan bahawa mereka meminum arak hanya untuk mengambil

manfaatnya sahaja kerana Al-Quran masih mengakui bahawa arak juga ada manfaatnya dan bukannya untuk melakukan dosa.

Pada peringkat kedua, ayat Al-Quran diturunkan menyebut tentang pengharaman meminum arak pada waktu tertentu iaitu ketika hendak melakukan ibadah solat. Hal ini kerana ada sahabat yang sembahyang dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan salah bacaannya, sebagaimana firman Allah SWT:



Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan

(Surah An-Nisa: Ayat 43)

Ayat ini diturunkan berikutan peristiwa suatu waktu dahulu ketika Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat termasuklah Saidina Ali bin Abi Talib. Semua tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak dan ketika masuk waktu Maghrib, Saidina Ali r.a telah mengimamkan solat dan telah membaca surah al-Kafirun ayat 1 hingga 3 dalam keadaan mabuk, lantas tanpa sedar telah mengubah makna ayat tersebut iaitu, “Katakan wahai orang-orang kafir, aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa yang kamu sembah.”

Begitu juga dengan peristiwa di mana seorang lelaki Ansar bernama Utban bin Malik telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar dan Muhajirin. Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu telah menyebabkan seorang lelaki Muhajirin iaitu Saad bin Abi Waqas mabuk sambil bersyair memuji- muji kaumnya dan menghina serta mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu, seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Pada peringkat yang ketiga, arak diharamkan sepenuhnya sebagaimana ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 dan 91:

  

  

   

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita bahawa



hukum meminum arak itu adalah haram. Kalimah di dalam ayat 90 surah

al-Maidah adalah fi’il amar yang merupakan ayat perintah daripada Allah supaya umat Islam wajib meninggalkan arak. Oleh itu, para ulama’ bersepakan bahawa hukum meminum arak adalah haram melainkan terdapat sebab-sebab lain yang

mengharuskannya.

Bahkan sebelum turunnya ayat ini Umar bin al-Khattab r.a, sudah mengagak bahawa arak akan diharamkan sekaligus. Oleh kerana itu beliau sentiasa berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, berilah penjelasan tentang arak dengan penjelasan yang cukup.” Andainya arak diharamkan sama sekali, mungkin sesetengah sahabat akan merasa keberatan meninggalkannya memandangkan minuman arak sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.

Dengan turunnya ayat di atas, ayat-ayat terdahulu yang menyebut tentang arak telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat di atas.

1.2 SUMBER AL-HADIS

Selain ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pengharaman arak, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hukum berkaitan pengharaman arak antaranya hadis berikut:

ﺮﻤﻋ ﻦﹺ ﺑﺍ ﻦﻋ ﹴﻊﻓﺎﻧ ﻦﻋ ﺏﻮﻳﹶﺃ ﺎﻨﹶﺛﺪﺣ ﺪﻳﺯ ﻦﺑ ﺩﺎﻤﺣ ﺎﻨﹶﺛﺪﺣ ﺎﹶﻟﺎﹶﻗ ﹴﻞﻣﺎﹶﻛ ﻮﺑﹶﺃﻭ ﻲﻜﺘﻌﹾﻟﺍ ﹺﻊﻴﹺﺑﺮﻟﺍ ﻮﺑﹶﺃ ﺎﻨﹶﺛﺪﺣ

ﺮﻤﺨﹾﻟﺍ ﺏﹺﺮﺷ ﻦﻣﻭ ﻡﺍﺮﺣﺮﻤﺧ ﱡﻞﹸﻛﻭ ﺮﻤﺧ ﹴﺮﻜﺴﻣ ﱡﻞﹸﻛ ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ﻪﱠﻠﻟﺍ ﻰﱠﻠﺻ ﻪﱠﻠﻟﺍ ﹸﻝﻮﺳﺭ ﹶﻝﺎﹶﻗ: ﹶﻝﺎﹶﻗ

ﺓﺮﺧﺂﹾﻟﺍ ﻲﻓ ﺎﻬﺑﺮﺸﻳ ﻢﹶﻟ ﺐﺘﻳ ﻢﹶﻟ ﺎﻬﻨﻣﺪﻳ ﻮﻫﻭ ﺕﺎﻤﹶﻓ ﺎﻴﻧﺪﻟﺍ ﻲﻓ

Maksudnya: “Telah diceritakan kepada kami Abu al-Rabi’ al-’Ataqi dan Abu Kamil berkata, telah diceritakan kepada kami Hammad bin Zaid, telah diceritakan kepada kami Ayyub dari Nafi’ dari Ibn Umar, telah berkata Rasulullah SAW: “ Semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram. Barang siapa yang meminum khamar di dunia, lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih meminumnya dan tidak bertaubat maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak (di syurga)”.

Hadith tersebut dipetik daripada Kitab Sahih Muslim di dalam kitab minuman, berkaitan dengan bab semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan semua khamar adalah haram. Kandungan hadis ini adalah berkaitan dengan khamar (arak) iaitu setiap perkara ataupun minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah dihukumkan sebagai haram. Berdosa bagi sesiapa yang meminumnya walaupun dengan kadar yang sedikit.

Terdapat beberapa istilah daripada hadis tersebut yang perlu diberi penjelasan, salah satunya adalah perkataan haram. Pengertian haram menurut Dr.

Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya Fiqh Halal wa Haram, ialah suatu perkara yang dilarang oleh syariat melakukannya dengan larangan yang pasti iaitu tidak boleh berubah, sehingga mendedahkan sesiapa yang melanggar larangan itu kepada seksaan Allah SWT di akhirat dan ada kalanya boleh menyebabkan dia menerima seksa yang ditetapkan oleh syarak di dunia.

Manakala dua lagi perkataan yang penting ialah ‘shrub’ dan ‘al-khamr’. Kedua-duanya bererti minum arak. Dalam hal ini, ulama’ telah berselisih pendapat tentang maksud kedua-duanya. Menurut Imam Malik, Syafi’e dan Ahmad serta ulama kepada mazhab masing-masing, perkataan minum itu bermaksud minum cecair yang memabukkan sama ada ia dinamakan dengan khamr atau tidak, begitu juga sama ada ia berasal daripada perahan anggur atau lainnya seperti tamar, anggur kering, gandum, barli dan padi, juga sama ada ia memabukkan dengan kadar yang sedikit atau kadar yang banyak sebagaimana ditegaskan dalam sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW:

ﻡﺍﺮﺣ ﻪﹸﻠﻴﻠﹶﻘﹶﻓ ﹲﺓﲑﺜﹶﻛ ﺮﹶﻜﺳﹶﺃ ﺎﻣ

Maksudnya: “Apa sahaja (minuman) yang kadar banyaknya memabukkan, maka kadarnya yang sedikit adalah haram.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Abu Hanifah dan ulama’ mazhabnya berpendapat maksud minum di sini ialah minum arak khamr semata-mata, sama ada kadar yang diminum itu sedikit atau banyak. Arak khamr menurut mereka adalah nama khusus untuk tiga jenis cecair sahaja iaitu:

i. Air anggur yang naik membuih sama ada dimasukkan kepala susu atau tidak.

ii. Air anggur yang dimasak apabila berkurangan kadarnya tidak melebihi dua pertiga kadar asal dan ia menjadi bahan yang memabukkan.

iii. Air tamar dan anggur kering yang ditakung apabila ia naik membuih sama ada dimasukkan kepala susu ke dalamnya atau tidak.

Lantaran itu perkataan khamr menjadi istilah khusus di kalangan mereka dan akibatnya cecair lain selain dari tiga jenis tersebut tidak mereka menamakannya dengan khamr, malah kadang-kadang mereka menamakannya dengan muskir atau sakar iaitu yang memabukkan atau dipanggil juga sebagai nabidh. Perbezaan nama sebegini yang berdasarkan kepada bahan asal bagi sesuatu cecair yang memabukkan itu mempunyai implikasi yang besar terhadap pembalasan ke atas pesalah yang meminumnya.

Bagi ulama’ lain, perkataan khamr ialah kata nama yang diletakkan pada minuman yang memabukkan dan ia bukanlah satu-satunya nama yang khusus. Minuman-minuman itu juga boleh dipanggil muskir atau nabidh kalaupun tidak dengan panggilan khamr.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa ungkapan ‘shrub’ itu mempunyai dua pengertian iaitu ulama mazhab Hanafi mengatakan ia bermaksud ‘shrub al-khamr’ iaitu minum arak khamr, tetapi ulama’ daripada mazhab-mazhab yang lain mengatakan ia bermaksud minum arak secara umumnya iaitu meminum minuman yang memabukkan sama ada ia dinamakan khamr atau lainnya.

Pada masa kini, minuman yang memabukkan biasanya adalah dari jenis minuman beralkohol seperti ‘wain’ dan ‘brandi’ yang dibuat daripada perahan anggur dan daripada jus epal pula dapat dibuat minuman ‘cider’. Di Amerika dan Kanada, ‘cider’ atau ‘sweet cider’ adalah istilah untuk jus epal yang tidak difermentasikan, sedangkan jus epal yang difermetasikan disebut ‘hard cider’ manakala di United Kingdom istilah ‘cider’ selalu digunakan untuk minuman beralkohol. Tetapi di Australia, istilah ‘cider’ digunakan untuk produk beralkohol. Hasil ‘cider’ dengan proses pembekuan menghasilkan produk yang dinamakan ‘applejack’. Arak (bir) secara umumnya dibuat daripada barli. Tetapi terdapat juga arak yang dibuat daripada campuran pelbagai jenis biji-bijian. Minuman beralkohol yang dibuat daripada campuran beberapa jenis bijian dikenali dengan nama ‘wiski’. Jenis ‘wiski’ seperti scoth, rye dan bourbon digunakan dengan tambahan bijian adalah barli dan kadangkala dengan oat.

Hakikatnya, pengharaman arak bukan dilihat dari sudut pembuatannya daripada bahan apa sebaliknya dilihat dari sudut kesan kepada peminumnya. Terlalu banyak keburukan dan kemudaratan arak berbanding dengan kebaikannya kepada manusia. Antaranya ialah arak boleh merosakkan akal fikiran dan kesihatan manusia serta boleh merosakkan akhlak dan akidah seseorang. Dengan meminum arak juga ia boleh memalingkan manusia daripada mengingati Allah SWT dan melalaikan daripada mengerjakan sembahyang. Seterusnya membawa manusia hampir kepada kemurkaan Allah SWT. Kesan daripada meminum arak juga menyebabkan timbulnya permusuhan dan kebencian di antara manusia serta memporak- perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara. Arak juga menjadi penyebab kepada berlakunya zina dan sumbang mahram yang semakin berleluasa dalam masyarakat pada hari ini. Tidak mustahil juga sekiranya arak boleh membawa seseorang itu melakukan perbuatan yang kejam dan terkutuk seperti pembunuhan dan sebagainya yang dilaknat oleh Allah SWT.

Oleh itu, pengharaman arak tidak hanya terbatas kepada perbuatan meminumnya sahaja, malah pelbagai perkara yang membabitkan arak juga adalah dilarang. Ini termasuklah memproses arak, membeli atau menjual arak meskipun usaha itu boleh memberi keuntungan yang lumayan. Rasulullah SAW melaknat 10 golongan yang terbabit dengan urusan penghasilan, penjualan, penghantaran, pembelian dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan arak sebagaimana sabda baginda SAW:

ﻪﻴﹶﻟﹺﺇ ﹶﺔﹶﻟﻮﻤﺤﹶﳌﺍﻭ ﺎﻬﹶﻠﻣﺎﺣﻭ ﺎﻫﺮﺼﺘﻌﻣﻭ ﺎﻫﺮﺻﺎﻋﻭ ﺎﻬﻋﺎﺘﺒﻣﻭ ﺎﻬﻌﺋﺎﺑﻭ ﺎﻬﻴﻗﺎﺳﻭ ﺎﻬﺑﹺﺭﺎﺷﻭ ﺮﻤﹶﳋﺍ ُﷲﺍ ﻦﻌﹶﻟ

Maksudnya: “Allah telah melaknat minuman arak, peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya (sama ada untuk dirinya atau orang lain), orang yang meminta ia diperah (sama ada untuk dirinya atau orang lain), pembawanya dan orang diminta ia dibawa kepadanya.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini, jelas dinyatakan bahawa orang-orang Islam yang menjual arak termasuk salah satu golongan yang mendapat laknat daripada Allah

SWT sekalipun pembelinya bukan daripada orang Islam. Minuman beralkohol sudah terbukti dan memang jelas termasuk dalam kategori yang haram untuk diminum. Segala benda yang memabukkan adalah haram, ia bukan sahaja memabukkan malah boleh membawa kepada kematian sesiapa sahaja yang meminumnya.

Ini terbukti daripada penyelidikan yang telah dijalankan mendapati pada kandungan 0.05-0.15 peratus alkohol dalam darah, peminum akan mengalami kehilangan keseimbangan akal. Manakala pada kandungan 0.15-0.20 peratus, etanol akan menyebabkan keracunan. Seterusnya apabila kandungan alkohol semakin meningkat kepada 0.30-0.40 peratus, peminum boleh hilang kesedaran diri dan pada kandungan yang lebih tinggi lagi iaitu 0.50 peratus boleh menyebabkan kepada kematian kepada peminumnya.

Disebabkan perbuatan minum arak itu adalah dari perkara yang amat keji maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak. Ditegaskan dalam hadis baginda SAW yang lain:

ﻩﻭﺪﻠﺟﺎﹶﻓ ﺮﻤﹶﳋﺍ ﺏﹺﺮﺷ ﻦﻣ

Maksudnya : “Sesiapa yang meminum arak, maka kamu sebatlah dia.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

Menurut Dr. Mat Saad Abdul Rahman(1993), tidak ada nas Al-Quran yang menjelaskan hukuman jenayah arak. Begitu juga Rasulullah s.a.w tidak menetapkan kadar sebatan yang sebenar. Ada kalanya baginda SAW menyebat dengan bilangan yang sedikit dan kadang-kadang pula baginda menyebatnya dengan bilangan sebat yang banyak. Walau bagaimanapun, maksimum sebatan baginda adalah tidak melebihi empat puluh kali sebatan.

Oleh itu, ulama’ mazhab Syafi’e dan satu riwayat yang lain kepada pendapat Imam Ahmad berpendapat bahawa hukuman sebat ke atas peminum arak adalah sebanyak empat puluh kali sebatan sahaja. Mereka berhujah berpandukan tindakan ‘Ali terhadap Al-Walid bin ‘Aqabah yang telah menyebatnya sebanyak empat puluh

kali sebatan dan katanya: “Nabi telah menyebat sebanyak empat puluh kali, Abu Bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali, ‘Umar telah menyebat sebanyak lapan puluh kali, tiap satunya adalah sunnah dan ini (bilangan empat puluh kali) adalah yang saya suka. Hal ini bermakna sebatan yang mengikut Rasulullah s.a.w adalah sebanyak empat puluh kali. Manakala yang selebihnya itu seperti yang dilakukan oleh ‘Umar dianggap sebagai sebat takzir yang harus dilakukan oleh imam atau pemerintah.”

1.3 SUMBER IJMAK ULAMA

Menurut Abdul Latif Muda (1997), ijmak ialah persepakatan ulama’ mujtahid selepas kewafatan Rasulullah SAW dalam perkara berhubung dengan hukum syarak. Mereka mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum daripada dalil yang terperinci dan terdiri daripada umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Ijmak ulama’ terhasil daripada ijtihad yang merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu hukum dan menjadi sumber ketiga dalam perundangan syariah. Ini kerana terdapat beberapa nas dan ayat yang difahami bahawa perkara yang diikhtilafkan oleh ulama’ wajib dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, perkara yang disepakati oleh mereka adalah kebenaran yang diakui oleh Allah SWT serta wajib diamalkan.

Berhubung dengan hukum meminum arak, para ulama’ jelas telah bersepakat menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dalam kuantiti yang banyak mahupun sedikit. Hal ini jelas dinyatakan melalui dalil-dalil qat’ie daripada Al- Quran dan As-Sunnah. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu, persepakatan ulama’ diperlukan bagi mengeluarkan hukum yang melibatkan permasalahan arak untuk dijadikan panduan kepada umat Islam. Ini kerana terdapat masalah yang membabitkan arak tidak dijelaskan secara langsung di dalam Al- Quran dan As-Sunnah dan memerlukan ulama’ bersepakat mengeluarkan hukum. Antaranya contoh permasalahan yang ditimbulkan adalah seperti berikut:

1.3.1 Perbuatan meminum dan cecair yang memabukkan

Perbuatan meminum dan cecair yang memabukkan merupakan salah satu daripada tiga rukun utama dalam jenayah minum arak selain syarat-syarat peribadi peminum dan niat melakukan jenayah. Menurut Imam Malik, As-Syafi’e dan Ahmad, kesempurnaan rukun ini boleh berlaku apabila seseorang itu meminum ‘muskir’ iaitu suatu istilah umum yang bermaksud cecair yang memabukkan tanpa terikat, sama ada dengan nama khususnya seperti khamr dan lain-lain atau dengan bahan-bahan asalnya seperti anggur, tamar, gandum, barli, tebu, epal dan lain-lain.

Begitu juga kesempurnaannya tidak terikat dengan kadarnya yang diminum oleh seseorang kerana jika kadarnya yang banyak boleh memabukkan peminumnya maka kadarnya yang sedikit dihukum haram sekalipun kadarnya yang sedikit itu belum lagi mampu untuk memabukkannya. Dengan itu, jika sesuatu cecair itu tidak memabukkan seseorang kecuali sesudah dia meminumnya sebanyak sepuluh gelas atau lebih, maka satu gelas yang diminumnya pada peringkat awal adalah haram sekalipun ia belum lagi memabukkannya. Kadar yang sedikit atau banyak yang telah diminum tidak diambil kira untuk menganggapnya sebagai cecair yang haram, tetapi hukuman itu diasaskan kepada kadarnya yang banyak, apabila ia memabukkan peminumnya atau tidak. Dari itu, jelas bahawa asas pengharaman itu terletak pada kadarnya yang banyak jika ia memabukkan, maka kadarnya yang sedikit dihukum haram, tetapi sebaliknya, jika kadarnya yang banyak tidak memabukkan maka kadarnya yang sedikit turut tidak dihukum sebagai cecair yang haram.

Pada Abu Hanifah kesempurnaan rukun ini hanya akan berlaku dengan tindakan seseorang meminum cecair yang dinamakan khamr. Kerana itu jika cecair yang diminum itu bukannya khamr maka kesempurnaannya tidak berlaku kecuali jika ia betul-betul memabukkannya. Abu Hanifah dan ulama’ mazhabnya telah mengkhususkan nama khamr itu kepada tiga jenis cecair sahaja iaitu:

iv. Air anggur yang naik membuih sama ada dimasukkan kepala susu atau tidak.

v. Air anggur yang dimasak apabila berkurangan kadarnya tidak melebihi dua pertiga kadar asal dan ia menjadi bahan yang memabukkan.

vi.

Air tamar dan anggur kering yang ditakung apabila ia naik membuih sama ada dimasukkan kepala susu ke dalamnya atau tidak.

Ulama’ Mazhab Hanafi dan Maliki mensyaratkan perbuatan minum itu berlaku menerusi anggota mulut tetapi jika khamr atau muskir itu dimasukkan ke dalam badan seseorang menerusi hidung atau dubur atau lain-lain lubang maka pembalasan had minum arak tidak harus dilaksanakan ke atas pesalah kerana terdapat shubhah tetapi ia tidak terlepas dari pembalasan takzir.

Ulama’ Mazhab Syafi’e mempunyai tiga pendapat, salah satunya adalah sama seperti ulama’ Mazhab Malki dan Hanbali. Dalam pendapat kedua, mereka mewajibkan pembalasan had ke atas pesalah biarpun arak itu dimasukkan ke dalam badannya tanpa menerusi mulut seperti dia menghisapnya menerusi hidung atau menyuntikkannya ke dalam badannya. Dalam pendapat yang ketiga, sekumpulan yang lain mengatakan wajib dikenakan pembalasan had jika ia mengambilnya menerusi hidungm bukannya menerusi suntikan.

Ulama’ Mazhab Hanbali pula mempunyai dua pendapat di dalam permasalahan ini, salah satunya mengatakan jika arak itu dimasukkan ke dalam badan seseorang dengan menerusi tekak sepertu meminumnya atau menghisapnya dengan hidung maka pesalahannya wajib dikenakan pembalasan had, tetapi jika ia memasukkannya menerusi dubur, maka dia tidak wajib dikenakan pembalasan had. Menurut pendapat yang kedua, pesalah wajib dikenakan pembalasan had dalam keadaan tersebut.

Untuk dihukum seseorang itu sebagai peminum arak, adalah memadai jika arak itu sudah sampai ke dalam tekaknya walaupun ia belum lagi sampai ke bahagian dalam badannya. Tetapi jika hanya sekadar dia kumurkannya sahaja di dalam mulutnya kemudian dia meludahnya keluar maka dia tidak dikira sebagai peminum arak sebenar dan tidak diwajibkan apa-apa pembalasan had ke atasnya.

Jika seseorang itu minum arak kerana dia bertujuan untuk menghilangkan dahaga sedangkan dia mampu mendapatkan air, maka dia akan dihukum sebagai

peminum yang wajib dikenakan pembalasan had minum arak. Akan tetapi, jika dia meminumnya dalam keadaan terpaksa kerana ketiadaan air sama sekali, maka dia tidak dianggap bersalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 173:

  

Maksudnya: “Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Jika seseorang itu meminumnya kerana dipaksa, sama ada paksaan itu dalam bentuk paksaan fizikal atau mental, maka dia tidaklah berdosa kerana Nabi SAW telah bersabda:

ﻪﻴﹶﻠﻋﻮﻫﹺﺮﹾﻜﺘﺳﺍ ﺎﻣﻭ ﹶﻥﺎﻴﺴّﹺﻨﻟﺍﻭﹶﺄﹶﻄﺠﹾﻟﺍ ﹺﱴﻣﹸﺃ ﻦﻋ ﻊﺿﻭ َﷲﺍ ﱠﻥﺍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menggugurkan kesalahan umatku akibat perbuatan yang tidak disengaja, lupa dan dipaksa.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Jika seseorang itu meminumnya kerana dahaga yang mengancam nyawanya, maka menurut pendapat Mazhab Hanafi yang selaras dengan pendapat yang terkuat dalam Mazhab Maliki dan Syafi’e, peminumnya tidak dikenakan dengan sebarang pembalasan had.

Tetapi Imam Ahmad membezakan di antara arak yang sepenuhnya atau arak yang bercampur dengan cecair lain yang kadarnya sedikit yang tidak mampu menghilangkan dahaga dengan arak yang bercampur dengan cecair lain yang mampu menghilangkan dahaga; di dalam keadaan yang pertama peminumnya wajib dikenakan pembalasan had. Jika dia berada dalam keadaan yang kedua maka dia diharuskan meminumnya kerana darurat.

1.3.2 Arak sebagai bahan rawatan

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), para ulama’ berselisih pendapat jika arak dicampurkan ke dalam makanan atau ubat-ubatan, adakah makanan dan ubat itu boleh digunakan? Ibnu Syihab mengharuskannya sementara yang lainnya mengatakan tidak boleh namun mereka tidak memberikan pandangan yang jelas dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pendapat yang paling sahih adalah tetap tidak diharuskan berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Tariq bin Suwaid Al-Ju’fi bahawa:

ﺎﻬﻌﻨﺻﹶﺃ ﺎﻤﻧﹺﺇ :ﹶﻝﺎﹶﻗ .ﺎﻬﻌﻨﺼﻳ ﹾﻥﹶﺃ ﻩﹺﺮﹶﻛﻭ ﻩﺎﻬﻨﹶﻓ ﹺﺮﻤﹶﳋﺍ ﹺﻦﻋ ﻢﱠﻠﺳﻭ ﻪﻴﹶﻠﻋ ُﷲﺍ ﻰﱠﻠﺻ ِﷲﺍ ﹶﻝﻮﺳﺭ ﹶﻝﹶﺄﺳ

ٌﺀﺍﺩ ﺎﻬﻨﻜﹶﻟﻭ ٍﺀﺍﻭﺪﹺﺑ ﺖﺴﻴﹶﻟ ﺎﻬﻧﹺﺇ :ﹶﻝﺎﹶﻗ .ِﺀﺍﻭﺪﻠﻟ

Maksudnya: “Beliau bertanyakan Rasulullah SAW tentang arak. Baginda melarangnya dan tidak suka dia membuat arak. Dia berkata: “Saya membuatnya untuk dijadikan ubat.” Sabda baginda: Ia bukannya ubat tetapi penyakit”. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Manakala dari segi rawatan, jika seseorang itu meminum arak sebagai satu bahan rawatan, menurut pendapat yang terkuat di dalam Mazhab Maliki dan Syafi’e, maka dia wajib dikenakan pembalasan had minum arak kecuali jika dia hanya sebagai gososkan di atas kulitnya sahaja, maka dia tidak dikenakan sebarang pembalasan had sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang merawat penyakitnya dengan menggunakan arak, maka Allah tidak akan menyembuhkannya.”

Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan umatku pada perkara yang diharamkan ke atasnya.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Mengikut Dr Mat Saad Abd Rahman (1993), Imam Abu Hanifah mengharuskan minum arak untuk tujuan rawatan sebaliknya Imam Ahmad pula mengharamkannya dan beliau berpendapat pesalah yang meminumnya kerana tujuan rawatan wajib dikenakan pembalasan had.

1.3.3 Meneguk arak bagi menghilangkan tercekik makanan

Menyentuh persoalan berhubung keharusan meneguk arak bagi menghilangkan tercekik makanan, Abu Bakar Muhammad (2006) menjelaskan hal yang demikian adalah tidak dibolehkan kerana bimbang orang itu hanya sekadar menjadikan tercekik sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari dijatuhkan hukuman. Hal ini berbeza dengan keadaan darurat kerana terpaksa minum arak dengan sebab paksaan, maka dia boleh minum tanpa sebarang khilaf.

Sebaliknya, Ibnu Habib mengutarakan pandangan yang berbeza, beliau menyatakan bahawa dibolehkan seseorang meneguk arak apabila tercekik makanan kerana ia dalam keadaan darurat. Ini dikukuhkan dengan pendapat para ulama berhubung hal ini iaitu “Orang yang terpaksa makan bangkai, darah dan daging babi, akan tetapi dia tidak makan sehingga menyebabkan dia binasa, maka dia akan masuk neraka melainkan jika Allah mengampunkannya”.

Allah SWT mengharamkan bangkai, darah dan daging babi dalam bentuk ain yang tertentu pada waktu yang mutlak (umum). Kemudian datang dalil yang mengkhususkan sesetengah ain dalam sesetengah masa dan keadaan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:



  

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan

itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Baqarah : 173)

Daripada ayat tersebut, telah menunjukkan bahawa darurat mengangkat hukum pengharaman. Keadaan darurat yang disebutkan adalah di dalam konteks bangkai, darah dan daging babi. Dalam hal ini, dimasukkan juga dalam konteks pengharaman arak dengan dua alasan berikut:

i. Iaitu dengan mengambil pengertian dalil bahawa arak merupakan perkara yang diharamkan sebagaimana bangkai, darah, daging babi dan lain-lain. Maka arak juga diharuskan dalam keadaan darurat sebagaimana diharuskan memakan bangkai ketika dalam keadaan darurat sebagaimana pendapat Abu Bakar Al-Abhari berkata, “Jika arak itu dapat menghilangkan lapar dan dahaganya maka dia boleh meminumnya kerana Allah berfirman dengan firman-Nya: “Sesungguhnya ia adalah keji”, kemudian Allah mengharuskan apabila ada darurat. Begitu juga yang Allah firmankan tentang arak dengan menyebutkan: “Sesungguhnya ia adalah keji”. Oleh itu, keharusan minum arak ketika darurat adalah sama dengan keharusan makan daging babi. Maka maksud yang jelas itu lebih kuat daripada hukum qiyas. Maksud yang jelas itu adalah dengan minum arak ketika terlalu dahaga pastinya akan menghilangkan sedikit kehausannya walaupun sebentar dan menghilangkan kelaparannya walaupun sejenak”. ii. Bagi golongan yang tetap berpegang kepada hukum diharamkan arak walaupun ketika darurat, mereka mendakwa arak hanyalah menambahkan lagi rasa dahaga dan tidak menghilangkan rasa lapar. Demikian juga pendapat Imam Malik dalam Kitab Al-Utbiyyah, katanya: “Arak itu hanya akan menambahkan kehausan”. Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan arak secara mutlak berbeza dengan hukum bangkai yang diharamkan secara bersyarat iaitu jika tiada darurat.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan orang yang tercekik dengan satu suapan dan dalam keadaan darurat tersebut, dia harus meneguk arak, maka hanya

dia dan Allah SWT yang mengetahui hakikat keadaan sebenar. Tetapi sekiranya antara dia dengan kita, maka tentunya kita dapat menjadi saksinya terdapatnya tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu memang tercekik. Jika dapat dibuktikan, maka ia boleh dipercayai sebaliknya jika tidak kelihatan buktinya maka ia perlu dijatuhkan hukuman mengikut pertimbangan zahir. Sementara yang batinnya atau yang tersembunyi biarlah antara urusannya dengan Allah SWT. Jika dia di pihak yang benar, maka selamatlah dia daripada seksaan Allah.

1.4 SUMBER QIYAS

Menurut Abd Latif Muda, qiyas dari segi bahasa mempunyai banyak takrifan iaitu antaranya adalah ukuran, persamaan, persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat dengan tempat yang baru, iktibar atau pengajaran, tamsil dan juga menyerupai atau mumasalah.

Dari segi istilah pula, Al-Qiyas boleh membawa maksud menzahirkan persamaan sesuatu yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan suatu perkara yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan pada ‘illah atau sebab pada hukum. Contohnya, Allah SWT mengharamkan minuman arak dengan dalil nas dan wajib dikenakan had ke atas peminumnya. Para mujtahid mendapati ‘illah dan sebab pengharamannya ialah memabukkan selain daripada arak seperti todi, dadah, ganja dan wiski adalah haram.

Dari segi istilah juga, qiyas boleh didefinisikan sebagai persamaan dalam sesuatu perkara furu’ yang telah berlaku mengikut persamaan ‘illah hukum tersebut atau perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baharu lahir dengan perkara yang telah ada hukum sebelumnya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam erti kata yang lain, menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam Al-Quran atau Al-Hadis atau Ijmak dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya ada persamaan pada ‘illah hukum. Contohnya seperti pengharaman tuak berdasarkan illah ianya memabukkan seperti diharamkan minuman arak.

H.Hamzah Ya’qub (1995) menyatakan sikap para mujtahidin terhadap qiyas adalah berbeza-beza. Golongan Hanafiah misalnya lebih mementingkan qias dan mendahulukannya daripada Hadis Ahad iaitu hadis yang tidak masyhur dalam mengeluarkan hukum. Imam Ahmad pula membataskan diri dalam menggunakan qias hanya ketika keadaan darurat sahaja iaitu jika tiada nas di dalam al-Quran, hadis, athar, atau fatwa-fatwa sahabat walaupun daif. Manakala Imam Malik menggunakan qias sekiranya tidak ada nas dari al-Quran, hadis dan athar sahabat yang sah. Begitu juga dengan golongan Syafi’iyah yang menggunakan qias apabila tidak terdapat nas al-Quran dan hadis yang menyentuh secara langsung tentang sesuatu hukum yang ditimbulkan.

1.4.1 Rukun Qiyas

Berdasarkan pengertian-pengertian dari segi istilah tersebut, Al-Qiyas yang dikehendaki dan diterima oleh syarak mestilah mengandungi empat rukun berikut:

i. Al-Aslu iaitu sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar bukan dengan dalil yang qat’i. Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil qat’i. Contohnya: Arak sabit hukumnya berdasarkan Al-Quran.

ii. Hukum Asal iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam Al-Quran, hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil yang hendak diqiyas contohnya hukum haram arak.

iii. Cabang atau furu’ iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam Al- Quran, hadis mahupun ijmak ulama. Contohnya, hukum minum todi, pengambilan dadah, minuman wisky dan seumpamanya.

iv. ‘Illah iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang sama dengan hukum furu’ atau baru. Contohnya, sifat mabuk pada arak dan dadah atau todi atau wisky.

1.4.2 Persoalan semasa yang dikaitkan dengan arak mengikut Al-Qiyas

Antara persoalan semasa berkaitan dengan Al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah penyalahgunaan dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak dan seumpamanya yang mengkhayalkan serta memabukkan, baik dengan cara suntIkan, hisap atau sedut, telan, hidu atau minum.

Pengharaman arak sama ada yang diperah daripada anggur atau tamar adalah berdasarkan dalil-dalil atau nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang telah dinyatakan sebelum ini. Pengharamannya atas dasar atau ‘illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Jika ditinjau dalam konteks semasa, kini terdapat pelbagai jenama ada benda yang boleh memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan seseorang.

Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja dan ia ditetapkan had atau sesiapa yang sabit dijatuhkan hukuman hudud 40 sebatan atas dasar memabukkan dan syaratnya dengan cara meminum. Sedangkan dalam konteks semasa, benda-benda yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal digunakan melalui suntikan atau telan atau hidu atau hisap atau sedut. Semua itu tidak dijelaskan secara langsung dalam mana-mana nas sama ada di dalam Al- Quran mahupun As-Sunnah.

Lantaran itulah, untuk menangani masalah semasa dalam konteks kini, ulama’ mujtahid menggunakan dalil Al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum berdasarkan persamaan pada ‘illah atau sifat dan sebab. Iaitu semua benda tersebut adalah haram atas dasar memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal seperti arak, tanpa mengira cara pengambilannya, baik dengan cara menghidu, menelan, menyedut atau suntikan. Manakala hukuman yang dikenakan terhadap individu yang mengambil benda-benda yang memabukkan dengan cara selain meminumnya iaitu sama ada dengan cara menyedut, menghidu, menelan atau suntikan akan dikenakan hukuman takzir bukan hukuman hudud.

1.5 PENUTUP

Kesimpulannya, Islam melarang keras umatnya meminum arak atau segala minuman yang memabukkan tidak kira sama ada ia berasal dari perahan anggur, tamar, beras, tapai, tuak dan sebagainya. Pengharaman arak adalah membawa faedah yang amat besar kepada manusia dan masyarakat kerana salah satu di antaranya, arak dapat menghilangkan kewarasan akal. Oleh itu, al-Quran menetapkan bahawa minum arak diharamkan dan dianggap sebagai amalan syaitan serta mendapat dosa. Dengan melakukan kemungkaran ini, umat Islam bukan sahaja boleh kehilangan petunjuk daripada Allah SWT tetapi mereka juga akan kehilangan rahmat serta semakin dekat dengan syaitan. Walaupun pembentukan undang-undang pengharaman arak dilakukan secara beransur-ansur pada zaman awal kedatangan Islam, namun Islam sangat bertegas dalam melarang keras umatnya daripada terlibat dengan segala yang berkaitan arak.