Anda di halaman 1dari 3

TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF REMAJA DAN CARA MERANSANG

PERKEMBANGANNYA.

Perkembangan remaja merupakan satu proses yang biasa dan asas


dalam diri seseorang iaitu perubahan zaman perantaraan kanak-kanak dan
dewasa. Manakala perkembnagan kognitif merujukm kepada perkembangan
akal fikiran dan sebab mereka berfikir dalam keadaan tersebut. Mereka akan
berubah dari berfikir secara konkrit kepada perkara-perkara yang abstrak. Ini
merupakan satu peralihan ynag amat baik kerana akan berfikir dengan lebih
terperincil, mendalam dan juga mengambik kira kesan atau akibat daripada
perbuatan mereka. Perkembangan ini juga dibantu oleh perubahan secara
biologi dalam diri remaja tersebut. Perkembangan akal fikiran atau kognitif ini
selari dengan kadar pembesaran otak dan badan mereka.
Remaja iaitu seseorang yang berumur antara 12 hingga 18 tahun telah
dapat berfikir secara sisitematik. Mereka akn dapat menyelesaiakn masalah
dengan baik. Namun, remaja yang tidak dapat mengimbangkan aspek emosi,
rohani, intelek dan jasmani akan memberi kesan yang tidak baik ke atas
perkembangan kognitif mereka. Kesan yang mereka perolehi ialah sentiasa
berfikir negatif, kurang keyakinan diri dan juga akan cepat putus asa. Maka para
remaja sepatutnya bijak menguruskan dna juga mengimbangi perkembangan diri
mereka.
Menurut kajian, fasa perkembangan remaja boleh dibahagi kepada tiga
iaitu awal remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja. Ketiga-tiga fasa ini
menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Ini kerana perkembangan kognitif
semasa remaja amatlah cepat dan drastik. Kesannya, mereka akan mengalami
satu zaman yang penuh dengan cabaran dan suka-duka.Ketika di awal remaja,
cara pemikiran mereka akan lebih komplek, tetapi hanya tertumpu kepada
beberapa perkara seperti pelajaran, keluarga dan yang paling penting kepada
diri mereka sendiri. Mereka akan sentiasa berfikir untiuk menonjol lebih daripada
orang lain. Ini didorong oleh sikap yang mana kesan daripada pemikiran mereka.
Semasa pertengahan umur remaja, perubahan dalam diri mereka dapat
dilihat. Mereka akan lebih berfikir lebih luas. Ini berbeza ketika fasa awal remaja
yang mana mereka hanya folus kepada satu aspek sahaja. Tetapi semasa fasa
kedua ini, mereka dilihat berfikir secara menyeluruh dan jauh ke depan.
Walaubagaimanapun, skop yang mereka bincangkan masih berkisar kepada diri
sendiri. Semasa peringkat ini, remaja dilihat cuba menonjolkan atau
menunjukkan identiti mereka. Mereka akan sentiasa berfikir untuk lebih dan
sentiasa mendapat apa yang dihajati dengan buah fikiran yang meninggalkan
kesan yang mendalam sebagai pengalaman yang bermakna dalam diri mereka.
Fasa akhir perkembangan remaja menjadi titik permulaan kepada remaja
untuk maju setapak ke hadapan. Mereka akan berfikir luar kotak mereka. Pada
peringkat ini mereka kurang memikirkan perihal peribadi sendiri. Kadang kala
mereka kurang memberi tumpuan kepada diri. Tetapi perkara paling ketara yang
dapat dilihat ialah mereka akan lebih tertumpu kepada hal-hal persekitaran
seperti agamai, sejarah tamadun, politik dan isu-isu semasa yang lain. Perkara
yang paling penting pada fasa ini ialah mereka akan menjurus kepada
perbentukan atau lebihkan cita-cita mereka. Sesetengah daripada mereka akan
menunjukkan sikap seperti orang dewasa keran cara pemikiran mereka lebih
maju ke hadapan.
Terdapat beberapa dorongan yang membnatu peringkat perkembangan
remaja. Anaratnya ialah, melibatkan para remaja kepada isu-isu semasa. Seperti
di sekolah pera guru boleh membetuk cara pemikiran mereka supaya tidak
hanya tertumpu kepada pelajaran sahaja. Dengan adanya inisitiaf daripad pihak
sekolah dengan mengadakan ceramah, kuiz atau debat akan dapat
menggalakkan keinginan mereka untuk belajar atau mengetahui sesuatu
perkara.
Seterusnya ialah sebagai seorang lebih berpengalaman, kita tidak
seharusnya terlalu bongkak dengan ilmu yang kita ada. Cara yang paling
berkesan ialah mengajak mereka mebincang isu-isu semasa atau penting.
Dengan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan atau mengutarakan
pendapat yang mereka ada. Ini secara tidah lansung akan meningkatkan
keyakinan mereka untuk lebih kehadapan.
Kesimpulannya, remaja merupakan aset yang paling berharga bagi negara. Jika
dilhat perkembangan kognitif yang harus mereka hadapi, akan dapat
menhasilkan seorang manusia yang bergian kepada masyarakat dan negara.
Apa yang diharapkan daripada semua pihak ialah, tidak hanya menyalahkan
kepada remaja jika ada satu permasalaha. Jangan kita abaikan tanggungjawab
kita mebantu proses perkembangan remaja pada masa akan datang.

Rujukan:
Cognitive Development diperoleh pada Julai 27, 2009 daripada
http://www.childrens.com/HealthLibrary/HealthLibContent.cfm?pageid=P0
1594

Cognitive development diperoleh pada Julai 27, 2009 daripada


http://www.healthofchildren.com/C/Cognitive-Development.html

Cognitive and affective development in adolescence diperoleh pada Julai 27,


2009 daripada
http://www.temple.edu/psychology/lds/documents/CognitiveandAffectiveDev
elopmentTICS.pdf

Anda mungkin juga menyukai