Anda di halaman 1dari 17

KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.

Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Matlamat Kemahiran Membaca Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Jenis Bacaan

1) Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

2) Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.

3) Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri

mentafsirkan perkara yang dibaca.

tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa;

memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

4) Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan

ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Prabacaan

Prabacaan

merupakan

kesediaan murid

untuk

membaca. Peringkat

prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.

Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman

merupakan

pelengkap

kepada

keperluan

bacaan.

Tanpa

kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

Teknik Bacaan Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendekpendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan

memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Konsep-konsep bacaan intensif

a) Kegiatan

membaca

yang

dikaitkan

dengan

usaha

melanjutkan

lagi

perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru; b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya; d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan; dan e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan

a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik; b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus; c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya; d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca; e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa; f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) membaca tinjauan membaca sekilas membaca dangkal Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

KONSEP BACAAN EKSTENSIF a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok; c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan d) Bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain; b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari; c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur; d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya; e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif; f) Menambah minat membaca; g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik; h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca; i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa; j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan; k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

SKIMMING

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting

sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.

Prosedur Skimming

Langkah-langkah skimming:

a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk; b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya; c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk skim; d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya; e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan f) Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING

Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapanscanning bergantung kepada penumpuan mental.

Prosedur

Langkah-langkah untuk scanning:

a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini

menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini muridmurid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam

komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan

ialah tujuan dan Untuk

konteks tertentu.

melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran berkomunikasi yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh

dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan

struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking. Prinsip pendekatan komunikatif: a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya; b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, muridmurid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk

memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam

pembelajaran kemahiran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut; a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain; b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka; c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep; d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca. Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya muridmurid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambanglambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

Kaedah Abjad Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

Kaedah Fonik Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

1. SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) Q (question) R (read) R (recite) R (review) Tinjau Soal/tanya Baca Imbas kembali atau nyatakan secara lisan Baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagianbahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming danscanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar

menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut

menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajarcuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K (know) W (want) L (learned) H (how)

Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)

RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:

R (Read) A (Analogize) D(Discuss) A( Apply) R(Review/Research)

Membaca Menganalogi Berbincang Mengaplikasi Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah: R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. D Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat. A R Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan; b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon; c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog; d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai; e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan; f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan; g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.