Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Pengenalan Pendidikan Islam Program j QAF


....::taufiq..amani..emylia..sofeya::.

Prepared by ::

PENDAHULUAN
Berasaskan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah b. Ahmad Badawi yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004 diadakan untuk memperhalusi idea Perdana Menteri di peringkat Kementerian Pelajaran. Dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Program dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2005.

LATAR BELAKANG j-QAF


Nama singkatan j-QAF bermaksud ( j=Jawi, Q=Quran, A=Arab, F=Fardu Ain ) yang merupakan singkatan daripada Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Pelaksanaan j-QAF pada 2005 ini adalah berdasarkan punca kuasa berikut : Perdana Menteri menyarankan bahawa KPM hendaklah mengambil usaha bagi membolehkan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah dan mewajibkan Bahasa Arab

Pendidikan agama Islam tidak boleh dijadikan sistem

berasingan dan usaha perlu dilakukan agar semua sekolah agama dijadikan institusi di bawah KPM serta saranan supaya KPM boleh melaksanakan perkara ini dengan : 1. Meningkatkan peluang aliran agama di sekolahsekolah bermula dari tingkatan 4 yang wujud seiring dengan aliran lain seperti sains dan teknikal. 2. Pendidikan Islam di SK yang membolehkan muridmurid khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah. 3. Mata pelajaran Bahasa Arab diwajibkan kepada murid Islam dan memberi pilihan kepada murid bukan Islam.

KONSEP PROGRAM J-QAF


Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan pendidikan islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modul yang tersendiri. Pelaksanaannya juga menggunakan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM J-QAF


1. Menguasai bacaan dan tulisan jawi. 2. Khatam Al-Quran. 3. Menguasai Bahasa Arab. 4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF


Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

PEMULIHAN JAWI
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam mula dilaksanakan pada tahun 2003. Pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

KEPENTINGAN KHATAM AL-QURAN


Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah alQuran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah . Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

KEPENTINGAN BAHASA ARAB


Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan.

Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara


berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

KEPENTINGAN FARDU AIN


Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian & penguasaan anak-anak mereka dalam Fardu Ain. Terutamanya hal ibadah mendirikan solat.

Masa pengajaran Pendidikan Islam di ; i. SK = 6 waktu ii. SJKT = 5 waktu iii. SJKC = 4 waktu Peruntukan waktu tidak membolehkan khatam AQ, pemulihan dan pengukuhan jawi & latihan amali Fardu Ain yg mencukupi dilaksanakan di sekolah. Bahasa Arab diajar oleh guru Pendidikan sedia ada. Menyukarkan perlaksanaan BA yg hakiki tidak diwujudkan.

KEPENTINGAN PROJEK J-QAF KESELURUHANNYA

Syukran jazilan Mohammad taufiq b. mohd fauzi Amani bt. Awang qamaruldeen Emylia suzana bt. Ibrahim Nadia sofia bt. Khairul anuar

Pismp semester 1

pi/ba/paq 2

Anda mungkin juga menyukai