Anda di halaman 1dari 6

RBT 3119 Perniagaan Dan Keusahawanan ( Tutorial Minggu 4 ) Tajuk : - Dalam kumpulan bincangkan penyata kewangan tiga buah

syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Kaji item-item yang terkandung di dalamnya. Membuat latihan dan membincangkan jawapan bagi nisbahnisbah berikut : 1. Nisbah keberuntungan 2. Nisbah pulangan atas asset 3. Nisbah nilai pasaran - Apakah kelemahan analisis nisbah.

PADINI HOLDINGS BERHAD Annual Report 2013 Nisbah Keberuntungan ( Mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. ) Nisbah Margin Untung Kasar Nisbah Margin Untung Bersih Nisbah Pulangan Atas Aset Nisbah Pulangan Ekuiti

Nisbah Margin Untung Kasar ( Mengukur peratusan untung kasar yang diperoleh melalui jualan setelah ditolak kos jualan bagi suatu tempoh tertentu. ) Tahun 2012 Margin Untung Kasar = = = 48.38% 100% 100% Margin Untung Kasar Tahun 2013 = = = 46.70% 100% 100%

Pada tahun 2012, syarikat telah membuat keuntungan kasar sebanyak 48.38% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2013, syarikat telah menurun keuntungan kasar kepada 46.70% bagi setiap RM1.00 jualannya.

Nisbah Margin Untung Bersih ( Mengukur peratusan untung bersih yang diperoleh melalui jualan yang dibuat bagi suatu tempoh tertentu. ) Tahun 2012 Margin Untung Bersih = = = 13.13% 100% 100% Margin Untung Bersih Tahun 2013 = = = 10.81% 100% 100%

Pada tahun 2012, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 13.13% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2013, syarikat telah menurun keuntungan bersih kepada 10.81% bagi setiap RM1.00 jualannya.

Nisbah Pulangan Atas Aset ( Kecekapan penggunaan aset ) ( Mengukur pulangan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. ) Tahun 2012 Pulangan Atas Aset = = = 19.63% 100% 100% Pulangan Atas Aset Tahun 2013 = = = 16.67% 100% 100%

Pada tahun 2012, kadar pulangan adalah 19.63%, ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 19.63 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya. Pada tahun 2013, kadar pulangan menurun kepada 16.67%. Ini menunjukkan syarikat hanya mendapat pulangan 16.67 sen bagi setiap ringgit pelaburan. Peratusan ini telah menggambarkan kecekapan syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2013 adalah rendah dan pelaburan yang dibuat terhadap aset semakin kurang cekap. Oleh itu, syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan datang bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Nisbah Pulangan Ekuiti ( Kecekapan penggunaan wang pelaburan ) ( Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringgit yang dimilikinya dalam syarikat. ) Tahun 2012 Pulangan Ekuiti = = = = 0.2808 ( 28.08% ) Pulangan Ekuiti = = = = 0.2294 ( 22.94% ) Tahun 2013

Pada tahun 2012, pulangan adalah sebanyak 28.08% bagi setiap RM 1.00 pelaburan iaitu sebanyak 28.08 sen. Pada tahun 2013, syarikat mendapat pulangan sebanyak 22.94% bagi setiap RM 1.00 pelaburan iaitu sebanyak 22.94 sen. Dalam keadaan ini, pelabur mungkin tidak akan berpuas hati terhadap pulangan atas ekuiti yang menurun berbanding tahun 2012. Berdasarkan prestasi ini, pihak pelabur akan menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pelaburan lagi atau sebaliknya.

Nisbah Nilai Pasaran ( Menghubungkan nilai pasaran semasa dengan prestasi syarikat. ) Nisbah Perolehan Sesaham Nisbah Harga Perolehan Nisbah Pasaran Buku

Nisbah Perolehan Sesaham ( Mengukur pulangan kepada pelabur bagi setiap syer yang mereka miliki. ) Tahun 2012 Nisbah Perolehan Sesaham = = = = 0.1449 ( 14.49 sen) Nisbah Perolehan Sesaham = = = = 0.1298 ( 12.98 sen ) Tahun 2013

Pada tahun 2012, perolehan sesaham adalah 14.49 sen, manakala pada tahun 2013, perolehan sesaham telah menurun kepada 12.98 sen.

Anda mungkin juga menyukai