Anda di halaman 1dari 29

Malique berharap agar O a) Mengapakah ibunya Hara tidak Malique putus asa beria-ia menyuruh dia tertanyamencarinya mengikuti

O Hara ke tanya: dan Roslan dalam hutan? Dia tidak Siapakah akan yang dapat b) Apakah hubungan bergerak menghulur- antara ibunya dengan O meminta bantuan kan Hara? Malique kerana kaki Amira makanan mendapa kanannya c) Mengapakah warna untuk melalui patah dan -ti dirinya kulit dan rambutnya mengesan lubang kecil dikurung berbalut. berbeza dengan ibu jejaknya. di bawah di dalam bapanya? pintu? sebuah d) Siapakah makhluk yang bilik sering muncul dalam sempit. mimpinya?

Pelbagai pertanyaan bermain di fikiran Malique:

Tema

Persoalan
1. Perasaan kasih sayang itu bersifat global

2. Persoalan kehidupan orang asli

3. Persoalan seseorang yang tidak melupakan asalusulnya meskipun terpisah oleh masa dan keadaan .

4. Persoalan perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat


Tau yang berasal daripada suku kaum Orang Asli Semai dan tinggal di hutan Bukit Mat Raya berkahwin dgn Ipah @ nama sebenarnya , Samantha yang berbangsa Inggeris dan berasal dari Australia. Namun demikian, perkahwinan mereka tidak bahagia akibat Ipah yang dianggap sebagai roh jahat bagi suku kaum orang asli tersebut dan mereka membencinya. Selepas itu, Ipah melarikan diri bersamasama seorang lelaki Inggeris , Johnny dan membawa Sabi, anak sulungnya.

Watak
Anak sulung Ipah @ Jennifer, hasil perkahwinannya dengan Tau. Berkulit gelap dan berambut kasar. Abang kepada Itai. Mahir dalam bidang komputer.

Perwatakan
Membantu John O Hara menyediakan laporan tentang kandungan emas yang terdapat di kawasan hutan itu. Hilang ketika mencari pekerja baharu di dalam hutan dan disembunyikan oleh makhluk berbulu.

> walaupun dia tidak mengenali John O Hara, tetapi tetap mengikuti John atas arahan ibunya. > Malique tidak mendesak ibunya memberitahu tentang asal-usulnya untuk menjaga hati ibunya.

2. Tau (Makhluk berbulu)

Penyayang Tau amat merindui anaknya, Sabi sehingga sanggup menyembunyikan Sabi di dalam gua kerana tidak mahu berpisah dengan anaknya. Bijak menyamarsering memakai bulu beruang sambil memerhatikan keadaan di hutan.

3. John O Hara

Gigih berusaha sehingga berjaya mencari pelabur untuk membuka lombong emas di kawasan hutan itu. Seorang yang amanah dan kuat bekerja, tetapi kadangkadang panas baran.

Perwatakan Sayang akan ibunya dia enggan bekerja di tempat lain kerana ingin menjaga ibunya yang telah tua walaupun Malique mengajak dia bekerja di Melaka.

Anak kepada Profesor Zaidah, iaitu pensyarah arkeologi di sebuah universiti. Bapanya, Amir ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional. Rakan sebilik Jacinta di sekolah swasta. Gemar bertopi, berseluar khaki lusuh, dan berkemeja-T yang ditutupi sehelai kemeja lengan panjang yang digulung ke atas. Berminat dalam bidang arkeologi. Berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di ibu kota dalam bidang aeroangkasa.

Perwatakan Berani menghadapi pelbagai cabaran dan tidak mudah patah semangat apabila menghadapi dugaan. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja. Menghargai persahabatan dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh sahabatnya seperti Jacinta, Itai, dan Malique.

Latar

2. Latar masa
Pada tahun 2002 ke atas Latar masa tidak dapat ditentukan waktunya yang khas kerana pengarang tidak menggambarkan secara jelas. Mungkin pada waktu siang Cahaya yang masuk ke dalam bilik itu amat sedikit.

Masyarakat yang celik teknologi maklumat komunikasi


Malique bertugas memasukkan laporan cari gali emas ke dalam komputer supaya maklumat itu sampai ke pelabur melalui laman web.

3. Latar masyarakat

Masyarakat yang tidak berputus asa dan sentiasa kuatkan semangat dalam menghadapi cabaran hidup.
Malique tidak berputus asa dalam menghadapi musibah dirinya sendiri dan menyedari bahawa dia perlu menguatkan semangat serta jasmani tubuhnya dengan memanfaatkan daging panggang tersebut sebagai pembekal tenaga baginya.

Masyarakat yang suka berfikir


Malique berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan pelbagai persoalan dan masalahnya.

Teknik Plot
1. Imbas kembali

Bab ini penuh dengan persoalan atau misteri yang belum terungkai

Malique tersedar dan satu persatu ingatannya kembali pulih. Ingatannya tertumpu kepada Roslan, ibunya yang mendesak agar mengikut John O Hara dan seorang gadis bernama Amira yang diharapkannya agar meminta bantuan supaya dirinya diselamatkan. Malique sering bermimpi bahawa terdapat seorang lelaki yang tiba-tiba menikam haiwan berbulu tebal yang cuba mencakar tubuhnya. (m/s 214)

2. Saspens...
Dia tidak pasti ke mana dan siapa manusia yang sering membawa makanan untuknya. Malique tidak sempat bertanya di mana dia sekarang. Tetapi siapakah manusia itu? Adakah manusia itu mempunyai kaitan dengan hidupnya? Kenapa manusia itu membantunya tetapi tidak berusaha mencari dari mana dia datang. (m/s 210)

a) Bau bilik itu begitu tengik seperti bau najis haiwan.(m/s 211) b) Manusia itu bagai cuba menyembunyikan wajahnya. (m/s 214)

Nilai Murni

1. Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.


Tau membantu merawat kaki Malique yang cedera demi kasih akan anaknya.

2. Kita tidak harus berputus asa dan kuatkan semangat ketika berhadapan dengan cabaran dan musibah.

3. Kita hendaklah taat terhadap ibu bapa


Seperti Malique yang menuruti arahan ibunya, Jennifer supaya mengikuti John O Hara masuk ke dalam hutan.

4. Kita hendaklah berhadapan dengan masalah dan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

, ,

KEMBARA AMIRA BAB 17.docx

Ada Soalan?

?_ Soalan_?
1. Berikan 4 pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran Malique. 2. Huraikan satu bentuk teknik plot yang terdapat bab ini dan berikan contoh. 3. Berikan satu peristiwa yang menepati maksud tema dalam bab ke-17. 4. Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam bab ini. 5. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam bab ini.

Anda mungkin juga menyukai