Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Pada perbentangan lalu, saya telah membentangkan tentang tajuk kaunseling kelompok. Di dalam kaunseling kelompok mempunyai kelebihan dan kelemahan untuk melakukannya. Ia juga dapat menggunakan interaksi kelompok untuk memfasiliti pemahaman kendiri dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu tersebut. Ia kerana banyak berkongsi cerita antara satu sama lain di dalam kelompok ketika sesi sedang berlangsung. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli dalam kelompok berkongsi masalah yang sama bersama dengan rakan sebaya dan kaunselor. Ini juga membantu klien mengetahui pengalaman klien yang lain untuk mengetahui agar masalah yang sama tidak berlaku pada masa akan datang.

Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan dari segi lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu. Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental. Ia juga dapat diselesaikan dengan mudah kerana setiap masalah yang dihadapi lebih kurang sama dengan klien yang lain. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup.

Jika dari segi kelemahan kaunseling kelompok ia tidak banyak untuk di senaraikan kerana tidak banyak masalah yang dihadapi. Kaunseling kelompok ini kelemahannya ialah tidak sesuai untuk semua klien untuk menjalani sesi. Ia boleh

menyebabkan klien berasa tertekan apabila berhadapan dengan orang lain di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan kesukaran untuk klien tersebut sukar untuk meluahkan masalah atau perasaan kepada orang lain jika masalahnya tersebut terlalu peribadi. Mungkin sebelum memasuki kaunseling ia memikirkan masalanya itu lebih kepada dia dengan kaunselor tetapi tidak seperti yang dijangka. Ini menyukarkan klien untuk selesaikan masalahnya sendiri jika berdepan dengan orang lain. Ia boleh menyukarkan tugas kaunselor dalam kes ini.

Dalam kaunseling kelompok ini, ahli berperanan untuk memulakan sesuatu tugas. Ia adalah untuk memudahkan kaunselor mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan masalah klien tersebut. Ia juga unutk mengesan ketulenan masalah yang diceritakan agar tidak berlaku sebarang penipuan dan percanggahan dengan masalah lain. Ia juga untuk memeberi perangsang kepada klien lain agar masalah yang mereka hadapi tidak mempunyai masalah yang berat dan boleh mengundang kepada masalah lain.

Kesimpulan daripada apa yang telah saya terangkan di atas merupakan apa yang saya telah belajar dan kaji tentang kaunseling kelompok ini, sesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu praktikal dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kearah menjadi yang lebih baik. Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau pengubatan kepada seseorang individu. Melalui kaunseling kelompok akan membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami proses memperbaiki tingkahlaku.