Anda di halaman 1dari 4

PELAKSANAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang

tidak menguasai kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Dalam melaksanakan program tersebut, ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat termasuklah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan. Melalui kajian dan maklumat yang telah kami perolehi sepanjang program ini, didapati bahawa proses pencalonan murid adalah proses yang amat penting dalam menentukan dan memilih murid-murid untuk ditempatkan di dalam program kelas pemulihan. Pencalonan murid pemulihan dipilih melalui guru kelas, guru mata pelajaran dan kadang kala guru besar dengan berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. Proses pemilihan calon pemulihan menjadi lebih berkesan dengan merujuk kepada pencapaian murid dalam Ujian Saringan Linus untuk murid tahap 1 (Tahun 1- Tahun 3) dan melalui Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca (IPP2M) serta Instrumen Kemahiran Asas Matematik(IKAM) untuk murid tahap 2 (Tahun 4 Tahun 6 ). Proses pelaksanaan Program Pemulihan diteruskan dengan pengumpulan maklumat murid. Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. Kad Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata-mata pelajaran asas. Guru kelas juga boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan muridmurid lain. Malalui Borang Rujukan yang mengandungi kemahiran asas membaca, kemahiran asas mengira dan tingkah laku murid di bilik darjag boleh menunjukkan secara umum kelemahan-kelemahan murid. Seterusnya, Ujian Saringan iaitu satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu telah diadakan untuk menentukan murid dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas. Bagi murid yang lulus dalam Ujian Sarigan pula, mereka yang menguasai kemahiran 3M akan mengikut kelas biasa.

Sebagai tindakan lanjutan daripada Ujian Saringan, Ujian Diagnostik telah dijalankan kepada murid yang belum menguasai kemahiran 3M. Ujian Diagnostik merupakan ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini bertujuan membantu GPK mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Selepas Ujian Diagnostik, penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan aras-aras kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerahdaerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut , guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus sentiasa menjalankan tindakan susulan selapas murid-murid tersebut mengikuti kelas pemulihan khas. Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan. Akhirnya, bagi murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

Carta Aliran Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

Kelas Biasa

Pencalonan dan Pengumpulan Maklumat

Ujian Saringan Sudah Menguasai 3M Ujian Diognastik Dan Ujian Pengamatan

Analisa Ujian Diognastik dan Pengamatan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Belum Menguasai Kemahiran 3M meneruskan Pengajaran Pemulihan

Sudah Menguasai kemahiran 3M

Pengajaran dan Pembelajaran

Ujian Saringan

PERBINCANGAN

Anda mungkin juga menyukai