Anda di halaman 1dari 3

BERTINDAK ATAS DASAR KEMAHUAN DAN KEPERLUAN Keperluan dan kemahuan adalah perkara yang berbeza.

Keperluan ialah sesuatu benda atau

keadaan yang sangat diperlukan untuk hidup. Tanpanya, sukar untuk meneruskan hidup. Contohnya, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, dan sebagainya. Manakala, kemahuan ialah Manakala kehendak pula adalah sesuatu benda bila mana kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya. Contohnya, walaupun kita tak ada telefon pintar, kita masih boleh hidup dengan biasa. Dalam kehidupan ni pelbagai macam perhitungan serta pilihan yang perlu dilakukan. Tanggungjawab saya sebagai pelajar universiti juga membuatkan saya untuk melakukan perhitungan dalam menjelaskan yuran pengajian, penginapan dan lain-lain. Sebagai pemegang biasiswa JPA, sudah pasti ini dapat mengurangkan beban saya dalam menjelaskan hutang pengajian dan lain-lain. Namun, sebagai manusia biasa, saya juga punya kemahuan untuk berbelanja untuk memuaskan diri seperti bersiar-siar, makan di luar kampus dan pelbagai aktiviti bersama-sama rakan dan yang menjadi penghalang utama adalah duit. Apabila sudah jadi begitu, kita perlulah bertindak mengikut keperluan dan bukanlah kemahuan. Jika berkeinginan juga, perlulah berpada-pada dan utamakan yang lebih penting. Kalau terlalu tamak inginkan semua benda, kita bakal rugi dan mengalami kesusahan kelak.

MENYAYANGI DIRI SENDIRI VS MENYAYANGI ORANG LAIN

Menjadi lumrah manusia, hidup kena saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Memang kena sayang diri sendiri dan orang lain. Namun begitu, untuk menyayangi orang lain, perlulah kita menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. Bukan bermaksud menyayangi diri sendiri itu umpama mementingkan diri. Tetapi, jika kita tidak menyayangi diri sendiri, bagaimana kita ingin memberikan kasih sayang kepada orang lain jika diri pun diabaikan. Bahkan, kita bakal menyusahkan orang lain terutama ibu bapa. Pelbagai perkara dapat dilakukan untuk menyayangi diri kita antaranya jangan libatkan diri dengan perkara yang memudaratkan, samada dari segi fizikal mahupun mental. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap anugerah pancaindera yang diberikan kepada anda dan menggunakan segala nikmat yang diperoleh diri untuk membuat kebaikan. Kita juga perlu sentiasa menjaga penampilan diri samada lahiriah mahupun psikologi dan jangan mengabaikan kesihatan. Kita juga perlu sentiasa menyediakan diri untuk menjadi lebih baik daripada orang lain, menyanyangi setiap inci tubuh badan, jangan sesekali menyesal tentang diri anda, tetapi bermuhasabah dan melakukan perubahan untuk jadi lebih baik dan kerap memberikan senyuman pada diri sendiri. Setelah kita selesai melaksanakan hak kepada diri kita, barulah kita dapat menyayangi orang lain.

KENAPA KALENDER HAID ADALAH RAHSIA SENDIRI Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Wanita perlu tahu kalender haid: 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

2.

Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar. Cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan. Oleh kerana sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain. Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Seperti yang dinyatakan, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai