Anda di halaman 1dari 12

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH 1.

0 PENGENALAN

Sejarah berasal daripada perkataan Greek iaitu inquire yang bermaksud menyiasat dan menyelidik masa lalu dengan teliti berdasarkan bukti yang diperolehi. Istilah ini lebih awal digunakan oleh Herodotus dan kemudiannya ia ditukarkan kepada istilah historia yang bermaksud pengendalian secara naratif berkaitan pembinaan masa lalu. Pembelajaran sejarah berbeza dengan subjek-subjek mata pelajaran yang lain kerana ia bukan sekadar berperanan sebagai memindahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan, tetapi juga mempunyai misi membina akhlak dan jiwa daripada pengalaman generasi sebelumnya. Kita haruslah memahami bahawa penekanan terhadap ilmu pengetahuan semata-mata belumlah cukup kerana ia dilihat masih belum dapat menjadikan seseorang itu mempunyai accountability terhadap diri, agama dan negara. Oleh kerana itulah kurikulum sejarah di Malaysia menekankan kepada pemupukan nilai-nlai murni dalam diri pelajar sebagai salah satu fokus utamanya.

Walaupun pembelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam pemupukan minda, akhlak dan jiwa manusia, namun ianya tetap berada dalam kondisi yang menyedihkan. Sejarah dianggap mata pelajaran yang membosankan, tidak memberi manfaat dan sekadar membuang waktu sahaja. Anhar Gonggong menyatakan bahawa sejarah dipandang sebahagian orang sebagai masa lampau, lalu dianggap mata pelajaran yang membuang-buang waktu. Mata pelajaran sejarah dipinggirkan dan kesannya, lahirlah generasi muda yang buta sejarah, yang gagal memahami dan menggunakan sejarah untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang wujud dalam kehidupan mereka.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Guru-guru sejarah yang dipilih untuk mengajar subjek ini perlulah memiliki intelektual yang luas dan latihan yang baik dalam mata pelajaran sejarah, mempunyai suka dan minat serta menunjukkan sikap yang baik terhadap pelajar. Selain itu, perlu juga diadakan kursuskursus latihan profesional supaya guru-guru sejarah dapat dilatih dan disedarkan tentang tugas dan peranan mereka yang sebenarnya. Guru haruslah disedarkan bahawa mereka bukan hanya bertugas dan berperanan menyampaikan fakta-fakta sejarah sahaja tetapi mereka juga adalah ahli sejarah, perancang, penyusun persekitaran pembelajaran dan juga sebagai ahli profesional. 1 ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH Dari segi pelaksanana pengajaran, guru sejarah yang baik haruslah menunjukkan kebolehan seperti dapat menentukan objektif-objektif pengajarannya dengan jelas, mengajar perkara yang sudah diketahui kepada belum diketahui dan menggalakkan pembelajaran melalui aktiviti P&P. Selain itu, corak penyampaian guru juga mestilah ringkas, mudah difahami, dan mengikut peringkat-peringkat logik. Di samping itu juga, guru juga harus mementingkan rasa kejayaan atau pencapaian, memberi maklum balas, memberi latihan pengukuhan, dan sentiasa memberi dorongan serta galakan.

Laurence J. Peter menegaskan bahawa bakal-bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru-guru yang baik dan mereka seharusnya perlu mempunyai sikap yang positif terhadap pelajar-pelajarnya. Hal ini bagi mewujudkan suasana belajar yang ceria. Selain itu, guru sejarah juga haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, memasukkan unsur humor dalam pengajaran, menjadi seorang yang dipercayai oleh pelajar di samping mempunyai semangat kesungguhan dalam melakukan tugasan. Dalam pada itu, guru sejarah yang baik juga perlu memiliki personaliti yang baik dan minat dalam memaju dan mengembangkan diri.

Bentuk pengajaran dengan menggunakan buku teks semata-mata boleh diatasi dengan cara guru menggunakan sumber-sumber sejarah seperti dokumen (akhbar, majalah, berbagai jenis surat, laporan buku catatan dan lain-lain), rekod-rekod (sumber-sumber kesusasteraan sejarah dan biografi) serta tinggalan-tinggalan berunsurkan sejarah. Selain itu, guru juga perlu menggabungkan media dengan bahan-bahan pengajarannya. Hal yang demikikan kerana penggunaan media mampu menjadikn proses pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih teratur dan berkesan. Antara kebaikan penggunaan media ialah menyumbang kepada peningkatan minat pelajar, dapat menggalakkan pembacaan sendiri dan penyelidikan dalam kalangan pelajar serta mampu meningkatkan pengekalan pembelajaran. Jenis-jenis media atau alat yang sesuaikan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah alat pandang, alat pandang dengar, alat dengar,jadual, peta dan glob serta alat bergambar dan grafik.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun 2 ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.

Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan pelajaran tersebut. Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan proses P&P sejarah.

Dalam pengajaran sejarah terdapat beberapa kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya, kaedah penceritaan, kaedah inkuiri, kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah dapatan, kaedah sokratik, kaedah penerangan, kaedah simulasi, kaedah kaji peta, kaedah kaji gambar, kaedah kaji dokumen, kaedah tutorial, kaedah tunjuk cara, kaedah kaji buku teks, kaedah lakonan dan kaedah projek. Sungguhpun begitu, kaedah-kaedah ini juga boleh membosankan pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dengan hanya menggunakan satu pendekatan dilihat hanya dapat menarik perhatian pelajar pada awal pengajaran sahaja namun tumpuan pelajar akan terjejas jika guru terlalu yakin akan kaedah yang digunakan.

3.0 KAEDAH THEORY OF CONTRAINTS (TOC)

Penggabungjalinan antara beberapa kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah perlu bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan kondusif dan dalam masa yang sama, matlamat pengajaran sejarah dapat dicapai. Wan Nik Muda dan Wan Ruslim Ismail dalam artikel mereka theory of constraints for education menyatakan bahawa penggabungan beberapa kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 3 ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH Untuk itu, mereka telah mencadangkan satu kaedah pengajaran sejarah berdasarkan theory of Constraints. Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dengan berkesan, membuat keputusan secara bertanggungjawab, berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC juga, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran generik. Contoh yang boleh kita ambil menerusi penggunaan teknik TOC dalam pendidikan sejarah adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan), kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian), dan kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah, terdapat beberapa teknik atau aktiviti TOC yang boleh diaplikasikan iaitu, teknik awan (the cloud), teknik sebab dan akibat ( logic branch ), teknik penyelesaian masalah (problem solving). Teknik awan adalah satu teknik yang mengkehendak pelajar memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya satu kehendak sahaja yang dicapai atau diperolehi. Penyelesaian win-win diberikan oleh pelajar berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang menjurus kepada matlamat bersama boleh dicapai.

Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif 4 ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks, menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa, mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking.

Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.

4.0 TEKNIK BERCERITA Mengikut pandangan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997), teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Mok Soon Sang (2002) pula berpendapat, teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah pengajaran dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras dengan pendekatan yang digunakan. Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. Kelebihan teknik bercerita : Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran, bercerita bermanfaat bagi murid-murid dalam memperkembangkan aspek kognitif, afektif mahupun 5 ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH psikomotor. Hal ini demikian kerana melalui cerita, murid-murid boleh mendapatkan maklumat tentang fakta, konsep mahupun pengetahuan yang digabungjalinkan dalam sesuatu kisah. Cerita juga menampilkan model-model tingkahlaku yang ditunjukkan oleh para pemegang watak atau tokoh dalam cerita. Murid-murid sebagai pendengar cerita, biasanya juga terlibat secara emosional ketika mendengar atau membaca cerita. Dengan hal yang demikian, maka baik aspek kognitif, afektif maupun psikomotor muridmurid dapat dibantu perkembangannya melalui bercerita. Sebagai suatu teknik dalam pembelajaran juga, bercerita memiliki beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan teknik-teknik yang lain. Pertama, melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk dari seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan, lebih-lebih lagi jika jalan cerita yang disampaikan mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Kedua, cerita yang sarat dengan nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif lainnya yang berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. Ketiga, melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Keempat, terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika muridmurid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat. Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untuk menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincangan hendaklah merangkumi: Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan. Latihan tatabahasa. Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

5.0 APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK DALAM RPH Selain menggunakan kaedah tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknikteknik yang sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif atau dengan mengabungjalinkan dengan kaedah yang lain seperti kaedah bercerita dan puisidra. Contohnya dalam pembinaan RPH Pengertian Diri Dan Keluarga ini, telah menggabungkan kaedah ini di samping teknik penyoalan dan perbincangan. Bagi permulaan prose pembelajaran ini, guru memulakan dengan tayangan klip video lagu Keluarga Bahagia nyanyian kumpulan nasyid popular sebagai set 6 ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH induksi dan pelajar akan dapat menyanyikannya bersama-sama. Dengan itu, para pelajar akan lebih berminat dan bersedia untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Setelah itu guru menunjukkan gambar / foto keluarga dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut. Ini akan mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar tersebut. Setelah itu guru meminta setiap pelajar untuk menceritakan perihal diri dan keluarganya. Setiap pelajar akan teruja untuk bercerita tentang dirinya kepada guru dan rakan sekelasnya. Guru memberi penerangan tentang salasilah keluarga dan juga pengertian keluarga asas. Setelah penerangan diberikan, pelajar akan dibimbing untuk membina teknik awan untuk membuat biodata diri. Pelajar juga diminta untuk membina peta pokok bagi menunjukkan sasilah keluarga. Dalam pada itu, pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainan poker dalam proses pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). Pelajar akan mencabut set kad yang mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad jawapan, pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut.

Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu sendiri dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan guru-guru bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan kesesuaian kaedah dalam bilik darjah.

ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN DAN KELAS TEMA / TAJUK MASA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN SEJARAH 4 MAJU MARI BELAJAR SEJARAH 9.15 PAGI 10.15 PAGI 1.2 Pengertian Diri Dan Keluarga 1.2.1 Menyatakan biodata diri 1.2.2 Menyatakan pengertian salasilah keluarga 1.2.3 Menyatakan pengertian keluarga asas

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat:i. Menyatakan biodata diri ii. Menyatakan pengertian salasilah keluarga iii. Menyatakan pergertian keluarga asas

AKTIVITI

i. Menonton tayangan klip video lagu Keluarga Bahagia ii. Melihat gambar keluarga iii. Bercerita tentang biodata diri dan keluarga iv. Penerangan tentang maksud salasilah keluarga menggunakan kaedah TOC v. Permainan kad poker sama padan vi. Membina peta minda secara berkumpulan vii.Membina kad biodata diri

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Nilai Murni : kasih sayang, hormat Kemahiran Pemikiran Sejarah : Elemen Asas Sejarah Elemen Kewarganegaraan : Sayangi keluarga

ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH TMK : Kemahiran menggunakan Real Player / DVD Power

BAHAN BANTU MENGAJAR

Komputer, LCD, video klip lagu set kad poker, alat tulis, papan tulis, kertas manila

STANDARD PRESTASI (DSKP)

TP 1 Murid mengetahui tentang pengertian diri dan keluarga TP 2 Murid memahami tentang salasilah keluarga TP 3 Murid boleh menerangkan tentang pengertian diri dan keluarga dengan memberikan contoh

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI Permulaan ( 5 minit) Menonton klip video 1. Murid menonton tayangan klip video lagu Keluarga Bahagia 2. Guru bertanyakan soalan berkaitan dengan video tersebut a) Apakah kejadian yang dicerita di dalam lirik lagu ini? Murid menjawab secara lisan b) Siapakah saya? Setiap seorang murid menjawab dengan memberikan nama. c) Guru mengaitkan bahawa setiap orang mempunyai biodata dan keluarga masing

EMK

CATATAN

-bersyukur EMK: Kecerdeasan Pelbagai

Komputer riba LCD Klip Video Lagu

TMK: Movie maker KBKK: Menghubungkait Menjana idea

ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH AKTIVITI EMK CATATAN

AKTIVITI 1 (15 minit) 1. Guru bercerita tentang biodata dirinya 2. Murid diminta untuk menceritakan biodata diri atau perihal diri dan keluarga kepada rakan-rakan sekelas 3. Murid lain mendengar dengan teliti cerita kawan-kawannya sambil mencatat nota ringkas Menjana idea -bersyukur EMK: Kecerdeasan Pelbagai KBKK: Menghubungkait Contoh Kad Biodata

AKTIVITI 2 (10 minit) 1. Guru memberi penerangan tentang pengertian salasilah keluarga 2. Guru membimbing murid mengenali salasilah keluarga mereka 3. Guru memberi penerangan tentang pengertian keluarga asas 4. Guru membimbing dan membuat rumusan tentang hasil kerja kumpulan AKTIVITI 3 (15 minit) 1. Guru menerangkan tentang cara membina peta minda 2. Murid dibimbing untuk membina peta pokok bagi menunjukkan salasilah keluarga dan juga ahliahli keluarga.

-Kerjasama

Kad Arahan

EMK: Kecerdasan Pelbagai

Komputer

LCD TMK: Pemprosesan Perkataan

KBKK: Menjana idea

KBKK: Menjana idea

Lembaran kerja

10

ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH AKTIVITI PENGUKUHAN (10 minit) 1. Murid diedarkan dengan kertas biodata diri 2. Murid diminta untuk melengkapkan biodata diri tersebut dan ditampal di atas kad manila 3. Murid diminta menyediakan kad bodata diri mengikut kekreatifan masing-masing. PENUTUP 1. Guru menayang video klip lagu keluarga saya 2. Murid menyanyi dengan iringan dalam tiga bahasa yang melambangkan 1 Malaysia 3. Guru merumuskan pembelajaran hari ini NIlai : Kasih Sayang Kecerdasan Pelbagai LCD Laptop CD KBKK: Menjana idea Lembaran biodata Kad manila

7.0KESIMPULAN

Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat patriotisme. Sungguhpun begitu, pengajaran dan pembelajaran subjek ini memerlukan penghayatan dan minat bagi menimbulkan konsep kesedaran atau celik dalam sejarah. Oleh yang demikian, peranan guru amatlah ditagih dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu membawa pelajar menghayati peristiwa sejarah itu seperti yang sebenarnya. Guru yang kreatif dapat mempengaruhi tahap kesedaran pelajar. Jadi, penggunaan pelbagai teknik, alat bantu mengajar, dan minat guru sejarah itu sendiri merupakan nadi penggerak pada kejayaan tersebut.

11

ROZATI SENIK / RBT2

SJH 3106 KAEDAH MENGAJAR SEJARAH SEKOLAH RENDAH

8.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahonen, S. (2001). Politik of Identity through history curriculum: narratives of the past for social exclusion-or inclusion? Dalam Journal of Curriculum Studies, 33(2),

179-194.

Anhar Gonggong. Suara Merdeka, 23 Jun 2005.

Ariffin Ba,ada (1991). Penerapan nilai-nilai merentas kurikulum ke arah melahirkan generasi yang harmonis dalam jurnal pendidikan, 35(75), 41-48.

Deliman, A. (2005). Perspektif Materi Pendidikan Sejarah Yang Ideal, Socio, Vol. I, Nomor 1, Yogyakarta: HISPISI dan FIS UNY .

Gde Widja (1990). Dasar-dasar Pengembangan Strategi Serta Metode Pengajaran Sejarah Edisi Pertama. Jakarta: Depdikbud.

http://sejarahmgcm.files.wordpress.com/2009/07/bs_kbsm_sej6.pdf

http://www.scribd.com/doc/146335912/RPH-SEJARAH-TAHUN-4

http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/konsep-teknik-bercerita.html

http://oh-cikgu.blogspot.com/2010/09/kelebihan-teknik-bercerita.html

12

ROZATI SENIK / RBT2