Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 1 : PENDIDIKAN MATEMATIK 1.

4 NILAI NILAI MATEMATIK MTE3102


NAMA PENSYARAH : MOHD AZIZI BIN MAT SOM
DISEDIAKAN OLEH : HASIMAH BINTI HASHIM NORLIDA BINTI MOHD NOOR ZAWATIL AMALI BINTI SARBINI BM 1 / SEMESTER 5 / 2014

NILAI

1. 2. 3.

Membuat keputusan tentang benar dan salah, harus dan tidak boleh, baik dan buruk. Memberitahu sesuatu adalah penting atau tidak. 3 kategori: Nilai pendidikan umum. Nilai nilai pendidikan matematik Nilai matematik

NILAI PENDIDIKAN UMUM

1. 2.

3.

4.

Nilai pendidikan umum ialah kualiti nilai terterap dalam pengajaran oleh guru, sekolah, masyarakat atau budaya kepada pelajar, tetapi bukan bersifat matematik (Bishop et al. 1999: Seah dan Bishop, 2000). Diterapkan oleh guru-guru disekolah bertujuan membentuk peribadi seseorang. 4 jenis nilai umum: Nilai utama/asas iman dan takwa Nilai-nilai sampingan kepercayaan, kebenaran, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Nilai-nilai asas setia, bertanggungjawab, kerjasama dan berpengetahuan. Nilai-nilai tambahan kewarganegaraan, kreatif, berdedikasi, berkeyakinan diri.

Nilai pendidikan umum biasanya berkait dengan nilai moral, sivik, kebangsaan dan keagamaan yang perlu untuk mengekal dan menggalakkan pembinaan kerangka sosial. Contohnya, apabila guru menegur pelajar yang menipu dalam peperiksaan, adalah merupakan nilai tentang kejujuran. Di Malaysia, secara khususnya, nilai pendidikan umum dikenali sebagai nilai murni.

NILAI NILAI PENDIDIKAN MATEMATIK

Kualiti nilai terterap melalui amalan dan norma dalam p&p matematik sebagaimana dianjurkan oleh guru-guru, bukubuku matematik atau pihak sekolah (Bishop 1999)
Contoh guru menyuruh pelajar menyemak kembali penyelesaian masalah yang dilaksanakan sendiri oleh pelajar adalah merupakan cara penerapan nilai penilaian dalam pengajaran bilik darjah.

Nilai pengajaran guru matematik merupakan keutamaan peribadi yang berkaitan dengan piawai (standard) seseorang guru matematik untuk mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara untuk mereka sendiri berfikir dan bertindak (Chin dan Lin, 2001)

Amalan guru dalam pengajaran bilik darjah, sama ada melalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaran bilik darjah.

Disamping itu, nilai pendidikan matematik di kategori berasaskan pertimbangan pedagogi dan sosio-budaya pengajaran bilik darjah. Sebagai contoh, menyuruh pelajar menghafal rumus matematik adalah nilai instrumental yang berasaskan pertimbangan pedagogi, manakala membincangkan konsep matematik dalam konteks tempatan adalah nilai relevan yang berasaskan pertimbangan budaya.

Belajar matematik menumpukan pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut: a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran untuk apresiasi, aplikasi atau teori matematik. b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar. c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah. d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman. e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik

NILAI MATEMATIK

Nilai matematik ialah kualiti berkait dengan sifat-sifat pengetahuan matematik itu sendiri, iaitu tentang cara bagaimana disiplin matematik di bina oleh ahli matematik dalam berbagai budaya.

Nilai matematik berkait dengan aspek epistemologikal matematik sebagai suatu disiplin.
Contohnya, menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah dengan tidak menghadkan cara adalah merupakan penerapan nilai keterbukaan.

Bishop (1988) telah mengenal pasti tiga pasangan nilai matematik yang saling melengkapi iaitu; rasionalisme dan objektisme,kawalan dan kemajuan, serta keterbukaan dan misteri.

Contohnya, apabila guru meminta pelajar menjelaskan atau membandingkan antara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematik rasionalisme dan keterbukaan.

PENJELASAN NILAI-NILAI DALAM MATEMATIK


1.

RASIONALISME Menilai rasionalisme bererti menekankan penaakulan, analisis logik dan penjelasan.

hujah,

Ia melibatkan teori, situasi hipotetis dan abstrak, dan dengan demikian membawa kepada pemikiran universal. Nilai ini ditunjukkan oleh: guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam hujah dan penaakulan logik pengajaran tentang bukti dan membuktikan menggalakkan perbincangan dan perdebatan pelajar mencari penjelasan untuk data percubaan kontra hipotesis alternatif

2. EMPIRISISME / OBJEKTIF

Menilai empirisisme bererti mencari objektif, konkrit, melaksanakan idea-idea dalam matematik dan sains.

dan

Ia merangsang kepada pemikiran beranalogi, mencari simbol, dan penggunaan data. Hal ini juga menggalakkan materialisme dan kesungguhan. Nilai ini ditunjukkan oleh: guru mengembangkan kemahiran praktikal pelajar mengajar tentang aplikasi dan menggunakan idea pelajar dan guru membuat simbol, model, rajah dan lain-lain. pelajar mengumpul data eksperimen menguji idea terhadap data

3. KAWALAN Menilai kawalan bererti menekankan kekuatan pengetahuan matematik dan sains melalui penguasaan peraturan, fakta, prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan.

Hal ini juga menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan, dan kemampuan untuk meramal. Nilai yang ditunjukkan adalah : guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam latihtubi dan rutin mengajar tentang ketepatan matematik dan sains pelajar mempraktikkan kemahiran dan prosedur guru menunjukkan bagaimana idea-idea matematik dan sains dapat menjelaskan dan meramalkan kejadian

4. KEMAJUAN Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea-idea matematik dan sains berkembang, melalui teori alternatif, pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan idea-idea yang ada.

Hal ini juga menggalakkan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti. Nilai ini ditunjukkan oleh: guru mengembangkan imaginasi kreatif pelajar mengajar tentang perkembangan pengetahuan sains dan matematik mendorong penjelasan alternatif

5. KETERBUKAAN Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan, melalui demonstrasi, bukti dan penjelasan individu.

Pengesahan hipotesis, artikulasi yang jelas dan pemikiran kritis juga signifikan. Nilai yang ditunjukkan adalah : guru mengembangkan kemampuan pelajar mengartikulasikan ideaidea mereka mengajar kriteria pembuktian dan pengesahan menggalakkan perbincangan dan perdebatan menggalakkan kebebasan berekspresi kontra pendapat antara pelajar dan guru percubaan / eksperimen yang boleh diulangi

6. MISTERI Menilai misteri bererti menekankan keajaiban, daya tarikan, dan mistik dari idea-idea sains dan matematik.

Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan sifat pengetahuan. Nilai ini ditunjukkan oleh: guru mengembangkan imaginasi pelajar mengajar tentang sifat pengetahuan objektif merangsang sikap ingin tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan mendorong pelajar untuk membaca bahan-bahan sains fiksyen / matematik pelajar merasa terkejut terhadap hasil penemuan tak terduga meneroka teka-teki matematik

Anda mungkin juga menyukai