Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 SK PUNCAK ALAM

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato' Amiruddin bin Setro (ADUN Kawasan Jeram)

Dijemput semua hadirin, para ibu bapa dan guru untuk ke Dewan Seri Alam SK Puncak Alam Dijemput dif-dif kehormat, para ibu bapa dan guru untuk mengambil tempat didewan terbuka Dewan Seri Alam SK Puncak Alam kerana majlis kita akan dimulakan sebentar lagi. (semua tetamu mengambil tempat) Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. .. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram, Dato' Amiruddin bin Setro Yang Dimuliakan Encik Mohd Yunus B Ariffin,YDP PIBG SK Puncak Alam sesi 2012 Yang berusaha Encik Mohd Rozali bin Awang Soh, Guru Besar SK Puncak Alam Yang dihormati Tuan Haji Abdul Latif bin Arshad, guru penolong kanan 1 SK Puncak Alam, Encik Mohd Rihan bin Sharif gpk hal ehwal murid SK Puncak Alam dan Encik Hasran bin Khalid, gpk kokurikulum SK Puncak Alam, Encik Mohd Razy Bin Abdul Hamid gpk Penyelia Petang SK Puncak Alam, Pn. Zarina binti Arshad GPK Penolong pendidikan khas, guru-guru, ajk pibg sesi 2012, para ibu bapa, para penerima anugerah, tuan-tuan dan puanpuan sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah kita sama-sama menghadirkan diri ke majlis mesyuarat agung pibg kali ke-10 , SK Puncak Alam. Kami warga sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.

Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

BACAAN DOA Bagi menambah keberkatan majlis, Dengan ini dijemput Al Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Dolah untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -DOAAmin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta dilindungi oleh Allah S.W.T, Insya Allah. Majlis merakamkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Dolah. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. UCAPAN YDP Seterusnya majlis mempersilakan yang berbahagia Encik Mohd Yunus B Ariffin,YDP PIBG SK Puncak Alam sesi 2012 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang dimuliakan Encik Mohd Yunus B Ariffin,YDP PIBG SK Puncak Alam sesi 2012 di atas ucapan itu tadi. UCAPAN GB Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang berusaha Tuan Guru Besar Encik Mohd Rozali bin Awang Soh, Guru Besar SK Puncak Alam. Dipersilakan Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan guru besar di atas ucapan itu tadi. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha Encik Mohd Rozali bin Awang Soh, Guru Besar SK Puncak Alam. di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram, Dato' Amiruddin bin Setro untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis mesyuarat agung pibg kali ke-10 SK Puncak Alam Kuala Selangor. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Amiruddin bin Setro di atas ucapan perasmian itu tadi. Semoga apa yang telah beliau sampaikan sebentar tadi akan menjadi panduan kepada kita semua. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada penerima-penerima murid cemerlang UPSR 2011. 1)Untuk menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Guru Besar Encik Mohd Rozali bin Awang Soh untuk mengiringi Dato' Amiruddin bin Setro, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram untuk menyampaikan hadiah kepada para penerima. Dipersilakan. Berikut dijemput murid-murid cemerlang UPSR 2011. 1. 2.
1. 2.

Menyusul adalah penyampaian sijil kepada ajk pibg sesi 2011 . Dengan ini dipersilakan.. 1. 1. . 2 2 . 3. 3. .

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia Dato' Amiruddin bin Setro di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada para penerima. Sebagai tanda terima kasih,dijemput tuan guru besar untuk menyampaikan cenderahati kepada Dato' Amiruddin bin Setro. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan guru besar kerana telah sudi menyampaikan cenderahati itu tadi. Meneruskan lagi majlis kita pada hari ini ialah acara Cabutan Bertuah kepada para hadirin Seterusnya saya serahkan majlis kepada ................................. pibg sesi 2012, en................................................................................ untuk meneruskan majlis mesyuarat pibg kali ke-10 SK Puncak Alam.dipersilakan..

. (Bahagian hadiah handle) Kita teruskan majlis kita pada malam ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan Encik. ..untuk menyempurnakan acara.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini Saya mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis. Dengan ini majlis mempersilakan semua tetamu untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di kantin. Assalamualaikum..

Anda mungkin juga menyukai