Anda di halaman 1dari 1

Teknik dan kaedah belajar ada pelbagai cara.

Di sini, saya kongsikan sedikit Tip Belajar Berkesan. 1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. 2. Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti. 3. Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar. 4. Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan. 5. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. 6. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihanlatihan tambahan dari buku-buku latihan. 7. Memahami apa yang dibaca. 8. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. 9. Buat jadual belajar di rumah serta berdisplin mengikut jadual belajar 10. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan. 11. Bagi sesetengah pelajar, mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran. 12. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet. 13. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran. 14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran. 15. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru. 16. Membaca doa sebelum bermulakan pelajaran dan Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Anda mungkin juga menyukai