Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat dilaksanakan aktiviti Bina

Insan Guru(BIG) fasa kelima kami dengan jayanya. Semuanya adalah berkat kerjasama dan usaha yang dilakukan bersama-sama pelajar guru Tahun 3 Matematik 1 dan Tahun 3 Sains ambilan Januari 2012.

Sesungguhnya banyak liku dan cabaran yang kami hadapi semasa merancang dan melaksanakan aktiviti yang mulia ini. Setelah mendapat tugasan kami merancang BIG sendiri pada 10 Januari 2014 dengan kadar segeranya kami semua telah merancang BIG kami. Pada mulanya kami memilih dan melantik ahli jawatan kuasa untuk BIG dan kata sepakat telah dicapai dengan saudara Christy Riza mendapat undian majoriti sebagai ketua BIG. Tugasan BIG yang memerlukan kami untuk melakukan benchmarking ke

sekolah untuk mendapatkan ilmu tentang pentadbiran dan kecemerlangan sekolah. Banyak cadangan sekolah yang telah dicadangkan dan telah dihubungi lalu akhirnya kami mencapai kata putus untuk berkolaborasi dengan Kelas Tahun 3 Sains dan memilih untuk pergi melakukan benchmarking ke sekolah yang sama iaitu Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal. Setelah beberapa minggu dengan perancangan yang lengkap dan kertas kerja kami berharap agar rancangan kami dapat berjalan dengan lancar. Namun, kertas kerja kami belum dapat diluluskan dan menghadapi masalah pertindihan waktu aktiviti kami dengan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah yang telah dipilih. Pada waktu itu saya mempelajari bahawa sepatutnya kami menghubungi pihak tersebut dan memilih beberapa pilihan masa supaya lebih fleksibel supaya tidak menganggu kelancaran perancangan. Namun masalah ini dihadapi dengan tenang melalui pengurusan yang kemas oleh ketua BIG kami iaitu suadara Christy dan setiausaha saudara Awangku Hamizan yang telah mengadakan perbincangan semula dengan cepat supaya masalah tidak berlarutan dan setelah menghadapi jalan buntu kedua mereka dengan pantas melaksanakan pelan kedua dengan berbincang dengan kelas sains dan membuat BIG bersama di sekolah yang telah dapat mereka mendapat kata putus masa untuk membuat BIG. Perkara ini juga penting kerana ketika di sekolah nanti perlu ada pelan B bagi setiap aktiviti yang ingin dilakukan jika menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 25 Februari 2014 kami pun bertolak ke SK Bagan Jermal. Namun oleh kerana kurangnya pengalaman melawat ke tempat itu kami menghadapi masalah arah tuju sebelum sampai ke sekolah tersebut. Ini adalah satu pengajaran buat kami supaya kami memberitahu dan mengenalpasti jalan ke tempat aktiviti yang hendak dijalankan sebelum menjalankan aktiviti pada masa akan datang. Cadangan saya adalah supaya beberapa pelajar mengecam jalan atau membawa pemandu yang membawa kami ke tempat tersebut untuk mengingati jalan ke kawasan aktiviti dijalankan. Setelah kami semua sampai kami telah disambut dengan sangat baik dan disambut sendiri oleh tuan Guru Besar iaitu En. Tuan Hj. Kamaruzaman b. Salim dan penolong kanan hal ehwal murid iaitu En Marzhuki b. Ramli dan telah dibawa masuk ke bilik mesyuarat.Di bilik mesyuarat itu agenda pertama kami iaitu taklimat mengenai sekolah akan dijalankan. Sebelum memulakan taklimatnya Guru Besar membuat teguran kerana tidak melakukan hubungan secara berkala atau lebih kerap dan tidak memaklumkan aktiviti yang hendak dilakukan supaya sekolah bersedia dan mampu memberikan maklum balas terhadap aktiviti yang hendak dilaksanakan di sekolah tersebut. Ini merupakan pengajaran penting bagi kami kerana pada masa akan datang pada pendapat saya surat ke sekolah seharusnya mempunyai tentatif aktiviti yang hendak dilaksanakan supaya sekolah dapat bersedia. Segalanya berjalan lancar kecuali kami terpaksa membatalkanbeberapa aktiviti di dalam tentatif untuk menyesuaikan aktivti dengan masa persekolahan sekolah itu pada hari tersebut mengikut permintaan guru besar. Namun yang demikian semangat kami sebagai bakal guru tidak luntur untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada cerita dan taklimat-taklimat yang telah diberikan oleh para guru yang memberikan taklimat terutamanya guru besar sekolah tersebut. Banyak ilmu seperti ilmu dalam perguruan, etika seorang guru, tugas seorang guru, dasar kerajaan, tugas guru dalam mendidik dan banyak lagi yang mana sudah semestinya akan memberikan manfaat yang sangat besar bagi kami seorang bakal guru yang belum lagi menjejak kaki ke alam pekerjaan sebagai guru. Setelah aktiviti ini terasa sangat sebak dihati dan terkesan pada jiwa nurani apabila mendengar cerita daripada guru besar mengenai anaknya yang pada

mulaya tidak mempunyai minat menjadi guru namun minatnya dapat dipupuk dengan kegigihan dan kejujuran untuk mendidik anak murid menjadi orang yang berguna. Keazaman dan objektif menjadi guru penting suapay kita dapat beringat ketika susah sebab kita menjadi guru dan menjadi pembakar semangat untuk menjadi seorang guru. Kesebakkan terserlah apabila menceritakan tragedi menyebabkan beliau kehilangan anak kesayangannya itu.Ini membuatkan saya terdorong dan membuatkan saya rasa saya berkemampuan untuk mendidik anak murid. Kesimpulannya saya berharap dapat merasai lagi aktivti benchmarking ini kerana banyak manfaat yang boleh didapati dan dicapai oleh seorang pelajar guru terutama bila benar-benar bertujuan untuk mendapatkan ilmu sebagai seorang bakal warga pendidik.

Anda mungkin juga menyukai