Anda di halaman 1dari 2

MODUL POTENTIAL BOX Modul potensi diri Sinopsis Pelajar perlu duduk di dalam sebuah kumpulan yang besar

kemudian fasilitator akan memainkan muzik dan sebuah kotak yang mengandungi arahan akan diberikan kepada pelajar dan kotak bergerak seiring dengan alunan muzik. Apabila muzik berhenti, pelajar akan terakhir memegang kotak tersebut akan mengambil satu kertas daripada kotak tersebut dan mengikut arahan yang diberi di dalam kertas. Matlamat Pelajar dapat membina keyakinan diri dan dapat mengikis perasaan malu di dalam diri. Objektif a) Membolehkan ahli membina keyakinan diri di dalam diri masing-masing. b) Ahli dapat mengeluarkan bakat di dalam diri yang terpendam. c) Ahli dapat membina potensi diri yang positif dalam diri mereka. d) Ahli dapat mengatasi perasaan malu di dalam diri. Bahan a) Kotak b) Kertas c) Komputer d) Muzik Masa 45 Minit Perlaksanaan Aktiviti a) Fasilitator menerangkan langkah-langkah yang akan dijalankan kepada ahli. b) Fasilitator akan membentuk ahli kepada satu kumpulan besar. c) Kemudian, fasilitator akan memberikan satu kotak yang mengandungi kertas di dalamnya.

d) Muzik akan dimainkan dan kotak tersebut akan diberi kepada seorang demi seorang. e) Apabila muzik berhenti, orang terakhir yang memegang kotak tersebut perlu mengambil satu kertas daripada kotak tersebut. f) Fasilitator akan membacanya dan pelajar tersebut perlu mengikut arahan daripada kota tersebut. g) Apabila pelajar tersebut selesai mengikut arahan, kotak tersebut akan dijalankan seperti langkah sebelumnya. h) Pada akhir permainan, ahli-ahli akan berkongsi perasaan dan pengalaman. Falsafah dan pengajaran a) Setiap individu mempunyai bakat yang tersendiri namun tidak dapat mencungkilnya kerana perasaan malu yang menebal di dalam diri masing-masing. b) Galakan dan sokongan daripada orang lain penting dalam membantu individu membentuk diri mereka. c) Setiap individu perlu berani menonjolkan bakat yang mereka perolehi.

Anda mungkin juga menyukai