Anda di halaman 1dari 17

Risalah Malam Nisfu Syaban

Muqaddimah

Alhamdulillah, dengan izin Allah , risalah kecil ini dapat disempurnakan atas permintaan ikhwan dan ahli-ahli pengajian talaqi. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat Al-Khair al-Kathir (kebaikan yang banyak). Risalah ini disusun dalam waktu yang agak terbatas dan singkat. Justeru, Al-Faqir mengharapkan teguran dan pembetulan daripada para masyaikh dan pembaca budiman jika terdapat kesalahan di dalam risalah ini.

MALAM NISFU SYABAN

(A) PENGERTIAN, KELEBIHAN DAN PERBAHASAN


(a) Pengertian Malam Nisfu Syaban ialah malam ke 15 dari bulan Syaban.

(b) Kelebihan Hadith-hadith mengenai kelebihan Malam Nisfu Syaban Sayyiduna Muaz bin Jabal1 berkata: Rasulullah bersabda:

"Allah menilik kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampunkan seluruh makhlukNya melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan Allah) dan musyahin (orang yang suka bermusuhan)2. Sayyidatuna Aisyah3 berkata:

Aku pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu, Baginda sedang berada di Baqi dalam keadaan kepala mendongak ke langit, lalu Baginda bertanya: Wahai Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan RasulNya? Aku menjawab: I tulah yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya ke langit dunia pada malam Nisfu Syaban, lalu Dia mengampuni hamba-hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab.4

Beliau ialah Muaz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji, dipanggil Abu Abdur Rahman, dilahirkan di Madinah. Allah mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta mempunyai tutur kata yang indah. Meninggal tahun 18H ketika terjadi wabak di Jordan ketika berusia 33 tahun. 2 Hadith Shahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Ibn Majah, Ath-Thobrani dan Ibn Hibban di dalam Shahihnya.
1 3

Salah seorang Ummahat al-Mukminin, isteri Nabi

dan anak Abu Bakar ash-Shiddiq. Menjadi rujukan para sahabat dalam urusan

fatwa dan pelbagai kemusykilan kerana beliau paling banyak tahu hal ehwal Rasulullah dan wahyu. Beliau meninggal pada 57H. 4 Riwayat Ibn Majah, Ad-Darquthni dan Imam Ahmad. Lihat Al-Bidah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap Bidah), ms. 144-145. Bani Kilab adalah antara qabilah yang paling banyak memelihara kambing.

Imam Al-Ashbahani5 telah meriwayatkan di dalam At-Targhib daripada Sayyiduna Muaz bin Jabal berkata, Rasulullah bersabda:

Sesiapa menghidupkan malam-malam yang lima wajiblah baginya syurga; malam yang kelapan daripada Zulhijjah, (riwayat lain: malam 'Arafah, malam Raya Haji, malam Raya Puasa) dan malam Nisfu Syaban."

Pendapat para Ulama Malam Nisfu Syaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-Syafie6 berkata di dalam kitabnya Al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'ban." Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linqi al-Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam karangannya Tuhfah al-Authon wa alIkhwan menulis: Di sisi ulama kita Ahlus Sunnah wal Jamaah, kelebihan malam Nisfu Syaban ini adalah thabit melalui beberapa hadith yang boleh dijadikan dalil dan hujah dalam bab Fadhail. Syaikh Muhammad bin Abd arRahman al-Mubarakfuri7 rhm. dalam "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jami at-Tirmizi", juzuk 3 muka surat 442 menyatakan antara lain:- ... Hadith-hadith fadhilat malam Nisfu Syaban itu secara keseluruhan adalah hujah yang mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu dalil pun tentang fadhilah malam Nisfu Sya'baan."8 Al-Hafiz al-Muhaddith asy-Syaikh Salim as-Sanhuri al-Maliki9 telah menulis risalah yang sangat berguna dalam menerang dan membincangkan kelebihan malam ini dengan judul Risalah al-Kasyf wa al-Bayan

Beliau ialah Imam Abu Nuaim Ahmad bin Abdullah bin Ahmad al -Mihrani al-Ashbahani. Dilahirkan pada tahun 336H. Al-Hafiz, Ath-Thiqah, Al-Allamah. Antara gurunya ialah guru kepada para muhaddithin iaitu Imam Al-Ajurri. Meninggal pada tahun 425H. 6 Beliau ialah Muhammad bin Idris, dan digelar Abu Abdullah. Dilahirkan di Gazza, selatan Palestin, pada tahun 150H. Pada hari kelahirannya, dua orang ulama besar telah meninggal dunia pada hari yang sama iaitu Imam Abu Hanifah di Baghdad dan Imam Ibn Juraij al-Makki, mufti Hijaz di Makkah. Ulama ahli firasat mentafsirkan bahawa ia adalah tanda yang Imam Syafie akan
5

menggantikan tempat mereka dari segi kedalaman ilmu dan ketokohannya. Imam Syafie berketurunan Rasulullah . Menghafaz Al-Quran ketika berumur 7 tahun dan umur 11 tahun, sudah menghafal kitab Al-Muwaththo. Diberi kepercayaan oleh gurunya untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun. Meninggal di Mesir pada tahun 204H dalam usia 54 tahun, selepas menunaikan solat Maghrib, malam Jumaat, akhir bulan Rejab dan dimakamkan pada hari Jumaat. 7 Beliau ialah Syaikh Shafiy ar-Rahman Muhammad Abd ar-Rahman bin Abd ar-Rahim al-Mubarakfuri, salah seorang ahli hadith dan ulama besar Islam dari India. Penulis kitab sirah terkenal Ar-Rahiq al-Makhtum. Meninggal pada hari Jumaat, 1 Disember 2006, selepas solat Jumaat di Mubarakfur, India. 8 ms. 74-77. 9 salah seorang ulama besar Al-Azhar asy-Syarif pada kurun ke-8.

an Fadhail Lailah an-Nishf min Syaban10. Kitab ini kemudiannya diterjemahkan oleh Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki11 dengan judul Kelebihan Malam Nisfu Syaaban12. Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari13 dalam tulisannya Lailah an-Nishf min Syaban mengatakan: Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang telah menjadi adat untuk umat menghidupkannya dengan rangkaian amalan dan memanjatkan doa kepada Yang Mengabulkan segala hajat, Jalla jalaluh, kerana terdapatnya athar yang warid tentang kelebihannya. Ia juga mengkhabarkan berita gembira kepada kita dengan dekatnya ketibaan bulan puasa agar kita bersedia menghadapinya. Dan telah menulis Ahlil Ilm dulu dan sekarang tentang kelebihan malam tersebut dalam tulisan-tulisan mereka yang khusus umpamanya ditulis oleh An-Najm al-Ghithi, Ibn Hajar alMakki, Ali al-Qari, Salim as-Sanhuri dan selain mereka dalam risalah-risalah mereka yang khusus dalam perbahasan ini. Dan antara yang paling bermanfaat yang ditulis tentang kelebihan malam-malam dan hari-hari yang barakah ialah kitab Al-Lathoif (iaitu kitab Lathoif al-Maarif) karangan Ibn Rajab al-Hanbali14 yang telah dicetak dan beredar di tangan-tangan pembaca.15 Al-Muhaddith al-Alim al-Allamah, al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki16 juga telah menulis karangan khusus mengenai kelebihan dan amalan bulan Syaban dalam kitabnya Maza fi Syaban17. Antara ulama dunia Melayu yang memperkatakan tentang kelebihan Nisfu Syaban ini ialah Syaikh Wan Ahmad al-Fathani18 dalam kitabnya Badai azh-Zhuhur, dan ramai lagi.
Risalah al-Kasyf wa al-Bayan an Fadhail Lailah an-Nishf min Syaban, tahqiq Al-Arif billah Syaikh Soleh al-Jaafari, Qahirah: Dar Jawami al-Kalim, t.t. Asy-Syaikh Salim as-Sanhuri mengatakan bahawa apa yang ditulisnya adalah ringkasan daripada kata-kata dan pendapat syaikh mereka iaitu Syaikh al-Islam, Syaikh Najm ad-Din al-Ghaithi. 11 Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rambawi al-Maliki, dilahirkan pada 29 Syaban 1394H bersamaan 16 September 1974M di Kampung Chenong, Rembau Negeri Sembilan. Graduan lepasan Universiti Al-Azhar. Dalam usia 32 tahun, beliau telah berjaya menghasilkan 115 buah kitab pelbagai disiplin ilmu termasuk 12 kitab berbahasa Arab. Dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Agama Negeri Sembilan. Menerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 (2005) peringkat Negeri Sembilan. Beliau aktif berdakwah sehingga kini. 12 Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M. 13 Beliau ialah Muhammad Zahid ibn Al-Hasan al-Kauthari. Dilahirkan pada tahun 1296H dan meninggal pada tahun 1371H (1296M) pada usia 75 tahun. Dikebumikan di Syari al-Fakhr ar-Razi, di hadapan Masjid al-Kahlawi. Seorang faqih Hanafi dan alim. Syaikh Islam paling akhir dalam pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, beliau berpindah ke Mesir, kemudian ke Syam dan kemudiannya ke Mesir semula. Menulis karangan-karangan yang bermutu dalam bidang feqah, hadith dan ushul. 14 Beliau ialah Zain ad-Din, Abu al-Farj Abd ar-Rahman ibn Ahmad ibn Abd ar-Rahman ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Abi alBarakat Masud as-Sulami al-Baghdadi al-Hanbali. Dilahirkan di kota Baghdad pada tahun 736H. Beliau telah menghasilkan kitabkitab yang bermutu tinggi dan menjadi rujukan kemudiannya. Beliau meninggal pada malam Isnin bersamaan 4 Ramadan tahun 795H dalam usia 59 tahun di Damsyik dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Bab ash-Shaghir. 15 Lihat Lailah an-Nishf min Syaban dalam Rasail Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 513. 16 Al-Allamah al-Muhaddith al-Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani. Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak berkurun lama. Menghafaz Al-Quran ketika usianya 7 tahun dan hafal Al-Muwattha pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun, beliau meraih gelar doktor (Phd) dengan mumtaz (cemerlang) dalam Ilmu Hadith di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr. Syaikh Muhammad Abu Zahrah. Beliau menguasai ilmu-ilmu yang pelbagai di dalam Islam. Kitab-kitab karangannya mencecah ratusan buah dalam bidang Aqidah, Tafsir, Hadith, Sirah, Feqah, Ushul Feqah, Tasawwuf dan lain-lain. Beliau meninggal pada Subuh hari Jumaat, 15 Ramadhan 1425H di Makkah al-Mukarramah. 17 Mengenai doa yang selalu dibaca pada malam Nisfu Syaban, Sayyid Muhammad mengatakan ialah adalah doa yang masyhur lagi mujarrab yang sebahagian besarnya diambil dari doa yang diriwayatkan daripada Sayyiduna Ibn Mas`ud sebagaimana dikeluarkan oleh Imam Ibn Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf dan Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam Ad-Du`a.
10

Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan di dalam kitabnya Lathoif al-Maarif:

Maka bangunkan malam Nisfu Syaban dengan mendirikan solat Semulia-mulia bulan Syaban ini terletak pada malam pertengahannya Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman Sedangkan telah ditulis tentang kecelakaan baginya dalam catatan Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaanNya Dan berpuasalah pada esok harinya kerana Allah dan perbetulkanlah harapan kepadaNya Agar kamu mendapat kurniaan kelembutanNya dariNya ketika berlaku huru-hara19.

Pelbagai nama Oleh kerana malam Nisfu Syaban mempunyai kelebihan yang banyak dan mulia, ia mempunyai beberapa nama termasuklah Lailah al-Mubarakah (malam yang berkat), Lailah al-Qasamah wa at-Taqdir (malam pembahagian qadha dan qadar), Lailah at-Takfir (malam penghapusan dosa), Lailah al-Ijabah (malam diperkenankan doa), Lailah al-Hayah (malam hidup iaitu hati dihidupkan Allah agar tidak lupa kepadaNya), Lailah asy-Syafaah (malam mendapat syafaat), Lailah al-Baraah (malam perlepasan dari api neraka), Lailah al-Barakah (malam penuh keberkatan), Lailah at-Tazhim (malam keagungan), Lailah alQadr (malam penentuan), Lailah al-Ghufran (malam pengampunan), Lailah al-Itq min an-Nar (malam perlepasan dari api neraka), Eid al-Malaikah (malam Hari Raya kepada para malaikat)20 dan lain-lain. Semua nama ini merujuk kepada kemuliaan yang ada pada malam tersebut.

18

Beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Mushthafa bin Muhammad al-Fathani, dilahirkan pada malam Jumaat, 5 Syaaban 1272H, di Kampung Jambu, Jerim, Fathani. Ketika berumur 4 tahun, mengikut ayah dan ibunya pindah ke Makkah. Seorang yang sangat alim dan menguasai pelbagai ilmu. Beliau menulis banyak kitab dalam Bahasa Melayu (Jawi) dan Bahasa Arab. 19 ms. 136-137. 20 Lihat nama-nama ini dalam Kelebihan Malam Nisfu Syaaban karangan Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, ms. 3 21.

(c) Cara menghidupkannya Di dalam kitab Lathoif al-Maarif disebutkan:

Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali21 telah keluar pada malam Nisfu Syaaban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini, tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya. Di kalangan Tabiin dari negara Syam seperti Khalid bin Madan 22, Makhul23, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana ada kelebihan dan kebesaran malam ini.Antara yang setuju dengan mereka dalam membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah. Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama Hijaz mengingkarinya termasuklah Atha dan Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya dari fuqaha Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu semuanya bidah. Ulama Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara: 1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. Adalah Khalid bin Madan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bidah (dhalalah ). Ia dinukilkan oleh Harb alKirmani di dalam Masailnya. 2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa. Tidak makruh jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auzai25, Imam penduduk

21

Beliau ialah Sayyiduna Ali bin Abi Thalib. Sepupu dan menantu Nabi . Beliau meninggal pada pagi hari Jumaat, 17 Ramadhan 40H. 22 Beliau ialah Khalid bin Ma'dan bin Abu Kuraib al-Kala'i. Meninggal pada tahun 103H. 23 Beliau ialah Makhul bin Abi Muslim. Meninggal pada tahun 112H. 24 Beliau ialah Ishaq bin Ibrahim bin Makhalad bin Ibrahim Abu Yaqub al-Hamdhali al-Marwazi. Dilahirkan pada tahun 161H. Sebahagian yang lain menyebutkan Ibn Rahuyah. S eorang Imam dan Ulama yang sangat terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang hadith dan dalam bidang feqah. Meninggal pada tahun 238H dalam usia 77 tahun. (Lihat Tarikh Baghdad, 6/ 345). 25 Beliau ialah Abu Amr Abd ar-Rahman bin Amr asy-Syami al-Auzai ad-Dimasyqi. Seorang faqih di Syam. Dilahirkan pada tahun 88H di kota Balabek, Syria. Terkenal sebagai seorang tokoh hadith dan feqah yang terkemuka pada zamannya. Para ulama sepakat bahawa Al-Auzai adalah seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang hadith dan feqah. Meninggal pada tahun 157H di Beirut. (Lihat Tahzib al-Asma, 1/ 298).

Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar, insyaAllah26 Solat Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Syaban, ulama khilaf tentangnya. Hujjah alIslam, Imam Al-Ghazzali27 adalah antara ulama yang menthabitkannya28. Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada mana-mana malam sekalipun. Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat terutamanya solat Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara. Membaca Surah Yaasin Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali dengan niat pada bacaan yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, yang kedua dengan niat menolakkan bala dan yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa cukup dan tidak meminta -minta dari manusia. Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama mutabar. Ia adalah amalan yang baik sekali. Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadith yang menerangkan pahala membaca Al-Quran dan Surah Yasin adalah termasuk dari surah -surah di dalam Al-Quran. Membaca Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab ber tawassul dengan amal soleh sebelum berdoa, dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya. Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati) kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya. Doa Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia memberi pengertian perlu dan berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah tanda tadharru (merendah diri) seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat kehambaan dari hambaNya. Tanbih Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Syaban ini, mereka selalu berdalilkan pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah29. Jika diteliti, Syaikh Ibn Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan amalan pada malam Nisfu Syaban ini malah memujinya.

26 27

ms. 135-136. Imam Al-Qasthillani juga menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyah. Ihya Ulum ad-Din, 1/276. Beliau ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Ghazzali. Dilahirkan pada tahun 450H di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus (bahagian timur laut negara Iran sekarang). Seorang ilmuwan besar Islam, seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai AlMujaddid untuk kurunnya. Meninggal pada tahun 505H. 28 Lihat Ihya Ulum ad-Din, 1/209-210. Imam Al-Ghazzali mengatakan solat pada malam Nisfu Syaban 100 rakaat. Setiap dua rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga sembahyang dengan 10 rakaat, tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazzali mengatakan sembahyang cara ini ada dilakukan oleh ulama Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat al-Khair (sembahyang yang mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan solat ini secara berjemaah. 29 Beliau ialah Taqiy ad-Din Abu al-Abbas Ahmad Bin Abd al-Halim al-Harani. Dilahirkan di Harranpada hari Isnin, 10 Rabiul Awal tahun 661H. Kitab Majmu al-Fatawa adalah himpunan perbahasan dan risalah beliau. Beliau meninggal pada 20 Zulhijjah tahun 728H, dan dimakamkan pada waktu Asar di sebelah kubur saudaranya Syaikh Jamal al-Islam Syarafuddin.

Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu Fatawa beliau menulis maksudnya: "Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemuliaan dan kelebihan Nisfu Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan Salaf bahawa mereka menunaikan solat khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya telahpun dilakukan oleh ulama Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka jangan diingkari, manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat.. 30

(B) AMALAN
Setelah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca Surah Yaasin sama ada secara berjemaah atau bersendirian sebanyak 3 kali dengan niat: iiiiiiBacaan pertama: mohon kepada Allah moga dipanjangkan umurnya dalam mentaati Allah Bacaan kedua: mohon kepada Allah moga diluaskan rezeki yang halal dan Bacaan ketiga: mohon kepada Allah moga dimatikan dalam keadaan beriman (husnul khatimah).

Setiap kali selepas membaca Surah Yaasin, bolehlah berdoa dengan doa-doa berikut: (1)

(Doa ini adalah mathur dan masyhur. Daripada Ibn Masud berkata:

Tidaklah seorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan akan diluaskan kehidupannya. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannaf al-Hadith wa al-Athar, 7/85, Ibn Abi ad-Dunya dalam Ad-Dua dan diriwayatkan oleh Ibn Umar).

24/132. Rujuk juga tulisan-tulisannya yang lain untuk mengetahui hakikat tersebut umpamanya dalam Majmu Fatawa, 24/31 dan Iqtida ash-Shirat al-Mustaqim, ms. 266.
30

(2) Sangat baik membaca doa ini sebagai tambahan oleh Syaikh Ma al-Ainain dalam Nat al-Bidayah:

(3) Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad menambah lagi dengan:

(4) Imam Ad-Dairabi menyebutkan di dalam Mujarabatnya agar dibaca bacaan di bawah ini dan bacaan no (1) dan (2) sebanyak 10 kali:

(Tambahan ini juga boleh dilihat di dalam kitab Badai az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim alAllamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, ms. 68). (5) Seterusnya membaca doa Syaikh Abdul Qadir al-Jilani:

. (6) Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Kabah. Baginda kemudiannya bersembahyang 2 rakaat mengadap Kabah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Adam : Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut. Rujuk Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-Maliki mengatakan: Sanad hadith ini baik.) (7) Al-Allamah Al-Wannaie berkata: Sebaik-baik doa yang diamalkan pada malam ini (malam Nisfu Syaban) ialah:

Doa ini juga sangat bagus diamalkan pada malam-malam di bulan Ramadhan dan lainnya. (8) Antara doa lain yang boleh dibaca pada malam ini:

10

(9) Pada malam ini, adalah sangat baik memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan memohon kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita. Adalah amat baik sekali dibacakan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah bersabda: Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada waktu petang, lalu meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Riwayat Al-Bukhari) (10) Boleh juga dibaca:

Solat Hendaklah mengerjakan Solat Tasbih. Imam Al-Ghazzali mengatakan solat pada malam Nisfu Syaban 100 rakaat. Setiap dua rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga sembahyang dengan 10 rakaat, tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazzali mengatakan sembahyang cara ini ada dilakukan oleh ulama Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat al-Khair (sembahyang yang mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan solat ini secara berjemaah. (Lihat Ihya Ulum ad-Din, 1/209-210. Lihat juga pandangan yang sama oleh Tok Kelaba al-Fathani dalam Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian Ket iga), Syaikhuna, Syaikh Haji

11

Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 18-19) Faedah: Hendaklah diingatkan bahawa sembahyang yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazzali dan para Aimmah yang lain yang berthabit pada malam Nisfu Syaban ini, adalah termasuk di dalam Solat Sunat Mutlaq. Ia berkaitan dengan persoalan niat dalam sembahyang yang melibatkan Qashad, Taarrudh dan Tayin. Rujuklah kepada para Ahlil Ilmi untuk mengetahuinya secara tahqiq, waffaqanallah. Umum Pada malam ini, sangat dianjurkan berdoa dan munajat, bersembahyang sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan mana-mana amalan hasanat (kebaikan) untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah .

Kesimpulan: Al-Faqir nukilkan di sini fatwa Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Prof. Dr Ali Jumah, Mufti Besar Negara Mesir tentang amalan pada malam Nisfu Syaban ini. Semoga Allah mengganjari Al -Fadhil Ustaz Shahrul Rizal (Ibnu Juhan Al-Tantawi) di atas terjemahan beliau ke atas fatwa Fadhilatusy Syaikh Dr. Ali Jumah ini. Soalan : Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Syaban seterusnya berpuasa pada siang harinya? Jawapan : Malam nisfu Syaban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dal il yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Syaban daripada hadis -hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya). Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Syaban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut. Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

12

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah R.A telah berkata : Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Be rkata Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Taala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Syaban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb. -Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad. Seterusnya,

. Hadis daripada Saidina Muadz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Syaban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan. -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban. Seterusnya,

. Hadis daripada Saidina Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : Apabila masuk malam nisfu Syaban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan

13

berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Taala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikiansesiapa yang demikian sehinggalah terbitnya fajar. -Riwayat Ibnu Majah. Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beritiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan. -Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) : Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan. -tamat Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Maarif) : Ulama di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Syaban kepada dua pandangan. Pertamanya : Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid. Khalid ibn Madan dan Luqman ibn Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

14

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : Perkara tersebut tidaklah menjadi bidah. Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya. Keduanya : Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan Alim. tamat Kesimpulannya : Maka menghidupkan malam nisfu Syaban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bidah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan. Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bidah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Syaban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh. Sumber : Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Syaban 1430, m/s 136. (lihat terjemah ini di http://syeikh-husna.blogspot.com/2010/07/hukum-solat-dandoa-pada-malam-nisfu.html)

15

Rujukan:
Bahasa Arab: 1. Lathoif al-Maarif fi ma li Mawasim al-Am min al-Wazhaif, Al-Imam Al-Hafiz Zain ad-Din bin Rajab al-Hanbali, taliq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M. Majmu Fatawa, Syaikh Ibn Taimiyyah. Maza fi Syaban, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki. Rasail Hammah wa Mabahith Qayyimah, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari alMakki, Bogor: Mahad az-Zain al-Makki al-Ali li at-Tafaqquh fi ad-Din, Cetakan Pertama, 1428H/2007M Risalah al-Kasyf wa al-Bayan an Fadhail Lailah an-Nishf min Syaban, tahqiq Al-Arif billah Syaikh Soleh al-Jaafari, Qahirah: Dar Jawami al-Kalim, t.t.

2. 3. 4.

5.

Bahasa Melayu: 1. Doa Malam Nisfu Syaaban, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Cetakan Pertama, 1426H/ 2005M, Negeri Sembilan: Sofa Production. Al-Bidah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap Bidah), Dr. Abd al-Malik bin Abd ar-Rahman as-Saadi, terjemahan Muhammad Fadhli bin Ismail, Kuala Lumpur: Darul Numan, Cetakan Pertama, 2002M. Kelebihan Malam Nisfu Syaaban, Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M.

2.

3.

Internet: http://syeikh-husna.blogspot.com/2010/07/hukum-solat-dan-doa-pada-malam-nisfu.html)

Amalan berupa bacaan-bacaan dan doa-doa yang diamalkan pada malam Nisfu Syaban ini dinukilkan dari kitab-kitab berikut: Bahasa Arab: 1. Kanz an-Najah wa as-Surur fi al-Adiyah allati Tasyrah ash-Shudur, Syaikh Abdul Hamid bin Syaikh Muhammad Ali Quds (guru di Masjidil Haram). Min Fadhail asy-Syuhur al-Hijriyyah: Ayyamuha wa Layaliha, Kamiliya Muhammad Ukasyah, Dar Jawami al-Kalim, ms. 59-60.

2.

16

Kitab Jawi: 1. Majmuah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa alAwrad wa al-Adiyah allati tataallaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh Ahmad bin Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 77-82.

Bahasa Melayu: 2. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Syaban (Bahagian Ketiga), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 18-19. Amaliah Nishfu Syaban: Meraih Anugerah Malam Berkah, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 17/2008, ms. 5-32. Badai az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 68-71. Doa Bulan Syaban: Meraih Ijabah di Bulan Berkah, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 17/2007, ms. 13-32. Doa Malam Nisfu Syaaban, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Cetakan Pertama, 1426H/ 2005M, Negeri Sembilan: Sofa Production, 21-78. Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhammed Hussein, Djakarta: PT. Dundia Pustaka Jaya, Cetakan Ketujuh, 1982, ms. 57-59. Kelebihan Malam Nisfu Syaaban, Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M, ms. 68-73.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

* dipersilakan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan mentamimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabiin dan tabiin, kepada seluruh Auliyaillah, para ulama, fuqaha dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan kutaib yang Al-Faqir jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada para masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita..AL-FATIHAH. * Sebahagian bacaan tidak sempat dibariskan. Rujuklah kepada orang yang ahli untuk memastikan baris yang betul, agar betul pula makna dan tujuannya.

Disusun oleh: Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia Muhadir bin Haji Joll 6.47 malam, 14 Syaban 1432H/ 16 Julai 2011M khuwaidim_elilm@hotmail.com

17