Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ). Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan

Kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang di perolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kepelbagaian sosio- budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya.

Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam

kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan.

2.0

KELAS MESRA BUDAYA

Bilik darjah merupakan objek fizikal yang tidak bernyawa manakala perkataan mesra itu melibatkan hubungan dalam kalangan manusia. Dalam konteks ini, persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsure- unsure fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata- mata, seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsure- unsure emosi dan hubungan kemanusiaan. Kedua- dua unsure sangat perlu digabungkan serta diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Di dalam bilik darjah, terdapat guru dan murid dan kedua- dua pihak ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkataan

mesra

menggambarkan

keselesaan,

keceriaan

dan

kegembiraan. Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan. Dalam hubungan tersebut, nilai- nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman, toleransi dan hormat- menghormati.

Perkataan budaya pula membawa maksud suatu nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu buddhayah yang terbentuk daripada buddhi (budi dan akal) yang diertikan sebagai hal- hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Merujuk kepada Kamus Dewan (2007) pula, budaya di definisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Koentjaraningrat (2002) lagi, budaya merupakan pembelajaran. Budaya dalam definisi di atas mencakupi hamper keseluruhan dimensi kehidupan manisia. Hal ini bermakna, sesuatu budaya itu boleh dipelajari oleh seseorang individu ataupun sekumpulan individu dalam semua aspek kehidupan mereka. Menurut Koentjaranungrat (2002), budaya mengandungi tujuh unsur utama iaitu, agama dan upacara agama, sistem dan organisasi kemasyarakatan, system pengetahuan, bahasa, kesenian, sistem ekonomi, sistem teknologi

dan peralatan. Ketujuh- tujuh unsur inilah yang membentuk budaya secara keseluruhan. Maka mesra budaya dalam erti kata lain ialah perlakuan atau amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan. Dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan positif sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan

pembelajaran.

3.0

IMPLIKASI POSITIF DAN NEGATIF GURU BERJAYA ATAU GAGAL MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA

3.1 Kesan kepada murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Hal ini kerana, guru merupakan segala-galanya bagi murid. Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh guru akan lebih diikuti berbanding kata-kata daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, guru perlu sedar bahawa setiap gerak langkah mereka diperhatikan oleh murid-muridnya. Berdasarkan pengalaman saya, melaksanakan Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) selama 4 Semester di sekolah yang berlainan pada setiap semester banyak membantu saya membuat pemerhatian terhadap kesan positif dan negatif perkara tersebut. Guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya, proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih menarik dan baik. Hal ini kerana, guru berjaya menarik minat murid-murid melalui sikap guru yang tidak menujukkan seorang guru yang pilih kasih. Mereka akan merasakan diri mereka dihargai oleh guru. Jika guru gagal menunjukkan sikap demikian, berdasarkan

pengalaman berasaskan sekolah saya di sekolah rendah pernah terjadi


3

oleh seorang murid bertaraf rendah di sekolah tersebut yang sekarang hanya tinggal di rumah sahaja. Maknanya di sini, masih ada kanak-kanak yang tidak berminat untuk ke sekolah. Apabila pihak sekolah bertanya kepada ibu bapanya. Maka jawabnya murid tersebut takut kepada gurunya yang selalu memarahinya sewaktu di sekolah. Perkara ini berlaku juga kepada adik kepada murid tersebut, kerana melihat abangnya tidak ke sekolah menyebabkan dia juga tidak berminat untuk ke sekolah. Guru perlu sedar bahawa, sikap suka memarahi murid berbeza dengan tegas. Sikap suka memarahi murid akan menyebabkan kesan yang buruk yang berpanjangan kepada keluarga tersebut. Setiap guru perlu tahu bahawa insan-insan yang berada di hadapan mereka terdiri daripada latar belakang kelas ekonomi yang berbeza-beza seperti golongan miskin, kelas bawahan, kelas pertengahan dan kelas atasan. Apabila amalan pilih kasih dapat dielakkan, murid dalam kelas tersebut akan memberi kerjasama yang aktif serta saling memainkan peranan mereka antara satu sama lain. Kebiasaannya, jawatan ketua kelas hanya diberi kepada murid- murid kelas atasan, dimasukkan dalam kelas terbaik, sering menjadi contoh dan sebagainya. Jika guru berjaya melaksanakan kelas mesra budaya, mungkin persepsi yang mana sebelum ini kita menganggap yang murid kelas bawah sering dijadikan contoh negatif, tidak dipilih menjadi wakil sekolah dapat dikurangkan. Berbeza pula keadaannya jika guru gagal mengubah sikapnya bagi melaksanakan kelas mesra budaya iaitu masih dengan sikap pilih kasihnya akan memberi kesan negatif kepada murid di sekolah tersebut. Sebagai sokongan daripada hujah tersebut, saya sertakan di sini kenyataan daripada surat khabar Berita Harian. yang menjadi masalah ialah sikap seorang guru di sekolah ini yang pilih kasih terhadap pelajarnya. Saya perasan guru ini hanya akan beri tumpuan kepada pelajar yang kaya. Dengan pelajar yang bukan kaya, dia selalu mengatakan kami tidak akan berjaya dalam kerjaya nanti. Kata-kata guru itu membuatkan saya kecil hati dan kurang motivasi. (Berita Harian, 6 Jun 2010)
4

Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Prof.Dr Hardils terhadap diskriminasi terhadap kanak-kanak yang kurang berpelajaran dari keluarga berpendapatan rendah mendapati kanak-kanak dari kelas sosial rendah hanya mempunyai 76% peluang untuk memasuki sekolah aliran akademik sedangkan kanak-kanak dari kelas sosial tinggi mempunyai 96% peluang untuk dpilih walaupun gred yang sama yang diambil kira. Hal ini demikian, menyebabkan murid-murid di kawasan pendalaman atau kelas bawahan jarang menjadi wakil kelas. Mereka hanya menjadi murid biasa sahaja malah dimasukkan dalam kelas yang kurang cemerlang yang mana sering dikenakan tindakan disiplin yang tegas jika melakukan kesalahan dan akhirnya menjadi contoh yang negatif kepada murid-murid lain. Oleh itu, perluya sikap adil dalam kalangan guru. Jika guru gagal bersikap demikian, murid akan

3.2 Kesan kepada sekolah

Pembangunan

pendidikan

di

Malaysia

di

kawasan

luar

bandar

menyebabkan luar bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi dan sebagainya.Kesan positif hasil daripada bantuan tersebut menyebabkan kebanyakan murid- murid disekolah tersebut tidak bersedia ke sekolah yang tidak mendatangkan keseronokan kepada mereka. Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa kelas status ekonomi sosial murid-murid disekolah ini berbeza-beza. Kemungkinan besar murid kelas atasan yang sudah biasa dengan keadaan kemajuan di sekolah, tetapi murid kelas bawahan belum pernah merasai kemajuan tersebut, lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang miskin. Bermula Rancangan Malaysia ke- 7 iaitu ketika pembangunan fizikal masyarakat orang asli diberikan tumpuan sepenuhnya terutamanya dalam usaha keselamatan dan mewujudkan integrasi kaum amat sesuai untuk melaksanakan kelas mesra budaya.

Kemudahan

bangunan

dan

kelengkapan

yang

dibelanjakan

merupakan suatu penghargaan yang tidak ternilai bagi murid-murid pendalaman. Guru-guru yang mengajar di kawasan pendalaman juga turut dapat merasai kemudahan-kemudahan tersebut. Jika sebelum ini guru hanya mengajar menggunakan kapur dan papan hitam sahaja untuk menjelaskan sesuatu. Sekarang dengan bantuan laptop, LCD dan layar skrin putih yang disediakan dapat murid dan guru menjalankan proses Pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, guru dapat menayangkan gambar-gambar budaya-budaya lain melalui LCD projekter kepada layar skrin putih kepada murid di kawasan pendalaman supaya mereka lebih mengenal budaya-budaya yang terdapat dalam negara ini. Suasana sekolah juga akan berubah dengan lebih baik jika masing-masing main peranan. Sebagai contoh adanya landskap, papan kenyataan, bilik warisan, pondok ilmu dan lain-lain lagi. Guru-guru juga berasa seronok untuk mengajar dan bukan kerana terpaksa.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan dasar serta program-program berasaskan perpaduan. Antaranya ialah mewujudkan falsafah pendidikan, Anugerah Kecemerlangan Guru, Sambutan Hari Guru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara, Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah dan lain-lain lagi. Kesan positif daripada program-program tersebut menjadikan guru yang berkualiti yang tidak mampu digugat oleh unsur-unnsur luar, serta menilai sendiri tahap pencapaian mereka sepanjang perkhidmatan mereka dan kepada guru yang cemerlang akan menjadi role model, sumber aspirasi kepada guru lain. Akhirnya guru akan memberi persembahan yang baik semasa mengajar dan seterusnya tidak berlaku isu yang tidak elok.

4.0

CADANGAN PELAN TINDAKAN MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA

4.1

Pihak Kerajaan

Pendidikan bukanlah agenda Negara yang boleh dijayakan secara persendirian. Pendidikan merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan. Kejayaan sistem pendidikan ini akan dinilai berdasarkan keupayaan perkhidmatan yang boleh disediakan dan boleh dinikmati oleh kumpulan sasaran dalam sesebuah masyarakat dan seterusnya untuk meningkatkan taraf hidup kehidupan.

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada awalnya tertumpu pada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, setelah beberapa aduan, kritikan daripada suara rakyat disebabkan ke tidak sama rataan dan jurang pendidikan menyebabkan timbul kesedaran pihak berkenaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi dan sebagainya. Kumpulan minoriti 141,230 orang penduduk orang Asli di Malaysia ini tidak pernah tercicir atau

dinafikan dalam arus pembangunan perdana. Bermula Rancangan Malaysia ke- 7 iaitu ketika pembangunan fizikal masyarakat orang asli diberikan tumpuan sepenuhnya terutamanya dalam usaha keselamatan dan mewujudkan integrasi kaum, kumpulan ini semakin mendapat hak dan keistimewaan sesuai dengan kemajuan yang di kecapi negara.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah berbelanja puluhan juta ringgit untuk mewujudkan dasar serta program-program berasaskan perpaduan. Antaranya ialah mewujudkan Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA RM 13.4 juta untuk bantuan makanan tambahan, 2.7 juta untuk kos pengangkutan murid, 2 juta untuk wang saku. Pemantapan KIA2M kepada 3M, mewujudkan Falsafah pendidikan,
7

Anugerah Kecemerlangan Guru, Sambutan Hari Guru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara, Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah dan lain-lain lagi. Kemudian, di kawasan sekolah pendalaman, pihak kerajaan juga telah menyediakan asrama, rumah guru, menyediakan bekalan elektrik dan bekalan air bagi memberi hak sama rata dalam pendidikan kepada semua rakyat. Oleh itu, bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya, peranan guru amatlah penting untuk menggunakan peluang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid, di dalam dan luar bilik darjah tanpa mengira latar belakang sosio-budaya murid berkenaan. Di samping itu, penerapan nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat seperti hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang

terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan sejahtera.

4.2

Pihak Sekolah

Sekolah merupakan rumah kedua bagi murid. Saya mengatakan demikian kerana sebahagian kehidupan murid sehariannya berada di sekolah. Bermula jam 7.45 pagi hingga 1.15 petang, kemudian ditambah pula dengan kelas tambahan atau kelas fardu lain yang kadang-kadang di setengah-setengah sekolah murid dibenarkan pulang jam 5 petang. Peranan pihak sekolah memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesukaan murid untuk berada di sekolah dan mampu bertahan selama itu.

Program yang boleh menyebabkan emosi murid berasa selamat di sekolah ialah mengadakan aktiviti-aktiviti bergotong royong bersamasama. Perkara ini juga memupuk kecintaan mereka terhadap sekolahnya sekali gus aktiviti ini memupuk perpaduan antara kaum. Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural-mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Pihak sekolah harus memilih tema lukisan mural berkenaan berkisar mengenai
8

perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.

Kemudian, pihak sekolah juga boleh menyediakan bilik warisan di sekolah tersebut. Pelbagai info-info warisan kebudayaan dapat

dipaparkan pada sudut-sudut bilik tersebut. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Pihak sekolah juga perlu bangga dengan setiap etnik, tidak

membangkitkan isu-isu sensitif, dan isu kaum. Seharusnya, yang patut dilaksanakan di peringkat sekolah ialah mengadakan program-program perpaduan seperti Malam Seni Budaya, menyambut perayaan setiap kaum, dan melayani secara adil bagi setiap kaum dan etnik.

4.3

Pihak Guru

Guru merupakan agen tarbiah murid. Setiap murid yang belajar dengan mereka menjadi tanggungjawab ke atas guru tersebut membentuk murid di bawah jagaannya menjadi insan yang baik. Oleh itu, guru perlu membaiki dirinya terlebih dahulu sebelum orang lain sesuai dengan falsafah pendidikan guru iaitu Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Apabila falsafah pendidikan guru menjadi pegangan setiap insan yang bergelar guru, nescaya pemikiran guru tidak mampu digugat oleh unsurunsur negatif dari luar termasuklah sika pilih kasih. Guru perlu kreatif mewujudkan persekitaran kelas mesra budaya. Sebagai contoh, guru menghafal setiap nama murid mereka jika perlu atau memanggil muridnya dengan panggilan yang menyenangkan serta panggilan yang paling baik seperti mana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Berdasarkan pengalaman
9

Kemudian, guru juga perlu berperanan dalam menyusun atur kelas lebih-lebih lagi kepada guru kelas. Susun atur kelas perlu mengambil kira dari aspek mesra budaya. Budaya tidak semestinya khusus kepada kepelbagaian kaum sahaja, tetapi dari aspek jantina juga perlu dititik beratkan. Sebagai contoh susunan kumpulan. Suatu kumpulan tersebut perlu mempunyai pelbagai kaum, jantina, tahap kecerdasan dan latar belakang tahap ekonomi. Marzano (2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid. Ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid perlulah diwujudkan. Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Dalam pada itu, guru juga hendaklah memastikan ruang murid- murid belajar adalah dalam keadaan bersih, selesa, dan ceria. Dalam hal ini, guru sememangnya memainkan peranan utama tetapi haruslah juga dibantu oleh murid- murid. Guru berperanan menyediakan jadual bertugas untuk membersihkan bilik darjah setiap hari. Selain itu, guru juga perlu untuk memastikan pencahayaan di dalam sesebuah kelas itu mencukupi manakala pengudaraan adalah baik. Susun atur bilik darjah seperti susun atur kerusi, meja dan peralatan juga hendaklah kemas dan memudahkan pergerakan murid dan guru. Semua inilah yang dapat memberikan keselesaan kepada murid ketika sesi P&P. Dari segi keceriaan pula, guru perlu mereka bentuk hiasan yang bukan
10

sahaja menarik tetapi juga boleh bersesuaian dengan keadaan bilik darjah. Kadangkala bilik darjah yang dihias keterlaluan boleh mengganggu tumpuan murid terhadap P&P serta memburukkan lagi suasana. Oleh itu hiasan bilik darjah hendaklah berpada- pada. Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam satu bilik darjah. Komunikasi yang berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaan alatalat tertentu seperti komputer. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, maka ia dapat menghasilkan satu suasana pembelajaran yang mementingkan pembentukan akhlak. Komunikasi berkesan juga berupaya menghasilkan motivasi yang berkesan kerana murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah.

Pernah diceritakan oleh seorang guru semasa saya melaksanakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Guru tersebut menceritakan bahawa anaknya di hantar memasuki sekolah berasrama penuh di Kemaman, Terengganu. Anaknya hanya mampu bertahan seminggu sahaja kemudian pulang ke sekolah biasa. Hal ini kerana, guru di sana menggunakan bahasa Terengganu yang pekat sehinggakan anaknya tidak memahami loghat yang digunakan oleh guru tersebut.

Kesimpulannya, suasana sosial bilik darjah yang baik berupaya menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Langkah-langkah yang dinyatakan atas mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai rumah kedua untuk murid -murid. Apabila diri dan bilik darjah berada dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik sekali. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya mengetahui dan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk mewujudkan suasana sosial bilik darjah yang baik demi kebaikan murid.

11

5.0

PENUTUP

Guru yang mesra budaya adalah permulaan bagi kelas dan sekolah yang mesra budaya. Sebagai seorang warga pendidik ni negara yang mempunyai berbilang kaum ini, guru haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik kepada para pelajar dengan melaksanakan prinsip mesra budaya dalam kehidupan. Selain pengetahuan dan kepakaran tentang matapelajaran yang diajar, sikap dan moral seorang guru juga perlu berada pada tahap yang baik. Dalam situasi pendidikan yang berbilang budaya, pendekatan

pendidikan perlu diberi nafas baru agar lebih wajar dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza- beza dari aspek individu itu sendiri atau budaya yang dimiliki.

Kesimpulannya, persekitaran mesra budaya dapat me+mbantu murid dalam pembelajaran di sekolah. Persekitaran mesra budaya dapat menjamin sesebuah kelas itu kondusif dan tenang tanpa pergaduhan antara pelajar. Selain itu, sebagai seorang guru, kita haruslah membangunkan modal insan dengan sepenuh perhatian dan tenaga agar dapat menghasilkan modal insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah (JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

12

6.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi kesempatan masa untuk menyiapkan tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran. Pada peringkat awalnya, setelah terima soalan ini saya agak kebingungan buat seketika. Persoalan bermain di minda saya bagaimana hendak mengaitkan

pengalaman berasaskan sekolah (PBS) saya dengan kelas mesra budaya disekolah pendalaman. Hal ini kerana, kelima-lima sekolah saya PBS, kesemuanya berada dibandar. Langkah pertama yang saya lakukan ialah dengan melayari internet. Hal ini kerana, dalam internet semuanya ada dan Cuma kita sahaja yang perlu rajin mencari. Semasa mencari juga, saya mempunyai masalah kerana terlalu banyak input yang telah dimuat naikkan oleh pengguna internet. Berdasarkan ilmu saya yang sedikit ini, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu Allah itu sesungguhnya amat luas. Bagi saya, mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran ini memberi kesedaran kepada saya tentang kepelbagaian budaya di negara kita ini. Oleh itu, ia merupakan satu cabaran kepada saya untuk memahami mendalami dan menjiwa setiap budaya yang ada di negara kita ini. Semasa di sekolah rendah dan menengah dahulu, saya hanya Sekolah Kebangsaan Kota dan Sekolah Menegah Kebangsaan Kota atau juga sekolah itu lebih dikenali sekolah Melayu. Maka, pergaulan saya dengan kaum lain tidak sangat berlaku. Hasil daripada itu, ia menjadi satu cabaran bagi saya untuk saya lebih bersemangat untuk belajar subjek ini. Kemudian, ditambah pula dengan nikmat yang Allah berikan kepada kami semua amat kami syukuri iaitu kami semua ambil major Pendidikan Seni Visual yang mana mudah untuk kami mengenali budaya sesebuah kaum itu melalui kesenian kaum tersebut, jenis-jenis pakaian mereka dan lain-lain lagi. Tidak lupa kepada pensyarah yang mengajar kami subjek ini, Pn Hjh Azimah binti Nordin telah membantu kami dengan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa menghasilkan tugasan ini. Sedikit perkongsian pengalaman saya semasa menghasilkan tugasan ini. Pengalaman ini Insya Allah menjadi suatu ilmu yang berguna kepada saya yang mana perkara ini
13

tidak dapat dibeli dengan mudah. Ramai orang yang hanya pandai bercakap tetapi bila nak diaplikasikan tidak seperti yang dicakapkan. Memang tidak dinafikan,, dengan apa yang saya alami semasa menghasilkan tugasan ini kadang-kadang teori tidak semestinya kita dapat lakukan secara praktikal. Walau bagaimanapun, mana yang kurang itu saya jadikan sempadan dan mana yang baik saya jadikan tauladan. Kemudian, di tengah-tengah waktu kami dalam proses menyiapkan tugasan. Saya diuji dengan banyak tugasan. Saya juga yang terlibat dengan program Kejohanan Olahraga Tahunan sebagai AJK Protokol dan Persatuan Intelektual Muallim merancang untuk menjalan satu program yang telah ditetapkan dalam takwim. Kemudian selepas tamatnya program tersebut saya selaku setiausaha program lawatan ilmiah pula terpaksa menguruskan urusan lawatan ke Selangor iaitu lawatan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan banyak lagi.. Walau bagaimanapun, banyak perkara-perkara yang baharu yang saya dapat daripada lawatan tersebut yang mana boleh dijadikan isi kerja kursus saya ini. Dalam situasi sedemikian, saya peru mengatur masa dengan betul dan sehinggakan ada hari-hari yang saya perlu mengkorbankan waktu tidur saya untuk melakukan kerja yang berkait dengan tugasan ini dan tugasan-tugasan lain. Saya juga beruntung mendapat rakan sekelas yang memahami antara satu sama lain dan memberi kerjasama semasa menyiapkan tugasan ini. Kebetulan juga, rakan-rakan sekelas saya dari kalangan yang berbeza-beza kaumnya. Sedikit sebanyak dapat membantu memberi pandangan mereka terhadap soalan yang diberikan. Seterusnya, berdasarkan apa yang ditanya dalam soalan kerja kursus tersebut, banyak memberi Akhir kata, banyak pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan ini.Sebagai bakal pendidik dan juga bakal guru Pendidikan Seni Visual, banyak yang perlu saya pelajari dalam subjek ini kerana ia merupakan minor saya dan juga banyak ilmu yang berguna yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya nanti. Sekian, terima kasih.

14

RUJUKAN

Buku Shamsul Amri Baharuddin, (2011) Modul hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

Noriati A.Rashid, (2011) Budaya dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid, (2009) Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Laman Sesawang Subscribe (2013) Kelas Mesra Budaya. Dipetik dari http://www.scribd.com/doc/171844495/Kelas-Mesra-Budaya-Implikasi-PositifSerta-Negatif-Kepada-Murid-Sekolah-Dan-Masyarakat-Berserta-TindakanSemasa-P-P-Bagi-Mewujudkannya Artikel Memerdekakan Pendidikan Perkauman, Dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0830&pub=utusan_m alaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hive

Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Mesra Budaya, Dipetik dari http://kheru2006.i8.com/EDU3106/7_Pelan_Tindakan_Mewujudkan_Persekita ran_Yang_Mesra_Budaya.htm

Rancangan Guru Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya, Dipetik dari http://yankie12.blogspot.com/2012/12/budaya-dan-pembelajaran.html

15

Anda mungkin juga menyukai