Anda di halaman 1dari 8

RBT 3119 Perniagaan Dan Keusahawanan ( Tutorial Minggu 4 ) Tajuk : - Dalam kumpulan bincangkan penyata kewangan tiga buah

syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Kaji item-item yang terkandung di dalamnya. Membuat latihan dan membincangkan jawapan bagi nisbahnisbah berikut : 1. Nisbah keberuntungan 2. Nisbah pulangan atas asset 3. Nisbah nilai pasaran - Apakah kelemahan analisis nisbah.

NESTLE MALAYSIA BERHAD Penyata Kewangan 2009 Nisbah Keberuntungan ( Mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. ) Nisbah Margin Untung Kasar Nisbah Margin Untung Bersih Nisbah Pulangan Atas Aset Nisbah Pulangan Ekuiti

Nisbah Margin Untung Kasar ( Mengukur peratusan untung kasar yang diperoleh melalui jualan setelah ditolak kos jualan bagi suatu tempoh tertentu. ) Tahun 2008 Margin Untung Kasar = = = 31.05% 100% 100% Margin Untung Kasar Tahun 2009 = = = 34.23% 100% 100%

Pada tahun 2008, syarikat telah membuat keuntungan kasar sebanyak 31.05% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2009, syarikat telah meningkat keuntungan kasar kepada 34.23% bagi setiap RM1.00 jualannya.

Nisbah Margin Untung Bersih ( Mengukur peratusan untung bersih yang diperoleh melalui jualan yang dibuat bagi suatu tempoh tertentu. ) Tahun 2008 Margin Untung Bersih = = = 8.79% 100% 100% Margin Untung Bersih Tahun 2009 = = = 9.40% 100% 100%

Pada tahun 2008, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 8.79% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2009, syarikat telah meningkat keuntungan bersih kepada 9.40% bagi setiap RM1.00 jualannya.

Nisbah Pulangan Atas Aset ( Kecekapan penggunaan aset ) ( Mengukur pulangan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. ) Tahun 2008 Pulangan Atas Aset = = = 20.53% 100% 100% Pulangan Atas Aset Tahun 2009 = = = 20.54% 100% 100%

Pada tahun 2008, kadar pulangan adalah 20.53%, ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 20.53 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya. Pada tahun 2009, kadar pulangan meningkat kepada 20.54%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 20.54 sen bagi setiap ringgit pelaburan. Peratusan ini telah menggambarkan kecekapan syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2009 adalah lebih baik, selain itu pelaburan yang dibuat terhadap aset lebih cekap daripada tahun 2008. Oleh itu, syarikat perlu meningkatkan lagi atau mengekalkan keuntungan pada masa akan datang bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi.

Nisbah Pulangan Ekuiti ( Kecekapan penggunaan wang pelaburan ) ( Mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringgit yang dimilikinya dalam syarikat. ) Tahun 2008 Pulangan Ekuiti = = = = 0.6609 ( 66.09% ) Pulangan Ekuiti = = = = 0.6203 ( 62.03% ) Tahun 2009

Pada tahun 2008, pulangan adalah sebanyak 66.09% bagi setiap RM 1.00 pelaburan. Pada tahun 2009, pulangan ekuiti telah menurun kepada 62.03% bagi setiap RM 1.00 pelaburan. Dalam keadaan ini, pelabur mungkin tidak akan berpuas hati terhadap pulangan atas ekuiti yang menurun berbanding tahun 2012. Berdasarkan prestasi ini, pihak pelabur akan menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pelaburan lagi atau sebaliknya.

Nisbah Nilai Pasaran ( Menghubungkan nilai pasaran semasa dengan prestasi syarikat. ) Nisbah Perolehan Sesaham Nisbah Harga Perolehan Nisbah Pasaran Buku

Nisbah Perolehan Sesaham ( Mengukur pulangan kepada pelabur bagi setiap syer yang mereka miliki. ) Tahun 2008 Nisbah Perolehan Sesaham = = = = 1.4537 ( 145.37 sen ) Nisbah Perolehan Sesaham = = = = 1.5002 ( 150.02 sen ) Tahun 2009

Pada tahun 2008, perolehan sesaham adalah 145.37 sen, manakala pada tahun 2009, perolehan sesaham telah meningkat kepada 150.02 sen.

Nisbah Harga Perolehan ( Menunjukkan jumlah ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat. ) Tahun 2008 ( RM 27.00 ) Nisbah Harga Perolehan = = = 18.57 kali Nisbah Harga Perolehan Tahun 2009 ( RM 33.10) = = = 22.06 kali

Pada tahun 2008, setiap saham biasa syarikat telah dijual dengan harga 18.57 kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa. Manaka pada tahun 2009, setiap saham biasa telah dijual dengan harga 22.06 kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa. Didapati bahawa, nisbah harga perolehan pada tahun 2008 kurang daripada 2009.

Nisbah Pasaran Buku ( Membandingkan nilai pasaran saham syarikat dengan nilai bukunya. ) Tahun 2008 ( RM 27.00 ) Nisbah Buku Sesaham = = = RM 2.20 Nisbah Buku Sesaham Tahun 2009 ( RM 33.10) = = = RM 2.42

Nisbah Pasaran Buku

= = = 12.27

Nisbah Pasaran Buku

= = = 13.68

Anda mungkin juga menyukai