Anda di halaman 1dari 8

Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan.

Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan. Mekar sejambak bunga gubahan, Jatuh sekuntum di atas peti, Membaca itu suruhan Tuhan, Al-alaq diturun menjadi bukti. Cerana kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari. Harum sungguh bunga kemboja, Bunga karangan cantik tersemat, Janganlah membaca kulit sahaja, Telitilah kandungan sehingga tamat. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh ke dalam raga, Buku laksana lautan ilmu, Dasarnya penuh mutiara berharga. Daun nipah kajangnya rapat, Hidangan tetamu di Kuala Maran, Buku menyimpan berjuta maklumat, Fakta, ilmu, cereka hiburan. Anak muda pulang ke desa, Ibu dan ayah lama menanti, Warga membaca tak buang masa, Khutub khanah teman sejati. Pohon pedada di dalam taman, Jadi idaman si anak rusa, Marilah anakanda marilah teman, Kita membaca sepanjang masa. Meniti senja biasan mentari, Merkah setitis menjelang kabut, Bacalah baca setiap hari, Tak akan habis ilmu dituntut.

Cantik sungguh si bunga kejora, Buat hiasan di hari raya, Marilah sahut seruan negara, Bangsa membaca bangsa berjaya. BAHASA JIWA BANGSA

Ikat jerami muat ke kandar, Selepas makan mandi di telaga; Ucap difahami wasangka terhindar, Bahasa kebangsaan penyatu warga. Batang halban dibawa ke huma, Hendak dirikan sebuah taman; Bahasa kebangsaan milik bersama, Kita ungkapkan sepanjang zaman. Terbang tempua ke semak berduri, Singgah sekali di pohon rumbia; Bahasa kita lambang jati diri, Tidak rugi berbahasa Malaysia. Berbanjar cemara di tanah rata, Tempat teduhan sekumpulan murai; Segar dan mesra bahasa kita, Anugerah warisan usah terburai. BAHASA JIWA BANGSA (2) Riuh nelayan memunggah pelata, Beli seraga dibawa pulang; Bahasa kebangsaan jiwa kita, Jati diri warga gampak cemerlang. Busut di hutan sarang kelekatu, Angsana tumbang terkejut tempua; Berbahasa kebangsaan saban waktu, Makin berkembang ke serata benua.

Dari Benta ke Kota Gelanggi, Singgah di Jengka membeli toman; Bahasa kita martabatnya tinggi, Lingua franca zaman-berzaman. Sepohon celagi lanjut usia, Tempat istirahat ayam jantan; Tidak rugi berbahasa Malaysia, Warga erat sejahtera watan. lampiran pantun 2,4,6,8 keratPantun Melayu Tradisional PANTUN BUDI Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa; Tegak bangsa kerana budi, Runtuh budi hilanglah bangsa. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Limau manis dimakan manis, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Manis sekali hati budinya. Di sana padi di sini padi, Baru bernama sawah dan bendang; Di sana budi di sini budi, Baru sempurna bernama orang. Awal pertama orang berbangsa, Kedua banyak ribu dan laksa; Ketiga majlis bermanis muka, Keempat banyak berbudi bahasa. PANTUN NASIHAT

Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. Orang berkain corak berbelang, Mengayuh rakit mencari duku, Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku. Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. Bawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan. Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian. Bukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan.

Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu; Minta selisih malaikat empat puluh, Janganlah saya diberi malu. Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan. Angin teluk menyisir pantai, Hanyut rumpai di bawah titi; Biarlah buruk kain dipakai, Asal pandai mengambil hati. Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu; Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu. Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Pakai baju warna biru, Pergi ke sekolah pukul satu; Murid sentiasa hormatkan guru , Kerana guru pembekal ilmu. Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci; Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci. Jikalau tuan mengangkat peti , Tolong masukkan segala barang; Jikalau anak-anak bersatu hati . Kerja yang susah menjadi senang . Asam kandis mari dihiris , Manis sekali rasa isinya ; Dilihat manis dipandang manis , Lebih manis hati budinya .

Selasih tumbuh di tepi telaga , Selasih dimakan si anak kuda; Kasih ibu membaa ke syurga, Kasih saudara masa berada. Masuk hutan pakai sepatu, Takut kena gigitan pacat; Kalau kita selalu bersatu, Apa kerja mudah dibuat. Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambak Pekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke taman Sopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalur Biar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempah Kalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya jangan Kalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa

Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyur Pohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Tuan Mahmud bermain tombak, Dang Kasuma menangkap tupai; Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai. Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. Ambil bertih dari hulu, Isi mari di dalam balang; Bersihkan laman kita dahulu, Baru bersihkan halaman orang. Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.