Anda di halaman 1dari 29

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penuh : MOHAMMAD NORHISHAM BIN WAHAB No K.P Tarikh : 910525-13-6481 : 6 Mac 2014

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : No K.P : 920929-02-6069

Nama Penuh : MOHAMAD SOFIAN BIN HAJI HUSIN Tarikh : 6 Mac 2014

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : No K.P : 920530-08-5809

Nama Penuh : AKMAL HAKIM BIN ABDUL MAJID Tarikh : 6 Mac 2014

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus projek yang diberikan oleh pensyarah kami, iaitu Cik Ahnizah Binti Arshad. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih Cik Ahnizah Binti Arshad kerana dengan berkat bimbingan dan tunjuk ajarnya, kerja kursus EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran ini dapat kami siapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada semua rakanrakan yang telah sudi membantu kami dengan memberikan tunjuk ajar dan semangat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus projek ini. Seterusnya, kami sangat berterima kasih kepada keduadua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga kami kerana sentiasa memberikan dorongan dan sokongan yang padu dalam apa jua keadaan terutamanya dari segi kewangan. Terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta membantu, jasa dan pengorbanan kalian tidak sekali-kali kami lupakan dan ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah sudi membantu kami dalam menyempurnakan tugasan ini. Kami berharap kerja kursus projek yang telah kami sempurnakan ini dapat memenuhi kriteria-kriteria dan standard yang telah ditetapkan.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 1 (KUMPULAN)

Kerjaya

guru

bukanlah

satu

tugas

yang

mudah.

Seorang

guru

bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak bangsa bukan hanya berkenaan soal pendidikan semata-mata, malahan tugas guru juga merangkumi pembinaan aspek fizikal, sosial dan rohani murid. Penerapan nilai-nilai yang baik adalah amat perlu pada masa kini dalam diri murid-murid dan ianya merupakan salah satu tugas guru dalam menerapkannya. Nilai perpaduan misalnya amat penting di terapkan oleh guru dalam diri setiap murid agar generasi mendatang dapat memahami dan menghayati erti perpaduan yang sebenar. Di samping itu juga, nilai perpaduan yang diterapkan dapat membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Di sekolah yang mempunyai satu etnik sahaja seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) misalnya, aktiviti perlu direncana dengan baik oleh guru dalam memastikan nilai perpaduan dapat disemai dan ditanamkan ke dalam diri murid memandangkan murid-murid di sekolah yang mempunyai satu etnik sebegini kurang terdedah dengan suasana dan budaya etnik-etnik lain. Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh dilaksanakan dalam membantu untuk menerapkan nilai perpaduan bagi sekolah yang terdiri dari satu etnik sahaja ialah aktiviti bercerita. Banyak jenis aktiviti bercerita yang boleh di jalankan oleh guru dalam menerapkan nilai perpaduan di SJKT misalnya dan salah satu darinya adalah dengan menjalankan aktiviti bercerita tentang kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia. Guru boleh menjalankan aktiviti P&P ini di Pusat Sumber sekolah dengan membenarkan murid untuk mengumpul maklumat terlebih dahulu tentang

kepelbagaian etnik dan budaya mengikut kumpulan yang dibentuk dalam kelas dan setelah tamat masa yang diberi, murid perlu menceritakan di hadapan kelas mengikut hasil maklumat yang berjaya diperoleh oleh mereka. Dengan aktiviti sebegini, murid akan dapat didedahkan dengan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia dan mereka akan dapat belajar untuk menghormati etnik dan budaya masyarakat lain secara tidak langsung sedikit demi sedikit.

Aktiviti lain yang sesuai untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah mengadakan sesi forum antara murid. Sesi forum

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN yang dilaksanakan ini boleh dipraktikkan ke atas murid tahap dua iaitu tahun lima dan enam. Sesi forum yang akan diadakan akan melibatkan peranan guru secara menyeluruh dalam memberikan bimbingan awal sebelum sesi forum dijalankan. Antara persiapan yang dijalankan ialah guru menyediakan satu tajuk yang mudah berkaitan dengan aspek budaya sesuatu kaum. Sebagai contoh, murid yang berbangsa Melayu dikehendaki membaca banyak bahan bacaan berkaitan bangsa cina manakala murid berbangsa cina juga akan bersedia daripada aspek pemahaman berkaitan dengan agama dan kebudayaan bangsa Melayu. Hal ini penting, sebagai persiapan murid untuk mengetahui isi pokok perbincangan yang akan diadakan dalam sesi forum pada masa yang akan datang. Tambahan pula, pada masa yang sama murid akan mendapat banyak input berkenaan dengan sesuatu kaum hasil daripada pencarian dan pembacaan yang telah dibuat. Guru juga memainkan peranan untuk memberikan bimbingan secara berterusan kepada murid dengan mengesyorkan bahan bacaan yang bersesuaian untuk pembacaan murid berkenaan. Sesi forum yang akan dijalankan akan melibatkan semua murid di dalam kelas yang akan dibahagikan secara kumpulan seramai lima hingga enam orang dan guru akan bertindak sebagai moderator sewaktu sesi forum dijalankan. Sesememangnya, sesi forum yang dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan daripada aspek pengisiannya kerana membolehkan murid untuk belajar memberikan pendapat dan mengupas perkara yang telah diketahui berkenaan agama dan budaya sesuatu kaum secara matang. Secara tidak langsung, ini akan memberikan murid banyak pengajaran yang banyak yakni betapa pentingnya menjaga keharmonian antara kaum terutamanya dalam negara kita yang sememangnya terdiri daripada masyarakat majmuk sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Seterusnya, antara aktviti yang boleh dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang boleh merapatkan perpaduan antara murid yang berbilang kaum ini adalah menerusi aktiviti latihan yang guru cuba untuk terapkan dalam diri murid-murid. Aktiviti latihan yang boleh dilaksanakan ini adalah berfokus kepada subjek Bahasa Melayu tahap dua. Hal ini dapat dipraktikkan dengan peranan guru dalam menyediakan latihan yang bersesuaian terutamanya yang melibatkan latihan berdasarkan bahan rangsangan. Sebagai contoh, guru menyediakan sebuah borang lembaran kerja yang mempunyai gambar yang menggambarkan situasi tentang orang ramai yang menggambarkan kepelbagaian kaum dalam negara kita dan mengedarkan kepada setiap murid. Setiap murid dikehendaki menulis karangan pendek mengikut pemahaman mereka terhadap

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN gambar yang mereka lihat sebagai bahan rangsangan mereka. Guru pula memainkan peranan dengan memberikan peranan dengan memberikan penerangan sebelum murid-murid melaksanakan tugasan yang telah diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang mudah untuk murid jadikan panduan. Setelah murid selesai melaksanakan tugasan, guru akan memilih beberapa orang murid untuk ke hadapan kelas dan membacakan tentang isi karangan pendek di hadapan rakanrakan yang lain. Guru boleh mengadakan sesi soal jawab bersama murid yang telah selesai membacakan karangan untuk menguji pemahaman mereka berkenaan tugasan yang telah dilakukan. Sememangnya, latihan berdasarkan bahan

rangsangan ini penting untuk guru melihat sejauh mana pemahaman murid terhadap budaya sesuatu kaum yang terdapat dalam negara ini. Setelah guru mengesan beberapa kelemahan daripada aspek pemahaman murid berkenaan sesuatu kaum, maka guru akan memberikan penerangan bagi memperbetulkan kefahaman murid tersebut dan akhirnya murid tersebut akan memahami intipati yang guru sampaikan semasa sesi p & p di dalam kelas. Selain itu, untuk menyemai semangat perpaduan dalam diri murid, aktivti kuiz boleh diadakan.. Aktiviti kuiz yang dijalankan juga pastinya dapat memberi kefahaman kepada murid tentang kaum lain sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk menjawab kuiz yang diadakan. Hal ini kerana mereka akan berusaha untuk mencari maklumat, membaca dan menyelidik tentang kaum lain supaya mereka dapat menjawab dengan betul. Guru hendaklah memainkan peranan di sini dengan memberikan motivasi kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul dan murid yang tidak berjaya menjawab supaya mereka lebih bersemangat untuk lebih memahami budaya kaum lain. Rakan-rakan mereka yang lain juga akan bertambah pengetahuan mereka mengenai kaum lain berdasarkan jawapan yang didengari. Melalui aktiviti kuiz juga, kefahaman murid terhadap budaya, agama dan perbezaan antara kaum juga dapat diuji. Hal ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang aktiviti supaya murid lebih mengetahui dan memahami perbezaan antara kaum. Contohnya, jika murid tidak dapat menjawab banyak soalan berkaitan kaum cina berbanding kaum Melayu atau kaum lain, maka, guru hendaklah menekankan aktiviti pembelajaran berkaitan kaum Cina supaya murid lebih mengenali kaum Cina. Oleh hal yang demikian, maka jelaslah bahawa aktiviti kuiz dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri murid-murid di sekolah.

Antara isu yang yang boleh timbul jika nilai perpaduan tidak disemai dengan baik ialah wujudnya sikap mementingkan bangsa sendiri atau rasis. Sikap sebegini

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN mampu mewujudkan permusuhan yang kuat antara kaum dalam negara ini dan seterusnya berpotensi mengembalikan semula peristiwa hitam dalam sejarah negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang diingati sehingga kini dan ditakuti berulang semula. Permusuhan yang boleh wujud melalui sikap mementingkan bangsa sendiri ini tidak menguntungkan sesiapa malahan mampu memburukkan lagi imej negara dimata dunia. Hal ini juga mampu menjatuhkan ekonomi negara terutamanya dari eko pelancongan dek kerana negara ini dilihat sebagai tidak selamat untuk dikunjungi disebabkan wujudnya perpecahan antara kaum dalam negara. Justeru, nilai perpaduan amat penting dititik beratkan bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa kini dan tempoh masa hadapan.

Permasalahan yang akan timbul dalam negara kita sekiranya isu perpaduan tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada sikap tidak menghormati agama dan budaya kaum yang lain. Hal ini sememangnya diketahui, sekiranya terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang tidak belajar untuk memahami aspek keagamaan dan kebudayaan kaum lain akan membawa kepada keadaan yang tidak senang dan tidak tenteram kerana tindakan sesetengah individu yang mempersoalkan aspek keagamaan dan kebudayaan kaum lain. Sebagai contoh, isu terkini yang melibatkan dua individu yang berbangsa cina yang menimbulkan isu dengan membuat kenyataan melibatkan hidangan berbuka puasa dengan memakan hidangan yang haram di sisi agama Islam. Hal ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya, dua individu tersebut belajar untuk memahami dan berfikir secara waras untuk tidak membangkitkan isu yang memainkan sentimen yang berkait rapat dengan kesucian agama Islam. Hal ini lah yang akan berlaku sekiranya pihak Kerajaan tidak bersikap tegas dalam menangani isu-isu yang melibatkan mana-mana kaum dalam negara ini. Justeru, peranan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya mengiatkan lebih kerjasama dan perkongsian maklumat untuk membendung permasalahan yang berkaitan isu-isu yang ditimbulkan terutamanya dalam laman sosial pada masa kini. Masyarakat juga haruskan memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak berwajib melibatkan perbuatan menghina agama dan budaya sesuatu kaum. Sekiranya, permasalahan yang melibatkan kurangnya sikap menghormati agama dan budaya sesuatu kaum akan dikhuatiri akan mengulangi sejarah hitam negara yang melibatkan insiden perkauman pada 13 Mei 1969.

Antara masalah lain yang akan timbul sekiranya masalah perpaduan kaum tidak ditanggani dengan baik adalah isu sensitif seperti agama dan budaya kaum lain

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN tidak dihormati dan akan dipersoalkan. Contohnya, isu yang timbul adalah tentang azan yang dikumandangkan dikatakan mengganggu orang lain. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai masyarakat yang hidup berbilang kaum, perbezaan agama dan budaya antara kaum harus difahami dan dihormati. Selain itu, dua tahun lepas, terjadi isu yang melibatkan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam yang bukan sahaja menjadi isu nasional, tetapi juga menarik perhatian media antarabangsa. Begitulah sensitifnya isu kaum dan agama di Malaysia sehingga boleh menaikkan emosi dan sentimen yang melulu dikalangan rakyat. Jika tidak ditangani dengan baik ini mampu menimbulkan ketegangan antara kaum dan keadaan huruhara dalam negara. Hal ini terjadi kerana hilangnya toleransi dalam masyarakat terhadap yang kaum yang berlainan agama. Adalah diharap kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang bersalah demi untuk kesejahteraan negara. Sekurang kurangnya ia juga menunjukkan yang kerajaan berlaku adil tidak kira kaum dan agama. Selain iyu, isu sensitif yang paling hangat pada masa kini adalah tentang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible orang Kristian. Isu ini tidak sepatutnya timbul jika masing-masing menghormati agama masing-masing dan tidak mempersoalkan isu-isu sensitif kaum lain.

Kesimpulannya, perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti Program Ceramah 1 Malaysia, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh negara. Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati agama, budaya, adat-resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan

berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

LAKARAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN TUGASAN INDIVIDU NAMA NO.KAD PENGENALAN : MOHAMMAD NORHISHAM BIN WAHAB : 910525-13-6481

PENGENALAN

Bilik darjah merupakan tempat yang berfungsi untuk mengumpulkan muridmurid yang sama dari aspek umur dan menjadi tempat untuk guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor guru sebagai tenaga pengajar utama dan peletakan papan tulis merupakan kriteria yang utama diambil kira bagi mewujudkan suasana kelas yang selesa dan memudahkan murid-murid untuk belajar dalam bilik darjah. Tambahan pula, guru merupakan orang yang terpenting untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid-muridnya dan pada masa yang sama berperanan sebagai pengurus yang bijak dalam mengendalikan bilik darjahnya. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajarannya (Evertson, Emmet & Worsham, 2006; Weinstein, 2006; Larivee, 2005; Weinstein & Migano, 2007). Oleh itu, saya telah merangka sebuah pelan bilik darjah yang mesra budaya dengan tujuan agar pengurusan yang sistematik dalam kelas dapat dipraktikkan terutamanya dalam mempengaruhi perkembangan murid yang berbeza etnik dengan tujuan bagi mewujudkan keadaan bilik darjah yang seimbang dan harmoni.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

JUSTIFIKASI PELAN LANTAI BILIK DARJAH Antara aspek utama yang dititkberatkan dalam merangka pelan bilik darjah yang bersesuaian ialah daripada aspek fizikal. Hal ini kerana, susun atur tempat duduk murid-murid mengambil kira semua kumpulan etnik seperti murid yang berbangsa Melayu, Cina dan India yang dikelompokkan tempat duduknya dalam satu kumpulan seramai lima hingga enam orang. Tujuan sekelompok murid seramai lima orang diletakkan untuk berhadapan dengan meja guru adalah kerana murid-murid ini memiliki pencapaian akademik yang kurang memuaskan di samping memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih daripada guru. Oleh itu, murid-murid yang berlainan etnik dan ditempatkan dalam satu kelompok tempat duduk yang sama secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang mesra budaya terutamanya ketika sesi kerja dalam kumpulan di dalam bilik darjah. Tambahan pula, dengan adanya kumpulan kecil ini akan membolehkan murid untuk berinteraksi sesama mereka, membina dan mewujudkan hubungan persahabatan serta dapat

menjalankan perbincangan yang baik dalam kalangan mereka. Secara tidak langsung, hubungan keakraban dan kemesraan tanpa mengira kepelbagaian etnik dapat dipupuk dalam kalangan murid apabila dikelompokkan tempat duduk dalam kumpulan. Seterusnya, pelan bilik darjah yang telah saya rangka khusus juga secara fizikalnya juga mengandungi beberapa kelengkapan untuk sesi pembelajaran seperti sudut bagi setiap mata pelajaran iaitu sudut bahasa, sudut Pendidikan Seni, sudut Sains dan Matematik, sudut Pendidikan Islam dan Moral, sudut bacaan, rak buku dan Sudut Rakyat 1 Malaysia. Keadaan kelas yang sentiasa kemas dan tersusun akan membuatkan murid-murid berasa seronok di dalam bilik darjah dan dapat mengikuti setiap isi pengajaran yang guru sampaikan dengan baik. Tambahan pula, dengan adanya rak buku dan sudut bacaan akan memudahkan murid untuk memperoleh maklumat dan menjana pengetahuan menerusi bacaan bagi setiap buku yang telah disediakan oleh guru pada rak tersebut. Buku-buku yang disediakan merangkumi buku-buku yang mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan secara tidak langsung murid-murid yang membaca buku tersebut akan menyedari tentang keunikan masyarakat majmuk dalam negara kita ini. Sudut bahasa iaitu Bahasa Melayu juga turut disediakan bagi membolehkan murid-murid seperti murid berbangsa Cina dan India mempelajari aspek penggunaan bahasa Melayu yang mudah terutamanya untuk mereka aplikasikan dalam pertuturan semasa mereka di

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN dalam bilik darjah. Manakala, penyediaan bagi sudut mata pelajaran lain di dalam bilik darjah penting untuk membolehkan murid-murid sentiasa mendapat input secara berterusan tentang mata pelajaran yang telah dipelajari dengan membaca maklumat yang telah ditampal oleh guru di setiap sudut mata pelajaran berkenaan, Selain itu, aspek fizikal yang lain yang dapat dilihat dalam pelan bilik darjah yang telah saya rangka juga melibatkan aspek peletakan meja guru di dalam kelas. Hal ini kerana, adalah amat penting untuk meja guru diletakkan di hadapan kelas dengan bertentangan dengan tempat duduk murid. Menurut Jones (1995), pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru-murid. Oleh itu, meja guru diletakkan di hadapan kelas bagi memudahkan guru untuk membuat perhatian bagi setiap murid yang duduk di dalam kumpulan dan mengendalikan kelas dalam keadaan terkawal. Tambahan pula, dengan keadaan tempat murid yang disusun secara teratur dan mempunyai ruang yang mencukupi antara satu kumpulan tempat duduk yang lain akan memudahkan guru untuk berjalan di setiap arah kelas bagi memantau perkembangan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan. Secara tidak langsung, pemantauan guru secara berterusan ini boleh mewujudkan hubungan kasih sayang dan keakraban di antara guru dan murid tanpa mengambil kira faktor etnik bagi setiap murid tersebut. Hal ini akan dapat memastikan setiap daripada murid yang pelbagai etnik ini memperolehi hak pelajaran yang sama dan suasana demokratik dalam kelas dapat diwujudkan. Manakala, daripada aspek sosial pula guru perlu memainkan peranan yang berkesan ke arah mewujudkan persekitaran yang harmoni di dalam kelas. Hal ini dapat dilaksanakan menerusi pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan kepada murid-murid untuk melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Hal ini kerana, apabila tugasan diberikan secara berkumpulan secara tidak langsung akan dapat mewujudkan hubungan interaksi yang baik dalam kalangan murid untuk menjayakan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Tambahan pula, berbekalkan semangat setiakawan tanpa mengira kepelbagaian etnik maka murid-murid akan saling bantu membantu antara satu sama lain dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan aktiviti yang dilaksanakan. Secara tidak langsung, semangat kekitaan dalam kalangan murid dapat dipupuk dalam menjaga hubungan harmoni antara satu sama lain.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Di samping itu, aspek sosial yang lain yang boleh diperolehi yakni hasil daripada pelan lantai bilik darjah ini ialah menerusi pembelajaran secara langsung menerusi bahan pembacaan yang ditampal di sudut Rakyat 1 Malaysia. Guru-guru berperanan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan kaum-kaum yang ada dalam negara kita ini. Maklumat yang disediakan merangkumi aspek keagamaan dan kebudayaan bagi setiap kaum-kaum yang utama dengan tujuan setiap murid dapat memahami dan menghormati agama dan budaya antara satu sama lain dan pada masa yang sama peranan guru dalam membimbing untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang betapa penting perpaduan kaum dalam negara kita ini dan bagi mengelakkan sebarang isu berkaitan sesuatu kaum disentuh. Sebagai contoh, murid berbangsa Melayu dan Cina belajar untuk memahami agama dan budaya antara satu sama lain. Secara tidak langsung, apabila murid telah memahami tentang sesuatu kaum tersebut akan dapat mewujudkan suasana kelas yang harmoni dan mesra budaya melalui penjagaan hubungan yang baik tanpa mempermainkan isu-isu sensitif sesuatu kaum yang boleh mencetuskan suasana yang tidak baik di dalam bilik darjah. Aspek sosial lain yang boleh mempengaruhi perkembangan murid yakni hasil daripada pelan lantai yang telah dirangka ialah menerusi pengisian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Umum mengetahui bahawa, murid-murid lebih gemar untuk belajar sekiranya guru berupaya menarik perhatian mereka dan bekerjasama dengan murid menerusi aktiviti yang menyeronokkan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti dalam bilik darjah. Oleh itu, murid yang melakukan aktiviti yang menyeronokkan pula pada masa yang sama akan dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental murid untuk bergerak aktif dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid-murid boleh mengadakan aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak yang bertajuk Can Mali Can atau Bangau Oh Bangau sambil menggunakan bahasa tubuh badan berdasarkan lirik lagu dan muzik latar dengan melakukan aktiviti tersebut di bahagian belakang kelas khas untuk aktiviti permainan dan berkumpulan. Hal ini akan dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan murid kerana guru telah berupaya mewujudkan suasana yang menyeronokkan di dalam kelas. Implikasinya akan dapat dilihat menerusi kewujudan suasana yang harmoni dalam kalangan murid yang terdiri pelbagai etnik ini apabila melakukan aktiviti ini di

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN samping timbulnya perasaan saling bekerjasama dan semangat untuk berusaha dengan gigih untuk memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Seterusnya, berdasarkan pelan bilik darjah yang telah saya rangka ini juga boleh memberikan impak kepada emosi murid-murid menerusi keupayaan guru dalam mengawal dan mengendalikan keadaan kelas dengan baik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi didefinisikan sebagai perasaan jiwa yang kuat seperti sedih gembira, takut dan lain-lain. Oleh itu, guru harus berupaya menerapkan budaya penyayang dalam bilik darjah dalam kalangan muridnya. Menurut Larrivee (2005), budaya penyayang terbentuk apabila ahli-ahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan. Justeru, menerusi pelan bilik darjah ini akan dapat memberikan kemudahan guru untuk mengawal bilik darjah secara menyeluruh. Sebagai contoh, kedudukan meja guru yang berada di hadapan kelas dan bertentangan dengan tempat duduk murid akan memudahkan guru untuk memerhatikan gerak geri dan perkembangan murid ketika mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tambahan pula, ruang yang mencukupi antara kumpulan tempat duduk murid akan memudahkan guru untuk berjalan dan bergerak ke semua tempat di penjuru tempat duduk murid dengan tujuan guru untuk mewujudkan komunikasi dan hubungan yang baik antara guru dan murid. Oleh itu, dengan adanya hubungan yang baik akan memudahkan guru untuk menjadi seorang yang prihatin dan mudah mendengar luahan isi hati murid secara terus dan secara tidak langsung, perbuatan guru akan dicontohi oleh murid untuk menjadi seorang yang penuh prihatin terhadap orang-orang di persekitarannya. Manakala, aspek emosi yang boleh dibina berdasarkan pelan lantai bilik darjah ini ialah menerusi peranan yang dimainkan oleh guru di dalam bilik darjah. Umum mengetahui, bahawa tugas hakiki seorang guru dalam bilik darjah adalah mengajar dan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, guru hendaklah memastikan supaya tahap disiplin murid-murid di dalam bilik darjah dalam keadaan terkawal bagi memudahkan suasana pembelajaran dijalankan dalam keadaan kondusif. Justeru, peranan yang dimainkan oleh guru dengan menetapkan beberapa rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Sebagai contoh, guru membuat perjanjian dengan murid untuk tidak membuat bising atau menjerit di dalam kelas, bersikap jujur dan menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Sekiranya, guru telah berupaya mengenal pasti murid yang telah menunjukkan tingkah laku yang positif maka guru tersebut perlu memberikan peneguhan yang

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN positif atas tingkah laku baik yang ditunjukkan. Hal ini selaras dengan Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner yang mengaplikasikan prinsip peneguhan untuk mempengaruhi pelakuan murid-murid. Peneguhan yang diberikan kepada murid secara tidak langsung akan dijadikan contoh kepada rakan-rakan yang lain untuk bersikap positif dalam bilik darjah. Antara contoh situasi yang boleh guru berikan peneguhan positif ketika murid-murid bekerjasama dan saling bantu membantu ketika melaksanakan tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Akhir sekali, berdasarkan pelan lantai bilik darjah yang telah saya kemukakan yakni untuk merangsang perkembangan murid daripada aspek emosi adalah menerusi keupayaan guru dalam membentuk dan melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan dalam bilik darjah. Oleh itu, bagi mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan maka guru hendaklah melaksanakan

pendekatan aktiviti menerusi konsep belajar sambil bermain. Walau bagaimanapun, konsep belajar sambil bermain yang ditekankan adalah dilaksanakan dalam keadaan terkawal. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah seperti main peranan, lakonan dan pengajaran menggunakan boneka. Aktiviti ini amat sesuai dilakukan ketika sesi p & p terutamanya yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap daripada aktiviti yang dirancang boleh dilaksanakan di ruangan khas untuk aktiviti permainan dan kumpulan di belakang kelas yang telah disediakan. Sememangnya, aktiviti yang menyeronokkan ini akan dapat

mendatangkan banyak manfaat kepada murid terutamanya menjadikan murid lebih cergas dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

RUMUSAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH Kesimpulannya, pelan lantai bilik darjah yang dirangka merupakan sebuah pelan cadangan yang boleh diaplikasikan di sesebuah bilik darjah. Pelan bilik darjah yang telah dirangka seharusnya dapat memberikan impak yang positif dalam diri murid-murid yang merangkumi perkembangan daripada aspek fizikal, sosial dan emosi. Pelan bilik darjah yang bersesuaian dan mesra budaya akan memperlihatkan susunan tempat duduk murid yang melibatkan pencampuran pelbagai etnik seperti Melayu, Cina dan India duduk dalam satu kelompok. Murid-murid yang pelbagai etnik apabila dikelompokkan dalam satu tempat duduk yang sama akan dapat mengeratkan hubungan kemesraan dan membolehkan mereka saling berkomunikasi antara satu sama lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara murid yang berbilang bangsa ini akan dapat diwujudkan. Selain itu, pelan darjah ini juga memperlihatkan kedudukan meja guru yang diletakkan di hadapan kelas dan berada bertentangan dengan tempat duduk muridmurid di dalam bilik darjah. Kedudukan meja guru tersebut adalah sesuai dan memberikan kemudahan untuk guru membuat kawalan kelas secara menyeluruh dengan menggunakan intonasi suara yang kuat untuk mengawal suasana pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu, setiap sudut yang dirangka dan diwujudkan dalam pelan lantai dalam bilik darjah adalah untuk memberi kemudahan kepada murid untuk membaca setiap info dan maklumat yang berkaitan mata pelajaran yang dipelajari dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tambahan pula, dengan adanya sudut khas iaitu sudut Rakyat 1 Malaysia membolehkan murid membaca bahan bacaan berkaitan dengan kepelbagaian masyarakat majmuk dalam negara kita ini. Akhir sekali, peranan guru sebagai pengurus disiplin dalam bilik darjah adalah penting bagi memastikan suasana pembelajaran dalam bilik darjah adalah terkawal. Oleh itu, jarak ruang yang mencukupi antara ruang tempat duduk murid akan memudahkan guru untuk bergerak ke setiap penjuru tempat duduk murid dan secara tidak langsung guru akan dapat berinteraksi secara langsung dengan murid. Tambahan pula, guru akan berupaya untuk mewujudkan hubungan yang baik

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN dengan murid apabila cuba untuk mendekati murid melalui pergerakan yang tidak terbatas antara satu tempat duduk murid dengan murid yang lain.

NAMA NO K.P

: MOHAMAD SOFIAN BIN HAJI HUSIN : 920929-02-6069

PENGENALAN Bilik darjah merupakan satu tempat dimana perjumpaan antara guru dan murid berlaku dalam situasi yang dinamakan pengajaran dan pembelajaran. Dalam kata yang lebih mudah, bilik darjah adalah tempat yang memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tidak hanya disebuah bilik khusus untuk dianggap sebuah bilik darjah, di bawah pokok, di kawasan padang, di pondok dan sebagainya juga boleh dianggap sebagai bilik darjah tidak formal jika terdapat proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

Bilik darjah yang kondusif dan ceria amat penting dalam mewujudkan suasana yang mesra murid dan mampu menjadi sebuah tempat untuk guru dan murid menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan selesa. Hal ini penting kerana bilik darjah yang kondusif dan selesa dapat membantu para murid untuk memberikan lebih fokus dan belajar dalam keadaan atau suasana yang lebih gembira. Dalam pada penekanan diberi kepada aspek keceriaan dalam sesebuah bilik darjah, aspek-aspek lain juga perlu diberi perhatian

Penerapan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dalam bilik darjah juga merupakan aspek yang penting untuk dititik beratkan. Hal ini demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian dapat dipelihara dan juga perasaan cinta akan budaya Malaysia dapat disemai diperingkat awal. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert(1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Dalam bilik darjah, susunan atau kedudukan meja dan kerusi murid amat berperanan dalam membantu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya didalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Hal ini kerana susunan bilik dalam bilik darjah yang baik dapat membantu murid untuk berinteraksi dan berkongsi budaya dengan murid yang berlainan kaum dan etnik.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Justeru, dibawah merupakan sebuah pelan lantai yang dibuat agar dapat membantu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah yang mempunyai murid-murid berlainan kaum dan etnik juga sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran agar dapat berlangsung dengan baik.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Pelan Lantai Kedudukan Bilik Darjah

JUSTIFIKASI PELAN LANTAI BILIK DARJAH

Pelan yang dibina telah mengambil kira faktor latar belakang murid, iaitu dari etnik yang berbeza dengan jumlah keseluruhan murid seramai 35 orang. Pelan yang dibina juga tidak hanya mengutamakan aspek mesra budaya tetapi ianya juga mengambil kira keselesaan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bakal berlangsung.

Seperti yang dimaklumkan diatas, murid-murid terdiri daripada etnik yang berbeza. Jika dilihat pada pelan lantai bilik darjah tersebut, kebanyakan meja murid adalah berpasangan dan satu gabungan tiga meja murid oleh kerana jumlah murid dalam bilik darjah berkenaan 35 orang atau dalam angka ganjil. Dua meja kuarantin disediakan, dan satu meja guru yang terletak di bahagian belakang bilik darjah. Terdapat juga sudut ilmu atau sudut bacaan, sudut pameran, sudut kebudayaan, sudut komputer dan zon aktiviti kumpulan.

Faktor utama bagi susun atur meja murid secara berpasangan dipilih dalam pelan lantai diatas adalah dapat membantu murid berinteraksi dan bekerjasama dengan lebih baik dengan pasangan semeja masing-masing. Hal ini adalah kerana murid yang duduk secara berpasangan akan lebih cenderung untuk berinteraksi dengan rakan yang paling dekat dengan mereka iaitu rakan semeja dan ini membolehkan hubungan antara murid ini akan menjadi lebih baik. Dalam usaha mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, menjadi tugas guru untuk menentukan pasangan bagi setiap murid dan pasangan yang terbaik bagi tujuan ini seharusnya berbeza kaum dan etnik dalam setiap pasangan. Dalam erti kata yang lebih mudah, setiap pasangan yang ditentukan adalah berbeza etnik, misalnya, seorang murid berbangsa Melayu dan seorang lagi berbangsa Cina untuk pasangan pertama, seorang murid berbangsa India dan seorang lagi berbangsa Siam untuk pasangan yang kedua, seorang murid berbangsa melayu dan seorang lagi berbangsa India bagi pasangan ketiga dan seterusnya.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Susun atur meja secara berpasangan juga dapat membantu memudahkan guru untuk menguruskan bilik darjah. Hal ini kerana guru akan lebih mudah mengawal pergerakan murid memandangkan setiap murid berpasangan dan menghadap ke hadapan bilik darjah. Berbanding dengan susun atur meja murid secara berkelompok iaitu meja disusun berempat atau lebih, murid akan lebih mudah hilang fokus pada hadapan kelas memandangkan kedudukan murid adalah menyisi. Murid juga akan mengalami kesukaran untuk mengarahkan pandangan ke hadapan kelas setiap kali guru menjalankan pengajaran dan ini boleh menyebabkan fokus murid mudah hilang.

Susun atur berpasangan juga dapat membantu mengurangkan interaksi yang tidak bermakna oleh murid-murid. Sebagai contoh, jika susun atur berkelompok dipilih dalam bilik darjah, murid akan lebih kerap untuk berinteraksi dengan rakanrakan dalam kelompok meja mereka. Perkara ini dibantu oleh bilangan ahli yang ramai dalam satu kelompok yang memungkinkan banyak perkara untuk dijadikan bahan interaksi atau bahan bualan. Biarpun susun atur berkelompok ini lebih efisien dalam mewujudkan persekitaran mesra budaya, namun banyak unsur negatif boleh berlaku dalam bilik darjah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Justeru, pemilihan susun atur berpasangan juga boleh dianggap baik dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya jika dapat diurus oleh guru seperti yang telah dinyatakan pada awalnya.

Susun atur meja bertiga yang dipilih oleh kerana bilangan murid 35 orang dalam bilik darjah tersebut diletakkan di barisan tengah dan kedua paling hadapan setelah meja kuarantin bertujuan agar guru dapat memantau dengan lebih baik murid-murid yang duduk di meja-meja ini. Hal ini disebabkan mereka akan lebih cenderung untuk bermain atau membuat bising oleh kerana bilangan mereka lebih ramai berbanding pasangan lain jika tidak diberikan perhatian oleh guru. Meja kuarantin pula diwujudkan atas tujuan untuk membentuk satu dendaan bagi muridmurid yang bermasalah seperti tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru, bermain sewaktu guru mengajar dan sebagainya. Murid-murid ini akan dipindahkan dan dipisahkan dari rakan semeja mereka ke meja kuarantin bagi membolehkan guru memberi tumpuan yang lebih kepada mereka selagi mana mereka bermasalah dan mereka boleh kembali ke tempat asal setelah menyiapkan tugasan yang diberikan atau bersikap lebih baik.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Sudut Ilmu atau sudut bacaan pula diwujudkan bagi tujuan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara murid. Murid dapat berinteraksi dengan rakan-rakan secara tidak langsung dalam aktiviti yang dirancang guru dan memerlukan mereka menggunakan sudut ini. Sudut ini boleh dilengkapi dengan bahan-bahan bacaan seperti majalah, surat khabar, buku-buku cerita dan lain-lain untuk tujuan pembelajaran dalam keadaan yang lebih santai. Pengelolaan aktiviti yang dibuat dengan menggunakan sudut ini harus dikendalikan dengan bijak oleh guru memandangkan sudut ini tidak mampu memuatkan kesemua murid sekaligus. Justeru, guru boleh menjalankan aktiviti secara berkumpulan di zon aktiviti kumpulan yang tersedia di belakang kelas. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih mudah dalam kumpulan dengan wujudnya zon ini. Zon ini yang memerlukan murid untuk tidak berkasut membolehkan murid untuk duduk dan berbincang dengan selesa dalam kumpulan seterusnya dapat membantu

mewujudkan mengeratkan hubungan antara murid pelbagai etnik.

Murid juga dapat mencari maklumat dengan adanya akses internet di sudut komputer berdekatan dengan zon aktiviti kumpulan. Dengan adanya sudut komputer ini, aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan lebih baik dan bermakna disamping murid dapat meningkatkan kemahiran komputer. Meja guru yang terletak dibahagian belakang kelas pula memudahkan guru untuk memantau aktiviti kumpulan yang dilaksanakan di zon aktiviti kumpulan. Disamping itu juga, rasional meja guru diletakkan dibelakang bilik darjah ialah guru akan dapat memantau pergerakan murid dengan lebih baik dan murid akan mengalami kesukaran untuk memantau pergerakan guru oleh kerana kedudukan mereka yang membelakangi guru. Dengan ini, murid akan lebih berwaspada untuk melakukan sesuatu yang dilarang guru seterusnya masalah dalam bilik darjah seperti membuat bising, bermain ketika melaksanakan tugasan yang diberi guru dan sebagainya dapat dikurangkan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan menerusi program Pengalaman

Berasaskan Sekolah pada tahun 2012, sekolah yang dipilih untuk dijalankan program berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah, meja guru bagi kesemua bilik darjah di sekolah berkenaan diletakkan di bahagian belakang kelas. Berdasarkan temuramah yang dijalankan terhadap guru besar di sekolah berkenaan iaitu Encik Mahali bin Mahad, beliau menyatakan dengan pengubahsuaian kedudukan meja guru dari hadapan bilik darjah ke bahagian belakang dapat mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah sebanyak 20 peratus selepas sebulan pengubahsuaian kedudukan meja guru bagi kesemua bilik darjah di sekolah berkenaan.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sudut kebudayaan pula diwujudkan bertujuan murid dapat mengenal dengan lebih baik budaya rakan-rakan mereka yang berlainan etnik. Sudut ini boleh dijadikan tempat untuk murid mempamerkan barangan mengikut budaya mereka. Guru boleh memainkan peranan dengan mewujudkan minggu budaya dimana setiap murid perlu membawa sesuatu yang dirasakan oleh mereka merupakan budaya etnik mereka dan dipamerkan di sudut berkenaan bagi minggu tersebut. Guru boleh menjalankan minggu budaya ini dengan membuat jadual dimana setiap minggu, murid yang berbeza akan membawa sesuatu yang dianggap budaya etnik mereka untuk dipamerkan di sudut budaya. Setelah cukup seminggu, barangan yang dibawa oleh murid tersebut boleh dibawa pulang semula dan murid berikutnya akan membawa barangan atau benda yang dirasakan dari budaya etniknya untuk dipamerkan di sudut budaya bagi minggu berikutnya. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid untuk mengenali budaya rakan-rakan mereka yang berlainan etnik seterusnya dapat membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN RUMUSAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH

Pelan lantai yang dibina adalah mengambil kira aspek mesra budaya dan juga mengambil kira aspek fizikal, rohani dan sosial murid disamping tidak mengenepikan soal disiplin murid di dalam bilik darjah. Kajian oleh Dunn dan Dunn mencadangkan beberapa elemen yang mempengaruhi pembelajaran individu, iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologikal. Justeru, aspek-aspek ini telah diambil kira dalam pembinaan pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya dan dapat membantu pembelajaran individu dengan keperluan murid seramai 35 orang dari etnik yang berbeza.

Aspek fizikal dapat dilihat melalui susun atur secara berpasangan hampir keseluruhan meja murid. Hal ini membantu mewujudkan suasana yang lebih selesa berbanding dengan susun atur lain seperti susun atur seminar seperti bentuk ladam kuda, susun atur berkelompok atau lain-lain lagi dimana ruang antara murid agak padat antara satu sama lain dan mereka sukar untuk bergerak. Dengan susun atur secara berpasangan ini, ruang antara murid dapat dilonggarkan dan membolehkan murid untuk duduk atau bergerak dengan selesa. Biarpun dengan susun atur sebegini kurang digunakan dalam membentuk persekitaran yang mesra budaya, namun berdasarkan penyataan yang di buat oleh Howard (1975), persekitaran bilik darjah mampu mencorak murid mengikut acuan yang cuba diterapkan sebanyak 50 peratus sahaja dan 50 peratus lagi terletak di tangan guru. Jadi, persekitaran mesra budaya dapat di wujudkan walaupun dengan susun atur meja berpasangan yang digunakan jika guru dapat memainkan peranan dengan baik.

Aspek emosi yang diberi penekanan melalui susun atur di dalam pelan lantai yang dibina dapat dilihat menerusi pasangan-pasangan semeja. Dengan adanya pasangan semeja, murid tidak akan berasa keseorangan di tempat duduk masingmasing berbanding dengan susun atur jenis lain yang memungkinkan adanya murid tercicir atau diabaikan oleh rakan-rakan lain contohnya bagi susun atur kelompok, kemungkinan untuk adanya murid yang diabaikan oleh rakan-rakan lain sangat tinggi kerana satu kelompok, murid yang paling aktif akan bertindak sebagai ketua dan mewujudkan kumpulan tersendiri yang terdiri daripada beberapa orang murid aktif lain dalam kelompok mereka dan mengabaikan murid yang pasif didalam kumpulan tersebut. Menerusi susun atur berpasangan, murid yang digandingkan untuk duduk bersama tidak dapat tidak akan berlaku interaksi dengan rakan sepasangan walaupun pasangan itu terdiri dari seorang yang aktif dan seorang yang pasif.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Menurut Smith (1991), kebanyakan kanak-kanak akan lebih cenderung untuk menjalankan interaksi dengan rakan terdekat mereka. Hal ini membuktikan dengan pemilihan susun atur meja berpasangan dalam bilik darjah adalah terbaik bagi mewujudkan emosi yang sihat dalam kalangan murid. Aspek sosial murid pula dapat dilihat dengan adanya zon aktiviti kumpulan yang dibina di dalam pelan lantai bilik darjah tersebut. Hal ini kerana, zon aktiviti kumpulan dapat membantu mewujudkan interaksi antara murid dalam kumpulan terutamanya setiap kali aktiviti kumpulan dijalankan dengan menggunakan zon berkenaan. Menjadi naluri kebanyakan kanak-kanak untuk cuba bersuara dan mengetengahkan idea mereka agar dipilih dan mendapat pujian dari rakan-rakan

lain. Dari sudut sosial murid, hal ini secara tidak langsung membantu mewujudkan persaingan yang sihat antara murid disamping dapat mewujudkan hubungan yang lebih baik antara mereka.

Kesimpulannya, pelan lantai yang dibina mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya secara maksima jika guru turut sama memainkan peranan yang sewajarnya. Justeru, guru haruslah bijak memainkan peranan dalam membentuk persekitaran yang mesra budaya dalam bilik darjah dan tidak hanya membiarkan pelan lantai atau susun atur bilik darjah yang bertugas untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 2 INDIVIDU NAMA NO. K/P : AKMAL HAKIM BIN ABDUL MAJID : 920530-08-5809

Persekitaran kelas adalah sangat penting dalam membantu proses pembelajaran murid. Di Malaysia, persekitaran kelas yang mesra budaya adalah penting kerana kepelbagaian kaum di Malaysia. Menurut laporan Razak, tujuan dasar pelajaran di dalam negera ini ialah bermaksud hendak menyatukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar yang utama, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat dengan beransur-ansur. Oleh itu, susunan kedudukan murid dalam kelas penting supaya perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Hal ini bertepatan dengan dasar kerajaan yang mahukan perpaduan kaum dipupuk sejak kanak-kanak masih kecil. Pengurusan bilik darjah bukan hanya dari segi prasarana semata-mata, kedudukan murid juga perlu disusun supaya suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Menurut Mok Soon Sang, terdapat tiga kategori yang mempengaruhi suasana dan interaksi di dalam bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Faktor fizikal adalah segala kemudahan dan peralatan dalam kelas seperti kerusi, meja, papan tulis, rak buku, papan kenyataan, almari dan lain-lain. Susunan peralatan dalam kelas sebaikbaiknya memberi kemudahan kepada murid-murid untuk bergerak dan membuat aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan serta mudah untuk guru dan murid saling berinteraksi. Bilik darjah yang berkapasiti 35 orang murid mestilah mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual tugasan, kata-kata moticasi, sudut bacaan, carta organisasi dan lain-lain akan mewujudkan suasana yang kondusif dalam kelas. Hasilnya, murid akan lebih ceria dan bersemangat di dalam kelas kerana mereka berasa selesa dengan suasana tempat mereka belajar. Faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya dalam bilik darjah. Murid-murid dalam bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Antara perbezaan yang

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN sering dilihat dalam kelas di Malaysia yang masyarakatnya berbilang kaum adalah adalah taraf ekonomi keluarga, tahap pendidikan ibu bapa, tempat tinggal, agama dan budaya. Menurut Mok Soon Sang (2008) guru perlulah bijak meransang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa di dalam kelas. Guru hendaklah banyak menjalankan aktiviti

dalam kumpulan untuk menggalakkan murid bekerjasama dan berinteraksi antara satu sama lain supaya mereka memahami kepentingan bekerjasama dan bersatu dalam menjalankan sesuatu tugasan. Guru juga perlu banyak memberi penekanan tentang kemahiran berkomunikasi sesama murid supaya tidak terjadi salah faham antara mereka. Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid semasa pembelajaran berlangsung. Suasana emosi akan menimbulkan tingkah laku murid di dalam kelas. Mengikut kajian yang dijalankan, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh susun atur kelas yang baik dan selesa. Selain itu, guru perlu peka dengan tugasan yang diberikan kepada murid berdasarkan peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif mereka. Dengan kata lain, tugasan yang diberikan kepada murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan. Tugasan-tugasan yang diberikan kepada murid seharusnya dapat membantu mereka mengembangkan budaya bertanggungjawab, bekerjasama, serta menjalin hubungan baik antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Berdasarkan pelan lantai yang dibuat, adalah dapat dilihat bahawa meja murid disusun dalam kumpulan yang berbilang kaum. Murid disusun dalam kumpulan yang berbilang kaum supaya mereka berinteraksi dan saling mengenali antara satu dengan yang lain. Hal ini adalah sangat bagus kerana kanak-kanak dilahirkan tanpa sifat prejudis terhadap satu sama lain. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengenali budaya rakan-rakan mereka. Seperti yang dilihat juga, murid-murid yang sama kaum tidak diletakkan bersebelahan supaya mereka tidak berkawan dengan murid yang sama kaum dengan mereka sahaja. Menurut Linton (1945), kebudayaan adalah sesuatu yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosio budaya ahli masyarakat. Oleh itu, untuk membolehkan murid mempelajari dan memahami budaya kaum lain, mereka diletak bercampur dengan murid dari kaum yang lain supaya mereka berinteraksi dan mengenali budaya rakan mereka yang berlainan kaum. Jika tidak dibuat demikian, maka murid akan cenderung berkawan dengan rakan yang sama kaum dengan mereka sahaja dan menyebabkan mereka tidak mengenali budaya kaum lain. Jika dilihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan di Malaysia berpandukan dasar

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN pendidikan British pada abad ke-19. Dasar pendidikan British mengasingkan setiap kaum. British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang dapat dilihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu. Kesimpulannya kaedah yang dilaksanakan ini dapat menambah minat murid-murid dalam aktiviti pembelajaran di mana setiap murid dapat berkomunikasi sesama mereka dan berbincang tentang hal-hal yang melibatkan usul bangsa mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang agama, budaya dan bangsa dapat direalisasikan. Berdasarkan pelan lantai yang dibuat, dapat dilihat bahawa terdapat ruang aktiviti berkumpulan murid terdapat di hadapan kelas. Ruang aktiviti berkumpulan murid diadakan supaya mereka dapat mempersembahkan hasil tugasan yang diberikan kepada mereka. Hal ini akan membolehkan mereka bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Menurut Gibb (1969) pengajaran berkumpulan terdiri daripada beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukar-tukar pendapat serta fikiran dan bergantung diantara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka. Pengajaran berkumpulan melibatkan pengelompokan pelajar dalam satu kumpulan yang mengandungi dua orang atau lebih pelajar bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Menurut Newble dan Cannon (1995), pengajaran dalam kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut iaitu penglibatan yang aktif dari pelajar, pertembungan secara bersemuka, dan aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab. Pembelajaran dalam kumpulan dapat membina sikap dan tabiat yang baik seperti berfikiran terbuka dan kesediaan untuk mendengar serta menghormati orang lain. Peluang untuk menjana pelbagai idea, pengalaman dan pengetahuan bagi memperteguhkan tabiat dan amalan dapat memperkembangkan kemahiran

komunikasi dan hubungan interpersonal. Penglibatan dalam kumpulan akan mempertingkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran. Menurut Noriati, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah (2009) kelebihan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan antaranya memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN tugasan membawa manfaat kepada pelajar lemah yang mendapat bantuan daripada pelajar cerdas. Hal ini adalah sangat baik kerana persaingan kebiasaannya akan melahirkan rasa prejudis mereka antara satu sama lain terutamanya jika berlainan kaum. Kerjasama yang berlaku semasa membuat tugasan akan mempengaruhi emosi dan sosial murid supaya lebih bertanggungjawab, bekerjasama, tolong menolong, memahami antara satu sama lain dan hormat menghormati. Kajian juga menunjukkan perhubungan etnik bertambah baik dalam kalangan pelajar. Menurut Slavin ( 1991) pembelajaran berkumpulan akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kesimpulannya, ruang yang disediakan untuk murid mempersembahkan aktiviti berkumpulan dapat mempengaruhi sosial dan emosi serta memupuk perpaduan dalam diri mereka. Rak buku dan sudut bacaan juga disediakan di belakang kelas. Buku-buku mengenai budaya dan kaum di Malaysia akan diletakkan di ruangan tersebut supaya murid-murid lebih memahami dan mengetahui tentang perbezaan antara budaya dan kaum yang terdapat di Malaysia. Melalui sudut membaca ini, minat membaca dikalangan murid pelbagai kaum dapat dipertingkatkan dan merangsang murid untuk membaca seterusnya dapat menanam minat membaca di kalangan mereka. Murid daripada pelbagai kaum dapat bersama-sama membaca dan seterusnya bertukar idea atau cerita daripada buku yang dibaca dalam suasana yang harmonis. Murid juga dapat berkongsi pengetahuan tentang adat resam dan cara hidup kaum lain sesama mereka. Hal ini akan meningkatkan perkembangan sosial dan emosi mereka supaya berkawan dengan rakan yang berlainan kaum seterusnya berusaha untuk menjaga perasaan mereka dengan tidak bercakap perkara-perkara yang sensitif. Pada papan kenyataan, akan diletakkan jadual waktu bertugas. Jadual bertugas akan disusun supaya semua murid bekerjasama untuk menjaga kebersihan dan kekemasan sudut bacaan di dalam kelas mereka. Hal ini akan meningkatkan kerjasama sesama mereka dan mengembangkan fizikal mereka supaya mahir untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Apabila kelas bersih, emosi mereka akan sihat kerana mereka berasa selesa berada di dalam kelas. Persekitaran yang kotor akan menyebabkan murid berasa tidak selesa dan stress seterusny mereka mungkin akan bergaduh dengan rakan kelas kerana emosi mereka yang tidak stabil. Apabila kebersihan bilik darjah terjaga, sudah tentu murid akan berasa seronok dan selesa untuk belajar. Kesimpulannya, pelan bilik darjah yang disediakan dapat mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Bilik darjah yang dirancang juga dapat mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan emosi murid berdasarkan kedudukan dan ruangan

II

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN yang disediakan untuk aktitivti-aktiviti tertentu. Hal ini akan melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran, berketrampilan, bertanggungjawab dan

bekerjasama tanpa mengira warna kulit. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Oleh hal yang demikian, adalah diyakini bahawa susun atur kelas yang dirancang adalah mesra budaya dan dapat menjadi kawan yang baik kepada murid.

II

Anda mungkin juga menyukai