Anda di halaman 1dari 21

THE FUNDAMENTAL OF BUSINESS

2.1 Types of business in Malaysia


Terdapat tiga struktur asas bagi sesebuah organisasi perniagaan ; i) Pemilikan Tunggal ii) Perkongsian iii) Syarikat

Struktur yang akan dipilih untuk menjalankan perniagaan bergantung kepada beberapa faktor ; i) Jenis dan saiz perniagaan tersebut ii) Modal yang diperlukan iii) Perancangan jangka panjang bagi perniagaan itu iv) Jenis dan kadar cukai kerjaan yang dikenakan serta peraturan dan undang-undang

Contohnya; jika sesebuah perniagaan itu adalh jenis kecilan yang tidak memerlukan modal yang besar, pemilikan tunggal adalah struktur perniagaan yang akan dipilih.

Koperasi
Tujuan koperasi memberi manfaat kepada ahlinya. Contohnya; ahli koperasi dapat membeli barangan dengan jumlah yang banyak serta harga yang murah. Dengan itu ahli koperasi dapat menjimatkan wang. Ahi koperasi bergabung bersama, produk dan barangan dapat dipasarkan dengan lebih meluas dan efisyen berbanding ahlinya memasarkan produk secara bersendirian.

SEBAB-SEBAB PERNIAGAAN PERLU DIDAFTARKAN


1) DIPERAKUI SAH KEWUJUDANNYA MENURUT UNDANG UNDANG Pemilik perniagaan akan menerima Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan dari Pendaftar
Perniagaan SSM. Ianya sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undangundang. Tanpa pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas peniaga / pemilik perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. S.5F(1) Sijil pendaftaran yang mempunyai nombor pendaftaran, dan membawa nama pemohon atau nama perniagaan, yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Pendaftar hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa kesemua keperluan-keperluan duluan ini berkenaan dengan pendaftaran dan perkara-perkara duluan dan sampingan kepada pendaftaran itu telah pun dipatuhi, dan perniagaan yang dirujuk dalam

sijil itu telah didaftarkan di bawah Akta ini.

2) DAFTAR PERNIAGAAN SEBAGAI BUKTI KETERANGAN


Segala MAKLUMAT berkaitan dengan perniagaan seperti nama perniagaan, sifat
perniagaan, tarikh permulaan perniagaan, alamat dan tempat perniagaan, berkenaan pemilik (milikan tunggal/ perkongsian) iaitu nama penuh, jawatan dan tarikh kemasukan dalam perniagaan akan direkodkan dalam daftar. Maklumat ini adalah benar juga boleh dijadikan sebagai bukti bertulis.

3)HAK SEBAGAI PEMILIK


Sekiranya pemilik/salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, dan pada masa kematiannya telah direkodkan dalam daftar sebagai salah seorang ahli kongsi; maka pewaris, pentadbir/ mana-mana individu yang berhak terhadap harta pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu yang meninggal dunia. Sekiranya perniagaan tidak didaftarkan, maka butir-butir yang berkaitan tidak direkod, oleh itu perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melalui guaman atau prosiding undang-undang lain.

4) MEMBANTU AGENSI/JABATAN KERAJAAN LAIN MELAKSANAKAN


Maklumat yang disimpan oleh SSM dapat membantu agensi penguatkuasaan lain menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan yang didaftarkan. Contoh, LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak Berkuasa Tempatan dll. di bawah bidang kuasa masing masing.

5) AKSES MAKLUMAT OLEH PIHAK AWAM


Membolehkan orang awam/mana-mana pihak yang berkepentingan ke atas sesuatu perniagaan menyemak dan mendapatkan maklumat perniagaan tersebut. Maklumat yang diperolehi boleh membantu mereka membuat keputusan perniagaan yang betul, membuka peluang perniagaan baru dan memperluaskan pasaran perniagaan. Orang awam boleh mendapatkan salinan maklumat di mana-mana pejabat SSM dengan membayar harga yang telah ditetapkan.

6) MELINDUNGI HAK PENGGUNA

Hak pengguna terhadap barang-barang dan perkhidmatan akan lebih terjamin dan dapat dilindungi. Sekiranya terdapat sebarang kes penipuan atau penganiayaan, pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa dan juga SSM.

7) MEMBANTU PERANCANGAN DASAR NEGARA Membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan Perancangan Dasar Negara.
Rekod-rekod yang disimpan dan dikemaskini di SSM boleh dijana untuk mendapatkan maklumat / statistik perniagaan. Ianya boleh dianalisa bagi menyediakan pelbagai laporan yang dapat membantu agensi/badan kerajaan membuat perancangan bagi membangun sektor ekonomi negara.

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN


Proses Carian Nama (Borang PNA 42)
Hanya pemilik atau rakan niaga dibenarkan membuat carian nama. Agen tidak dibenarkan. Tiada bayaran dikenakan ke atas permohonan ini.

PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN (BARU) Lengkapkan Borang A bagi perniagaan baru Bayaran Pendaftaran : - RM30 > Perniagaan Tunggal yang menggunakan nama mengikut Kad Pengenalan - RM60 > Perniagaan yang menggunakan trade mark cth Suria Enterprise Hanya pemilik atau rakan niaga dibenarkan berurusan di kaunter pendaftaran

PERUBAHAN DALAM BUTIR_BUTIR PERNIAGAAN

PERUBAHAN DALAM BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN


Bayaran pendaftaran RM20.00 bagi setiap pendaftaran perubahan. Hanya lengkapkan Borang B bagi setiap perubahan. Hanya pemilik dan rakan niaga sahaja dibenarkan berurusan di kaunter pendaftaran.

Agen tidak dibenarkan samasekali.

S.5B(1) -Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam butir-butir yang telah didaftarkan, orang yang bertanggungjawab hendaklah dalam masa 30 hari mengemukakan kepada Pendaftar, butir- butir perubahan dalam borang yang ditetapkan. Borang B1 -Penukaran Alamat Perniagaan Borang B2 -Penukaran Jenis Perniagaan Borang B3 -Penukaran Cawangan Borang B4 -Penukaran Maklumat Pemilik / Rakan Kongsi

PENAMATAN PERNIAGAAN

Sesuatu PENDAFTARAN PERNIAGAANboleh diTAMATKAN dengan memberi NOTIS kepada Pendaftar melalui Borang C. Tiada bayaran dikenakan.

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN DIBAWAH AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1965


a)

Menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkannya; Menjalankan perniagaan selepas tamat tempoh sijil pendaftaran; Gagal mematuhi mana-mana saman atau kehendak Pendaftar di bawah sek.10; Memberi keterangan palsu

b)
c) d)

e) Menghalang pegawai Suruhanjaya menjalankan tugas

SYARIKAT Company

APA ITU SYARIKAT BERDAFTAR ? Ciri utama mendaftarkan dokumen tertentu dengan Pendaftar Syarikat; Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965; Mempunyai entiti undang-undang (legal entity) yang berasingan / terpisah dariahli-ahlinya

KEPERLUAN ASAS BAGI MEMPERBADANKAN


SYARIKAT TEMPATAN S.14 Akta Syarikat 1965 -2 orang pengasas;

S.122 Akta Syarikat 1965 2 orang pengarah setiap masa yang bermastautin di Malaysia; S.139 AS 1965 -sekurang-kurangnya seorang setiausaha.

SYARIKAT PERSENDIRIAN
Menggunakan perkataan SENDIRIAN BERHAD atau ringkasannya Sdn. Bhd dihujung namanya. Syarat-Syarat Menurut S.15(1) Akta Syarikat: a) Tidak melebihi 50 orang ahli (tidak termasuk pekerja dan bekas pekerja syarikat). a) Pindah milik syer adalah dihadkan. b) Pelawaan kepada orang ramai untuk memohon beli syer adalah dilarang c) Pelawaan kepada orang ramai untuk mendepositkan wang dengan syarikat adalah dilarang.

SYARIKAT AWAM
Menggunakan perkataan BERHAD atau ringkasan Bhd sahaja dihujung namanya. Larangan-larangan S.15(1) Akta Syarikat 1965 tidak terpakai. Pengarah-pengarah tidak boleh berumur 70 tahun ke atas, kecuali dengan resolusi khas ahli-ahli syarikat. Boleh disenaraikan di bursa saham. Perlu mendapat sijil memulakan perniagaan (sijil Borang 23), jika ditubuhkan sebagai syarikat awam. Perlu mengadakan mesyuarat berkanun dan menyerah simpan laporan berkanun

http://rancanganperniaga an2u.blogspot.com/2012/1 0/cara-dan-syaratmendaftarkanperniagaan.html

Beri Nilai