Anda di halaman 1dari 2

Jadual Penentuan Ujian (JPU) dikenali dengan nama "Test Blue Print" ataupun "Test Specifications".

JPU ini adalah satu jadual yang dibina untuk memastikan perancangan dalam penilaian atau pengujian untuk mengesan kemahiran-kemahiran tertentu dan mempunyai organisasi yang sistematik,

penetapan. Dalam JPU paksi menegak merupakan paksi kandungan dan paksi melintang merupakan paksi aras kemahiran. Paksi tegak diisi dengan topik-topik dalam sukatan pelajaran. Paksi meintang pula diisi dengan aras-aras objektif mengikut Taksonomi Bloom, atau yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiaptiap objektif dan tajuk. Antara kandungan JPU adalah seperti berikut: Kandungan ujian - topik-topik Aras kemahiran Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran Masa pengajaran Peratus Jumlah soalan Bentuk ujian Objektif Esei Amali Kerja khusus Bilangan item - objektif, esei, amali dan kerja khusus. Kepayahan (kesukaran) - dalam lingkungan 20% - 80%

Aras Taksonomi Bloom yang digunakan semasa menyediakan soalan adalah seperti berikut. 1.Pengetahuan - Melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.

2.Pemahaman - Melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

3.Aplikasi - Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru.

4.Analisis - Pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. - Pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.

5.Sintesis - Menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

6. Penilaian - Melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.

Kepentingan menyediakan Jadual Penentu Ujian adalah seperti berikut. 1. Menentukan kesahan ujian yang tinggi mencerminkan hasil pembelajaran yang hendakdiuji, isi kandung yang diuji menepati topik yang terkandung dalam sukatan yang diajar. 2. Kesahan ujian yang tinggi akan menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi. 3. Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal item ujian. 4. Mencerminkan isi dan hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus