Anda di halaman 1dari 1

OBENTO

Obento merupakan bekalan makanan yang biasa dibawa oleh orang jepun. Kebiasaannya, mereka akan membungkus bekalan makanan tersebut dengan menggunakan kain dan ini memudahkan mereka untuk membawa bekalan makanan tersebut ke mana-mana sahaja. Obento biasanya disediakan di rumah atau dibeli di kedai. Kebiasaannya, orang jepun menyediakan obento dengan menggunakan bahan-bahan makanan yang berkhasiat. Mereka mengutamakan hidangan lengkap yang meliputi nutrien yang lengkap seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan sebagainya. Mereka jarang menggunakan makanan ringan sebagai bahan dalam obento. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebiasaannya, bekalan makanan meliputi makanan yang mengandungi banyak karbohidrat atau protein. Bagi aspek hiasan obento, orang jepun kebiasaannya menghias dan menyusun obento dengan menarik kerana cara ini mampu menarik perhatian orang dan menaikkan selera ingin makan. Seperti yang kita tahu, kebanyakan ibu-ibu di Jepun menghias obento secara sangat menarik untuk menarik perhatian anak-anak mereka untuk makan obento tersebut. Cara ini juga mampu membuatkan anak-anak mereka belajar makan makanan yang berkhasiat yang jarang disukai oleh kanak-kanak seperti sayur-sayuran dan sebagainya. Bagi warna yang digunakan pula, warnanya adalah pelbagai dan sangat menarik perhatian. Orang jepun menggunakan bekas makanan yang sesuai bagi obento mereka. Mereka memilih bekas yang kebiasaannya diperbuat daripada bahan yang sesuai. Mereka tidak menggunakan bekas polisterina kerana bekas ini sebenarnya merupakan bekas yang diperbuat daripada bahan yang mampu memudaratkan badan dan alam sekitar. Bagi orang Malaysia pula, kita masih menggunakan bekas polisterina walaupun kita semua tahu akan keburukannya. Jadi, kita harus menggunakan ilmu yang ada ini untuk mengelakkan kemudaratan.

Anda mungkin juga menyukai